Thursday, September 19, 2013

Novel for sale (preloved)

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 6:06 PM 1 nak komen..

Preloved novel for sale!

1. Lafazkan Kalimah Cintamu
Siti Rosmizah- Harga Pasaran RM 26.90
My Price RM 25

2. Untuk 3 Hari
Ahadiat Akashah - HP RM39.90
My price RM30

3. Ributnya Cinta
Phidot - HP RM24.90
My price RM23

4. Kata Tak Suka
Qaseh Qaisara - HP RM 20
My price RM19

5. Suami yang kubenci
E Man Sufi - HP RM20
My price RM19

6. Cinta Jangan Kau Pergi
Norhayati Berahim - HP RM 20.90
My price RM 19

7. Gelak Tergolek
Wann Azlan - HP RM18
My price RM17

8. Bila Blogger Jadi Maid
Zati Mohd - HP RM20
My price RM19

9. Musuhku Suamiku
Zuera Rasiddin - HP RM19
My price RM18


Semua novel ni baru sekali jer dibaca. Condition tip top dan nampak masih baru sebab saya sangat tak suka buku rosak. In fact bau pun masih baru. ;) 

Postage fee borne by buyer ya.
PosLaju rate for below 2kg start at RM4.50 untuk Semenanjung Malaysia ya. Kalau ada Sabahan or Sarawakian yang nak beli I will advise the right figure or you can check at PosLaju webpage :)

Once you have confirm the order, transfer payment to my account, I will post it to u and let u know the postage price. No booking as I have to be fair to genuine buyer too. COD only at Tesco Setia Alam or Giant Klang Sentral on certain days only. This can be discussed thru SMS later.

Please SMS at 012 9793698
Syida
Siapa Cepat Dia Dapat ya... Thanks!



Assalammualaikum...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:58 AM 0 nak komen..
Long time tak update blog....
I have lost the password dan jenuh mencari. Nak pepandai tukar password pun tak boleh sebab 2nd email pun dah hilang passwordnya...since that malas nak pening2 cari..

At last! godek sana godek sini jumpa gak.

Banyak citer nak share tapi tak terluah since few months ago.

Hope everybody have a good day. Be happy Be Grateful ... Take care!

Monday, May 6, 2013

Pilihan Raya Umum 2013.

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:06 AM 0 nak komen..

Dah Mengundi? Yang first time mesti extra thrill. Rasa macam dah dewasa sangat...hahaha...saya pun macam tu juga dulu. Xcited kot. This is my third time. Still voting at my hometown... Batu Caves je. Mujur tak payah travel jauh2. Jenuh juga kalau bersesak-sesak di jalanraya/lebuhraya kan. Tapi 5 tahun sekali apa salahnya.

Mohon pada Allah, sebaik keputusan diumumkan segalanya akan selamat. Moga tak ada la pergaduhan atau pertumpahan darah. Tak sanggup rasanya melihat sesama kita bergaduh hanya kerana perbezaan pendapat. Lately pun jenuh nak explain kat boys & Tisya bila dorang tengok kat newspaper gambar orang berdarah2 bergaduh. Boys dah pandai baca so of course dorang boleh baca sendiri. Saya pula tak nak tanamkan negative taught pada mereka. So kena pusing sikit explain nya agar tak menjadi isu nanti.

Semoga Malaysia lebih aman dan damai, maju dan berjaya. Semoga kita kembali ke zaman di mana setiap kaum hormat menghormati dan tahu garis batasan jika ingin menegur baik segi agama, amalan atau apa saja. Hidup baik-baik sahaja dan didik anak2 menghormati semua orang tak kira usia, bangsa dan agama. Tiada sesiapa yg lebih hebat antara kita kecuali Pencipta.

p/s: Lately dok nyanyi lagu mari mengundi jer....huhuhuhu

Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:07 AM 0 nak komen..
start pukul 8 pagi ni In Sha Allah sekali lagi rakyat Malaysia diberi mandat untuk memilih pemimpin untuk menerajui negara untuk tempoh 5 tahun lagi. Semoga segalanya berjalan lancar dan aman damai. Yang menang jangan tak bersyukur dan lupakan janji untuk memberi yang terbaik untuk rakyat. Dan yang kalah jangan la merajuk sampai nak mengamuk. Bukan contoh yang baik untuk generasi muda. Bak seorang ayah atau ibu yang mudah melenting jika ditegur, jangan terkejut anak2 tetiba mengamuk sakan jika kita tegur mereka satu hari nanti. Kepimpinan Melalui Teladan, kata cikgu saya dulu.



Lately isu2 berkenaan politik mencuri banyak masa saya. Pembacaan, melayari internet & forum tv sering mengganggu kelancaran hari saya. Satu hari twin bertanya tentang ini. Seboleh-bolehnya saya tak nak memburukkan mana2 parti pun. Walaupun saya sokong yang itu tapi saya tak nak guna bad words pada yang ini. Cukup lah berkata "yang ni mama abah tak geng". "Kenapa?" tanya mereka. "Sebab Mama & Abah lebih yakin dan percaya pada geng ni untuk menerajui negara" "Kenapa kena ada mengundi?" tanya Haziq. "Sebab ini masanya kita memilih peneraju negara setelah 5 tahun" Hazim pula bertanya "So far hidup kita okay, kenapa kena pilih yang baru?" "Sebab that's hows the system works. After 5 years mungkin ada pemimpin kurang bagus yang perlu kita tukarkan" "Kenapa this men looks angry?"tanya twin lagi. "Owh, maybe he wants people to believe and choose him" said tired mom. "We dont want to choose an angry man to become a leader. Angry will makes u looks scary. Angry means u cant handle stress. If u cant handle strees, how could u handle Malaysia"...said the twin. I was speechless...WoW!

p/s so apa kata anda?...kids are sooooooo naive but still their way of thinking can teach u something. Jangan lupa bawa IC, Pangkah baik2 dan senyum. Takmo gaduh2. Saya cuma mahu Malaysia yang lebih maju, aman damai dan berjaya. Kalau Malaysia mundur, kesian kat anak2 kita. Be wise and Keep Cool.

Saturday, May 4, 2013

Bulan May..bulan special kami

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:45 AM 0 nak komen..
Assalammualaikum.
Agak merajuk dengan blogging sebab banyak benda nak buat. Tambahan anak2 dah makin besar, makin banyak ragam. Being a full time housewife challenging dia lain macam. Depends pada cara anda. Nak yg complicated or simple. Nak simple, urusan leceh2 serah org ke 3 i.e kemas2 rumah boleh panggil tukan cuci punya yg service yg begitu banyak sekarang, complicated lebih kepada detail tiny weeny pun kena buat sendiri :)..takpe2, tarik nafas dalam2 dan enjoy it. Kalau ikhlas, In Sha Allah ada balasan yg baik sudahannya sok. Ada extra fulus, can call up the cleaner services...tak salah pun. It makes your smile broader...huhuhuhu.



Bulan May, saya sentimental sikit. Voting Day,Mother's Day, my dad's birthday, Teacher's day and most important to hubby & I is.... it's our anniversary month!

Tapi bulan ini juga selalunya before our anniversary day mesti ada kacau bilau even small things. Cam panas jer...hahaha...but Alhamdulillah, apa pun berbalik pada agama. Kena guna akal, bukan nafsu. Nafsu marah ni lah jadi penyebab huru-hara. Berdebar juga ni. So far we are fine tapi ni baru 4th May....huhuhu...26 days to go...This year its our 10th year anniversary (Alhamdulillah..) and I have been used to panas scenario for the past 9 years. Kalau kami panas-panas pun tak la sampai hempas2 pintu. Biasa la hubby and wifey, marah tu tanda kita kisah tak gitew..hahaha

So bulan ni kena cari anniversary gifts extra special sikit. Alhamdulillah juga last few weeks my little garden won 3rd place in Green Garden Awards. I won some cash. Dapat la top up sikit my savings for the special gift. Cerita Green Garden Awards lain kali saya citer okay.. (cheh..macam ramai peminat hihihi)

So tomorrow will go for hunt of the gift. Encik Suami dah belikan pun untuk saya. memang tak suprise tapi saya gila suprise on the day he brings me to the place and asked me to choose....hewhewhew...ala-ala drama telenovela gitu. So touching and awkward but still it is sweet though.

By the way, Selamat Mengundi. This time is my third experience to vote. Be reasonable. Be positive. Tak Nak la gaduh2. Malu kat anak2 atau remaja kita. Voting is our responsibility. Dunia yg aman hari ini bukan selamanya milik kita, kita meminjamnya dari generasi seterusnya. So kesian kat generasi akan datang. Takkan nak wariskan Malaysia yg bergolak dan mundur. Anyway drive safely okey. Baca doa dan kalau ngantuk berhenti rehat... ;P

Tuesday, March 26, 2013

3 minggu yang tak tertanggung.

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:38 PM 2 nak komen..
Assalammualaikum.
Lama betul tak update blog. Last month merupakan bulan penuh dugaan pada saya & suami. Sesudah tamatnya episod sedih itu, hati nak berblogging pun dah kurang. Kesedihan & kegembiraan dikongsi dengan suami sahaja dan sesekali dgn emak tersayang. Apabila terlalu gembira kita mudah lupa nak menangis sesekali. Bila diduga dengan maha hebat kita rasa nak sembah bumi meratap, menangis.2 tahun lepas juga begitu, kami sangat bersyukur dan bahagia dgn rezeki dan kedamaian hidup yg Allah beri. Terdetik di hati, jika Allah ingin menduga kami, agaknya apalah dugaan yg Allah nak bagi. Saya suarakan pd suami satu malam ketika nak tidur. Encik Suami kata, jangan fikir banyak, sentiasa bersyukur dan merendah diri sudah. Dan akhirnya saat yg sangat saya khuatir pun menjengah. Dalam kami bergembira menyambut Syawal, seminggu kemudian En Suami demam dan akhirnya sakit sehingga tak kenal saya lagi!. Sudahlah tak kenal, bila disentuh pun dia tak suka. Dia bukan diri dia lagi walaupun dia dalam keadaan sedar. Masa itu saya tak sanggup hidup rasanya walau dikelilingi ibubapa & adik beradik. Hidup jadi kosong. Di depan anak2 saya tampil kuat & tersenyum. Tapi di tikar sembahyang saya merayu dan merayu Allah kasihankan saya. Saya belum bersedia melepaskan dia. Waktu saya hanya terfikirkan masa depan anak2. Sewaktu itu saya rasakan itulah peperangan jiwa maha kuat untuk saya. Waktu itu, HANYA ALLAH boleh bantu saya. HANYA ALLAH!

Alhamdulillah.....suami pulih. Sebaik dia tersedar dari dunianya, dia bertanyakan saya yg ketika tu di rumah mertua mengambil giliran menjaga anak2 setelah seharian di hospital. Awal pagi itu, ketika mendengar suara suami di telefon, saya terduduk dan bersyukur Allah kasihan pada saya dan memakbulkan permintaan saya. Sejak itu kami lebih menghargai satu sama lain. Takut andai kami terpisah lagi sekurang-kurangnya kami sempat menunjukkan kami masih sayang satu sama lain.

Dan tahun ini kami diduga lagi. Februari lepas, ketiga-tiga anak kami demam panas. Bermula dengan Hazim. Ketika demam Hazim di kemuncaknya, dia meracau-racau. 3 kali ke doktor, demamnya tak baik-baik. Satu hari, tetiba demamnya naik panas. Ubat punggung awal2 saya dah masukkan tapi tak kebah langsung. Haziq & Tisya duduk di depan tv agar tidak mengganggu. Saya menangis sorang2. Tak mahu buat suami susah hati di ofis, saya pendamkan sendiri. Saat tu hanya saya & Allah sahaja. Saya mohon Allah benarkan Hazim dengan saya. Saya tak sanggup kalau Allah menuntut Hazim. Saya merayu Allah kasihankan saya, suami & anak-anak. Saat tu menenang saya ialah Yasin sambil tangan menukar kain basah di dahi Hazim. Tetiba Hazim meracau. Nampak itu dan ini. Saya dah terdetik ada yang tak kena. Esoknya kami ke rumah kawan emak. Makcik yg baik hati ini membantu yg terdaya. Dengan izin Allah,Hazim sihat esoknya. Tetapi malamnya, sekali lagi dia meracau walau tidak demam lagi. Sesuatu memarahinya.

Tak lena tidur kami seminggu tu. Walau Hazim dah sihat dari demam, dia masih agak "blur". Kena pengawasan agar dia tak hanyut dgn dunia dia. Selang sehari Haziq bangun dengan mata seperti ditumbuk. Pagi Ahad tu walau dgn mata Haziq yg bengkak tu dia masih sihat. Pergi ke kelas muzik seperti biasa. Tapi petang tu Haziq demam. Terus diberi ubat demam untuk langkah berjaga-jaga. Malamnya demam Haziq makin panas. Mata kembali bengkak & merah. Awal pagi Isnin, bawa ke klinik. Dan itu minggu ke 2 kami diduga. Seperti Hazim, Haziq juga kena demam panas. Muntah-muntah adalah biasa. Sampai saya dah naik sebu. Dia juga meracau. Langkah awal kami bawa ke makcik itu lagi. Hal yang sama seperti Hazim. Masuk hari Rabu saya dah tak cukup kuat. Emosi dan fizikal saya yang susah hati dan sakit dah tak tertanggung. Saya juga demam. Balik dari kerja, En Suami terkejut tengok saya & Haziq berpelukkan dalam bilik. Saya hanya mampu pegang Yasin dan peluk Haziq. Nak duduk dah tak larat. Hazim waktu tu mundar mandir susah hati sebab masa tu dah masuk maghrib. Dia jaga adiknya sambil pegang telefon. Takut2 saya tak sedar. Sangat tersentuh. Saat sakit kepala yang teramat sangat dan badan yg kesejukkan, Hazim ambil wuduk. Ambil tuala basah dan letak atas dahi saya. Ambil Muqaddam dan baca 3 Qul sambil urut kepala. Sama macam saya buat padanya masa dia demam panas hari tu. Menitis air mata dan sudah2 saya mengucapkan syukur pada Allah kerana kurniaan anak sebaik ini. Kemudian Hazim cium dahi dan betulkan selimut saya kemudian keluar dari bilik. 10 minit kemudian, pening dan sakit badan terus hilang!. Walau masih lemah tapi saya mampu bangun dan makan. Betapa besarnya kuasa Allah. Encik suami & Hazim pun terkejut sebab saya nak duduk dan makan sendiri. Esoknya suami ambil cuti dan bawa jumpa doktor serta makcik itu juga. Alhamdulillah, Haziq sihat selepas itu cuma dia sangat blur.

Minggu ke 3, menyusul Tisya pula. Tapi mujur Tisya tak teruk. Demam tapi masih lincah.

Tiga minggu yang hebat bagi kami suami isteri. Kekuatan untuk kembali sihat datang dari kasih sayang yang tak berbelah bagi. Keizinan dari Allah memakbulkan permintaan kami untuk sihat. Benar, Allah menduga agar kita beringat. Mungkin kami alpa. Jadi dugaan ini mengingatkan kami kembali.

Bila Hazim meracau-racau, perubahan tingkah laku pada Haziq membawa kami mencari punca. Seorang pakcik yang mengamalkan perubatan Islam mengesahkan anak-anak terkena gangguan. Bukan dihantar oleh sesiapa cuma kebetulan gangguan itu menyukai taman kecil di rumah kami dan anak-anak. Tak sangka taman yang dijaga dan dihias untuk riadah kami sekeluarga menjadi tarikan. Haiwan peliharaan di kolam kecil menjadi salah satu punca tarikan gangguan tak nak pergi. Gangguan juga terhibur dengan anak-anak kami. Scary?...yes..itu yg kami rasa. Anak-anak tak tahu. Cuma kami dan ibubapa serta keluarga. Tak tergambar kecewanya saya dan suami. Kami usahakan sendiri membersih rumah dan juga meminta bantuan pakcik dan makcik itu. Abah saya juga terpaksa bersusah payah membantu agar kami tak terkejar-kejar ke sana-sini. Semoga Allah memberkati mereka atas bantuan ini. Namun saya & suami percaya pokok pangkalnya, ibubapa yang harus melakukan sendiri terlebih dahulu.

Kesibukkan dan kekusutan hati menjauhkan saya dari blogging. Malah bisnes online saya pun saya put off dulu. Tak kisahlah takde duit poket asalkan jiwa kami tenang. Alhamdulillah anak-anak sudah sihat. Saya dan suami yakin rumah dah bersih. Haiwan peliharaan kami pun kami lepaskan ke kolam rekreasi berdekatan agar lebih seronok mencari kawan baru. Lagipun dah dekat 5 tahun kami bersama. Kolam kami pun dah sempit untuk mereka.

Doa saya moga Allah melindungi kami dan mengampunkan dosa-dosa kami. Sesungguhnya saat-saat itu menyedarkan saya. Menginsafkan saya. Menakutkan saya.

p/s Moga ibu-ibu lain kuat saat menghadapi anak-anak tidak sihat. Ini dugaan kita. Ini tanggungjawab kita.


Tuesday, January 22, 2013

Slouching?

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:42 PM 1 nak komen..
Slouching tu bongkok atau membongkok....

Ingat tak mak2 kita selalu pesan. Duduk elok2..jangan bongkokkan badan....Berdiri elok2...stan up straight!...hahhaha...yes my mom selalu ingatkan begitu. Then saya pula pada anak2. Tambahan dorang masuk kelas muzik. Lagi la cikgu2 dorang selalu ingatkan. "Sit up straight boys and girls...it is not nice to slouch....dont shake your foot..."...

Do check my business blog for info on slouching. Bole calling2 saya kalau nak try Premium Beautiful okeh...

http://syidasham.blogspot.com/2013/01/slouching-bongkok.html



picture credit to pakcik google.. ;)

Assalammualaikum...Selamat Datang 2013...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:24 PM 2 nak komen..
huihuihui.....saya tau..agak melampau wishing that sedangkan bulan Januari dah tinggal lagi beberapa hari je nak habis.... :)

Tidak..saya tak malas update tau...cuma busy.. (ceh...cakap macam la ramai peminat kot....takpe janji happy )

Seriously mak penat nyah. Dengan hal anak2, suami (ini no 1), rumahtangga (nasib baik rumah 2 tingkat jer), and of course my business (nanti lari duit sopping!)

Tapi...tapi.. saya suka. I love what I am doing walau kadang2 !tertido atas baju2 belum lipat. Walau kadang, menung depan peti ais 15 minit before decide nak masak apa, walau berpeluh-peluh menyiapkan anak2 sebelum keluar ke kelas muzik masing2 and end up mama make up dalam kereta. (ye..saya suka make up walau cuma seorang housewife dan hanya keluar dengan suami dan anak2....duit make up tu hubby bayar..so kena la make up untuk dia kan..kang dia tarik budget make up saya ;(   )

What ever it is..mommies & ladies..be happy, be proud of who you are and be grateful. Nanti kita hapdate lagi ok. Happy Tuesday peeps

Friday, December 28, 2012

Twin n K Pop style @ I city!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:12 AM 0 nak komen..
18 November 2012
i City, Shah Alam.

Baru teringat nak update. Al Kisah last month twin need to perform kat MTV Stage at i City sempena pelancaran Water Park dorang tu. Their music school was invited untuk menyediakan persembahan di sana sambil promosi their music education. For almost a month twin practice untuk main lagu "Nobody by Wonder Girls" dan dance "Mr Simple and Sorry Sorry by Super Junior". Alhamdulillah, hasil usaha cikgu dorang serta practice setiap hari di rumah twin dapat main dan dance dgn baik.

Lagu Nobody tu sangat panjang okeh. Kesian juga tengok dorang practice tapi kalau tak usaha tak boleh buat kan. Finally they able to play tanpa tengok music note. Everytime dorang merengek susah I had to show supportive and positive face. Kalau ikut hati memang kesian tapi tak boleh mellow sangat sebab kena tunjukkan segalanya mampu dilakukan dengan usaha dan kerja keras. Tapi sesungguhnya..Mama cried dalam hati sebab kesian...huhuhu

Selepas show rasa nak peluk je cikgu music dorang sebab terharu dgn didikan dan masa yg telah dia berikan utk mendidik anak2. Seriously she never berkira kalau twin need extra time kalau2 tertinggal atau tak faham. In fact dia pernah siap datang rumah untuk guide twin for free masa twin nak exam dulu! Goodness...org baik mesti dibalas baik tanpa mengira kaum dan agama. I love the feeling being surrounding with positive people even though kita berlainan agama dan bangsa. Rasa sangat ke Malaysian an gitu ;)

Orite enjoy the pictures. (Sorry sebab dah basi sikit)




sorry..sorry...




k pop sesekali...

aha...gangam style...

Ms Tan...twin & Tisya music teacher :)

Tisya buat muka bila kena paksa senyum ;(

Mr Hubby & boys

Lil girl n me 

Wednesday, December 26, 2012

Dinosaurs main soccer?

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:43 AM 2 nak komen..
Another art project by twin. Setelah berhempas pulas buat Maths, BM, Eng, Agama etc..twin demand nak art and crafts pulak. So kena la layan kan juga sebab dua hero ni dah sungguh2 buat workbook dorang. God! penat wehh tapi demi anak...mak layan jelah. Anak2 mmg sangat suka tengok Art Attack & Finger Tips. So Mama google2 la cari idea for arts & crafts. Then finally we decide to make this. Hanya perlukan kotak toys lama dorang, kertas, gunting, colors, kad, glue & semangat yg jitu.

Layan fingertips kat sini

Tisya sedikit frust sebab dia tak minat benda ni. So made promise to make her "Robot Pink" next time..OMG!...

Tada!
guna la mainan dinosaurs dorang sebagai player :)

pandangan atas stadium ;)
boleh la letak pokok2 hiasan bagi cantik kan. Gol tu gunakan cup aiskrim yg dibelah  dan dibuang bawahnya.

pum ni untuk player tiupkan bola tu masuk gol. Maaf lupa nak ambil gambar bola. Gumpal kertas comel2 utk jd bola.

close up
tengok ada dinosaurs tengah borak lagi :)
kalau rajin boleh la color dgn meriah lagi yer.

Thursday, December 13, 2012

Aktiviti Cuti Sekolah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 6:24 PM 4 nak komen..

Seyes..busy like mad...hahha..weekdays melayan anak2, suami, kerja2 rumah and my online business, weekdays melayan hubby yang rajin bawa berjalan sana sini...hahaha...tu kira penat jugak tu...

Anak2 memang gemar sangat kita melayan dorang. Kalau tak mengadap tv n main je la kerjanya. Kalau dapat tablet lagi la. Citer hal tablet, sampai hari ni Mama tak jumpa lepas simpan/sorok2 hari tu. Aduyaiii...poning kepala mencari. Kesian pulak budak2 ni.

Setiap hari Isnin-Jumaat twin ada schedule belajar dorang. Subject Tahun 1 kami review balik bagi betul2 faham. Lagipun ada 2/3 buku workbook dorang yang belum habis guna. Buku workbook yang sekolah suruh beli last year pun tak terusik. So sesuai sangat la buat review twin kan. Kalau tak rasa macam membazir jer. Ala bukan stress out whole day belajar. Sejam main, sejam belajar, sejam tengok tv, sejam belajar lagi. Santai2 jer.

Nak bagi dorang lagi bersemangat belajar Mama kena sediakan aktiviti Arts & Crafts, Sains Projek, Movie/CD time atau Fun Day. Meriah rumah jadinya. Si kecik Tisya pun dah pandai demand sekarang minta art science projek bagai...hahaha..layan je la walau kadang rasa semput dah...hihihi

So nak share today aktiviti arts and crafts anak2. Simple but dorang suka sangat. Mama beli set ni kat kedai DIY. Cuma RM2.50-3.50 je utk 1 set. Then boleh guna decorate their room. Anak2 rasa proud sangat kalau kita appreciate hasil kerja mereka. To mommies and daddies, kalau nak hantar art class mungkin ada yg rasa mahal kan atau tak berkesempatan kan. So, rajin2 cari bahan macam ni nak bagi anak2 excited and appreciate their creativity. Murah dan praktikal. Lagi satu Mama suka pergi kedai Art Friend kat Gardens@Mid Valley tu. Tapi mahal la sikit. Pilihan lebih banyak dan kreatif.

So, Happy Thursday. Extra bonus point kalau baca Yassin. Dan jom support Harimau Malaya tonite okay. Semoga pasukan kita berjaya tonite! Boleh tutup mulut2 takde insurans tu. Paling sedih ianya datang dari RAKYAT Malaysia sendiri. Sedih!














p/s..okey nak masak sekarang...kang nak ngadap tv tengok bola pulek...

www.zawara.net/syida

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:36 AM 0 nak komen..
Assalammualaikum,
Good Morning peeps!

Cantik ek collection Zawara ni. I loikeee...Ikut hati nak jer pick semua color...hahaha..sabar2.

Their collection simply sopan, stylo & menarik. Nampak elegan untuk acara formal & menarik juga untuk weekend outing with family and friends. I really love their collection. 

Nanti update lagi ok. Sekarang 3 beradik ni perlu perhatian serius...dah buat muke borink dari tadi...;)


Wednesday, December 12, 2012

wow..12.12.12

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 6:54 PM 0 nak komen..
Salam Hari Rabu...
Cantikkan tarikh ni. Agak2 ada tak orang kawen hari ni. Akad nikah jer dulu. Weekend baru kenduri kendara. Yang dapat baby pun mesti rasa special sangat. Hope everyone have their own special day today. :)

As for Mama, I decided to become e-boutique owner of Zawara today. Personally I like their collection. Cantik dan menarik. Nampak simple tapi still stylo. I have personal experience buying from Zawara secara online. Memang super duper best service yang dorang sediakan. Cepat dan mesra pelanggan. Saya tersalah order size dan minta tukar. They reply promptly and fast!. Of course kos hantar semula pada mereka kita kena tanggung tapi mereka hantar balik pada kita it is free of charge! Saya siap minta tukar color lagi ok. Takde masalah dan sangat friendly.

So, berdasarkan pengalaman yang best tu saya decide untuk jadi reseller/dealer Zawara. Koleksi menarik dan cantik.

So dearest, do support me and visit my web store yer. Thank you
My Beautiful Zawara


Tuesday, December 4, 2012

"Mama ada tak baju buah-buahan?"

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:13 PM 2 nak komen..


Olla!
Lama tak update blog. As I said cuti sekolah agak mengikat ruang waktu santai saya esp on blogging. Mana nak kejar masa untuk kerja rumah, bisnes and anak2 serta suami. Kalau suami cuti saya percaya ibu2 macam saya lagi sibuk. hahahaa.

Actually hasil kerastangan di atas ialah minggu akhir sebelum cuti sekolah. One evening after fetch twin from sekolah agama suddenly they said "Ala lupa nak cakap Mama esok ada Hari Kanak-kanak kat sekolah. Cikgu cakap siapa ada baju buah boleh pakai untuk persembahan"
Gulp!...Mana la pernah beli baju buah sejak2 dah besar panjang ni (huhuhu macam dah belasan umur pulak). When Mama said "Takpe la. Tak payah join la. Mana ada baju buah. Lagipun dah petang ni. Mana sempat nak pergi Tesco ke Giant ke Jusco ke. Kang Abah bising pulak pergi last minit"
But as usual seeing their sad faces made my heart ache. So lepas dinner malam tu. Punggah cari white t-shirt and godek segala alatan yang sesuai buat baju rambutan & nenas.
Dan within 1 setengah jam, Alhamdulillah terhasil la baju2 tu. 2 beradik sama2 bantu mana yang patut. Si Hazim sampai tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Si Haziq pula sibuk nak design topi bagai. Wehhh...tak sempat sayang oi.

Dan bila balik sekolah....Haziq dengan happynya bagitau dia dapat No 2 pertandingan fesyen di sekolah. Dan Hazim no 4! Erk...la pertandingan fesyen ker.....kata persembahan...Alahai anak2. Patut la nak topi, aksessori bagai. ;)

p/s: Sejujurnya memang sangat penat hari tu. Mengantuk sangat. Tapi tak sampai hati nak hampakan permintaan dorang. Alhamdulillah, senyuman mereka & kegembiraan mereka adalah balasan yang tak ternilai. Benda2 kecil macam ni kita tak sedar tapi inilah pengubat duka lara.


Book of the November & its for sale!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:36 AM 0 nak komen..

Dah baca novel ni?
Siapa orang gajiku by Azimah Lily.
Terbitan Karya Seni.
mukasurat 545

Menarik juga. Konflik yang dicipta menarik.
Tapi, sebilangan penulis gemar menulis tentang kehidupan orang2 berada. Datik Datin, Tan Sri Puan Sri, Tengku, Raja dan macam2 lagi asalkan orang berada. Sinikal bila mengambarkan kehidupan berkereta mewah, banglo dan luxurious shopping.

Pembaca2 muda yang masih mentah mungkin mudah terpesona dan mencetuskan rasa ingin memiliki kehidupan begitu. 

Cara penceritaan bagi saya mmg best cuma latar belakang kehidupan watak2 tu yang saya kurang minat. Takpelah, peminat Azimah Lily marah pula karang.

My personal opinion, karya terbaik dari penulis2 hebat seperti Fauziah Ashari dan lain-lain adalah kerana ia banyak berkisar tentang kehidupan manusia biasa dan realistik. Karya seperti Nora Elena,Ombak Rindu dan Adam & Hawa menjadi satu fenomena kerana ia realistik. Kehidupan manusia biasa-biasa. Realiti dan fantasi yang bertempat. Bila dibuat filem atau telenovela ia jadi lebih hits sebab ia berlandaskan penceritaan mengikut novel di samping pembawaan aura karismatik pelakon2 terbabit.

Tepuk dada tanya selera....Ini hanya pendapat saya... 
Siapa nak beli? SMS saya ok 012-9793698
RM21 termasuk postage untuk Semenanjung Malaysia. For Sabah dan Sarawak serta Labuan u need to add few ringgits. Condition: Tip top!. Sekali baca sahaja dan I love my books, thus I handle it with extreme care. :)


Saturday, December 1, 2012

Congrats Haziq!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:45 PM 0 nak komen..
Dah lama sebenarnya cerita ni. baru teringat nak uplod. Congrats to my dear Haziq sebab dapat hadiah untuk markah tertinggi Jawi di sekolah agama. Haziq scored 100% and Hazim 98%. Just imagine how Hazim's felt. But Alhamdulillah Hazim is sporting enough dan support his buddy. Haziq even asked Hazim to accompany him to go on stage masa nak ambik award sebab dia kata, dia takkan pandai kalau bukan Hazim pun ajar dia juga. Owhhh..sob..sob..touching aiiii.

Semoga mereka sentiasa sayang menyayangi dan menghormati each other sampai bila2. Kekuatan keluarga adalah dari penyatuan hati dan jiwa serta rasa hormat antara satu sama lain. Kekuatan Mama & Abah ialah anak2!.

Dear boys & Tisya we love u!




Friday, November 30, 2012

Tisya's kitchen

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 7:11 PM 0 nak komen..
Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya...hahhahaha

Ni kitchen Tisya. Location kat kitchen Mama. Mama masak, Tisya pun masak. Mama kemas kitchen dia pun kemas kitchen. Hahaha. Comel sungguh. Dulu Mama kecil2 takde sampai macam ni. Paling tidak pinggan mangkuk mainan tu main kat luar sambil cabut2 rumput dan daun/bunga Mak buat masak :) Pastu tanah/pasir campur air sikit buat jadi macam kek.

That is so memorable. Tisya lain sikit. Mama potong sayur, dia minta batang sayur buat main. Mama potong ikan...dia lari!..busuk katanya...( kureng asam tul).

Sambil Mama masak, Tisya siap pinjamkan botol sos kicap (mainan of course!) pada Mama sambil cakap "Mama nak ABC Sos Manis Tisya?"...hahaha..comel! Mama pun ambik la buat2 letak kat lauk Ayam Masak Kicap.

Kalau tengok Mama penat terbaring, cepat2 Tisya ambil set ubat dan air kopi mainan dia bawa kat Mama. "Mama meh makan ubat. Minum air Capuccino yang Tisya buat...mesti Mama ok" :) ohhhh precious!

Then, paling kesian abang dan abahnya kena paksa makan & minum apa yang Tisya hidang dan masak. Kalau tak Tisya merajuk dan menjerit satu rumah " Penat Tisya masak...kenapa tak makan!!!" hahahha...dialog Mama dipinjam.

Dalam penat2 melayan kerenah customer, anak2 dan kerja rumah, ini adalah sebahagian dari penglipur lara saya...kerenah anak2 yang menyentuh hati dan kalbu...hahaha...







 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting