Saturday, April 14, 2012

Birthday Boys & Tisya

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:45 AM 0 nak komen..
Happy birthday sayang....


bikin mama jeles..peluk2 abah in public..eleh!

hadiah kedua dari abah utk anak2. Boboiboy complete set...Tisya's boifren..

Tisya super duper excited

hadiah Mama utk Tisya...Tapi x boleh lawan hadiah abah...dia present katil siap bedsheet...huhuhu

meja solek si Tisya

Tisya suruh letak kat itu sebab dekat dengan cermin besar katanya...ewah-ewah-ewah...
penuh dapur dgn pinggan mangkuk.....pemandangan biasa habis party...janji bereh..


doll yg comel ni hadiah dari Kakak Nurul..tq kakak ana lulu

boleh open booth kat flea market...jual semua kalau malas belajar...muhahaha
Ni nak update gambar2 birthday twin & Tisya yang lepas. Small gathering with family members. Haziq, Hazim & Tisya were soooooo happy n excited bila semua yang mereka kenal & sayang berkumpul. Tak jemput kawan2 pun takpe katanya. To Mak, Abah, Parents in laws, sisters and in laws thank u so much for remembering their birthdays. Hadiah melimpah ruah. Tak terbalas budi semua orang rasanya. 

Family holiday break-PD

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:24 AM 0 nak komen..
Sebenarnya kami gi holiday ke PD masa cuti sekolah lepas. Time tu sibuk benar dgn macam2 hal lupa nak hapdate. Memandangkan hari ni terlebih rajin so nak update banyak2...huhuhu

Banyak gambar lawa2 my dear adik yang tangkap sebab kamera dia lagi canggihkan...hahah...mak budak ni sebab terlebih seronok berjimba-jimba di PD tu so tak menyempat la nak bergambar bagai. Gila syok sebab kali ni gi holiday bersama family terchenta. Dapat pulak adik-adik yang happening dan pening. Haziq, Hazim & Tisya  dok nak melekat jer dgn aunties yang havoc nih...(waaaaa...kalau uolls kawen mesti tak leh nak riuh cenggini kan...)

Anyway, thanks to my sisters sebab merealisasikan percutian singkat ni. Mak & Abah Tq for being so sporting too. Next mak & abah kena bawa baju mandi. Boleh berswimming sakan dgn cucu2 okay.






tengok gambar2 holiday ni terasa nak brcuti lagi.....

Thursday, April 5, 2012

Kisah kawan boys yang suka pinjam barang

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:25 PM 4 nak komen..
Balik sekolah 2 beradik ni kecoh citer hal sekolah dorang. Riuh rendah dalam kereta berebut nak citer. Layankan ajela. Janji buckle up and duduk elok2.

Haziq and Hazim argued tentang kawan sekolah dorang. Kawan dorang yang suka pinjam barang tapi tak pulangkan. Kalau tak bagi pinjam siap cubit2. Mama & Mr Hubby tak nak campur sangat sebab nak dorang belajar uruskan masalah sendiri. Lagipun ini melatih jati diri mereka dan kemahiran mereka berfikir dalam menangani masalah. Asalkan dua beradik ni tak cedera udah la.

Dalam dengar dorang bercerita, nak tergelak pun ader. Hazim kata kalau ikut hati jahat dia, dah lama dia sepak budak tu tapi hati baik kata jangan. Tu suruhan syaitan...Pastu Haziq kata " err...Hazim dengar ke suara syaitan tu?..." Apa lagi marah la Hazim. Katanya Haziq ni tak paham la. Itu contoh katanya. Kalau kita ikut buat benda jahat itu diajak oleh syaitan la....Pastu dengan selamba Haziq jawab " Ohhhh...ingat Hazim dengar suara syaitan tadi..."...

Hahahaha......gila selamba si Haziq ni. Nasib baik Hazim cool jer. Pastu dorang sambung gelak2 sambil bergusti dalam kereta walaupun diikat tali pinggang. Tisya tutup telinga. Bising katanya. Nak nyanyi lagu Najwa Latif pun susah...

huhuhuhu......tengahari Khamis yang panas terik namun indah....

p/s....agak2..kalau kita dengar suara syaitan kita ikut ke tidak?...errrr..seram.





Sunday, March 25, 2012

Mari makan di Hannoon Al Arab

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:52 PM 4 nak komen..
acara wajib pagi sabtu n ahad...BOBOIBOY

tengok...4 beranak layan habis BOBOIBOY

after class music kami layan restoran arab kat Setia Alam

Lamb Mendhy...besar gila lamb...gila puas. kami makan seketul ni  5 beranak dah kenyang. Sip tapau balik lagi seketul...hihihi

En Suami yg sangat suka hati tapi dia kata kat KL nyer still no 1


Pagi Ahad dah terkejar-kejar bersiap gi kelas music twin. Lepas BoBoiBoy tu dah siap2 nak keluar. Sampai kelas mcm biasa. Boys agak slow sikit hari ni maybe sebab semalam dah puas enjoy birthday party dorang kan. Still terbayang-bayang kemeriahan semalam kata dorang...hihih...macam-macam. TQ to Ms Tan sebab bagi hadiah lagi kat budak2 ni. So very nice of her sebab ingat birthday twin

Next kami gi makan kat restoran arab kat Setia Alam. Not bad cuma daging lamb a bit dry and humus nyer terlebih garam. But its quite affordable tau. Sesiapa yang area berdekatan teringin nak makan masakan arab cuisine sila la google map tak pun GPS ker cari lokasi. Price? ok lah...2 lamb mendhy, 1 nasi tambah, humus and 1 big teapot of arabian tea only RM 58++....kira ok la dari yang biasa kami makan. daging dia bagi gila besar. Kami makan seketul jer. lagi seketul bawa balik. Bila2 masak nasi beriani boleh buat lauk.hihihih

En Suami dengan baik hati bawa kami ke Shah Alam. Sempena Hari Air ada la jual pokok2 bunga,buah-buahan & sayur. Rambang mata bila En Suami offer nak taja pokok kan. So dengan senyum lebar hari tu mama shopping pokok2 la pulak. Alhamdulillah rezeki lebih sikit boleh la dapat yang berkenaan. 

Haziq Hazim & Tisya standard la. Lepas makan dah bising ajak balik. Nak main toys katanya...leceh tul..ambik balik kang...huhuhu

Saturday, March 24, 2012

Happy birthday darlings!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:17 PM 3 nak komen..
Alhamdulillah....Tisya dah berumur 3 tahun last 17 February dan my boys dah 7 tahun today..Kami buat party kecil2 sahaja. Just gather up families for good time. Tisya, Haziq & Hazim were over the moon bila all aunties and uncles, cousins & grandparents turn up. They really love bila rumah penuh dengan org2 yang dorang sayang.  To everybody...terima kasih sangat2 sebab ingat birthday mereka bertiga. The gifts are so generous. Kami laki bini pula rasa segan sebab semua datang mesti bawa hadiah untuk dorang. Mak Long & Pak Lng yang tak dapat datang pun siap kirim hadiah. Sob..sob..sob..terharu tau. But please it is not the presents we wish for...the thoughts that counts.

Apa2 pun, To my mak abah. mak abah mertua, ateh, acu, pak su, faizal, ajoy & nurul (kakak ana lulu ;P) tq for coming!. Even cikgu music class twin pun ingat kat dorang. TQ dear!!
my darlings...

new castle from Mak Long and Pak Long

hadiah 3 beradik penuh satu meja!..boleh buka booth jualan ..TQ everybody

goodies bag untuk kawan2 sekolah twin

Wednesday, February 15, 2012

Tq to Dr Roliza

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:33 PM 2 nak komen..
Dah lebih sebulan twin batuk2. Kejap baik pastu jadi lagi. Kadang2 Mama & Abah stress dan sedih. Dah macam2 cara kami buat agar anak2 sihat. Ada masanya Mama menangis sebab sangat geram dengan batuk ni.

We make an appointment with doctor again. Dr Roliza from DEMC. Doktor ni memang doktor masa Tisya baby. She also featured dalam majalah PA & MA last month dan monthly jawab soalan/surat2 dari parents mengenai anak-anak dalam majalah tu. Bila jumpa di lagi last Saturday, masuk2 jer dia dah recognize Haziq. Terus di sapa " Batuk sampai mata bengkak2?" Bila check chest Haziq she said dia masih banyak flame. Dia recommend warded sebab boleh dia monitor closely. Dr nak Haziq maintain ambil neb every 4 hours selama dua hari. Apalagi kering darah Mama dengar masuk wad nih. Hubby & I dont agree. The other alternative is kami sewa alat tu untuk 2 hari and maintain bagi Haziq neb every 4 hours. By Monday we must come for follow ups. If Haziq still coughing dan paru-paru ada wheezing sound we need to allow him to be warded. Dr nak make sure Haziq betul2 sihat. Haziq nampak sihat macam biasa cuma bila time batuk tu yang teruk. Kadang2 tak boleh berhenti. Kesian dia. So far tak pernah la dia tercungap-cungap tapi merah padam muka ada la.

Alhamdulillah after 2 day of continous extra attention on him termasuk lah bangun tengah malam untuk bagi neb, now he is fine. Dah takde kahak lagi dan dah tak batuk. But Dr said itu adalah simptom nak kena asma. So kena extra care sebab Haziq tak tahan habuk or kotor. His fruits take pun dah kena pilih2. Kesian dia. His fav fruit macam grapes & strawberry dah kena control.

Being a parent perkara yang paling saya risau ialah kesihatan anak-anak. Tak tenang rasanya bila mereka tak sihat. Perempuan memang cepat melatah hal2 macam ni kan. Sebab tu Allah bagi kita lelaki sebagai suami sebab secara logiknya suami lebih stabil emosinya dan lebih cool dalam hal2 macam ni. Saya juga rasa insaf kerana lebih ramai ibu-ibu yang perlu kuat semangatnya demi anak2 yang mengidap pelbagai penyakit berbahaya atau OKU. Saya baru anak2 tak sihat macam ni dah susah hati sampai nanges2. Syukur pada Allah swt kerana memakbulkan doa saya suami isteri. 

Thursday, February 2, 2012

Haziq & tulisan di meja..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:42 AM 5 nak komen..
Okey hari ni ada cerita baru pasal Haziq..Semalam dua beradik ni bercerita pasal apa yang jadi di sekolah ketika kami dinner. Dalam dok suap2 makan tu tetiba Haziq bercerita

Haziq: Mama...tadi kan Haziq nampak ada satu meja tu ada tulis nama Haziq.
Mama: Haaa...Haziq conteng meja ke? Meja siapa?
Haziq: Bukan meja Haziq. Meja kawan Haziq. Bukan Haziq yang tulis la Mama.
Mama: Meja tu kat kelas Haziq? Meja siapa?
Haziq: A'ah..kat kelas Haziq. Meja kawan pompuan.
Mama:....erk!....(En Suami dah nak tersembur makan nasi. Sambil sengih2 kat Mama sebab tau Mama punya
           reaction)
Mama: siapa nama kawan Haziq tu?
Haziq: Tah..Haziq panggil weiii jer.
Hazim: A'ah..Hazim pun panggil dia weiiiii
Abah: Abah kenal tak? Cantik tak? (ayat standard setiap kali isu berkaitan berlaku)
Mama: Haa..sok pegi padam. Dah makan. (dengan muka yg tahan nak gelak)
Haziq & Hazim: Ala...bukan kitaorang buat. Lagipun tu meja dia.
Abah: Kenapa dia tulis nama Haziq?...Dia takut lupa nama Haziq ke?
Mama: Abahhhhhh......kang tido bawah sorang2 yer.....Sok beli nasi bungkus...baru tau.

Sekian.

p/s...Haziq dah ada admirer?...owh.....anak mama dah besar....grrrrr...
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting