Thursday, April 26, 2012

Hazim & Zachery..hari yang buruk untuk Hazim!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:16 AM 3 nak komen.. Links to this post
Ok title simple jer hari ni sebab 2 ni la pelakon utama kes semalam...Tapi tak tau la ejaan Zachery tu betul ke tak. Tapi nama ni la yang hangat kat dlam keta sampai rumah dari tengahari ke malam...Tapi...canggih nama si Zachery ni. Dah ala2 omputih kan...hahaha..takpe la. Hak parents memasing. Nama anak sendiri pun panjang berjela sampai tuk dorang tergeliat lidah.kikikik....Tapi kalau Zachery ni further studies kat oversea one day nanti tak la susah prof2 dia yang mat salih tu nak sebut kan.....hihihi..

Ok kisah nya gini. Macam biasa Mama & Tisya dok la kat depan pagar sekolah kebangsaan twin dengan setianya setiap tengahari menunggu anak2@abang2 terchenta....Nampak jer muka Mama apa lagi kecoh la si Haziq report..."Mama-Mama...Hazim nangis tadi kat sekolah!".....si Hazim pun dengan muka stress sambung..." Ish..Haziq ni. Biar la Hazim cakap...ni kan masalah Hazim..."
Ok anak2 sila la jangan nak berebut..dah ler paneh" giler ni...tambah banyak keta. Sila masuk keta dulu pastu buat laporan yer....ahaks!

Masuk jer keta, hingar-bingar la dalam keta. Alkisahnya, kawan kelas boys ni yang agak terkenal dengan aktif dan tegag" diberi nama Zachery telah bermain tembak2 bersama rakan 2 seperjuangan nyer. Tak le sapa yang start dulu. Kejadian bermula sebaik habis rehat, sebaik masuk kelas. Dalam kekalutan dan keriuhan tersebut menurut anak2 Mama dorang tak campur sebab dorang tak berapa rapat dgn Zachery. Lagi satu si Zachery and friends main tembak2 tu dengan menggunakan pensel yer!...Pensel uolllsss....seram mak!

Nak jadi citer, si Zachery nak aim kawan dia tetiba terkena la si Hazim. OMG!...ok relax-relax...Mama cool down sendiri sambil belek2 mata Hazim....Hazim inform yang dia tak sempat tutup mata tapi Alhamdulillah bahagian pensel yang terkena mata tu ialah punggung atau hujung pensel yang tak tajam. But Stilllllll...ngeri I! Apalagi menjerit la si Hazim sebab jadi victim dalam peperangan tersebut. Si Haziq yang tak tau hujung pangkal sebab sibuk bercakap dgn kawan dia terkujat lantas memeluk adiknya dan mengecheck Hazim dgn serius...(ahaks...gila drama....Mama boleh imagine sebab kalau kat rumah gitu la lagaknya)

Haziq terus menyerang dan menyiasat siapa punya angkara dengan jeritan yang sangat nyaring...(menurut Hazim la)..."Siapa yang buat adik saya?..cakap!..."..huihhhh....semangat bangga Mama sebab pandai gak dia marah...hahaha....Hazim claim dia memang nampak Zachery yang buat. Si Zachery tak mengaku. Kawan2 yang lain kata Zachery...entah la...Mama takde kat situ kan. 

Drama sebabak tersebut berlaku sangat pantas. Ada la 5 minit sebab Cikgu BM dorang masuk sebaik selepas itu. Cikgu pun suspen gak (kata cikgu)..check2 takde luka cuma sangat merah dan Hazim menangis. Cikgu suruh gi bilik rawatan utk rehat dia tak nak. Mungkin sebab kena gi sorang kot. So si Hazim dengan bijaknya telah menggunakan handkerchief dia sambil dibasahkan dengan air kosong dari bekal dia dan tekap di mata bagi mata sejuk katanya...alahai...pandai anak Mama.

Mujur uolllss....sangat bersyukur sebab takde luka2 or lebam atau apa2 pun. Cikgu hantar msg inform dan Mama call cikgu juga sebab nak tahu hujung pangkal story selain dengar dari boys side. Yelah mana tau kot2 anak2 Mama yang naughty kan. Tak boleh la nak pikir anak2 kita baik je. Kat sekolah mungkin lain so untuk lebih adil perlu investigate. So malam tadi ada la meeting keluarga. Haziq & Hazim insist kami datang sekolah dan nasihatkan si Zachery tu.

Jenuh Mama & Abah explain. "Kita tak boleh sesuka hati marah anak orang sebab Mama Abah sendiri tak suka orang marah anak Mama Abah sesuka hati. Kalau kita nak marah dia, parents dia pun kena ada. Lagipun kecederaaan Hazim tak serius walau perlakuan tu sangat salah. Kita patut bersyukur dan tak gaduh2kan hal ni. Lagipun Mama Abah percaya pihak cikgu dan sekolah akan bagitau ibubapa dia dan ibubapa dia mesti la akan nasihatkan dia. Haziq & Hazim kena alert apa yang berlaku di sekeliling. Kalau rasa apa kawan2 buat bahaya, tegur dengan baik. Kalau mereka tak nak dengar, jauhkan diri. Mama Abah selalu pesan, makin Haziq Hazim besar bermacam jenis budak dan perangai orang Haziq Hazim akan jumpa. So you two have to learn to decide what kind of people you should be friends with."
Haziq& Hazim.." Tapi kalau ibubapa dia tak boleh nak nasihat dia utk jadi baik, Mama Abah kena la tolong. Lagipun apa dia buat salah besar"...hahaha...dorang tak puas hati sebenarnya. Tapi setelah dipujuk berkali-kali baru dorang paham. Aduyaiiii...letih sangat mengexplain lah...

However, Mama Abah tak salah kan guru seratus peratus. Kesian juga. Benda2 cam gini di luar kawal. But I believe didikan tentang perlakuan menghormati orang lain dan membezakan apa yang bahaya dan tidak ketika bermain semestinya bermula dari rumah. Pengetahuan tentang aspek2 ini seharusnya diterapkan dari kecil supaya dorang belajar menghormati orang lain.Jadi bila dah bersekolah mereka paham tindak tanduk mereka perlu sentiasa terkawal agar tidak menyusahkan orang lain. Pendidikan begini mestilah berterusan sebab budak2 tak boleh terima arahan dgn sekali cakap jer. Bila kita selalu ulang2 lama2 melekat dalam otak mereka.

Alhamdulillah pihak cikgu sangat mengambil berat dan bijak mengatur langkah sepatutnya tanpa membabitkan ibubapa kedua belah pihak. Yelah ini tentang mata. Nasib baik tak injured. Kalau terkena bahagian yang tajam tu tak tau la nak cakap macam mana.

Before that waktu rehat, ada budak2 main2 golek2 botol air atas meja. Si Twin ni tak bawa duit belanja. Mama bekalkan hari2. Nak jadi citer si Hazim tengah makan bekal dia.Tetiba, botol air budak yang dok golek2 kan tu terlanggar tupperware si Hazim, maka berterabur. Dah ler dia baru jer jamah. Terpaksa di kongsi dengan Haziq dan makan pisang jer yang Mama bekalkan. Bila dia marah, budak tu buat tak tau jer sambil gelak2. Nak buat macam mana kan. Takkan nak bertumbuk lak...hahaha..gila malu Mama Abah gi sekolah sebab kes anak bertumbuk!. Boys tak pandai benda macam ni so setakat marah jer lah. (Kalau my dad baca n3 ni sah2 dia bengkek"...dia gangster kat sekolah dulu. Pantang silap mesti dia 
debik...Bila tang cucu semua tak reti nak bergaduh...hahaha...relax arr Abah!)

So before tidur si Hazim cakap...."Hari ini adalah hari yang buruk untuk Hazim..."...ahhaha...macam dalam Disney Channel yang telah dialih bahasa tak pun dalam buku cerita dorang...hihih..macam2 dorang nih.

Ok nak sambung gosok baju......jap lagi kena masak before ambik boys...tah aper la citer dorang hari ni. Hope semuanya ok...Tq for reading my n3...hihih

p/s...dulu selalu baca kat newspaper kisah hal budak2 di sekolah..sekarang mengadap kes anak2 sendiri...cepatnya masa berlalu....hihihi...dah tua Mama ni...



Wednesday, April 25, 2012

aktiviti hujung minggu

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 5:06 PM 2 nak komen.. Links to this post
Last week, boys kena pergi sekolah hari Sabtu. Ada Kem Bistari Solat. Muka ketat jer memasing sebab kena bangun awal on Saturday. Esok (Ahad) ada kelas muzik pula so of course kena bangun awal lagi...so the whole week they need to wake up early...huhuhu..kesian anak2 mama. Nak buat macam mana kan. Itu dah tanggungjawab.

Lepas hantar boys ke sekolah kami having nasi lemak for breakfast then pagi2 dah mula aktiviti keluar peluh. Semangat betul Mr Hubby....kami super excited sebab pertama kali hasil taman kami membuahkan hasil!..hahaha...gila excited. Maklum lah....mana la kami reti tanam2 pokok2 buah ker sayur kan. Tambah keluasan taman pun bukannya besar sangat. Tapi bila pokok pisang kami dah keluar hasil....weeeee...over la kami laki bini. hahaha....kalau orang yang dah biasa bercucuk tanam baca n3 saya ni sah2 dorang cakap kami mengada-ngada......hhahaha...

Hasil kami organik okeh. Tak pakai baja2 kimia. Guna baja asli tahi ayam ajer...huhuh....puas makan pisang 2 tandan!. (mak..sori tak sempat nak hantar ke rumah......lain kali ek.) Alhamdulillah dapat la kongsi dengan jiran2, cikgu2 boys, kawan2 & mertua.

Tisya boring sebab Mama & Abah sibuk buat gardening sampai tak main dengan dia. So dia buat2 la cakap dgn Mr tortoise 3 beradik. huhuhu...suka hati lah nak oiii...jangan kiss tortoise tu sudah.....ekekekeke.

ihihi...happy2.....bangga...



pokok baru hadiah dari Mr Hubby :)


Cik cili yang tak besar2...huhuhu


comel kan bunga pokok ni...macam burung tengah bertenggek...nama pokok pun pokok burung





Monday, April 16, 2012

Haziq & batuk...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:36 PM 4 nak komen.. Links to this post
Saya sangat benci batuk. Kalau batuk tu orang saya nak tunjal2 kepala dia, cekik dia,wrestling dia sampai lunyai.....Grrrrrrr...geram sangat!

Tetiba jer Haziq batuk. Dah la hari Rabu lepas masa Hari Pertabalan Agong tu dia tetiba kena Eye Infection. Dua hari kena MC. Pastu, baik jer sakit mata hari Jumaat tu, tetiba....kong-kang-kong-kang...batuk pula.

Mama memang elergic anak2 kena batuk. Tambah twin ni. Dorang sangat senang berjangkit dengan kuman ini. Ini disahkan oleh pakar pediatrik sendiri sebab masa dorang lahir tu saiz badan agak kecik. Walau tak masuk incubator cuma diletakkan bawah warmer macam utk suntan tu tapi probably paru2 mereka tak cukup kuat. So, walaupun dorang sihat walafiat masa lahir tapi risiko lain pula iaitu mudah dijangkiti kuman batuk. Apapun Mama & Mr Hubby bersyukur sebab tak ada komplikasi lain. Cuma kena monitor tiap kali batuk sebab nak elakkan kena Asthma pula.

Dua hari cuti di rumah melayan batuk si Haziq. Honestly Mama so very tired. Penat susah hati....penat nak bergaduh dgn Haziq setiap kali nak bagi makan ubat.....penat juga nak lap muntah. Ok saya bukan mengeluh atau menyesali takdir yer. Cuma nak lepaskan apa terbuku di hati. Mr Hubby memang tolong tapi bab2 ni dia tak berapa arif sikit. Sah2 kalau dia lap muntah mesti berjam-jam takut2 ada yang tertinggal sebab dia sangat teliti orangnya. Bagi makan ubat pun tak boleh sebab dia garang dan tak sabo sikit. Kang ujung2 budak tu muntah lagi sebab takutkan abahnya...hihihi....

Bila teringat last time jumpa pakar pediatrik Dr Roliza, ngeri pikir ubat2 dan saranan doktor suh duk hospital. So Hari Sabtu pepagi lepas breakfast terus gi klinik dekat rumah jer ambik neb dan ubat. Alhamdulillah dah kurang sangat2 hari ni dan dia pun dah ke sekolah pun. Ni jap lagi nak kena fetch dorang balik sekolah.









Gambar2 ni semua masa dorang kena batuk teruk dulu sampai doktor recommend duk hospital. Sebagai kenangan utk Mama beringat. Setiap kali tengok gambar ni jadi sedih. Kesian kat dorang kena makan ubat yang banyak....kesian pada diri sendiri juga sebab kena lap muntah....waaaaaa


Being a mom susah kan kawan2?....emosi dan brain dan hati kena kuat. Ada jer menduga. Mengalir juga air mata saya bila Haziq batuk ari tu. Asyik bertanya pada diri sendiri...apa salah saya anak2 asyik tak sihat. Sangat2 down....Biar la saya tak sihat dari anak2 dan suami yang sakit. Saya redha sebab tak larat menanggung rasa susah hati tu. Semoga anak2 dan suami sentiasa sihat walafiat selepas ini.....Amin...

Saturday, April 14, 2012

Harimau Malaya kecik!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:28 AM 1 nak komen.. Links to this post
tAAADaaaa...selamnya-selamnya-selamnya Harimau Malaya.....

Hadiah dari Ateh...Thank you...Hadiah birthday part2 katanya... Thanks dear!

goodies from Tah from Langkawi with love...TQ Mak...kami kenduri chocolate hari2 tau...

my football team



THANK YOU ATEH..WE LOOOOVEEE YOU AND THE JERSEY TOO!

Entry dedicate specially to Tah for the super duper lovely chocolates & kerepeks.....Ateh for the jerseys yang sangat awesome dan Acu sebab tolong hantar ke office Mr Hubby.....

Lepas ni kerjanya main bola sepak pulak la bebudak nih....

Latest art & craft boys

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:21 AM 2 nak komen.. Links to this post




Hasil kerja Hazim

Hasil kerja Haziq




Screen test for twin?....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:16 AM 0 nak komen.. Links to this post
Last 8 April received a call and sms from Pn Mimie dari Chilli Pepper Films. Terkejut kejap sebab out of blue Pn Mimie contact saya untuk screen test twin untuk projek iklan dorang. OMG....mama yang terlebih suspen. Biar betol...hahaha....tapi relax dulu...kena uji bakat dulu bukan terus ambik dorang jadi model iklan tu. However I am so honored that she called me. Yelah kami tak pernah pula cuba2 untuk ujibakat apa2 kan kecuali masa twin kecil dulu pernah la muncul dalam majalah PA & MA untuk ruangan kembar. She said dia tahu my no from my blog shop and know about the boys dari blog nih. But yang kelakar nya dan buat Mr Hubby & myself ketawa besar bila Pn Mimie sms "...ni utk iklan ubat gigi.."Terus Mama called and tolak offer tu sebab.....
Haaa time ni walau kena paksa pose masa try baju sekolah masih boleh dorang posing lagi....TAPI....
kalau Puan Mimie tu tengok si Hazim sekarang mesti dia pun senyum.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
TAAAADDDDAAAAA.....gigi depan hilang...cakap pun dah susah sikit...so CAMNO?!!..

Anyway thanks ya Pn Mimie. Perhaps some other time... :)



Birthday Boys & Tisya

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:45 AM 0 nak komen.. Links to this post
Happy birthday sayang....


bikin mama jeles..peluk2 abah in public..eleh!

hadiah kedua dari abah utk anak2. Boboiboy complete set...Tisya's boifren..

Tisya super duper excited

hadiah Mama utk Tisya...Tapi x boleh lawan hadiah abah...dia present katil siap bedsheet...huhuhu

meja solek si Tisya

Tisya suruh letak kat itu sebab dekat dengan cermin besar katanya...ewah-ewah-ewah...
penuh dapur dgn pinggan mangkuk.....pemandangan biasa habis party...janji bereh..


doll yg comel ni hadiah dari Kakak Nurul..tq kakak ana lulu

boleh open booth kat flea market...jual semua kalau malas belajar...muhahaha
Ni nak update gambar2 birthday twin & Tisya yang lepas. Small gathering with family members. Haziq, Hazim & Tisya were soooooo happy n excited bila semua yang mereka kenal & sayang berkumpul. Tak jemput kawan2 pun takpe katanya. To Mak, Abah, Parents in laws, sisters and in laws thank u so much for remembering their birthdays. Hadiah melimpah ruah. Tak terbalas budi semua orang rasanya. 

Family holiday break-PD

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:24 AM 0 nak komen.. Links to this post
Sebenarnya kami gi holiday ke PD masa cuti sekolah lepas. Time tu sibuk benar dgn macam2 hal lupa nak hapdate. Memandangkan hari ni terlebih rajin so nak update banyak2...huhuhu

Banyak gambar lawa2 my dear adik yang tangkap sebab kamera dia lagi canggihkan...hahah...mak budak ni sebab terlebih seronok berjimba-jimba di PD tu so tak menyempat la nak bergambar bagai. Gila syok sebab kali ni gi holiday bersama family terchenta. Dapat pulak adik-adik yang happening dan pening. Haziq, Hazim & Tisya  dok nak melekat jer dgn aunties yang havoc nih...(waaaaa...kalau uolls kawen mesti tak leh nak riuh cenggini kan...)

Anyway, thanks to my sisters sebab merealisasikan percutian singkat ni. Mak & Abah Tq for being so sporting too. Next mak & abah kena bawa baju mandi. Boleh berswimming sakan dgn cucu2 okay.






tengok gambar2 holiday ni terasa nak brcuti lagi.....

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting