Wednesday, February 23, 2011

Haziq & Hazim CB la pulak...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:53 PM 0 nak komen..
ohhhhh tidak....dah 3 hari dua beradik nih CB....Letih dok ulang alik ke toilet "mencuci" dorang sebab dorang geli. Hari Isnin ingat takde pape so suruh dorang gi skolah. Masa jemput dorang balik skolah Cikgu dia inform 2 beradik ni asik gi toilet dekat 4-5 kali .....aduyai..kesian pulak. So Semalam kami bawa la ke DEMC sebab tengok cam tak ok-ok. Kesian pulak lepas makan jer kelam kabut ke toilet. Banyak kali juga la twin tanya "Mama marah ke?" sebab muka Mama berkerut seribu. Bukan marah...cuma risau dan sakit pinggang sebab asyik tertongeng-tonggeng "mencuci" dorang. Before 1pm je dah lebih 5 kali seorang Okey!....So 5 kali 2 orang so...agak2 dah berapa kali Mama tertonggeng-tonggeng mencuci... (Masa type ni dah tersengih-sengih sebab cam kelakar la pulak...)

Dah 2 hari twin tak ke sekolah. Last two weeks dorang batuk teruk. So MC lagi 3 hari....risau pulak takut tertinggal kat skolah. Tapi nak buat macam mana kan. Bukan kita undang penyakit tu.

Mama doa sangat2 malam ni dorang dah ok sebab Mama dah tak sampai hati tengok muka dorang sedih sebab sakit perut. Ya Allah...kasihanilah anak-anakku...Amin Lagi satu Mama nak dorang pergi sekolah esok. Risau takut dorang tertinggal pelajaran pula. Memang la kat rumah pun Mama mengajar tapi kat sekolah pun penting juga.

Sunday, February 20, 2011

Mrs. Zach's First Give-Away : Free Photoshoot Uols!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:02 AM 0 nak komen..

Alaaaaa nak jugak join contest nih walaupun tarikh tutup hari ini.... Tak kira nak jugak. Sebab dah tertarik menarik tertawan kat blog nih http://umyraepisode.blogspot.com. Memalam buta ni (ops pagi!) dok melayan blog terperasan pulak contest ini...utk pengetahuan Mrs Zach...ni lah kali pertama saya join GA okeh...

Dear Mrs Zach...
Sangatlah teringin utk mengabadikan photo keluarga yg paling canggih tahap gaban sebab nak letak tengah2 rumah supaya hari-hari dapat tengok dan belek. Walaupun saya tak la secun Erra Fazira ker, Siti Nurhaliza ker, tapi saya teringin nak jadi model utk tatapan saya sekeluarga. Pose yang paling sesuai utk saya pastilah bersama suami & anak-anak tercinta sebab takde maknenya nak posing2 bagai tanpa orang2 penting ini.....Lagipun saya rasa dengan gambar yang mantop itu dapatlah saya poyo kat Kakak saya aka Along sebab saya tau mesti dia jeles sekali. Dan sudah pastinya dia pun sibuk nak buat jugak..hahahah... Dan saya paling pasti adik2 saya terutamanya Cik Emma Sayang akan guling2 tengok saya dan keluarga ada koleksi photo cam artis dan family dalam magazine gitew...(heheheh...I know u will read this Emma....u are not qualified sebab blom kahwen...)

So dearest Mrs Zach...
Saya dengan tanpa segan silu berharap entry saya dapat menarik perhatian anda yer.... Bertambah glamer birthday party anak2 (kena combine tiga beradik sebab Mama Abah kede..) saya next month kalau dapat bergambar sakan ala2 party bollywood/hollywood sebab ada photographer professsssional......hahahah

Takkan nak letak gambar cam gini kat ruang legar rumah kan...kesian Mr Hubby muka separuh....sebab tu kami sangat memerlukan hadian ini..hahahah

Kepada sesiapa yg jugak teringin nak berposing dengan kualiti gambar yg mantop silalah cuba2 nasib macam saya ok...



Thursday, February 17, 2011

Happy Birthday My Dear Baby Girl!!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:49 PM 0 nak komen..
Happy Birthday little girl!
Once upon a time.......Batrisyia 6 months
Little girl dah 2 tahun....sgt susah nak suruh senyum kat camera...

Hari ini my dearest little girl genap 2 tahun...cepat masa berlalu, Macam baru semalam perut di potong untuk keluarkan si kecik yang terbelit tali pusat. Alhamdulillah sekarang dah genap 2 tahun. Pelengkap hidup kami setelah kehadiran 2 org hero.

Doa Mama & Abah, Batrisyia sentiasa dalam keadaan sihat, selamat dan dilindungi Allah swt. Semoga anak2 Mama Abah berjaya di dunia & di akhirat..Amin.

Selamat Hari Lahir Sayang!! Lagu khas for our baby girl...jaga diri baik2 ya dear...

credit to Papadom and maml1984(youtube)

Friday, January 7, 2011

Mama vs Dunia Baru Haziq dan Hazim

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:00 AM 0 nak komen..
my heroes

ready for school

terasa kosong sangat bila twin dah skolah....tinggal kami berdua....huhuhu
ini favourite spot dorang main kereta ke, robot ke etc..

Setia menemani kami setiap hari...
favorite spot kami berempat.... :(
kosong sangat utk Mama & Tisya sampai kol 12pm....

Dunia baru my boys sekarang ialah PraSekolah. Alhamdulillah mereka dah pun mula bersekolah di Prasekolah SKBSA. Masa dapat sms inform keputusan samada mereka dapat atau tidak sudah dikeluarkan daripada pihak sekolah Mr Hubby dan mama excited nak tahu. Macam nak dapat result masuk U la pulak. Kita yang emo lebih. Terus kami ke sekolah nak ambil result walaupun tahu dorang bole pos. Bila dapat tahu Haziq dan Hazim diterima kami syukur dan gembira sangat sebab segala perancangan kami berjalan lancar. Kebetulan hari tu Mr Hubby cuti sebab nak bawa tengok Motorshow. Lepas tu terus beli kasut stokin sekolah untuk dua beradik. Standard la...Mama tengok kasut sekolah pun syahdu sebab rasa anak dah besar. Ish cepat betul masa berlalu.

Kami dah mendaftar dari Sabtu 1 Januari 2011. Hari yang tepat untuk memulakan tahun baru. My boys dah kena training bangun pagi sejak hari Jumaat. Tak la masalah sangat sebab dorang pun excited nak mula bersekolah. Mereka bertuah dilahirkan kembar. Sekurang-kurangnya tak la mereka rasa takut sangat sebab ada each other.

Macam-macam Mama rasa. Happy, sedih, terharu, risau..macam2. Mungkin tak bersedia nak lepaskan dorang sendiri. Yelah selama 2 tahun bergelar surirumahtangga masa Mama banyak dengan mereka. Rumah terasa sunyi tanpa mereka. Seawal pukul 8 pagi terdengar suara salah seorang tak pun dua-dua sekali "Mama nak turun......(sebab dorang kat tingkat atas)Good Morning Mama... Assalammualaikum..."disertai dengan peluk cium. Itulah rutin kami. Lepak bersama depan tv tengok Timmy Time, Pheneas & Ferb, Ben10...

So sekarang, jam 7.30pagi Abah & twin dah keluar. Tik tok tik tok masa berlalu...pukul 11.30pg mesti Mama dan Tisya tak sabar keluar rumah nak jemput twin. Tisya pun dah 2,3 hari moody sebab dia rasa lonely kot. Kalau tak, sebaik dia bangun, abang2 dah sibuk greets and peluk cium dia. Memula dulu memang dia rimas tapi lama2 dia dah tak kisah. Kalau abang2 buat tak tahu dia yang pergi big hugs abang2 dia....

Ingat nak tulis pasal pengalaman twin di sekolah..ni dah jadi catatan peribadi sendiri la pulak...
Mama ni..emo lebih...huhuhu

Wednesday, January 5, 2011

Twin & Pra Sekolah...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:41 PM 0 nak komen..



SEdey..gembira..macam-macam rasa... Dah besar 2 beradik ni. Insyallah bulan Mac mereka dah masuk 6 tahun.. Cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam melahirkan 2 beradik nih. Pasti pagi saya terasa sunyi tanpa suara, keletah dan ragam mereka. Tisya semestinya juga terasa kekosongan itu sebab setiap pagi dia dipeluk cium oleh abang-abangnya. Kemestian Haziq dan Hazim setiap kali Tisya bangun pagi sampai Tisya pun dah tak heran atau marah sebab dia tahu kalau dia marah pun abang-abangnya tetap buat yang sama juga.

1 Januari 2011, Sabtu merupakan hari pendaftaran untuk PraSekolah twin. The right day to start a new journey. Of course Mr Hubby and I anxiously excited for this. We were so anticipated for their education program and want the best for them too. Twin pun macam tu. Bersemangat dan tak takut pun. Mungkin sebab mereka tahu mereka berdua, jadi tak ada masalah untuk rasa terpinggir atau lonely. Alhamdulillah....


Friday, December 31, 2010

Percutian Singkat Port Dickson

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:09 PM 0 nak komen..
anak dara saya!

sesi soal jawab...

Legend..

owhhh..anak dara siapa itu sedang bertelefon....

big smiles ladies...

my precious

dalam bilik ada pool...i like!

splish!!

splash!!

fun time!

Mr Hubby bawa kami sekeluarga ke PD pd 29 Dec 2010. Kami bermalam di The Legend International Water Homes. Mama tak kisah ke mana pun asalkan kami berlima. Walaupun semalam tapi puas sebab dapat spend time bersama. Good quality family time. Malamnya kami tak keluar dinner kat luar pun. Room service ajer sebab excited nak tengok Final Suzuki Cup. Mama yang tak berapa reti tengok bola ni berkobar semangat sebab Malaysia mampu ke final. Bangga tengok Malaysia bertarung habis-habisan untuk bergelar juara. Mungkin bola tak penting bagi sesetengah orang tapi kalau pandang dari sudut lain, kita tak sedar ia menyatukan kita sesama bangsa. Tak kisah lah kalau ada org kondem kenapa sampai bagi cuti sebab Malaysia menang bola tapi rasanya org yang banyak bunyik ni pun cuti jugak sebab dah dapat cuti kan. Masa 1st final game ari tu, kami ada di Jusco jam 7.30pm. Jusco lengang...Jalanraya pun macam tu. Semangat SeMalaysia nampak ketara...semua satu hati menyokong pasukan Malaysia. Doa Mama semoga Malaysia terus bersatu dan hidup harmoni sesama kaum. Ini penting untuk masa depan ank cucu kita juga satu hari nanti.

Balik pada kisah cuti, to Mr Hubby...thank you so much for the trip. Saat terindah adalah bila kita semua bersama. Balik dari PD kami ke Muzium Alam Semulajadi di Putrajaya. Walau tak banyak exhibit lagi tapi sekurang-kurangnya anak-anak dapat belajar sesuatu yang baru tentang pengawetan binatang dan kebetulan ada pameran batu-batuan pelik. Boys totally excited terutamanya ada patung angkasawan dan meteroid. Jenuh jugak la Mama explain tentang batu tu. But it is worth it. Knowledge has no boundaries. Tiket masuk tersangat lah murah..RM2 je utk dewasa. Most important we have a really good time.


Monday, December 13, 2010

Salam Tahun Baru

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:50 AM 0 nak komen..
Salam Maal Hijrah..

Banyak sangat yang berlaku sejak 2 menjak ni. Jadi sangat malas nak berblogging. Setiap kali nak type something, bila terkenang pelbagai perkara...sudahnya tak jadi tulis. Alhamdulillah, Allah is so generous to my family...Kehidupan kami sekeluarga bahagia walau tak semewah mana. Kasih sayang dan perhatian yg tak pernah putus menjadi asas kami. Saya berdoa agar Allah sentiasa bersama kami agar kami tak leka dalam kehidupan.

Banyak juga perkara yg berlaku membuka mata kami. Membuka minda kami. Membuka hati kami. Allah Maha Besar. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Allah juga Maha Penyayang. Allah juga Maha Pengampun.

Salam Maal Hijrah.
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting