Tuesday, November 29, 2011

Shopping Kasut Sekolah pulekkk

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:26 PM 0 nak komen.. Links to this post


Ok.. semalam lepas tonton Puss in Boots, kami gi Tesco pulak untuk beli kasut sekolah sebab choices kat Jusco tak banyak.

Tapi nak review juga pasal Puss in Boots. Best! Walaupun ada la sikit2 dialog yang tak berapa sesuai utk budak2 overall cerita tu best dan tak bosan. Part yang tak sesuai tu pandai2 la mak abah nak tutup mata anak2 ke, atau tutup telinga bila anak2 tanya lebih2. Kalau ada idea nak explain pandai2 lah yer. Nasib baik kami beli tickets the day before. Weee..ramai budak2 dan mak bapak budak sekali. Kapel2 tu adalah sikit2. Kalau nak tengok trailer movie ni sila klik sini.
So next movie....Chipmunk 3. Haaaa ni mesti tengok.

Okeh...kami ke Tesco lepas tu. Beli la 4 pasang kasut sekolah jenama Asadi. Sorang 2 pasang. Banyak brand lain contohnya FILA, Jazz, Ben 10 dll. Tapi Asadi offers the best price dan comfortable. Pastu Mama tak suka jenis yang span tebal sangat sebab lambat kering. Yang Ben10 tu pun cantik siap ada omnitrix kat kasut dia tapi regenya RM28.90!. Kami nak beli 4 pasang okeh. Haaa cuba kira kalau kali 4. So the best choice is Asadi. Ada quality dan affordable. Bukan kasut prasekolah tak boleh pakai cuma rasanya tak lama kot jangka hayatnya sebab tapaknya dah nak renggang. Kesian pulak kan.

So twin dapat ler kasut Asadi. Mintak2 tahan sampai tahun depan.huhuhu...gila kede'. RM24.90 x 4 = RM99.60 (pitam*...baru kasut...so bersyukurlah kalau kita kategori mampu yer...jangan lupa diri)

Sebelum beli kesut2 itu kami beli sampin sekolah agama Cap Bintang (ala pusat pakaian bintang tu...) RM6.50 jer. Semalam kat Jusco sampai RM9.90!. Belt utk sekolah beli kat Jusco RM7.90.

So ibu2 bapa2 serta teruna dara sekalian, menabung itu perlu yer. Tak pun sila cari peluang untuk tambah pendapatan tanpa terlalu mengetepikan masa untuk keluarga. Haaaa...ni topik best ni. Lain kali CikPuan Syida cerita okeh. Plan baek punya....huhuhuh

Asadi ada contest. Asadi Bonanza, dan tarikh tutup ialah 31 Dec 2011 ni. Minimum purchase RM30. Kalau beli jangan tak ambik form yer kawan2. Dan resit serta original tag jangan buang kang melepas pulak nak menang ALZA 1.5L EZ (A)! No 2 & 3 pun kereta jugak; Myvi dan Viva. Monthly prizes Ipad, Sony VAIO, Samsung phones,Sony Walkman & Walkman Video. Huh...rajin pulak Mama sibuk2 cerita pasal contest ni. Apa salahnya Sharing Is Caring....hahahah (Wahai ASADI sila la sponsor kasut untuk kami......)




To ema & uteh....I know you two are smiling.....haaa kalau menang, SAGA tu bertukar jadi ESTIMA tau...hahahaha. Jangan tumpang. Duk kat tempat barang jer cam masa naik Kembara angah dulu...muhahahaha...(gelak evil*)

p/s.....mama learnt kita perlu menabung dari awal...maksudnya budget utk tahun depan sila menabung tahun ini...makanya...bonus Mr Hubby akhir tahun ini jangan mimpi nak gentel2 lengan baju Mr Hubby...waaaaaa....

Monday, November 28, 2011

Movie Day! - Puss in boots

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:10 AM 0 nak komen.. Links to this post

Jap lagi nak gi tengok wayang cerita ni....weeee....bersuka suki dari Sabtu sampai senin. En Suami dah beli tiket semalam utk tayangan kol 11.15 pagi. So silalah buat breakfast sekarang dan nak buat kerja rumah yer sebab jap lagi nak berseronok-ronok!

Adik2 ku...sila jangan jeles...adat org berkahwin dan beranak pinak. Tengok movie yang ada pengajaran dan tiada unsur2 tidak sihat sahaja. Nak tengok unsur2 lain sila la beli DVD ker VCD ker utk tengok kat rumah selepas anak2 tido ditemani set movie theater sambil feling2 macam masa berdua dulu. (sekarang dah upgrade.....berlima!)
ni confirm nak tengok!


Book of the month

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:25 AM 0 nak komen.. Links to this post


Dah dekat akhir bulan. Lupa nak hapdet. Ni buku saya baca bulan ni. Dah nak habis dah pun.

Buku pertama tu "How to develop self confidence & influence people by public speaking" by Dale Carnegie.

Kenapa seorang surirumah sepenuh masa macam saya baca buku ni? Mesti ingat saya berangan nak buat public speaking depan anak2 tak pun budget presentation depan En Suami Terchenta sempena bulan Bonus kan?...owhhh tidakkkkk. Jangan la buruk sangka kat saya. Bersangka baik itu perlu yer. Macam CikPuan Aliah tulis dalam blog dia. (Promo percuma utk Cik Aliah :P tapi saya tak ingat bila cuma ingat jadi masa bulan pose.entri yang sangat menyengat bg saya)

Ilmu tu macam2 kan. Suka2 nak baca untuk tambah pengetahuan. Sok2 kalau anak2 kena buat presentation boleh la bantu sebab Mama dah ada ilmu kan. Muhahaha...anak baru nak masuk Darjah 1 dah feling lebey...

"is there the faintest shadow of a reason why you should not be able to think as well in a perpendicular position before an audience as you can when sitting down? Surely, you know there is not. In fact you ought to think better when facing a group. Their presence ought to stir and lift you. A great many speaker will tell you that the presence of an audience is a stimulus, an inspiration, that drives their brains to function more clearly more keenly"-Dale Carnegie

Here is a book for men and women who want to get ahead. As the author demonstrates on every page,the techniques that can put you over with an audience can help you in every phase of your life.

So bacalah. Menuntut ilmu itu satu kewajipan.....Dapat pahala senang jer...hihihi

Okey buku ke 2. Memang best!. Banyak panduan kita boleh dapat sebab didik anak ni bukan mudah. Beranak sakit tapi sekali teran jer tak pun macam saya potong perut jer. Tapi mendidik dan mengasuh sangat sukar. Saya yang senang hilang kawalan diri ini perlu disogok dengan bahan bacaan macam ni. Pastu saya catat mana yang perlu. So setiap kali saya lose control dgn anak2 saya akan baca catatan saya siap mukasurat berapa utk rujuk. Takut menyesal kemudian hari kalau cara didikan saya tak betul. Pastu bila anak2 dah tido saya akan buat review kat En Suami macam pembaca berita tapi atas katil lah kan supaya dia pun tahu jugak. Dia tukang beli je sebab balik lambat bila la nak baca kan. So bini dia tukang baca dan tukang review isi penting kat dia. Haaa...sekarang nampak tak kenapa buku pertama tu perlu di baca?...heheheh

Sambil En Suami godek2 PSP dia sebelum tido (acara wajib sebelum tidur buat hilang stress katanya...)saya akan bersyarah akan buku yang saya baca. huhuhuhu....bukan membebel okeh.

So kawan2 "Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif" oleh Tengku Asmadi sangat bagus utk rujukan. Salah satu perkara yang menarik minat saya utk membaca buku ini in the first place ialah "Tahukah anda, anak-anak lebih bertindak balas kepada emosi kita bukannya kata-kata kita?"....makanya sila baca kenapa yer...haaaa jangan malas. facebook-facebuk jugak....baca itu perlu....murah jer buku nih RM15!!. sila ke web ini kalau suka ok. www.pts.com.my sekian terima kasih. sekarang nak pergi jemur baju and buat breakfast. Lepas ni nak gi tengok wayang...weeeeee....

Sunday, November 27, 2011

oh pasukan malaysia ku...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:01 PM 0 nak komen.. Links to this post
sedih kan pasukan kita kalah lagi. Apa nak buat...adat bertanding. Ada kalah menang. Semoga pasukan kesayangan kita lebih berjaya lagi. Bola sepak telah menyatukan rakyat Malaysia tak mengira bangsa. Tadi pergi Jusco rasa bangga bila tengok beberapa orang memakai jersi pasukan bola sepak Malaysia. Dan lebih membanggakan mereka bukan sahaja orang Melayu, India dan Cina pun ada. Semoga tahun baru ini Malaysia lebih aman dan damai. Mohon pada Allah lindungilah kita semua. Amin...

shopping baju sekolah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:00 PM 0 nak komen.. Links to this post
owhhhh anak teruna Mama dah besar!
Hazim muka boring sebab kena try banyak kali. Haziq tak duduk diam sebab kata fitting room tu busuk...grrrr

hasil tangkapan cemerlang...*pitam....
sengih jer
En Suami (nampak kepala jer sikit) sibuk check seluar Haziq. Hazim berangan Canggih nak taja baju sekolah dengan berposing manja di stu...


Hari ini kami shopping baju sekolah twin. Dah besar anak mama abah. Tahun depan dah mula masuk Darjah 1. sob...sob..sob*...Insyaallah mereka akan bersekolah agama juga utk sebelah petang. Kesian pulak kan. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Tapi pendidikan kena seimbang. Mr Hubby kata, "Abah dulu boleh...kenapa boys tak boleh?..." Sebenarnya Mama jer yang emo sikit. Sob*...sob*...sob*....nanti kurang la masa bergolek-golek dengan twin depan tv, main kat taman, dan gaduh2 dengan twin. Tisya pun mesti borink takde abang2 nak buli...huhuhuh..

eh?..lari tajuk.

Weeehuuuuu....boleh tahan juga rege baju sekolah ek. Sekarang kami paham betapa goyangnyer ibubapa yang anak sekolah 5, 6 orang.

Baju kemeja lengan pendek RM19.90 (cap Canggih...mmg kelassss)
Seluar sekolah rendah RM29.00 (ni brand Alpha kids...mahal wehhh..tapi kain dia elok..)
Baju melayu sekolah agama RM 24.90 (Canggih)
Seluar sekolah agama RM19.90 (Canggih)
Stokin (KIKILALA) RM13.00 (3 pasang)
Kapur kasut cap KIWI RM2.90 (2 botol)

Semua di atas sila kali 4 ye kawan2 kecuali stokin dengan kapur kasut. Stokin kali 2 je.....Sorang beli baju 2 pasang jer. Boys ni bukan suka pakai baju dah ada bau sikit. Rasanya hari2 Mama kena basuh baju. Kalau dulu rasanya Mama pakai sepasang baju for 2 hari, baru basuh.Haziq ni Mat Smart. Takdenyer dia nak pakai baju busuk sket. Si Hazim Mat Particular....bising mulut dia kalau ada kotor sikit. Katanya tak baik utk kesihatan....(oooohhhhhhh......siapa yang ajar ni...cakap...cakap...)

Jadi sudah dapat matematiknya?.....Muhahahahah....giler.....ni belum beli sampin utk sekolah agama, T-shirt sukan sekolah, necktie, nametag, bag sekolah, botol air (haruslah kan yang ada muka transformers lah, Ben10 lah, Boboiboi etc), bekas makan, buku dan alat tulis....Terima Kasih pada Jusco sebab bagi less 15% semalam. Dan kebetulan semalam adalah Last Day katanya utk diskaun seragam sekolah :P

Jadi kengkawan yang anak dah makin menjengah usia 7 tahun sekalian, sila la buat pengiraan matematik dengan jayanya yer. Kepada ibubapa yang dah biasa menghadapi situasi ini, saya kagumi anda. Dan kepada adik saya Cik Emma....takde chance la angah nak apply elaun naik tahun depan. Bonus pun rasanya ambik bau ajelah...muhahaha

Rasanya RM100 yang gomen bagi tu banyak membantu. Lepas la nak beli baju skolah kan. Kami tak layak dapat sebab twin baru nak masuk darjah 1. Takpelah...lagipun ini anak pertama kami sekolah jadi kami dah bersedia. Tabungan dah ready sebab tahu kosnya bakal meningkat. Apa pun ini semua tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Semoga anak2 menjadi orang yang baik, berjaya dan bertanggungjawab. Semoga mereka berjaya menjadi anak yang seimbang pengetahuan dunia dan akhirat. Amin.... (Saya doa utk anak2 anda jugak tau..doa utk anak2 saya sekali ek...)

Sok nak shopping lagi sebab tadi dah letih. Tisya pun borink sebab tengok baju boys jer...Sok nak kena spend barang lain selain di atas. Oh En Suami...awak ok tak?....*pitam

Kesian En Suami...apakah saya perlu berbuat sesuatu utk membantu?......camana nak tolonk yer...nak kena pikir banyak nih.....

p/s...skolah oh skolah...

Friday, November 25, 2011

Children school break activities.

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:27 AM 0 nak komen.. Links to this post
getting ready for water games

score board
shooting games
siapa habis shoot semua di kira pemenang
selepas games tiup tepung :P
on your mark.....get set....
Final result!....yang kalah kena jirus degan air....which they love the most!
Game night day....Snake & Ladders

Game night for Tisya.....matching puzzle
Explore day: Lets bug hunt.....set ditaja Enchek Suami yang baik hati...sila cari di MPH yer kalau suka... RM36++

Science project 2: Mari tanam Sunflower!
Science projects minggu ini:
* Ants house
*Worm house (gigih Mama korek tanah...walau geli ku gagahi jua..)
*Caterpillar house (sangat senang nak cari sebab caterpillars ni suka makan pokok limau saya...grrr)


Isnin: Fun Day!
Selasa: Movie Day!
Rabu: Game night day!
Khamis: Explore day!
Jumaat: Art & Craft Day!

Yuhooo....cuti sekolah datang lagi. Dan anak-anak akan berlingkar la kat ruang tv. Musim cuti sekolah ni saya letih sikit. Kerja jadi berganda. Kejap nak masak, kejap nak mandikan anak2, kejap nak gosok baju, kejap nak jemur baju, kejap nak basuh baju, kejap nak kemas rumah, kejap nak lerai 3 beradik ni bergaduh, kejap nak cari barang/toys anak2 yang hilang, kejap nak lap air/makanan tumpah.... bla--bla--bla (senarai kerja seorang surirumah tak pernah habis okeh)... Cuti sekolah ni kerja extra sikit sebab saya nak kena buat study plan untuk twin supaya tak la rugi sangat masa terbuang. Lagi satu dorang ni kalau banyak sangat main jadi mengarut. Start le bergaduh. Ada je tak puas hati. Org ni kata org ni....grrr..tegak rambut jadinya.

So kat atas tu our daily schedules. Fun Day untuk aktiviti luar dan dalam rumah yang fun of course! Movie Day hari dorang tengok dvd pilihan (dvd yang sesuai of course!), Game night day tu aktiviti wajib sekeluarga. Mr Hubby dikerah utk balik cepat setiap hari Rabu supaya dapat main board games bersama kami...(huhuhu..mama guna kuasa wifey utk ini), Explore day hari sains. Kena plan sains aktiviti samada luar atau dalam rumah. Dan utk Art & Crafts day seperti biasa, apa2 saje berkaitan kerja2 seni ni.

huuuuu...penat tau. Tapi tak boleh nak mengeluh. Dah tanggungjawab kita kan. Lagipun aktiviti2 ini dibuat dan dirancang agar twin belajar behave. Dorang tau kalau dorang buat hal automatik aktiviti ini akan dibatalkan. Lagi satu semua aktiviti ini di buat selepas selesai seisi belajar dorang.

Sedikit risau sebab twin masih belum menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Bahasa Malaysia ok, Matematik ok cuma selalu careless, Sains adalah subjek kegemaran dorang so tak ada masalah. So cuti sekolah ni saya berazam untuk memperbaiki pemahaman boys untuk subjek Bahasa Inggeris. Subjek lain pun ajar jugak tetapi Bahasa Inggeris kena drill lebih sikit.

Sejujurnya sangat penat sebab banyak benda nak buat dan banyak bercakap. Kering air liur. Tu belum nak jawab 1001 pertanyaan dari 3 beradik. Si kecik Tisya pun tak mengalah. Dia pun akan sibuk belajar jugak menyebabkan kadang-kadang Mama pening lalat.

Apa pun Mama doakan yang terbaik untuk anak2. Semoga apa yang diusahakan berjaya. Amin.

Jom layan gambar seminggu aktiviti kami.

p/s...zzzzzzzz........(*ponat!)


Cerita Graduation Twin...Part2

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:24 AM 0 nak komen.. Links to this post
Since sekolah cuti Mama tersangatlah sibuknyer. Macam2 dah plan utk twin n Tisya. Makanya Mama pun dah macam semput dibuatnya sebab macam2 nak buat. Ok tu citer kemudian. Ni nak recap kisah hari graduasi twin.

Twin agak bertuah sebab abah dorang sendiri yang bagi sijil masa konvo tu. Satu moment yang sangat istimewa bagi Mama & Abah.

Despite of macam2 yang jadi, we are really proud of our boys. If they are not Top in their class we still proud of them. dah besar anak mama abah...sob*sob*....tahun depan dah 7 tahun. Dah Darjah 1.

This moment will always be cherished and remember.

Guys..we love you!























CONTEST CANDID TIME BY MUNA

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:03 AM 1 nak komen.. Links to this post

Hehehe...inilah first time nak joint GA. Sajer seronok2 sebab cam best je budak comey ni punyer entry. TQ to my lil sis; Ema sebab tag sayer. Deary Muna I present to you one of my fav candid pictures.

"my princes"
My twin boys masa umur kurang 1 tahun.....dua budak kecik nih sangat suka bergomel each other bila dah pandai merangkak. Sapa lambat sure kena naik atas badan. Haziq ringan sikit dari Hazim. So kalau Hazim naik atas Haziq.....*pitam.... hahahah....but it always bring back good moments.... tapi anak mama dah besar sekarang. Next year dah tahun 1...I love you guys!


Tag:

Wednesday, November 23, 2011

My boys graduation day...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:02 AM 0 nak komen.. Links to this post
Sowey lambat update. Tersangat la sibuk 2-3 hari ini.

The day before graduation day masa jemput twin balik skolah Mama diberitahu yang en Suami akan menyampaikan sijil utk kanak-kanak prasekolah. Tiada surat menyurat mahupun kad jemputan okeh. Via mulut ado.Itupun pembantu cikgu yang cakap. Sedikit terguris... (biasa la Mama bab2 ni cepat sikit sentap sebab macam ikhlas tak ihklas jer jemput). Tapi takpe...apa kita buat kena la ikhlas kan. LillahiTaaala.

Then Mr Hubby forward sms dari cikgu saying the same thing tapi ada tambahan sedikit iaitu kami dijemput utk hadir jamuan selepas function. SMS dihantar dah dekat maghrib. Erk...ok kami terima jemputan itu walaupun agak terkilan. So takpelah. Hal2 ini sama sekali kami tidak bincangkan di hadapan twin yer. tak nak bagi wrong impression depan twin.

On the day...kami sampai around 7.30am. Wow...tahu ajela budak 6 tahun kalau dah lasak....kelam kabut bilik menunggu tu jadinya. Gladly some nicest mommies ada membantu guru2 prasekolah. Quite suprise ada persembahan sebab cikgu tak inform apa2. Bukan saya nak sibuk yer..tapi kalau bagitau dah sahlah saya datang awal sikit utk tolong make up kan dan siapkan budak. Mana nak layan budak2 ramai ni kalau harap kederat 4 org guru and pembantu. Walau sedikit kesal I help out sebab saya kesian kat cikgu2. Penat tau nak layan budak2.LillahiTaala.

En Suami tersayang mundar mandir dengan Tisya depan bilik tu. Nak ambik seats acara lambat lagi. Dah la panas dewan tu. Sebab saya takde dia dok la tunggu kt situ. Suddenly, masa acara dah nak start dan saya pun dok kelam kabut cari hubby sebab dia kata nak gi toilet dekat bilik guru...then tetiba dia berjalan sekali dengan VVIP hari itu. Erk?....peliks...siap dijemput duduk lagi kat sofa VIP tu. So terkontang kanting la saya dengan Tisya. Nak nanges sebab dewan dah penuh, takde seats...last2 saya duduk jer kat kerusi cikgu2 belakang sofa VIP tu. buat selamba.

Jenuh..dah la nak ambik gambar..nak jaga Tisya. Kesian budak kecik nih.Mujur pandai behave so tak ler Mama dia pening. Masa penyampaian sijil budak pra lagi la kelam kabut. Ada 50 budak, jubah convo cuma ada 10 jer. (ini bukan salah sekolah...dorang takde budget...satu sut rege RM50!) so 10 budak naik sorang demi sorang,...next person turun terus bukak jubah and sarung pada next person yang akan naik! Gila kecoh jadinya...hahaha...tapi funny pun ader. Comey jer budak2 ni menangani situasi..Thumbs Up! to mommies and teachers yang membantu masa tukar2 baju nih.

Selepas acara habis baru dapat borak dengan hubby. Dia kata ms keluar dari toilet, ada sorang cikgu approach and ajak dia turun sekali jemput VIP naik ke dewan. Then baru dia tahu dia kena duduk sekali di tempat VIP tu. Then masa ucapan aluan tak sebut pun nama hubby okeh. Tu yang saya rasa macam melukut di tepi gantang! Speech pun nan ado (perkataan ini dipinjam dari mrs zach). So sekali lagi saya kata pada diri Lillahi Taala.

Jamuan ringan tu memang kami plan tak join sebab En Suami ambik half day leave ajer. (Jamuan tu after function) Tup..Tup...jamuan tu pagi2 la pulak. Itu pun kami tahu masa tengah sebuk2 siapkan bebudak nih... Takpelah kami kata. We had breakfast already.

Kawan-kawan..
Segala yang kami laki bini curahkan adalah kerana Allah swt. Kami percaya apa sahaja yang kami usahakan bukan hanya untuk anak kami tetapi untuk kawan-kawan anak kami. Kita tak boleh terlalu mengharapkan pihak guru2 dan sekolah kerana tanggungjawab mereka sangat banyak dan besar. So we believe parents should help too. Tapi setelah melalui 1 tahun yang penuh warna warni....salahkah kami meminta sedikit reputable respect dari pihak sekolah. Thank you sahaja tidak memadai...the thought that counts. Kami tak minta medal nor awards. Cukup sekadar menghormati kami dengan cara yang wajar.

Perhaps ada readers yang tak bersetuju tapi ini cuma pendapat kami. Ingat..Lillahi Taala.....



 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting