Thursday, November 19, 2009

Touching Mama...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:21 AM 0 nak komen..
Di satu hari yang indah..hehehe

Hazim: Mama, nanti Hazim nak cari macam Mama la...
Mama: Cari apa? (dengan muka confius sambil tangan masih menyuap twin makan..)
Haziq: Haziq dengan Hazim nak cari isteri macam Mama...
Mama: (dengan mata yang macam nak terkeluar sebab terkejut & terkedu)...errr naper?
(walau dalam hati cam nak marah sebab baru 4 tahun dah pandai cakap isteri!!)
Hazim: Yelah....Mama baik, pandai masak, bijak, sayang Haziq,Hazim & Tisya,jaga kami,ajar
kami macam-macam. (ops...Mama dah kembang semangkuk tak jadi marah...hehehe)Mama: Ye ke?....(dengan muka yg berseri-seri..huhuhu)
Haziq & Hazim: Mama stop work untuk Haziq, Hazim,Tisya dan Abah. Mama nak jaga Haziq
Hazim dan Tisya. Mama baik ler tu...Kami nak isteri macam Mama....

......dan semasa itu Mama terasa air mata mengalir...terharu sangat. Bijak anak2 Mama. Baru umur 4 tahun ++ mereka seakan faham pengorbanan Mama utk keluarga. Ya Allah sesungguhnya Kau sangat pengasih dan pemurah kerana memberikan ku anugerah yg sangat berharga ini.....Abang,Haziq,Hazim & Tisya, Syukur Alhamdulillah...

Saturday, November 7, 2009

Kawan baru..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:31 AM 0 nak komen..
Sibuk tul 2-3 minggu ni menguruskan anak2 & rumah. Tapi dalam sibuk2 nih sempat gak saya melawat beberapa blog. Suka sangat blog yang jual preloved & new toys. So dah berkenan beli la..Syok la twin sebab dapat barang baru. Tak sempat nak ambik gambar ,nanti la saya upload.
Dalam syok beli2 ni & blogging sana sini sempat la berkenalan dengan few mothers yang sama2 macam saya. Stay at home to concentrate on family di samping cari poket money thru online biz. Ada gak yg bekerja tapi mempunyai pendapat & thinking yang sama dalam membesarkan anak2. Seronok rupanya blogging nih yek. Dulu tak sempat la nak surf sana sini sebab awal pagi dah kluar bekerja, malam pulak dengan anak2 & suami, tengah malam sibuk dgn kerja rumah yg tertangguh. Jarang sangat saya dapat surf internet.
Alhamdulillah kehidupan lebih bermakna sekarang walaupun sangat penat. Tapi saya puas dengan apa yang saya buat setiap hari walaupun kadang2 rasa macam cepatnya hari berlalu. Tapi tipulah kalau kata tak rindu pada alam bekerja dulu. Bila belek blazer & blouse jer terbayanglah juga...To Marziah..I miss our lunch hour together, especially during members' sale at Isetan KLCC..heheheh
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting