Thursday, September 27, 2012

why oh why...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:44 AM


Update ini bukan bertujuan memburukkan sesiapa atau mana2 institusi hokeh. Hanya berkongsi pendapat dan amarah dalam hati (hoit!)

Last Saturday merupakan sekolah ganti untuk twin dan hari perjumpaan ibubapa pelajar tahun 1 & 2 dengan para guru. Bermula tahun lepas sistem pembelajaran baru mula diperkenalkan iaitu KSSR. Apa itu KSSR? Sila klik yer. Bagi para ibubapa yang anak2 bakal masuk tahun 1 tahun depan rajin2 la belajar dan cari info sebab ianya berlainan dari zaman kita dulu.

Mama & Mr Hubby have no objection untuk sistem KSSR sebab perubahan ini bagus untuk generasi sekarang. Malah pembaharuan juga perlu agar orang Malaysia lebih berjaya dan maju. Namun sedikit kesal jika pihak sekolah sendiri ragu2 dan tidak bersedia untuk ia. Bila pihak sekolah seolah tidak yakin bagaimana ibubapa boleh yakin dengan sistem pembelajaran kita. Akibatnya Kementerian Pelajaran dipersalahkan. Guru2 dan pihak sekolah merupakan perantaraan Kementerian Pelajaran dan rakyat khususnya ibubapa. Kalau pihak sekolah sendiri tidak bersedia dan mempunyai ilmu yang sahih bagaimana nak bantu ibubapa memahami konsepnya.

Mama tak marah sekolah tapi perjumpaan tu lebih kepada pengulangan info berkenaan KSSR yang mana telah dibincangkan awal tahun dulu. Mungkin pihak sekolah takut ada ibubapa yang tak faham, tapi apa salahnya printout info tu dan beri pada ibubapa. Perjumpaan tu sepatutnya membincangkan halatuju anak2 generasi KSSR, kedudukan anak2 dalam KSSR, perancangan pihak sekolah untuk meningkatkan penguasaan anak2 KSSR dan aktiviti2 yang sesuai untuk membangunkan pendidikan sekolah.

Sedikit hampa bila ada tiada sesi soal jawab. Sebelum habis taklimat siap inform ibubapa bagi anak2 tahun 1 jangan tanya band  anak2 berapa sekarang. (Apa itu band?..sila klik sini ok). Boleh cenggitu?. Cikgu, sekarang dah bulan September. Ibubapa perlu tahu kedudukan anak2 bagaimana? Kedudukan dalam kelas tak penting yang penting pengusaan mereka dalam pelajaran dan sahsiah diri mereka di sekolah. Ibubapa perlu tahu sebab mereka boleh bantu anak2 agar kerja dan tanggungjawab cikgu dapat dikurangkan. Tak la jenuh cikgu nak mengajar berulang2 sehingga paham. Malah time ni la pihak guru boleh minta bantuan ibubapa untuk memantau anak2 sebab selalunya ibubapa bekerja ada yang tak perasan kelemahan anak2. Dah alang2 jumpa ibubapa apa salahnya hal2 macam ni dibincangkan.

Lagi sentap bila terdengar cikgu cakap "Saya pun tak suka KSSR ni. baik KBSR. Sistem ni tak bagus...bla..bla.." so hoW?.....so Sad.....

Berhari-hari Mama dok pikir hal ni. Memang twin ok tapi still I am worried untuk jangka masa panjang. Dah la ni sekolah baru. Aktiviti ko-ko tak banyak, sukan pun boleh buat sukaneka jer. Pihak sekolah perlu minta sokongan ibubapa bukan dari segi financial jer tapi dari segi idea dan tenaga. Biar generasi sekolah ni punyai keistimewaan dari setiap segi. Tak mustahil untuk ibubapa turut menjayakan keberkesanan pendidikan di sekolah dengan cara personal touch bukan wang ringgit sahaja.

Mama banyak komen eh?...sorry ar. Kata personal blog...ihiks!

ok last..last...bila minta disampaikan idea kepada pihak sekolah, ada guru yang berkata" ada baiknya puan cakap sendiri dengan pejabat sebab kalau kami para guru cakap dorang buat tak tahu sahaja..".....eh?....ni betul tau...tak buat citer....oh tuhan.....

in the end...Mama termenung berhari-hari sambil gosok baju yang tak habis2.....

credit pic to google...
guna iron tradisional sebab tu hati cepat panas kot...huhuhu

2 nak komen..:

syiela said...

sangat risau next yr aiman std 1.. jgn la cikgu mcm lepas tangan camtu.. sepatutnya bila ada acara camni mmg satu peluang untuk waris dah cikgu bertukar pendapat..

*** kat sini pun dengar waris kepanasan sebabkan kes yg sama.so how?

Syida@Mrs K said...

saya tak salahkan cikgu 100%..yelah benda baru. tapi kita nak bantu cikgu tapi kalau pihak sekolah sendiri kurang bersedia tu yang jadi marah. my opinion, syiela should baca dan ambil tahu abt KSSR sebelum jumpa cikgu2 tahun depan. At least Syiela brsedia nak tanya apa yg patut. Then dapatkan no phone cikgu supaya kita boleh pantau anak2. KSSR takde exam macam kita tapi penilaian sepanjang tahun jadi ibubapa perlu sentiasa check pencapaian anak2. Kalau baca modul KSSR memang bagus tapi pihak sekolah dan ibubapa kena work it out together.anyway tq syiela.

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting