Friday, September 28, 2012

Hantaran kahwin

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:50 AM 0 nak komen.. Links to this post
Mama suka sangat tengok hantaran kahwin. Dulu masa merisik, bertunang dan kahwin semua buat sendiri. Rasa puas dan seronok. Masa tu bukan hantaran jer Mama buat, bunga telur, bilik pengantin dan siap panjat awning depan rumah nak gantung sendiri skirting dan bunga untuk buat arch depan rumah....hahaha...masa tu buat malam2. Sehari sebelum hari akad. Jenuh suruh adik2 Mama yang kaki gelak dan kecoh tu pegang tangga. Nak gelak nak gantung, nak pegang tangga lagi. Buat kemain cepat dan kelam kabut sebab takut jiran nampak. Malu la, bakal pengantin memanjat!. Tapi alih2 Makcik Rose dan Pakcik Rais depan rumah keluar ambik angin malam!. Apa lagi kena laung la...."Siapa yang panjat tu?....Syida ker?...Ya Allah...pengantin turun! Kang Jatuh kahwin kat hospital pulak!"... Nak jadi citer makcik sebelah rumah pun keluar nak ambil angin juga...huih riuh!....Ahaks! Sampai hari ni Mama ingat. Malu tau. Hari kahwin topik tu jadi isu. Mr Hubby tahu terus dia marah. Huhuhu...kadang2 kenangan macam ni really warms your heart kan...

Lepas kahwin ada la ambik upah sikit2 buat hantaran. Ala tolong kawan2. Hati pun seronok.

Kalau ada kawan2 nak Mama buatkan, boleh jer. Just email me or ring me up ok. 012-9793698.

Then kita bincang design, budget, macam mana nak pick up dll.

Ni contoh hantaran Mama buat. Tak sehebat SSF tapi ihklas dari hati dengan upah yang minima..ihiks!







Morning wake up with Shila Amzah & Soo Wincci

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:26 AM 0 nak komen.. Links to this post
Salam pagi Jumaat kawan2.

Okey mood dah ok pasal tablet semalam. Moga hati dan minda lebih kuat dan sabar hari ini.

Pagi2 ni dengar Hot FM sambil buat kerja rumah sebelum anak dara saya bangun. Sempat la melayan radio, dengar guest artist today dengan Fafau, FBI dan AG. Shila Amzah; Juara Asian Wave 2012. Sejujurnya sebagai rakyat Malaysia, Mama kagum dan bangga dengan kejayaan orang Malaysia. Tak kiralah bidang apa pun, bangsa apa pun yang nyata mereka membawa nama Malaysia. Semoga Shila Amzah terus berjaya dan membawa nama Malaysia ke mata dunia. Yang paling penting maruah agama, diri, keluarga, bangsa dan negara dipelihara dengan baik. You Go Girl! All the Best!

Then, So Wincci pula on air. Ratu cantik, Ratu Dapur dan Penyanyi. Kalau Shila boleh cakap Bahasa Cina dengan baik now Soo Wincci pula dengan Bahasa Malaysia yang lancar. Memang awesome. Bangga jadi rakyat Malaysia sebab kita berbilang bangsa dan tentunya pelbagai bahasa. So Wincci juga mampu menyanyi lagu dalam Bahasa Malaysia dengan baik. Lagu Duet dia dengan Joe Flizzow: Terus Teranglah pun best dan catchy.

To Both of Them...All The Best!!...


 

Thursday, September 27, 2012

Mama vs tablet...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:44 PM 2 nak komen.. Links to this post
okey hari ni rajin update entry sebab emosi bercampur-campur. Kejap sejuk kejap panas kejap lagi panas gile...hahaha

Wahai tablet..saya tak benci awak.....malah saya pun dah ada tablet hadiah dari kekasih hati saya la...siapa lagi kalau bukan Mr Hubby. Impian yang termakbul setelah lama membelek2 pamphlet Samsung Galaxy Tab 2 7.0 plus...hihihih...nama penuh lagi....malah hadiah yang tak ada tema dan sebab ni menjadi salah satu kenangan terindah saya tambahan disertakan bersama handphone Samsung Champ warna pink yang comey lote....(walau tab tu boleh guna as phone tapi kata Mr Hubby, tak payah dok usung Tablet merata...pegi pasar pun nak bawak...hihihi...yelah kang sesat..ada Google Maps...gataiii)

Agaknya Mr Hubby terdengar kot my elder sister gelakkan my handphone casing....pastu dia cakap angah punya phone paling lama...lebih 2 tahun kot....Natijahnya...akak dapat phone plus tablet lagi! Thank you dear hunny bunny Hubby.

Eh.. tersasar pulak...sebenarnya tadi Mama emos sikit dengan twin. Budak makin besar makin banyak cakap dan akalnya. 1 kata kita 2 kata dia. Kena 2 x 2 tak ke 4! (because they are twin). Kalau tak ikut nafsu marah menggila tadi dah kena cili dua beradik nih...astagfirullah...

Aidilfitri baru2 ni Haziq, Hazim & Tisya dapat hadiah dari atuk nya (my father in law). Dapat pun day before raya. Nak tahu hadiah apa?....Tablet sorang satu! Baru umur 7 tahun & 3 tahun dah pegang tablet. Speechless!!!...tapi bukan bermaksud Mama happy yer. Ada 3 perasaan dalam hati Mama waktu tu. Sedih, Kecewa & Marah!.

Sedih sebab Mama rasa terkilan....Terkilan cara atuk manjakan cucu2. Sedih atuk tak hormat pendirian dan didikan Mama & Mr Hubby pada anak2. Sedih sebab Mama & Mr Hubby memang tak setuju sangat kanak2 terdedah pada komputer dengan cara salah di peringkat awal.

Kecewa sebab Mama dah boleh expect apa yang akan terjadi dan masalah2 yang akan timbul.

Marah sebab atuk tak berbincang dgn kami suami isteri.

Kalau bagi toys ke Mama tak kisah tapi tablet. Barang mewah bagi Mama. Bukan barang keperluan.
Atuk and nenek have their says about why they think my children should have it tapi I thinks I better keep silent abt it tapi antara sebab yg menyentuh jiwa raga aiii yg membengkak ini ialah tak nak mereka ketinggalan.

Nope! Haziq & Hazim tahu menggunakan komputer. Tahu apa itu comnputer games dan yang penting bagaimana menggunakan komputer dengan bijak. Mama selalu cari info di internet dan tunjukkan pada twin dan tisya. Contohnya bagaimana terjadinya hujan? bagaimana proses penyejatan? bagaimana belon udara berfungsi? Apa itu merdeka? Apa erti merdeka?..yes very informative untuk budak kecik 7 dan 3 tahun. But apa salahnya. At least mereka tahu komputer dicipta untuk menjadikan manusia lebih bijak bukan hanya bijak main games! In fact ada few question mereka Mama tak boleh jawab Mama refer di internet dan tunjukkan mereka cara nak cari info tu. Mereka juga tahu boleh main games tapi Mama hadkan. Malah mereka ada handheld game sendiri yang macam psp tu tapi educational games. Tak la boring sebab ada batman, spiderman, incredibles, barbie dan thomas the train. They are doing fine with it.

Tapi bila tetiba tablets..tetamu yang tak diundang menjengah keluarga kami, banyak yang kena diubah. Pasal tablet mereka bergaduh adik beradik. Pasal tablet masa belajar jadi masa terpaksa belajar. Pasal tablet masa practice music jadi masa nangis2 tak nak practice. Pasal tablet, seribu satu alasan dicipta agar tak perlu pergi sekolah agama. Pasal tablet sampai makan pun nak suap. Pasal tablet masa nak naik tidur mesti jadi isu nangis2 tak nak tido. Malah pasal tablet aunty2 datang nak jumpa anak saudara jadi kecik hati sebab dorang sibuk dengan tablet.

Sedikit pun Mama tak bangga bila anak2 hebat bermain games di tablet. Sebabnya mereka terlalu kecil untuk ini. Sudahnya Mama & Abah terpaksa berkeras dan marah2 hanya kerana anak2 dah pandai argued sebab naik tablet lebih lama. Walau pun sedar pengaruh marah anak2 ni sangat tidak baik untuk mereka tapi kadang2 naik hantu dibuatnya bila apa yang diajar selama ini jadi terganggu hanya dengan tablet. Sampaikan kalau bawa berjalan asyik nak balik jer sebab nak mengadap tablet.

Banyak lagi citer pasal tablet ni...nanti la Mama sambung part 2. sekarang masih marah lagi. Mr Hubby pun dah makin geram sebab tablet. Sabar la wahai hati.....ada yang tablet kena jual kang....


why oh why...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:44 AM 2 nak komen.. Links to this post


Update ini bukan bertujuan memburukkan sesiapa atau mana2 institusi hokeh. Hanya berkongsi pendapat dan amarah dalam hati (hoit!)

Last Saturday merupakan sekolah ganti untuk twin dan hari perjumpaan ibubapa pelajar tahun 1 & 2 dengan para guru. Bermula tahun lepas sistem pembelajaran baru mula diperkenalkan iaitu KSSR. Apa itu KSSR? Sila klik yer. Bagi para ibubapa yang anak2 bakal masuk tahun 1 tahun depan rajin2 la belajar dan cari info sebab ianya berlainan dari zaman kita dulu.

Mama & Mr Hubby have no objection untuk sistem KSSR sebab perubahan ini bagus untuk generasi sekarang. Malah pembaharuan juga perlu agar orang Malaysia lebih berjaya dan maju. Namun sedikit kesal jika pihak sekolah sendiri ragu2 dan tidak bersedia untuk ia. Bila pihak sekolah seolah tidak yakin bagaimana ibubapa boleh yakin dengan sistem pembelajaran kita. Akibatnya Kementerian Pelajaran dipersalahkan. Guru2 dan pihak sekolah merupakan perantaraan Kementerian Pelajaran dan rakyat khususnya ibubapa. Kalau pihak sekolah sendiri tidak bersedia dan mempunyai ilmu yang sahih bagaimana nak bantu ibubapa memahami konsepnya.

Mama tak marah sekolah tapi perjumpaan tu lebih kepada pengulangan info berkenaan KSSR yang mana telah dibincangkan awal tahun dulu. Mungkin pihak sekolah takut ada ibubapa yang tak faham, tapi apa salahnya printout info tu dan beri pada ibubapa. Perjumpaan tu sepatutnya membincangkan halatuju anak2 generasi KSSR, kedudukan anak2 dalam KSSR, perancangan pihak sekolah untuk meningkatkan penguasaan anak2 KSSR dan aktiviti2 yang sesuai untuk membangunkan pendidikan sekolah.

Sedikit hampa bila ada tiada sesi soal jawab. Sebelum habis taklimat siap inform ibubapa bagi anak2 tahun 1 jangan tanya band  anak2 berapa sekarang. (Apa itu band?..sila klik sini ok). Boleh cenggitu?. Cikgu, sekarang dah bulan September. Ibubapa perlu tahu kedudukan anak2 bagaimana? Kedudukan dalam kelas tak penting yang penting pengusaan mereka dalam pelajaran dan sahsiah diri mereka di sekolah. Ibubapa perlu tahu sebab mereka boleh bantu anak2 agar kerja dan tanggungjawab cikgu dapat dikurangkan. Tak la jenuh cikgu nak mengajar berulang2 sehingga paham. Malah time ni la pihak guru boleh minta bantuan ibubapa untuk memantau anak2 sebab selalunya ibubapa bekerja ada yang tak perasan kelemahan anak2. Dah alang2 jumpa ibubapa apa salahnya hal2 macam ni dibincangkan.

Lagi sentap bila terdengar cikgu cakap "Saya pun tak suka KSSR ni. baik KBSR. Sistem ni tak bagus...bla..bla.." so hoW?.....so Sad.....

Berhari-hari Mama dok pikir hal ni. Memang twin ok tapi still I am worried untuk jangka masa panjang. Dah la ni sekolah baru. Aktiviti ko-ko tak banyak, sukan pun boleh buat sukaneka jer. Pihak sekolah perlu minta sokongan ibubapa bukan dari segi financial jer tapi dari segi idea dan tenaga. Biar generasi sekolah ni punyai keistimewaan dari setiap segi. Tak mustahil untuk ibubapa turut menjayakan keberkesanan pendidikan di sekolah dengan cara personal touch bukan wang ringgit sahaja.

Mama banyak komen eh?...sorry ar. Kata personal blog...ihiks!

ok last..last...bila minta disampaikan idea kepada pihak sekolah, ada guru yang berkata" ada baiknya puan cakap sendiri dengan pejabat sebab kalau kami para guru cakap dorang buat tak tahu sahaja..".....eh?....ni betul tau...tak buat citer....oh tuhan.....

in the end...Mama termenung berhari-hari sambil gosok baju yang tak habis2.....

credit pic to google...
guna iron tradisional sebab tu hati cepat panas kot...huhuhu

kenapa menghilang?....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:57 AM 0 nak komen.. Links to this post


ahaks!...my hunny bunny hubby bawa kami ke sini ikut dia pi kerja sana jap...thank you dear....
lain kali Mama hupdate citer Hong Kong yer.......sehebat2 Hong Kong hebat lagi tanah airku...ihiks!
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting