Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:27 AM 0 nak komen..




Students at Abby Kelley Foster Charter School were recently asked to film video testimonials for the Worcester, Massachusetts, school. However, unbeknown to the students, their teachers were actually planning an elaborate prank. While the students offer heartfelt speeches, the teachers are secretly dancing behind them with wild abandonment.
A soundtrack featuring Whitney Houston's "I Wanna Dance With Somebody," was later added to the video, created by Mike Penney. [Purchase the song on Amazon or iTunes.]
A few of the students seem to be holding back laughter in the videos, though it's unclear if that's because they were actually in on the prank or maybe just a little camera shy.
COMEL CIKGU2 NI MENARI SAKAN KAT BELAKANG TU...I WANT DANCE TOO! KOOL..

Tuesday, May 15, 2012

hari barli untuk kami

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:06 AM 2 nak komen..
ahaks!...minum barli pun nak kecoh.....sebenarnya ni la minuman kesukaan seisi keluarga kami selain air yang dibuat menggunakan mi amor Dolce Gusto...ihiks..

Senang dan mudah. Cuci barli tu..rebus, letak daun pandan. Nak minum letak gula sikit dan masukkan barli bersama airnya semasa masih panas..kacau2...tunggu sejuk then minum sambil geget2 barli tu...syok!

Sekarang kan musim panas, so "elok benor" la (sila bunyikan loghat Perak yer kengkawan) kita minum barli. Kita minum dulu...

haaaa...minum la puas2..tak payah rebut@...satu periuk Mama rebus!

yum..yum...jemput tengok yer...

Monday, May 14, 2012

mother's day

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:25 PM 0 nak komen..
Happy mother's day to all mommies out there...

Thursday, May 10, 2012

Kes Mak Pukul Anak 10 Bulan...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:14 AM 0 nak komen..
Kawan2 dah tengok video Mak Pukul Anak 10 bulan tu?....Tadi pagi2 sambil update blog dan uruskan my online biz dengar HotFM. Ramai yang tak puas hati pasal video tu. Baik lelaki mahupun perempuan menangis waktu call HotFM. Ada sorang lelaki ni lepas tengok terus buat police report dan cakap kalau dia jumpa perempuan tu, dia nak perempuan tu pukul dia macam mana dia pukul anak dia yang umur 10 bulan tu. Dia nak perempuan tu lepaskan marah pada dia.(*sob..sob..sob)...

Mommies menjaga anak2 memang bukan mudah kan... Mendidik dan menjaga adalah 2 perkara yang berbeza. Dalam melayan kerenah anak2 being a mom or dad kita kadangkala mudah terlebih emosi...Dengan kepenatan seharian dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan kita sering terlupa mereka ada hati dan perasaan. Kasihan anak2 tu. Kalau rasa tak sanggup pikul tanggungjawab menjadi ibubapa pergi jumpa doc utk pakai perancang kehamilan!

Mama pun bukannya langsung tak marah langsung dengan anak2. Marah juga. Tapi setiap kali Mama dah nak terlebih emos Mama cepat2 naik tingkat atas, masuk bilik jap bagi cool down. Istighfar banyak2, ambil wuduk dan nangis dulu. Pastu pegi cari My beloved Dolce Gusto...minum dulu! Then mengadap pihak tertuduh...hahaha....Tangan hanya digunakan jika perlakuan tersaaaaaangat melampau! Saya ulang tersangat melampau!

Tapi setiap kali hal2 macam ni berlaku (menggunakan tangan), malam2 saya mesti nangis dengan En Hubby...menyesal sebab tak kuat lawan emosi. Esok saya terangkan pada dorang perlakuan dorang adalah sangat salah dan Mama sangat sedih. Saya minta maaf sebab terpaksa menngunakan tangan.

Sebagai manusia kita tak sempurna tapi tak salah memperbaiki diri selalu kan. Ingat-meningati tu tandanya sayang. Sharing is Caring. Honestly saya cuma sanggup lihat video itu beberapa saat di berita Buletin Utama.  Tak sanggup nak tengok kesakitan si kecil.

P/s...Semoga Allah sentiasa menguatkan kesabaran dan keimanan kita dalam apa jua hal setiap masa...Amin..

budak kecik yang selalu test kesabaran Mama especially bab sepah menyepah...

Budak lelaki dua orang ni yang bikin rumah hingar bingar...

lelaki ini selalu menjadi mangsa air mata, air hidung Mama...ihiks!

Mi amor....

(apa tu mi amor?...klik)

Budak perempuan itu & Haziq..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:15 AM 0 nak komen..

Pagi ni masa sibuk2 siapkan twin ke sekolah Haziq buka citer...

Haziq: Mamaaaaaa......semalam kat sekolah agama ada budak perempuan sepak bontot Haziq...
Mama:..ErK!!?/?...bukan bontot...punggung sayang...Kenapa dia buat macam tu?
Haziq: Entah lah....masa tu dah habis rehat...tengah jalan nak balik kelas...
Hazim: Haaaaa....kenapa tak cakap Hazim?. Siapa?
Mama: Kenapa Hazim tak tahu? Hazim kat mana?
Haziq: Hazim depan Haziq. Haziq selalu suruh Hazim depan Haziq supaya Haziq boleh jaga Hazim dari belakang.... (owhhhhh sweet....)
Hazim: Budak yang mana? (dgn nada marah dan tak puas hati)
Haziq: Haziq terus marah dia semalam. Pastu dia senyum jer. Kenapa ada orang kalau kena marah dia senyum jer...tak tunjuk rasa dia salah pun?
Hazim: Owh...budak tu...Hazim tahu saper. Dia memang macam tu. Kalau buat salah, dia senyum jer. Takpe nanti Hazim marah dia hari ni..
Mama: (sengih jap)....Haziq jangan pegi sepak dia pula. Haziq marah jer supaya dia tahu Haziq tak suka orang buat Haziq macam tu. Kata kat dia Allah bagi kaki bukan untuk sepak orang sesuka hati. Kadang2 orang memang sengaja buat begitu bagi kita marah. Bagi kita buat benda yang sama supaya dia rasa kita dan dia adalah sama. Bila kita tak buat perkara yang dia harap kita buat, dia akan rasa segan/marah dan dia tahu apa dia buat tu salah. Show u dont like to be treated like that but dont kick back. 
Haziq: Pelik la budak perempuan tu kan...dia tak malu ker?
Mama: Dia suka Haziq kot? :)
Haziq & Hazim: Hish!...tak hingin budak pompuan macam tu....

hahaha....soalan terakhir tu sekadar mengurangkan ketegangan si Haziq. Hai la si budak perempuan.....kalau suka jangan la main sepak2 anak aunty. Kompem kena reject!... Anak2 aunty ni banyak pantang larangnya nak oii....Tak bole busuk, tak bole comot2, tak bole makan mulut buka, tak bole makan bunyi2....hahaha....kecik2 dah pandai protokol....

p/s...dapat dari sape yek?

Wednesday, May 9, 2012

JXC1 concert

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:22 PM 0 nak komen..
28 April 2012 JXC 1 Concert

Alhamdulillah boys dah selesai JXC1 dan sekarang dah masuk JXC2. Konsert diadakan lebih simple. Yang penting bakat dan keupayaan anak2 yang belajar dapat dipersembahkan untuk memberi keyakinan kepada mereka. 

Mama & Abah were soooo proud and happy for the boys. Sejak masuk tahun 1, masa sangat terhad untuk mereka berlatih. Mana nak ke sekolah kebangsaan, pastu sekolah agama, masa untuk ulangkaji, masa untuk main, menonton tv etc. Kesian juga tapi ini pelaburan untuk masa depan dorang. Kadang2 pukul 8.30pm dah terlentok dah 2 beradik nih. Nak practice hari2 macam dulu pun Mama kena bising dulu baru la pergi berlatih. Maklum lah budak2...dorang kejar masa nak main la apa lagi.

Semoga anak2 Mama sentiasa berjaya dan menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa & negara. Next year Tisya pun nak ikut jejak langkah abang2 pula. :)

my hunny bunny hubby & lil angel


with their super duper awesome teacher..Ms Tan




tah aper la 3 beradik ni borak...

haaa...masih borak lagi...

lets dance & play frenzz


my boys..





Fun time at playground

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:05 AM 0 nak komen..
Last weekend kami bawa 3 beradik ni excercise kat playground. Bukan main seronok 3 beradik ni. Boys siap jumpa kawan baru lagi ajak main bola sepak sesama. Memang semangat 1 Malaysia sebab 2 orang budak lelaki tu budak cina. Tinggal kawasan kami juga. Bagus2...tu yang kami duk ajar dorang 3 beradik. Kawan dgn semua. Jangan kawan budak jahat jer.

Sempat la Abah Mama jogging 3 round...eh tak-tak..tipu..Mr Hubby 3 round Mama...2 round sajer...hahaha...gila malas...Sit up kat rumah jer rajin....

Tisya pakai kasut sport. Suka sangat budak kecik nih sebab 1st time pakai. Siap ada 2 lagi ok. Hahaha...ni kasut boys dulu. Dia dah boleh pakai. Siap boleh tukar2 lagi kalau kotor. Bertuah ci kTisya yer.








Ok parents...sila la rajin2 bawa anak2 kita beriadah yer. Nanti obes pulak...Kalau dulu kita boleh ke playground sendiri atau bersama kawan2 kan..tapi sekarang baik toksah....kang anak2 hilang tak tinggal jejak. Pegi skolah pun orang boleh ambik ini kan gi main2...Selamat beriadah ok...
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting