Friday, November 25, 2011

Cerita Graduation Twin...Part2

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:24 AM 0 nak komen..
Since sekolah cuti Mama tersangatlah sibuknyer. Macam2 dah plan utk twin n Tisya. Makanya Mama pun dah macam semput dibuatnya sebab macam2 nak buat. Ok tu citer kemudian. Ni nak recap kisah hari graduasi twin.

Twin agak bertuah sebab abah dorang sendiri yang bagi sijil masa konvo tu. Satu moment yang sangat istimewa bagi Mama & Abah.

Despite of macam2 yang jadi, we are really proud of our boys. If they are not Top in their class we still proud of them. dah besar anak mama abah...sob*sob*....tahun depan dah 7 tahun. Dah Darjah 1.

This moment will always be cherished and remember.

Guys..we love you!























CONTEST CANDID TIME BY MUNA

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:03 AM 1 nak komen..

Hehehe...inilah first time nak joint GA. Sajer seronok2 sebab cam best je budak comey ni punyer entry. TQ to my lil sis; Ema sebab tag sayer. Deary Muna I present to you one of my fav candid pictures.

"my princes"
My twin boys masa umur kurang 1 tahun.....dua budak kecik nih sangat suka bergomel each other bila dah pandai merangkak. Sapa lambat sure kena naik atas badan. Haziq ringan sikit dari Hazim. So kalau Hazim naik atas Haziq.....*pitam.... hahahah....but it always bring back good moments.... tapi anak mama dah besar sekarang. Next year dah tahun 1...I love you guys!


Tag:

Wednesday, November 23, 2011

My boys graduation day...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:02 AM 0 nak komen..
Sowey lambat update. Tersangat la sibuk 2-3 hari ini.

The day before graduation day masa jemput twin balik skolah Mama diberitahu yang en Suami akan menyampaikan sijil utk kanak-kanak prasekolah. Tiada surat menyurat mahupun kad jemputan okeh. Via mulut ado.Itupun pembantu cikgu yang cakap. Sedikit terguris... (biasa la Mama bab2 ni cepat sikit sentap sebab macam ikhlas tak ihklas jer jemput). Tapi takpe...apa kita buat kena la ikhlas kan. LillahiTaaala.

Then Mr Hubby forward sms dari cikgu saying the same thing tapi ada tambahan sedikit iaitu kami dijemput utk hadir jamuan selepas function. SMS dihantar dah dekat maghrib. Erk...ok kami terima jemputan itu walaupun agak terkilan. So takpelah. Hal2 ini sama sekali kami tidak bincangkan di hadapan twin yer. tak nak bagi wrong impression depan twin.

On the day...kami sampai around 7.30am. Wow...tahu ajela budak 6 tahun kalau dah lasak....kelam kabut bilik menunggu tu jadinya. Gladly some nicest mommies ada membantu guru2 prasekolah. Quite suprise ada persembahan sebab cikgu tak inform apa2. Bukan saya nak sibuk yer..tapi kalau bagitau dah sahlah saya datang awal sikit utk tolong make up kan dan siapkan budak. Mana nak layan budak2 ramai ni kalau harap kederat 4 org guru and pembantu. Walau sedikit kesal I help out sebab saya kesian kat cikgu2. Penat tau nak layan budak2.LillahiTaala.

En Suami tersayang mundar mandir dengan Tisya depan bilik tu. Nak ambik seats acara lambat lagi. Dah la panas dewan tu. Sebab saya takde dia dok la tunggu kt situ. Suddenly, masa acara dah nak start dan saya pun dok kelam kabut cari hubby sebab dia kata nak gi toilet dekat bilik guru...then tetiba dia berjalan sekali dengan VVIP hari itu. Erk?....peliks...siap dijemput duduk lagi kat sofa VIP tu. So terkontang kanting la saya dengan Tisya. Nak nanges sebab dewan dah penuh, takde seats...last2 saya duduk jer kat kerusi cikgu2 belakang sofa VIP tu. buat selamba.

Jenuh..dah la nak ambik gambar..nak jaga Tisya. Kesian budak kecik nih.Mujur pandai behave so tak ler Mama dia pening. Masa penyampaian sijil budak pra lagi la kelam kabut. Ada 50 budak, jubah convo cuma ada 10 jer. (ini bukan salah sekolah...dorang takde budget...satu sut rege RM50!) so 10 budak naik sorang demi sorang,...next person turun terus bukak jubah and sarung pada next person yang akan naik! Gila kecoh jadinya...hahaha...tapi funny pun ader. Comey jer budak2 ni menangani situasi..Thumbs Up! to mommies and teachers yang membantu masa tukar2 baju nih.

Selepas acara habis baru dapat borak dengan hubby. Dia kata ms keluar dari toilet, ada sorang cikgu approach and ajak dia turun sekali jemput VIP naik ke dewan. Then baru dia tahu dia kena duduk sekali di tempat VIP tu. Then masa ucapan aluan tak sebut pun nama hubby okeh. Tu yang saya rasa macam melukut di tepi gantang! Speech pun nan ado (perkataan ini dipinjam dari mrs zach). So sekali lagi saya kata pada diri Lillahi Taala.

Jamuan ringan tu memang kami plan tak join sebab En Suami ambik half day leave ajer. (Jamuan tu after function) Tup..Tup...jamuan tu pagi2 la pulak. Itu pun kami tahu masa tengah sebuk2 siapkan bebudak nih... Takpelah kami kata. We had breakfast already.

Kawan-kawan..
Segala yang kami laki bini curahkan adalah kerana Allah swt. Kami percaya apa sahaja yang kami usahakan bukan hanya untuk anak kami tetapi untuk kawan-kawan anak kami. Kita tak boleh terlalu mengharapkan pihak guru2 dan sekolah kerana tanggungjawab mereka sangat banyak dan besar. So we believe parents should help too. Tapi setelah melalui 1 tahun yang penuh warna warni....salahkah kami meminta sedikit reputable respect dari pihak sekolah. Thank you sahaja tidak memadai...the thought that counts. Kami tak minta medal nor awards. Cukup sekadar menghormati kami dengan cara yang wajar.

Perhaps ada readers yang tak bersetuju tapi ini cuma pendapat kami. Ingat..Lillahi Taala.....



Thursday, November 17, 2011

Yey...esok graduation day!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:00 AM 0 nak komen..

Ok..hari yang ditunggu akan tiba. Huhuhu terlebih excited macam konvo universiti je yer. hahaha..suka hati Mama lah yer kawan2. (*ops!)

Twin pun syok sebab dapat naik stage katanya. Lepas tu cikgu dorang dah bagitau akan ada hadiah esok. ofkos Haziq & Hazim bersemangat untuk esok.

Seronok2 gak yer boys...jangan lompat atas stage!

Lagi satu nak share, masa ambik boys balik sekolah tetiba pembantu cikgu (bukan cikgu yer) inform encik suami akan diberi penghormatan sampaikan sijil pada kanak-kanak prasekolah sebab dia pengerusi utk Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk Prasekolah. Cikgu tak sempat inform earlier sebab sibuk (*errrr...toing...toing?....) ok saya tahu kami bukan VIP yang berpengaruh dan kaya raya cam datuk datin tapi wahai cikgu jangan la begitu......biar la beradat. Just a simple letter would be nice. Tak respect saya takpe saya tak kisah tapi saya sangat sensitif kalau tak respek suami saya. Kecik hati sikit tapi maleh nak pikir sangat. Saya tak bagitau encik suami right away sebab nak tunggu dia balik aje nanti.

Jam 7.30pm Encik Suami dapat SMS dari cikgu tapi address pada saya. Dia kata lupa nak jemput atau tak sempat nak jemput. esok dorang nak suami saya bagi sijil dan nak bagi hadiah at the end of function. Pastu jemput kami makan afterwards. owh....terguris di situ. Takpelah. Nak buat macam mana kan.

Tapi sesungguhnya saya rasa sepatutnya apa saja dilakukan perlu dirancang dengan baik terutamanya melibatkan org luar. Management sangat penting yer. Baru nampak kredibiliti kita. Ok saya pun bukan baik sangat. Oleh itu saya berdiam lagi baik. Tak payah panjang cerita.

p/s...segala yang dilakukan kerana Allah swt...ingat itu CikPuan Syida.....

Tuesday, November 15, 2011

Lagi 1 hari for twin graduation day...huhuh

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:14 AM 2 nak komen..
Haaaa....tengok title pun dah over....sowey yer. Maklumlah Mama emo sket bab-bab keibubapaan nih...huhhuhu (ema,uteh sila jangan nak gelak2 ek..)

Over pulak kan macam nak abis U jer...takpe nak over jugak. Ari tu twin grad music class lepas ni prasekolah pulak. Alhamdulillah dah besar anak2 Mama. Semoga berjaya dunia dan akhirat....

p/s: nak pakai baju ape yer...eh? ihihihi...


Monday, November 14, 2011

weekend & graduation countdown...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:24 PM 1 nak komen..

olla...seronok weekend?..mine were very sweet & nice....Saturday kami relax2 kat rumah then having a special invitation by lil' sister for tea time. Sampai tempat yang dijanjikan ...OMG...nasi?...ini sudah dinner...hehehe...so we had early dinner that day and it is superdelicious....teringat2 lagi kesedapan sotong goreng dan masakan sayur campur di Nyonya Kitchen.... Thank you Ema...we had a good time that day *winks... Next time kita makan kat restoran tema borneo pulak okeh...weeee....

Sunday kami macam biasa kalau ada music class twin. Semestinya mama akan "mengah" sedikit sebab menyiapkan 3 beradik dan diri sendiri (nasib baik ayahnya tak perlu disiapkan...huhuh), prepare breakfast then bising2 suruh ambik beg, pakai kasut & masuk kereta. Semestinya Mama la yang kecoh pagi Ahad..hihihi..

Lagi 2 hari twin akan ada graduation day untuk prasekolah...(bangga..bangga cam anak dapat degree lak!)...Tapi yang bikin tak seronok pihak sekolah buat hari Khamis pukul 7.30 pagi. Kenapa la buat hari kerja ek?...Kesian la parents yang kerja tu. Kalau yang office workers mungkin cuba juga dapatkan cuti tapi kalau yang parents pun cikgu jugak macam mana nak datang? Takkan dorang boleh suka suki cuti tambahan dah dekat cuti sekolah ni kan.Dan yang tak berapa sedap bila twin inform cikgu said" kalau ibubapa nak datang datang la. Kalau tak datang pun takpe..."owhh...saya kurang setuju part ini. Maafkan saya jika anak2 teruna saya tersalah cakap akibat tersalah dengar tetapi jika benar cikgu cakap macam tu....that is not very nice.

Being parents, I believed setiap hari penting anak2 perlu ada pembabitan ibubapa. Bukan setiap hari anak-anak naik pentas untuk meraikan kejayaan mereka. Kehadiran,tepukan,pelukan malah senyuman ibubapa bakal menjadi hadiah sangat bermakna bagi anak walau mereka tak cakap pada kita. Pernah tak rasa a bit down kalau parents kita takde masa kita ambik hadiah time kecik2 dulu? So, bagaimana perasaan anak-anak yang ibubapanya tak dapat hadir? bagaimana mereka rasa bila tengok ibubapa kawan-kawan hadir?...

entahlah.....

p/s: 7.30pagi!!!...gulp!....jenuh la nak siapkan 3 beradik plus diri sendiri...erkk....breakfast nak prepare lagi......huhuhuhu

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:15 AM 1 nak komen..
Cantikkan tarikh ni......sesiapa yang bakal jadi raja sehari hari ini atau melahirkan baby tentu tersangat la seronok sebab tarikh ni memang cantik. Anyway kepada readers semoga menempuh hari yang bahagia dan ceria hari ini....
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting