Thursday, April 7, 2011

Game Night : Glass Challenge

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:49 AM 0 nak komen..


Semalam kami officially declare Rabu malam sebagai "Game Night". Sebenarnya dah lama my children request tapi Mama & hubby tercari-cari the right day. Kena cari malam yang cerita boring n plan dinner yg simple supaya boleh makan cepat & relax. So pakat dengan Mr Hubby, Rabu wajib balik awal sikit supaya dapat mandi, sembahyang & dinner supaya boleh join "game night". Boys kena tidur by 10pm sebab nak skolah. Just nice timing utk CSI: NY. Through out the game no tv allowed. Little Tisya pun join sekali. Tapi dia main game dia laaa. Kami main game Glass Challenge. Permainan ni macam Jengga tapi guna gelas plastik nih. Really fun. Nampak macam simple tapi ia menguji pemikiran kreatif anak2 supaya pandai imbangkan gelas supaya tak jatuh. Another thing we have a great laugh & quarrel :) semua nak menang. Pandai gak boys tarik gelas tu tak jatuh. Did not realized that until last nite, that they actually quite patience & cautious especially since they really want to win something.

Semalam juga masa ambil boys balik sekolah riuh dalam kereta bercerita pasal prasekolah nak buat hari sukan. Seronok sangat!. Sampai si kecik Tisya pun sibuk nak cerita juga. Pening Mama. Suara Abby Nofanascoba Sinar FM pun tenggelam :) Budak2 kan suka kalau dapat bebas berlari. Tambah kalau ada kawan lagi lah diaorang teruja. :D

Baliknya lepas makan, mandi, kami belajar sikit mengenai Tubuh saya atau My body. Twin belajar benda ni last year tapi tak perlu mengeja. Now Mama start suruh boys eja dan tulis. Sebab nak bagi lebih menarik Mama pun dengan gagahnya (sekali lagi) melukis gambar budak lelaki pakai baju Ben 10 dengan jayanya. Hehehe..okeylah bukan nak masuk galeri kan...hehehe... (To Cik Uteh..jangan gelak my drawing okeh....I cannot lawan u lah of course!)
Tisya pun belajar sekali! She really likes it and said " Mama, ni Ben10"...heheh

Alhamdulillah, twin dah getting better mengeja & membaca dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris masih slow lagi. Takpe, slow & steady kan boys. Thanks to cikgu sekolah dorang juga sebab mengajar mereka dengan baik :) Tisya pun dah start belajar ABC & 123. Nanti saya upload pics/video dia lak.

Ok..nak masak. Kang nak jemput twin balik sekolah. Tisya tengah layan Barney!...

p/s always new things to learn everyday. Family ties warm your heart...

Wednesday, April 6, 2011

Twin dah belajar Multiplication...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:08 AM 0 nak komen..


Seingat saya la kan, saya mula belajar darab/kali ni masa umur 8 tahun kot. Itu pun jenuh menghafal sampai kena rotan. Sangat la tak suka masa tu. Menangis bagai sebab susah sangat rasanya. Pastu start la mogok sebab kena rotan. Ishh ish..ish..

Tapi sekarang Haziq & Hazim baru 6 tahun saya dah ajar pelan2 sebab nak bagi exposure. Saya start ajar last Monday. Selalu remind diri jangan push dorang atau buat dorang rasa stress atau benci maths. Kesian.... Mama tak nak guna rotan ker, herdik2 ke sebab biar dorang belajar smoothly. Lagipun Maths suppose to be fun kan..

So dengan gagahnya (sebab buat memalam buta) saya prepare teaching aids yg simple dgn guna barang recycle utk mudahkan dorang belajar. Alhamdulillah, dorang dah belajar sampai sifir 2. Slow tapi at least dorang paham konsepnya. Thanks to Mr Hubby sebab belikan buku ni. Kalau Mr Hubby tak support susah juga sebab banyak teaching aids & materials Mr Hubby dgn murah hati bayarkan...hehehe I love u dear!..

Mama belajar benda baru.....sifir/darab ni sangat susah utk budak2..so jangan pressure dorang. Make it fun!


Friday, April 1, 2011

Book of the month

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:53 AM 2 nak komen..

Dah masuk bulan April dah...Cepat betul masa berlalu. Tu peringatan utk diri sendiri tu supaya memperbanyakkan amalan & perbetulkan diri sendiri yang dah makin "dewasa" ini.

Sejak resign saya punya lebih banyak masa untuk membaca. Salah satu hobi yang paling saya suka. Dulu masa budak2 sekolah, saya suka baca novel. Standard la budak sekolah kan. Sambil baca sambil berangan. Kadang2 saya akan baca sampai habis dalam sehari sebab nak tahu endingnya secepat mungkin. Lepas tu mak marah sebab tak tolong masak ker kemas rumah ker. Terperap je dalam bilik. Nak beli banyak2 buku takde duit so baca la buku tu banyak2 kali. Bila lepas SPM, dah pandai sewa buku kat CM (Central Market). Kalau satu buku RM12, bila pulangkan dapat balik RM10, sewa yang lain pulak. Seronok sangat. Kalau banyak duit sok saya nak bukak bisnes cam gini lah. Hehehehe...

Masa kerja dulu nak baca satu buku sebulan sampai habis pun jenuh. Macam2 benda nak buat. Bila letak kepala kat bantal jer terus lena. Harap baca surat khabar & majalah PA & MA dan Wanita...hehehe...itu pun hubby sponsor tiap2 bulan....Majalah lain dia tak bagi. Takut rosak minda katanya...hehehe iyolah...

Bila pregnant terus jadi rajin gila nak baca. Kadang2 sanggup tahan ngantuk asal dapat baca. Pastu nak pergi kerja, dalam kereta confirmed tidur. Kesian Mr Hubby drive sorang2 :)

Sekarang dah 2 tahun lebih saya bergelar surirumah tangga sepenuh masa. Banyak buku Mr Hubby dah belikan. Setiap bulan kadang sampai 2 ke 3 buku. Dari buku masak, business, exercise :),self improvement ke parenting dll. Thank you to my dear sebab tahu kegemaran saya. Dari bukulah banyak yang saya belajar terutamanya parenting. Bukan apa zaman makin berubah, saya nak cuba jadi Ibu terbaik utk anak2 saya. Ini salah satu cara kita berusaha kan. Doa saya setiap hari semoga Allah menjadikan saya Mama yang terbaik utk anak2 saya, Mama yg sabar, Mama yang bijak, Mama yang menghiburkan dan Mama yg cantik macam Rozita Che Wan.......eh... eh.. silap2....tetiba jer ingat Cik Rozita itew...(lari tajuk..sori-sori) :)

So buku untuk bulan April yelah "Smart Parents Brighter Kids" oleh Zaid Mohamad, terbitan Truewealth Publishing. Kat belakangnya ia tulis...
"Here is a book that addresses parental issues based on proven strategies. It is written by one parent to another, featuring the day to day matters that parents will instantly connect to. This book is timely released masterpiece, a well balanced formula amidst our search to be a human-parent. It has revisited many basic but salient points of parenting, among others, the long forgotten substances - "to love & be loved" "

Okey kalau saya rajin saya taip sinopsisnya ya.

Selamat Membaca kawan-kawan......

Thursday, March 31, 2011

Comey sangat kan....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:47 PM 0 nak komen..
Syok layan video nih...


remind me the old days...

(eh eh..dah tua kah aku..hhuhuhuh)

(p/s...ema! don't u dare smile or write anything in comment!..I know what are u thinking...hehehe)

Monday, March 28, 2011

Art Project of the week!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 5:47 PM 2 nak komen..






Hari ni Mama lapang sikit...baju nak gosok dah abih...huhuh..so lepas mengajar 2 beradik nih reading, kami buat art & craft pulak. Apa lagi seronok betul Haziq & Hazim...

Benda ini Mr Hubby beli dah lama. Saje simpan tunggu dorang pandai sikit utk buat sendiri. Senang, takde guna paku2. Cuma warnakan blok kayu tu, tunggu kering dan camtumkan...dan main. Rumah pun tak ler sepah. Paling sesuai buat kat dapur. Nak mengelap pun senang. Sebaik saje Little angel kami tidur, terus project dimulakan...

Both of them adored this kind of activity. Kalau kita duduk sebelah layan dorang lagi dorang suka sebab mereka rasa kita appreciate dan teruja dengan kebolehan mereka. In fact personally Mama rasa making art & craft melatih Haziq & Hazim mengikut arahan dan aturan, menghargai barang sendiri & memberi daya kreativiti pada mereka.

Kalau pergi Mid Valley, Mama suka pergi the Art Friend kat Gardens tu. Macam2 ada. Dijual dalam complete set utk pelbagai kraf. Ada guna blok kayu lah, foam, beads, felt, cotton etc. So bila ada masa terluang boleh la kita buat dengan anak2.

Next week nak buat apa yek boys?....

Thursday, March 24, 2011

Happy Birthday Boys!!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:36 PM 1 nak komen..
bodyguard Tisya!
ni mama punya..Tq Abah!
ni Tisya punya..
ni birthday boys punya..Mama nak jugaklah!
Do u have the nerf?...don't mess around with us...


Happy Birthday my dearest boys. Hari ini genap 6 tahun anak kembar saya....hehehe happy semacam Mama. Standard la Mama cepat emo sikit bab2 ni..huhuhu....Memori mengandung, melahirkan dan hari2 selama 6 tahun ini rasa cepat sangat berlalu. Dah besar anak-anak Mama. Syahdu lebih la pulak....kihkih..

Cerita hari ini...Pagi, Mama sibuk2 siap dan wake up call Lil' Tisya. Ambik roti canai and hantar prasekolah sebab twin nak sambut dengan kawan-kawan pula. Kek dah hantar semalam kat sekolah sebab fridge tak muat...heheh. Sampai sekolah I helped out with preparing meals and decorations. Seronok pula....Mama memang suka aktiviti2 mendekorasi nih. Simple jer sebab tak cukup masa. Salah Mama juga sebab salah budget time.

The boys were so happy to celebrate it with their friends & teachers. Mama pun happy sebab dapat get to know their friends too. They were talking about the event the whole day!. Sangat teruja...heheheh

Then at 2.30pm Abah took day off and bawa kami ke Empire, Subang to celebrate their birthday. So sweet la Mr Hubby. Sibuk macam mana pun he tried to spend time for today. TQ Dear!

We ate at Belanga. As for the gifts, since only Abah jer yg hutang hadiah, so dia bawa the birthday boys & lil' girl ke Toys R Us!. The boys choose NERF set (i like...), Tisya pun dapat juga...DORA set & Mama dapat book. Mr Hubby offer suruh ambil NERF lagi satu supaya dapat main dengan boys nanti tapi cam kesian pulak kat Mr Hubby...tu pun dah berapa. Takpe next time ok.

Alhamdulillah....Syukur di kurniakan anak2 yg sihat, baik & bijak. Semoga Haziq & Hazim membesar menjadi anak2 yg soleh dan berjaya. Pandai dan sihat rohani & jasmani...Amin

I love you tooo boys...Happy Birthday!



Wednesday, March 23, 2011

Birthday Party Twin & Tisya

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:17 AM 0 nak komen..
12 mac 2011

Start je cuti sekolah kami adakan birthday 3 beradik ni sekaligus. Asalnya rancang nak panggil kawan2 dorang, our friends dan relatives tapi last minit Haziq request only family,teachers and jiran jer. No friends from school sebab malu. Aiseyyy...kami punyalah tempah kek besar utk charter lots of guest. Tapi to respect his birthday Mama & Abah agreed. Hazim tak kisah sangat katanya. Lil' Tisya the lesser the better kot sebab dia lagi la malu. So we proceed with the party. So their birthday sok kami bawa kek & goodies la kot ke sekolah. Bagi seronok anak2.

We start at 3pm. Close families, jiran,teachers & my friends only. Simple. But my boys enjoy it sebab ada cousin katanya. Tisya pun tak la malu sangat dan melekat kat Mama ajer.

The gifts are tremendously... Terima Kasih sangat2. Haziq, Hazim & Tisya murah rezeki sebab ramai yang sayang. Dengan toys, bear, baju, bicycle etc. Thank you so much. Tak terbalas rasanya.

To my dearest sisters, thanks for coming and helping. To mak thanks for the clothes and foods. To my in laws, thank you for helping too.

Most of all Thank you Allah for this precious life. Alhamdulillah.

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting