Saturday, December 31, 2011

LENCANA SEKOLAH DAN AIRMATA

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:08 AM 0 nak komen.. Links to this post
Dah pukul 1 pagi nih..mata cam tak boleh lelap. Dok pikir sok twin dah ada orientasi tahun 1. Baru kejap tadi Mama terhegeh-hegeh jahit lencana sekolah...waaaa...sedey....dah lebih 10 tahun tak buat benda ni. Last masa nak masuk form 5. Masa tu lencana iron on jer. Sekolah twin ni kena jahit pulak. Ingatkan kacang jer...tapi payah gak sebab kena jahit kat poket. Dah nak siap satu lencana baru perasan terjahit poket sekali...haish!*...nampak sangat failed jadi tukang jahit.hihihi...

Dalam dok menjahit ni...teringat masa twin kecil. Standard la...Mama bab2 ni memang emo sikit...hahaha...Tak sangka cepat masa berlalu...dah nak 7 tahun dua beradik ni. I am not worried of being old...betul...tapi I'm worried how old I can see them grow....Setiap ibubapa pastinya nak yang terbaik untuk anak-anak kan...Same goes to me & hubby. Semoga anak-anak kita membesar menjadi insan yang beriman, berjaya dan dihormati. Amin...

p/s Mama learnt that.....it is not them who afraid to let go my hands...BUT I AM the one who afraid to let go their hands.....waaaaa....they are growing older and wiser.....

Friday, December 30, 2011

Another day to go...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:11 AM 0 nak komen.. Links to this post
Lagi sehari nak masuk tahun baru...Apa azam tahun baru?

Bagaimana azam tahun lepas? Dah tercapai atau kena carried forward lagi?

Terkenang juga pahit manis tahun 2011...Tahun yang sangat menduga bagi saya, bagi kami sekeluarga.

Thursday, December 22, 2011

Book of the month - Ombak Rindu

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:34 PM 2 nak komen.. Links to this post
Seyes...memang best!. Saya habis baca in 1 day. Sampai tengah malam sanggup berjaga.Kesian kain baju tak bergosok sebab layang novel ni...hahaha...tapi puas hati sangat. It is really worth it!. Memang best. Nak tunggu Ombak Rindu keluar DVD. Nak tengok movie tak dapat la kot dengan budak2 kecik ni kan. Tak sesuai.

To the writer.. Fauziah Ashari...you are super duper good writer. RM19.90 sangat rendah untuk novel anda. Kalau novel dari negara luar dah puluh2 ringgit...yet still people buy. Wish u all the best. In search for Fauziah's first novel....Pergilah Sepi...

People...time to read!





One of the reason saya baca buku ini sebab termakan pujuk rayu pelakon Aaron Aziz...hahaha...macam cerita Nora Elena tuh.....

Ops korang tengok Tentang Dhia?..macam best kan tapi tak dapat tengok selalu...masa siaran tak sesuai lah...

Wednesday, December 21, 2011

Book of the month

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:22 AM 1 nak komen.. Links to this post
Okey ini buku pilihan untuk bulan ini. Di sponsor oleh En Suami la..siap lagi kan. Suka sangat! Tapi mahal la buku ni. En Suami kata.."Takpe la..baca ajer. Ilmu kan..."hahaha sayang awak!

Kalau saya rajin saya tulis review..Kalau tak sila baca sendiri...lalalala

 weee..suka bau buku baru.....
 Pikir banyak kali nak beli sebab pricey...tapi I like the details so beli aje la...
 must haves sebab ramai kata cerita dia best. So kena baca
Menangani Kesalahan dan Didikan Terbaik untuk anak.
also must read...kita tak sempurna so must learn all the time...

Tuesday, December 20, 2011

Semalam yang best...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:50 PM 2 nak komen.. Links to this post

Memula...nak minta maaf kat adik2 saya sebab......

My Mr Hunny Bunnny (ops..sila muntah tempat lain...) suprise kami dengan tiket wayang Chipmunk3. Ok mungkin agak tak romantik untuk saya tapi cukup membuatkan anak2 teruja :P
Mr Hubby dah beli tiket siap2 utk pukul 3ptg semalam. So kami having relax day by morning and noon then out for movie by 2.30pm. Syok sebab tak payah beratur panjang2. Cuma beratur utk popcorn jer...

My children had a grrrrreattt time. Dah la dapat makan Mc D pastu dapat makan ice cream somewhere. My lil girl and boys tak selalu dapat makan aiskrim so bila dapat sekali kala tu they are so overjoyed!.Lepas tu Mr Hubby shopping buku for all for us. Sayang hubby!. But sadly tak sempat nak shopping for myself sebab dah almost 8.00pm. Then kami balik terus and makan malam di rumah jer.

so adorably cute! (sorry ma, uteh...angah dah tengok dulu!)


TQ dear..love it so much!
semua orang dapat!


P/s: ladies out there....jangan takut berjauhan dengan tersayang sekali kala sebab he loves and appreciate you more than u ever imagined!hihihih....tapi jangan selalu sangat takut jugek kan...hahahah

Thursday, December 15, 2011

Korea oh Korea...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:36 AM 0 nak komen.. Links to this post
My hunny bunny went to Korea sejak last Saturday...

Sedey bukan sebab tak dapat gi Korea tapi sedey sebab dia pergi seorang diri.....nak buat macam mana, tak semua kita mahu in life kita akan dapat. Lagipun En Suami pergi atas urusan kerja. Dah tanam azam dan tekad tahun baru....Next trip I'm going to follow!...Need to start planning for money saving and find side income! Planning something big now.....

I had sleepless nites......suhu kat sana dah cecah 1 degree ok. Nasib baik sibuk dengan anak-anak and online biz saya. So it keeps me busy.

But honestly...I felt horrible. Honey Hurry home!.....huhuhuhuu

Friday, December 9, 2011

Trip to Lost World of Tambun

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:39 PM 0 nak komen.. Links to this post
Last weekend kami bercuti ke Lost World of Tambun (LWOT) di Ipoh. It is a short gate away for us, 3 Hari 2 Malam aje but it was awesome. Tak kisah lah pegi mana pun as long as we have a great time together.

Bertolak ke Ipoh selepas makan kenduri kat Port Klang. Yummy nasi minyak! Lama tak pekena nasi minyak org kawen :). My children macam jakun sikit sebab tak pernah tengok pengantin dan pelamin jarak dekat..hahaha..bukan tak pernah bawak tapi selalunya kami pergi masa tu ramai org dok berkerumun tengok pengantin. So malas nak bersesak-sesak. Tengok dari jauh jer. Tahniah kepada pasangan penganti Syukri & Ros Emma. They are closed relative to my hubby's family. Tak sempat snap pics sebab sibuk pegang anak2 :P

Perjalanan ke Ipoh Alhamdulillah lancar. Mr Hubby memang suka drive not too long distance pakai his precious Grand Livina :D Dia kata sedap drive MPV ni walau long distance.... I dont really enjoy more than 4 hours ride. Rasa lemas dalam kereta lama-lama. Sebab tu I prayed hard kalau2 mertua ajak pergi pantai timur kami ada extra money to board a plane....hihihih...aduyai...

Stayed at LWOT hotel was very comfortable. Selesa, bersih dan ample space for children to move. Sampai jer kami check in and had tea time in our room. Lepas maghrib & watched Boboiboy kami keluar for dinner dekat River Nile, LWOT. Nice place. Makan tepi sungai gitew...(longkang besar sebenarnya...tapi bersih la..) Pricey! Slow service! but the food are awesome!...Seriously....their special menu served were yummy. Apatah dia panggil menu tu tapi katanya yang terpopular la kat sana. Ada nasi, mix vege with cream sauce and ayam percik besar!. Hubby loved it and so did the children.

Then kami headed to Hot Spring & Spa LWOT. Buka waktu malam until 10pm. Free tickets kalau stay kat LWOT hotel. RM15 per entry untuk dewasa & budak2.Best wooo mandi hot spring malam2. Kalau berdua lagi romantik. Siap ada cave lagi. Hot spring dia ada banyak jenis tempreature. Tak tahan yang panas boleh ambik yang kurang panas...Next visit nak ajak my sisters sekali sebab nak suruh dorang babysit children sambil kami laki bini beromantik memalam di bawah sinaran cahaya bulan purnama sambil mandi jakuzi hot spring...hahahahaha...mesti cik emma & uteh moteh takut nak ikut bila baca entry nih.

Then we headed to our room and had supper before tido.

The following day, we had breakfast and start our day dengan penuh excited. Ada macam2 kat situ selain kolam renang jer okeh. Ada Petting Zoo, Swan Lake, Amusement Park, Tiger Valley, Tin Minning etc. Tempat ini sangat cantik and natural. So close to nature dan rasa udara yang kita sedut pun segar dan bersih.

So kami jalan-jalan sana sini sampai lunch time. Kemudian baru pergi pools. Tak chance nak naik slide sebab saper nak jaga budak2 kan. Takpela kami berenang-renang jer and main kat kids area tu. Janji budak2 seronok. Lepas boring kat pools kami gi hot spring pools pulak. Anak2 hepy sangat. 

Then lepas tu kami siap2 nak balik dan ofkos before balik shopping cenderamata lagi. Shopping kali kedua selepas shopping memula kat Petting Zoo area tadi...huhuhuhu...

Before balik bilik kami makan di Mc D dulu for teatime. The amazing prosperity burger yang sangat sedap tu sangat menyentap deria dan nafsu makan saya tambah dah penat berjalan sini sana. It is really worth it!

Then beli dinner kat gerai berdekatan dan balik bilik untuk lepak2 dan tido. Kami dapat tiket free untuk masuk Hot Spring lagi malam tu tapi sangat penat. Dah tak mampu nak berenang-renang itik lagi. Kang pengsan pulak dalam kolam tu jenuh nak angkat. 

Our last day kat sana, kami makan breakfast kat LWOT garden terrace again dan shopping lagi!...hahaha...asyik menyoping jer kerjanya...Tapi bukan beli untuk diri sendiri jer, utk parents, adik beradik & cikgu muzik twin sekali...hihihih (Ms Tan yang sangat sweet dan baik itew!)

On the way balik to Klang, singgah beli limau tambun di Ipoh kat gerai Panjang..(tak suka gerai lain sebab banyak amoi sexy & cantik2.tergugat I!...hubby relax ajer) Singgah My parents house untuk hantar buah and souvenir. Plan nak balik cepat terlajak malam sebab syok berborak sebab adik beradik semua ada termasuk bakal adik dotdotdot...hahaha

Anyway..sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurniaan rezeki, kesihatan dan kebahagian yang dikurniakan kepada kami.....

p/s..mama learn setiap yg berlaku ada hikmahnya. Jangan sesekali kita lupa pencipta kita..InsyaAllah
SILA LA PERGI LOST WORLD OF TAMBUN YER KALAU ADA BUDGET SEBAB MEMANG BEST UNTUK FAMILY GATEAWAY!

















Thursday, December 8, 2011

Making a big step.....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:31 PM 0 nak komen.. Links to this post
Stepping out from my comfort zone and looking up for another challenge..

Doing this for myself. I want this and I am going to work hard for it. 

From the blessing of my dearest hubby, I prayed hard to Allah swt to ease up every thing that I do. Amin

Saturday, December 3, 2011

Away for holiday....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:39 PM 0 nak komen.. Links to this post
Weehuuu...going for holidays from 4-6 December 2011!!!

Thanks hubby!

Syukur Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit untuk bawa anak2 bergumbira sempena cuti sekolah.

We are going to....
Yippeee...

Thursday, December 1, 2011

Sentap Pagi Khamis..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:49 AM 0 nak komen.. Links to this post
Pepagi dah mengadap pc sebab dah janji dgn member nak email something malam semalam. So dgn tergesa-gesa saya on pc. Kebetulan semalam blog ni saya biar stanby jer. Belek2 dalam blog list tengok title entri tetiba tertengok Blog pakarhowto. Title je dah sentap. Eh biar betul produk Ramly ni. Bukan syarikat ni orang melayu punya ker? Takkan tergamak dorang buat cenggitu kan. Harap pihak Ramly buat la penjelasan. Kalau betul, dorang tak takut dosa ke?...Ish tak takut mati ke?....Sedey2......Nak beli brand apa pulak lepas ni? agak2 selain sosej ada tak yang lain affected?...ish dah kembang tekak. Boaiii...nak minum nescafe panas lagi best!


Owhhh sudah December?

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:47 AM 0 nak komen.. Links to this post
Sudah bulan terakhir untuk tahun ini. Wow! how time flies..... Macam2 yang berlaku selama setahun ini. Tahun 2011 merupakan tahun wangi dan masam saya. Makin diingat semakin ianya menakutkan. Haziq & Hazim are growing a year older...Big Brother now. Tahun depan dah Darjah Satu. My lil angel...Tisya will be 3 years older. Abah dah bising suruh training potty.Erk!...sangat menakutkan...teringat twin dulu....

Start taking out my organizer and writing down my next year agenda.....Are you ready?

Tuesday, November 29, 2011

Shopping Kasut Sekolah pulekkk

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:26 PM 0 nak komen.. Links to this post


Ok.. semalam lepas tonton Puss in Boots, kami gi Tesco pulak untuk beli kasut sekolah sebab choices kat Jusco tak banyak.

Tapi nak review juga pasal Puss in Boots. Best! Walaupun ada la sikit2 dialog yang tak berapa sesuai utk budak2 overall cerita tu best dan tak bosan. Part yang tak sesuai tu pandai2 la mak abah nak tutup mata anak2 ke, atau tutup telinga bila anak2 tanya lebih2. Kalau ada idea nak explain pandai2 lah yer. Nasib baik kami beli tickets the day before. Weee..ramai budak2 dan mak bapak budak sekali. Kapel2 tu adalah sikit2. Kalau nak tengok trailer movie ni sila klik sini.
So next movie....Chipmunk 3. Haaaa ni mesti tengok.

Okeh...kami ke Tesco lepas tu. Beli la 4 pasang kasut sekolah jenama Asadi. Sorang 2 pasang. Banyak brand lain contohnya FILA, Jazz, Ben 10 dll. Tapi Asadi offers the best price dan comfortable. Pastu Mama tak suka jenis yang span tebal sangat sebab lambat kering. Yang Ben10 tu pun cantik siap ada omnitrix kat kasut dia tapi regenya RM28.90!. Kami nak beli 4 pasang okeh. Haaa cuba kira kalau kali 4. So the best choice is Asadi. Ada quality dan affordable. Bukan kasut prasekolah tak boleh pakai cuma rasanya tak lama kot jangka hayatnya sebab tapaknya dah nak renggang. Kesian pulak kan.

So twin dapat ler kasut Asadi. Mintak2 tahan sampai tahun depan.huhuhu...gila kede'. RM24.90 x 4 = RM99.60 (pitam*...baru kasut...so bersyukurlah kalau kita kategori mampu yer...jangan lupa diri)

Sebelum beli kesut2 itu kami beli sampin sekolah agama Cap Bintang (ala pusat pakaian bintang tu...) RM6.50 jer. Semalam kat Jusco sampai RM9.90!. Belt utk sekolah beli kat Jusco RM7.90.

So ibu2 bapa2 serta teruna dara sekalian, menabung itu perlu yer. Tak pun sila cari peluang untuk tambah pendapatan tanpa terlalu mengetepikan masa untuk keluarga. Haaaa...ni topik best ni. Lain kali CikPuan Syida cerita okeh. Plan baek punya....huhuhuh

Asadi ada contest. Asadi Bonanza, dan tarikh tutup ialah 31 Dec 2011 ni. Minimum purchase RM30. Kalau beli jangan tak ambik form yer kawan2. Dan resit serta original tag jangan buang kang melepas pulak nak menang ALZA 1.5L EZ (A)! No 2 & 3 pun kereta jugak; Myvi dan Viva. Monthly prizes Ipad, Sony VAIO, Samsung phones,Sony Walkman & Walkman Video. Huh...rajin pulak Mama sibuk2 cerita pasal contest ni. Apa salahnya Sharing Is Caring....hahahah (Wahai ASADI sila la sponsor kasut untuk kami......)




To ema & uteh....I know you two are smiling.....haaa kalau menang, SAGA tu bertukar jadi ESTIMA tau...hahahaha. Jangan tumpang. Duk kat tempat barang jer cam masa naik Kembara angah dulu...muhahahaha...(gelak evil*)

p/s.....mama learnt kita perlu menabung dari awal...maksudnya budget utk tahun depan sila menabung tahun ini...makanya...bonus Mr Hubby akhir tahun ini jangan mimpi nak gentel2 lengan baju Mr Hubby...waaaaaa....

Monday, November 28, 2011

Movie Day! - Puss in boots

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:10 AM 0 nak komen.. Links to this post

Jap lagi nak gi tengok wayang cerita ni....weeee....bersuka suki dari Sabtu sampai senin. En Suami dah beli tiket semalam utk tayangan kol 11.15 pagi. So silalah buat breakfast sekarang dan nak buat kerja rumah yer sebab jap lagi nak berseronok-ronok!

Adik2 ku...sila jangan jeles...adat org berkahwin dan beranak pinak. Tengok movie yang ada pengajaran dan tiada unsur2 tidak sihat sahaja. Nak tengok unsur2 lain sila la beli DVD ker VCD ker utk tengok kat rumah selepas anak2 tido ditemani set movie theater sambil feling2 macam masa berdua dulu. (sekarang dah upgrade.....berlima!)
ni confirm nak tengok!


Book of the month

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:25 AM 0 nak komen.. Links to this post


Dah dekat akhir bulan. Lupa nak hapdet. Ni buku saya baca bulan ni. Dah nak habis dah pun.

Buku pertama tu "How to develop self confidence & influence people by public speaking" by Dale Carnegie.

Kenapa seorang surirumah sepenuh masa macam saya baca buku ni? Mesti ingat saya berangan nak buat public speaking depan anak2 tak pun budget presentation depan En Suami Terchenta sempena bulan Bonus kan?...owhhh tidakkkkk. Jangan la buruk sangka kat saya. Bersangka baik itu perlu yer. Macam CikPuan Aliah tulis dalam blog dia. (Promo percuma utk Cik Aliah :P tapi saya tak ingat bila cuma ingat jadi masa bulan pose.entri yang sangat menyengat bg saya)

Ilmu tu macam2 kan. Suka2 nak baca untuk tambah pengetahuan. Sok2 kalau anak2 kena buat presentation boleh la bantu sebab Mama dah ada ilmu kan. Muhahaha...anak baru nak masuk Darjah 1 dah feling lebey...

"is there the faintest shadow of a reason why you should not be able to think as well in a perpendicular position before an audience as you can when sitting down? Surely, you know there is not. In fact you ought to think better when facing a group. Their presence ought to stir and lift you. A great many speaker will tell you that the presence of an audience is a stimulus, an inspiration, that drives their brains to function more clearly more keenly"-Dale Carnegie

Here is a book for men and women who want to get ahead. As the author demonstrates on every page,the techniques that can put you over with an audience can help you in every phase of your life.

So bacalah. Menuntut ilmu itu satu kewajipan.....Dapat pahala senang jer...hihihi

Okey buku ke 2. Memang best!. Banyak panduan kita boleh dapat sebab didik anak ni bukan mudah. Beranak sakit tapi sekali teran jer tak pun macam saya potong perut jer. Tapi mendidik dan mengasuh sangat sukar. Saya yang senang hilang kawalan diri ini perlu disogok dengan bahan bacaan macam ni. Pastu saya catat mana yang perlu. So setiap kali saya lose control dgn anak2 saya akan baca catatan saya siap mukasurat berapa utk rujuk. Takut menyesal kemudian hari kalau cara didikan saya tak betul. Pastu bila anak2 dah tido saya akan buat review kat En Suami macam pembaca berita tapi atas katil lah kan supaya dia pun tahu jugak. Dia tukang beli je sebab balik lambat bila la nak baca kan. So bini dia tukang baca dan tukang review isi penting kat dia. Haaa...sekarang nampak tak kenapa buku pertama tu perlu di baca?...heheheh

Sambil En Suami godek2 PSP dia sebelum tido (acara wajib sebelum tidur buat hilang stress katanya...)saya akan bersyarah akan buku yang saya baca. huhuhuhu....bukan membebel okeh.

So kawan2 "Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif" oleh Tengku Asmadi sangat bagus utk rujukan. Salah satu perkara yang menarik minat saya utk membaca buku ini in the first place ialah "Tahukah anda, anak-anak lebih bertindak balas kepada emosi kita bukannya kata-kata kita?"....makanya sila baca kenapa yer...haaaa jangan malas. facebook-facebuk jugak....baca itu perlu....murah jer buku nih RM15!!. sila ke web ini kalau suka ok. www.pts.com.my sekian terima kasih. sekarang nak pergi jemur baju and buat breakfast. Lepas ni nak gi tengok wayang...weeeeee....

Sunday, November 27, 2011

oh pasukan malaysia ku...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:01 PM 0 nak komen.. Links to this post
sedih kan pasukan kita kalah lagi. Apa nak buat...adat bertanding. Ada kalah menang. Semoga pasukan kesayangan kita lebih berjaya lagi. Bola sepak telah menyatukan rakyat Malaysia tak mengira bangsa. Tadi pergi Jusco rasa bangga bila tengok beberapa orang memakai jersi pasukan bola sepak Malaysia. Dan lebih membanggakan mereka bukan sahaja orang Melayu, India dan Cina pun ada. Semoga tahun baru ini Malaysia lebih aman dan damai. Mohon pada Allah lindungilah kita semua. Amin...

shopping baju sekolah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:00 PM 0 nak komen.. Links to this post
owhhhh anak teruna Mama dah besar!
Hazim muka boring sebab kena try banyak kali. Haziq tak duduk diam sebab kata fitting room tu busuk...grrrr

hasil tangkapan cemerlang...*pitam....
sengih jer
En Suami (nampak kepala jer sikit) sibuk check seluar Haziq. Hazim berangan Canggih nak taja baju sekolah dengan berposing manja di stu...


Hari ini kami shopping baju sekolah twin. Dah besar anak mama abah. Tahun depan dah mula masuk Darjah 1. sob...sob..sob*...Insyaallah mereka akan bersekolah agama juga utk sebelah petang. Kesian pulak kan. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Tapi pendidikan kena seimbang. Mr Hubby kata, "Abah dulu boleh...kenapa boys tak boleh?..." Sebenarnya Mama jer yang emo sikit. Sob*...sob*...sob*....nanti kurang la masa bergolek-golek dengan twin depan tv, main kat taman, dan gaduh2 dengan twin. Tisya pun mesti borink takde abang2 nak buli...huhuhuh..

eh?..lari tajuk.

Weeehuuuuu....boleh tahan juga rege baju sekolah ek. Sekarang kami paham betapa goyangnyer ibubapa yang anak sekolah 5, 6 orang.

Baju kemeja lengan pendek RM19.90 (cap Canggih...mmg kelassss)
Seluar sekolah rendah RM29.00 (ni brand Alpha kids...mahal wehhh..tapi kain dia elok..)
Baju melayu sekolah agama RM 24.90 (Canggih)
Seluar sekolah agama RM19.90 (Canggih)
Stokin (KIKILALA) RM13.00 (3 pasang)
Kapur kasut cap KIWI RM2.90 (2 botol)

Semua di atas sila kali 4 ye kawan2 kecuali stokin dengan kapur kasut. Stokin kali 2 je.....Sorang beli baju 2 pasang jer. Boys ni bukan suka pakai baju dah ada bau sikit. Rasanya hari2 Mama kena basuh baju. Kalau dulu rasanya Mama pakai sepasang baju for 2 hari, baru basuh.Haziq ni Mat Smart. Takdenyer dia nak pakai baju busuk sket. Si Hazim Mat Particular....bising mulut dia kalau ada kotor sikit. Katanya tak baik utk kesihatan....(oooohhhhhhh......siapa yang ajar ni...cakap...cakap...)

Jadi sudah dapat matematiknya?.....Muhahahahah....giler.....ni belum beli sampin utk sekolah agama, T-shirt sukan sekolah, necktie, nametag, bag sekolah, botol air (haruslah kan yang ada muka transformers lah, Ben10 lah, Boboiboi etc), bekas makan, buku dan alat tulis....Terima Kasih pada Jusco sebab bagi less 15% semalam. Dan kebetulan semalam adalah Last Day katanya utk diskaun seragam sekolah :P

Jadi kengkawan yang anak dah makin menjengah usia 7 tahun sekalian, sila la buat pengiraan matematik dengan jayanya yer. Kepada ibubapa yang dah biasa menghadapi situasi ini, saya kagumi anda. Dan kepada adik saya Cik Emma....takde chance la angah nak apply elaun naik tahun depan. Bonus pun rasanya ambik bau ajelah...muhahaha

Rasanya RM100 yang gomen bagi tu banyak membantu. Lepas la nak beli baju skolah kan. Kami tak layak dapat sebab twin baru nak masuk darjah 1. Takpelah...lagipun ini anak pertama kami sekolah jadi kami dah bersedia. Tabungan dah ready sebab tahu kosnya bakal meningkat. Apa pun ini semua tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Semoga anak2 menjadi orang yang baik, berjaya dan bertanggungjawab. Semoga mereka berjaya menjadi anak yang seimbang pengetahuan dunia dan akhirat. Amin.... (Saya doa utk anak2 anda jugak tau..doa utk anak2 saya sekali ek...)

Sok nak shopping lagi sebab tadi dah letih. Tisya pun borink sebab tengok baju boys jer...Sok nak kena spend barang lain selain di atas. Oh En Suami...awak ok tak?....*pitam

Kesian En Suami...apakah saya perlu berbuat sesuatu utk membantu?......camana nak tolonk yer...nak kena pikir banyak nih.....

p/s...skolah oh skolah...

Friday, November 25, 2011

Children school break activities.

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:27 AM 0 nak komen.. Links to this post
getting ready for water games

score board
shooting games
siapa habis shoot semua di kira pemenang
selepas games tiup tepung :P
on your mark.....get set....
Final result!....yang kalah kena jirus degan air....which they love the most!
Game night day....Snake & Ladders

Game night for Tisya.....matching puzzle
Explore day: Lets bug hunt.....set ditaja Enchek Suami yang baik hati...sila cari di MPH yer kalau suka... RM36++

Science project 2: Mari tanam Sunflower!
Science projects minggu ini:
* Ants house
*Worm house (gigih Mama korek tanah...walau geli ku gagahi jua..)
*Caterpillar house (sangat senang nak cari sebab caterpillars ni suka makan pokok limau saya...grrr)


Isnin: Fun Day!
Selasa: Movie Day!
Rabu: Game night day!
Khamis: Explore day!
Jumaat: Art & Craft Day!

Yuhooo....cuti sekolah datang lagi. Dan anak-anak akan berlingkar la kat ruang tv. Musim cuti sekolah ni saya letih sikit. Kerja jadi berganda. Kejap nak masak, kejap nak mandikan anak2, kejap nak gosok baju, kejap nak jemur baju, kejap nak basuh baju, kejap nak kemas rumah, kejap nak lerai 3 beradik ni bergaduh, kejap nak cari barang/toys anak2 yang hilang, kejap nak lap air/makanan tumpah.... bla--bla--bla (senarai kerja seorang surirumah tak pernah habis okeh)... Cuti sekolah ni kerja extra sikit sebab saya nak kena buat study plan untuk twin supaya tak la rugi sangat masa terbuang. Lagi satu dorang ni kalau banyak sangat main jadi mengarut. Start le bergaduh. Ada je tak puas hati. Org ni kata org ni....grrr..tegak rambut jadinya.

So kat atas tu our daily schedules. Fun Day untuk aktiviti luar dan dalam rumah yang fun of course! Movie Day hari dorang tengok dvd pilihan (dvd yang sesuai of course!), Game night day tu aktiviti wajib sekeluarga. Mr Hubby dikerah utk balik cepat setiap hari Rabu supaya dapat main board games bersama kami...(huhuhu..mama guna kuasa wifey utk ini), Explore day hari sains. Kena plan sains aktiviti samada luar atau dalam rumah. Dan utk Art & Crafts day seperti biasa, apa2 saje berkaitan kerja2 seni ni.

huuuuu...penat tau. Tapi tak boleh nak mengeluh. Dah tanggungjawab kita kan. Lagipun aktiviti2 ini dibuat dan dirancang agar twin belajar behave. Dorang tau kalau dorang buat hal automatik aktiviti ini akan dibatalkan. Lagi satu semua aktiviti ini di buat selepas selesai seisi belajar dorang.

Sedikit risau sebab twin masih belum menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Bahasa Malaysia ok, Matematik ok cuma selalu careless, Sains adalah subjek kegemaran dorang so tak ada masalah. So cuti sekolah ni saya berazam untuk memperbaiki pemahaman boys untuk subjek Bahasa Inggeris. Subjek lain pun ajar jugak tetapi Bahasa Inggeris kena drill lebih sikit.

Sejujurnya sangat penat sebab banyak benda nak buat dan banyak bercakap. Kering air liur. Tu belum nak jawab 1001 pertanyaan dari 3 beradik. Si kecik Tisya pun tak mengalah. Dia pun akan sibuk belajar jugak menyebabkan kadang-kadang Mama pening lalat.

Apa pun Mama doakan yang terbaik untuk anak2. Semoga apa yang diusahakan berjaya. Amin.

Jom layan gambar seminggu aktiviti kami.

p/s...zzzzzzzz........(*ponat!)


 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting