Tuesday, March 26, 2013

3 minggu yang tak tertanggung.

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:38 PM
Assalammualaikum.
Lama betul tak update blog. Last month merupakan bulan penuh dugaan pada saya & suami. Sesudah tamatnya episod sedih itu, hati nak berblogging pun dah kurang. Kesedihan & kegembiraan dikongsi dengan suami sahaja dan sesekali dgn emak tersayang. Apabila terlalu gembira kita mudah lupa nak menangis sesekali. Bila diduga dengan maha hebat kita rasa nak sembah bumi meratap, menangis.2 tahun lepas juga begitu, kami sangat bersyukur dan bahagia dgn rezeki dan kedamaian hidup yg Allah beri. Terdetik di hati, jika Allah ingin menduga kami, agaknya apalah dugaan yg Allah nak bagi. Saya suarakan pd suami satu malam ketika nak tidur. Encik Suami kata, jangan fikir banyak, sentiasa bersyukur dan merendah diri sudah. Dan akhirnya saat yg sangat saya khuatir pun menjengah. Dalam kami bergembira menyambut Syawal, seminggu kemudian En Suami demam dan akhirnya sakit sehingga tak kenal saya lagi!. Sudahlah tak kenal, bila disentuh pun dia tak suka. Dia bukan diri dia lagi walaupun dia dalam keadaan sedar. Masa itu saya tak sanggup hidup rasanya walau dikelilingi ibubapa & adik beradik. Hidup jadi kosong. Di depan anak2 saya tampil kuat & tersenyum. Tapi di tikar sembahyang saya merayu dan merayu Allah kasihankan saya. Saya belum bersedia melepaskan dia. Waktu saya hanya terfikirkan masa depan anak2. Sewaktu itu saya rasakan itulah peperangan jiwa maha kuat untuk saya. Waktu itu, HANYA ALLAH boleh bantu saya. HANYA ALLAH!

Alhamdulillah.....suami pulih. Sebaik dia tersedar dari dunianya, dia bertanyakan saya yg ketika tu di rumah mertua mengambil giliran menjaga anak2 setelah seharian di hospital. Awal pagi itu, ketika mendengar suara suami di telefon, saya terduduk dan bersyukur Allah kasihan pada saya dan memakbulkan permintaan saya. Sejak itu kami lebih menghargai satu sama lain. Takut andai kami terpisah lagi sekurang-kurangnya kami sempat menunjukkan kami masih sayang satu sama lain.

Dan tahun ini kami diduga lagi. Februari lepas, ketiga-tiga anak kami demam panas. Bermula dengan Hazim. Ketika demam Hazim di kemuncaknya, dia meracau-racau. 3 kali ke doktor, demamnya tak baik-baik. Satu hari, tetiba demamnya naik panas. Ubat punggung awal2 saya dah masukkan tapi tak kebah langsung. Haziq & Tisya duduk di depan tv agar tidak mengganggu. Saya menangis sorang2. Tak mahu buat suami susah hati di ofis, saya pendamkan sendiri. Saat tu hanya saya & Allah sahaja. Saya mohon Allah benarkan Hazim dengan saya. Saya tak sanggup kalau Allah menuntut Hazim. Saya merayu Allah kasihankan saya, suami & anak-anak. Saat tu menenang saya ialah Yasin sambil tangan menukar kain basah di dahi Hazim. Tetiba Hazim meracau. Nampak itu dan ini. Saya dah terdetik ada yang tak kena. Esoknya kami ke rumah kawan emak. Makcik yg baik hati ini membantu yg terdaya. Dengan izin Allah,Hazim sihat esoknya. Tetapi malamnya, sekali lagi dia meracau walau tidak demam lagi. Sesuatu memarahinya.

Tak lena tidur kami seminggu tu. Walau Hazim dah sihat dari demam, dia masih agak "blur". Kena pengawasan agar dia tak hanyut dgn dunia dia. Selang sehari Haziq bangun dengan mata seperti ditumbuk. Pagi Ahad tu walau dgn mata Haziq yg bengkak tu dia masih sihat. Pergi ke kelas muzik seperti biasa. Tapi petang tu Haziq demam. Terus diberi ubat demam untuk langkah berjaga-jaga. Malamnya demam Haziq makin panas. Mata kembali bengkak & merah. Awal pagi Isnin, bawa ke klinik. Dan itu minggu ke 2 kami diduga. Seperti Hazim, Haziq juga kena demam panas. Muntah-muntah adalah biasa. Sampai saya dah naik sebu. Dia juga meracau. Langkah awal kami bawa ke makcik itu lagi. Hal yang sama seperti Hazim. Masuk hari Rabu saya dah tak cukup kuat. Emosi dan fizikal saya yang susah hati dan sakit dah tak tertanggung. Saya juga demam. Balik dari kerja, En Suami terkejut tengok saya & Haziq berpelukkan dalam bilik. Saya hanya mampu pegang Yasin dan peluk Haziq. Nak duduk dah tak larat. Hazim waktu tu mundar mandir susah hati sebab masa tu dah masuk maghrib. Dia jaga adiknya sambil pegang telefon. Takut2 saya tak sedar. Sangat tersentuh. Saat sakit kepala yang teramat sangat dan badan yg kesejukkan, Hazim ambil wuduk. Ambil tuala basah dan letak atas dahi saya. Ambil Muqaddam dan baca 3 Qul sambil urut kepala. Sama macam saya buat padanya masa dia demam panas hari tu. Menitis air mata dan sudah2 saya mengucapkan syukur pada Allah kerana kurniaan anak sebaik ini. Kemudian Hazim cium dahi dan betulkan selimut saya kemudian keluar dari bilik. 10 minit kemudian, pening dan sakit badan terus hilang!. Walau masih lemah tapi saya mampu bangun dan makan. Betapa besarnya kuasa Allah. Encik suami & Hazim pun terkejut sebab saya nak duduk dan makan sendiri. Esoknya suami ambil cuti dan bawa jumpa doktor serta makcik itu juga. Alhamdulillah, Haziq sihat selepas itu cuma dia sangat blur.

Minggu ke 3, menyusul Tisya pula. Tapi mujur Tisya tak teruk. Demam tapi masih lincah.

Tiga minggu yang hebat bagi kami suami isteri. Kekuatan untuk kembali sihat datang dari kasih sayang yang tak berbelah bagi. Keizinan dari Allah memakbulkan permintaan kami untuk sihat. Benar, Allah menduga agar kita beringat. Mungkin kami alpa. Jadi dugaan ini mengingatkan kami kembali.

Bila Hazim meracau-racau, perubahan tingkah laku pada Haziq membawa kami mencari punca. Seorang pakcik yang mengamalkan perubatan Islam mengesahkan anak-anak terkena gangguan. Bukan dihantar oleh sesiapa cuma kebetulan gangguan itu menyukai taman kecil di rumah kami dan anak-anak. Tak sangka taman yang dijaga dan dihias untuk riadah kami sekeluarga menjadi tarikan. Haiwan peliharaan di kolam kecil menjadi salah satu punca tarikan gangguan tak nak pergi. Gangguan juga terhibur dengan anak-anak kami. Scary?...yes..itu yg kami rasa. Anak-anak tak tahu. Cuma kami dan ibubapa serta keluarga. Tak tergambar kecewanya saya dan suami. Kami usahakan sendiri membersih rumah dan juga meminta bantuan pakcik dan makcik itu. Abah saya juga terpaksa bersusah payah membantu agar kami tak terkejar-kejar ke sana-sini. Semoga Allah memberkati mereka atas bantuan ini. Namun saya & suami percaya pokok pangkalnya, ibubapa yang harus melakukan sendiri terlebih dahulu.

Kesibukkan dan kekusutan hati menjauhkan saya dari blogging. Malah bisnes online saya pun saya put off dulu. Tak kisahlah takde duit poket asalkan jiwa kami tenang. Alhamdulillah anak-anak sudah sihat. Saya dan suami yakin rumah dah bersih. Haiwan peliharaan kami pun kami lepaskan ke kolam rekreasi berdekatan agar lebih seronok mencari kawan baru. Lagipun dah dekat 5 tahun kami bersama. Kolam kami pun dah sempit untuk mereka.

Doa saya moga Allah melindungi kami dan mengampunkan dosa-dosa kami. Sesungguhnya saat-saat itu menyedarkan saya. Menginsafkan saya. Menakutkan saya.

p/s Moga ibu-ibu lain kuat saat menghadapi anak-anak tidak sihat. Ini dugaan kita. Ini tanggungjawab kita.


2 nak komen..:

Mimi Azirah said...

hope terus sbr menghadapi dugaan yg mendatang...

Syida@Mrs K said...

Dear Mimi Azirah..
Thanks ;) In Sha Allah... Setiap yang berlaku ada hikmahnya cuma kita adakalanya gagal mengawal emosi dan diri kerana takut gagal. Lumrah manusia tidak sempurna :)

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting