Friday, June 24, 2011

Book of the month dan Nora Elena

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:14 AM 3 nak komen.. Links to this post
Korang tengok Nora Elena?....huhuhu...mesti ramai angkat tangan. Best la drama tu. Giler best. Tak kisah lah ada orang cakap lovey dovey ker, cerita tak logik ker, apa2 ajelah ...janji Mama suke. Macam Mama minat kat Siti Nurhaliza...kihkihkihk..

Last episode NE tak dapat tengok sebab dalam kereta teman hubby outstation. Rasa macam nak pecah hati tengok jam kol 7 hari Khamis tu. Laptop tak bawak plak sebab takde broadband kan. Nak lepak kat hotel lounge cam tak best nak feeling2 tengok NE. So sabar jelah. Balik jer rumah, malam2 buta layan NE kat tonton.my. Gila layan NE nih.

Sebab tak puas tengok cerita jer, gigih cari novel "Kasih Yang Suci" sebab drama ni dari novel tu karya oleh Meen Zulaikha. Encik suami terchenta la tolong bayarkan sebab kebetulan hari tu dia take day off for my birthday (winks* one of my sweetest moments). Terkejut gak dia sebab dah lama dia tak tengok saya baca and beli novel. Tambah novel Bahasa Malaysia yang tebal. Dia tau bini dia suka baca buku parenting, business and self development je. Novel english banyak yang dia belikan pun tak baca lagi. Bukan tak suka tapi saya ni kaki novel jugak dulu. Sampai tak boleh berenggang. So kerja rumah ni banyak saya tak nak la tergendala pulak kan.

Tapi sebab Nora Elena punya pasal dah 2 kali katam okeh. Hari beli tu pun dah katam sekali. Pastu baca lagi. Tonton.my dah jadi feveret site dah. Dok ulang tayang tengok NE. Gila kau... Tulah yang malas layan, addicted!

Comey jer tengok Siti Saleha dengan Aaron Aziz tu kan. Shah Iskandar dan yang berlakon sebagai Adila tu pun sweet. Good job tu Wan Sharmila tu sebab pandai bawak watak Yvonne. Bila baca Kasih Yang Suci tu mesti terbayang wajah2 nih. Thanks To TV3 sebab buat saya petang hari saya sangat best walau sembahyang maghrib jadi kelam kabut.



credit to google & nurizspace.com

credit to meen-zulaikha.blogspot.com

Apa citer....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:22 AM 1 nak komen.. Links to this post




gerrrr..lihat lah kesepahan yang melampau itew...OMG!
sabau-sabau....
fuhh..fuhh..puh,,,aaachommm...
huih..dah berabuk blog saya ni. Lama tak update....

dah sebulan lebih dok sibuk sana sini dengan hal rumah, suami & anak2. Dengan agenda cuti sekolah, ikut hubby kerja sana sini etc. But life suppose to be meaningful kan. I have a good time and good moments too.

Last weekend ke Melaka & Port Dickson ikut encik suami kerja. Satu perangai hubby saya yang sangat istimewa ni ialah ke mana sahaja outstation gigih dia bawa kami anak beranak. Mujur twin baru prasekolah so skip school for few days. Tak la ke mana sangat lebih pada dok kat hotel and swimming kat pool ajer but we have a good time. Makan ikan bakar kat Medan Ikan Bakar Port Dickson is one of the best time. Bila balik rumah longar urat2 sebab dah syok berjalan. Tapi tak la dapat spa bagai sebab sape nak jaga 3 beradik tu kan. Takpe..takpe....dorang besar sikit sure aktiviti tu boleh buat balik...huhuhuh

Before pergi ikut hubby tu jenuh la mengemas rumah yang berabuk. Kerja2 ubah suai sikit je walau hanya melibatkan kawasan luar rumah tapi habuk nya sampai masuk dalam rumah. Hari2 dok harap cepat la siap sebab dah rimas sangat strangers kat luar rumah. Walau mereka tu tak la kacau ker atau perangai semacam ker tapi still perasan takut dan risau masih ada. Kesian tengok pokok2 dan rumput berhabuk-habuk dengan simen, batu etc. Putung rokok pun dok sepah sana sini. Hish..rimas. En suami kalau balik jer muka berkerut sebab rimas tengok rumah bersepah. Kereta kesayangan pun tak boleh parking kat porch. Sabar ye sayang...nak buat macam mana. Orang dah cakap tak payah buat porch, tapi nak buat jugak. bila dah semak sakan dia pulak yang stress. huhuhuh

Sepanjang cuti sekolah kami tak berjalan pun. Duduk rumah aje sebab rumah tengah renovate. Kejap2 orang buat rumah ni panggil nak confirm apa2 sebelum dorang buat pengubahsuaian. Lepas tu kena tolong dorang beli lunch sebab dorang ni datang pun naik bas/kawan hantar. Takpe lah janji kerja cepat siap dan tak menggatal. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dah selesai pun.

Ya Allah sesungguhnya hamba mu ini sangat bersyukur dengan limpah kurnia rezki, kebahagian, kesihatan dan keamanan yang Kau berikan. Jauhkan sifat tamak, riak atau lupa diri dari kami. Dan ampunkanlah serta kuatkan lah keimanan kami. Amin...
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting