Friday, December 31, 2010

Percutian Singkat Port Dickson

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:09 PM 0 nak komen.. Links to this post
anak dara saya!

sesi soal jawab...

Legend..

owhhh..anak dara siapa itu sedang bertelefon....

big smiles ladies...

my precious

dalam bilik ada pool...i like!

splish!!

splash!!

fun time!

Mr Hubby bawa kami sekeluarga ke PD pd 29 Dec 2010. Kami bermalam di The Legend International Water Homes. Mama tak kisah ke mana pun asalkan kami berlima. Walaupun semalam tapi puas sebab dapat spend time bersama. Good quality family time. Malamnya kami tak keluar dinner kat luar pun. Room service ajer sebab excited nak tengok Final Suzuki Cup. Mama yang tak berapa reti tengok bola ni berkobar semangat sebab Malaysia mampu ke final. Bangga tengok Malaysia bertarung habis-habisan untuk bergelar juara. Mungkin bola tak penting bagi sesetengah orang tapi kalau pandang dari sudut lain, kita tak sedar ia menyatukan kita sesama bangsa. Tak kisah lah kalau ada org kondem kenapa sampai bagi cuti sebab Malaysia menang bola tapi rasanya org yang banyak bunyik ni pun cuti jugak sebab dah dapat cuti kan. Masa 1st final game ari tu, kami ada di Jusco jam 7.30pm. Jusco lengang...Jalanraya pun macam tu. Semangat SeMalaysia nampak ketara...semua satu hati menyokong pasukan Malaysia. Doa Mama semoga Malaysia terus bersatu dan hidup harmoni sesama kaum. Ini penting untuk masa depan ank cucu kita juga satu hari nanti.

Balik pada kisah cuti, to Mr Hubby...thank you so much for the trip. Saat terindah adalah bila kita semua bersama. Balik dari PD kami ke Muzium Alam Semulajadi di Putrajaya. Walau tak banyak exhibit lagi tapi sekurang-kurangnya anak-anak dapat belajar sesuatu yang baru tentang pengawetan binatang dan kebetulan ada pameran batu-batuan pelik. Boys totally excited terutamanya ada patung angkasawan dan meteroid. Jenuh jugak la Mama explain tentang batu tu. But it is worth it. Knowledge has no boundaries. Tiket masuk tersangat lah murah..RM2 je utk dewasa. Most important we have a really good time.


Monday, December 13, 2010

Salam Tahun Baru

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:50 AM 0 nak komen.. Links to this post
Salam Maal Hijrah..

Banyak sangat yang berlaku sejak 2 menjak ni. Jadi sangat malas nak berblogging. Setiap kali nak type something, bila terkenang pelbagai perkara...sudahnya tak jadi tulis. Alhamdulillah, Allah is so generous to my family...Kehidupan kami sekeluarga bahagia walau tak semewah mana. Kasih sayang dan perhatian yg tak pernah putus menjadi asas kami. Saya berdoa agar Allah sentiasa bersama kami agar kami tak leka dalam kehidupan.

Banyak juga perkara yg berlaku membuka mata kami. Membuka minda kami. Membuka hati kami. Allah Maha Besar. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Allah juga Maha Penyayang. Allah juga Maha Pengampun.

Salam Maal Hijrah.

Saturday, November 27, 2010

HUJAN JUMAAT

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:17 AM 0 nak komen.. Links to this post
Tisya: Mama ujan....
Mama: Takpe, esok mungkin hari cerah...

Hari ini cuaca mendung tiba-tiba. Banyak pula saya membasuh hari ni. Sah2 lah tak kering.
Punya la happy pagi2 tadi tengok langit cerah. So apalagi saya dah plan "it's laundry day!" Sambil2 tunggu machine settle cuci baju2, seronok melayan kraftangan saya nih. (hehehe anak2 sibuk tengok movie kat disney channel, selamat la sikit) Suka buat benda ni. Suka sangat. Cita2 nak ada karier berkaitan benda ni biler anak2 dah besar sikit. Mana tau boley kaya raya dengan buat benda ni jer....hehehe... Dah beberapa hari mengadap benda ni sebab suka sangat. Sambil teringat masa sibuk buat benda2 ni untuk diri sendiri dulu.


Tapi apa yang kita plan tak semestinya menjadi kan...tiba-tiba hujan..sah2 lah baju tak kering... Takpelah mungkin ada baiknya hujan hari ini dari hujan esok. Mana tau kan...
Allah lebih tahu.



Hujan turun lebat..
Hujan turun dari tengahari ke petang...
Kadang-kadang berhenti kejap kemudian hujan lagi..

Hujan dah reda tapi hari tetap mendung.
Tak nampak macam matahari nak bersinar terang macam pagi tadi..
Guruh masih berbunyi
walau hari dah tak hujan.
Kemudian hujan turun perlahan tak mengalah

Kenapa?
Siapalah kita nak persoal kerja Allah
Siapalah kita nak marah2
Ada hikmah walaupun hari ini hujan lebat

Biarlah hari ini hujan esok lusa mungkin langit akan terang.

p/s...sabarlah..

Tq dear...

Friday, November 19, 2010

sALAM aIDILaDHA...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:16 PM 2 nak komen.. Links to this post
Hari Raya KOrban kali ni beraya dengan my family first. As usual memang meriah. Seronok berkumpul adik beradik tambah Cik Uteh dah nak kawen. Topik utama semestinya hal kawen dia. Lagi sebulan jer...dah dekat sangat. Risau dan kesian pun ader. Macam2 nak kena buat especially bab nak kemas rumah. Apa yang penting..kerjasama!..hehehe

Tambah meriah raya kami bila mak sedara and family datang dari Ipoh. Riuh rendah rumah mak. kecoh!. Tapi memang seronok sesekali berkumpul.

To Mr Hubby...I love u lah... sebab dengan sabar tolong tengok-tengokkan lil girl. Mama sibuk masak n borak. TQ ye dear. This weekend turn abang pulak yer. Kita balik kg...kampung raja uda...klang..eheheh

Salam AidilAdha buat keluarga terchenta, Kawan2 & seantero dunia..hehehe

Monday, November 15, 2010

Kisah Hujung Minggu

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:50 AM 2 nak komen.. Links to this post
Sabtu-13/11/10
Gi tempah baju untuk wedding my younger sister this December. Baju lace gitu..Dah bakal pengantin siap beli kain and hajat sangat kakak2 pakai, layan je lah. Ishh..ni yang stress ni. Start la gatal nak cari kasut la, handbag la, ishh...mengade nak
berbelanja. Asal tengok jer berkenan. Mau muflis dibuatnya. Tapi orang guna cash ok..takde credit card2. Tu yang menung tunggu next allowance tu..hehehe. Selesai tempah baju trus gi DEMC Shah Alam.

My boys dah batuk dekat 3 minggu. Entah apa tak kena kerap pulak batuk sekarang ni. Nak kata sebab makan ice cream ke, minum air sejuk ke tak pulak sebab dorang memang jarang dapat makan benda2 macam tu. Being a mom, setiap kali anak sakit terasa frust and geram sangat pada kuman yang menyerang anak2. Mana tidaknya, kita dah buat sebaik mungkin tapi sakit jugak. So hari ni kami ke DEMC Shah Alam. Mr Hubby dah malas nak ke klinik biasa yang kami pergi sebab chargesnya dah makin mahal (re
ally mahal okey!) dah macam standard specialist!. So baik kami pergi DEMC je lagi puas hati. At least consultation and pricing of medicine listed in receipt. Tak la main agak2 jer. Tak nak burukkan sesiapa, kalau dah tak suka cari je tempat yg kita rasa suka ye tak....hehehe

Lepas settle hal sakit2 kami gi Subang Parade. Standard la Mr Hubby. Tiap2 minggu kalau boleh nak merayap bawak kami berjalan. So takde la alasan Mama nak bawa kereta merayap sendiri masa Mr Hubby keje. Aishhhh....

Ahad-14/11/10

Class music twin start lambat sket sebab takde letrik. So tak l
a kelam kabut pagi2 Ahad nih. Kami breakfast kat Bee's 5 beranak pastu ke kelas. Mr Hubby and lil angel gi jalan2 kat Jusco. (Sangat comey 2 beranak nih...) Habih class kami ke Jusco. Memula cam nak jalan2 n beli barang dapur. Tapi dah Jusco buat member's sale haruslah tergoda kan. Dapat la Tisya 3 pasang baju tak pasal2 n aba
ng2nya sorang sepasang siap toys. Sangat suke dress Mr Hubby belikan utk Tisya. Boleh la pakai wedding Ateh nanti kan...hehehe
Balik, lepak2 pastu masak dinner. Malam ni simple jer. Mr Hubby kalau dapat lauk ni dia tak nak sayur2. Satu main dish dah cukup dengan nasi putih. Ketam masak cili.... Opsss..kali ni tersedap la pulak masak. hehehe sebab taruh madu sket. So rasa dia different dari yang biasa masak. Mr Hubby makan sampai licin...huhuhu macam ni se
mangat sket Mama nak masak. Untuk twin sup ayam dah ok tambah dorang batuk. Lil girl ok jer tapi yang letih makan suka merayap. Aishhh...paling la Mama tak berkenan...

Nak masak apa esok?.....ish..ni yg borink nih....hari2 pikir menu... . :P

tada.....

Friday, November 5, 2010

FELL IN LOVE WITH LANGKAWI AGAIN AND AGAIN..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:57 AM 2 nak komen.. Links to this post

To orang-orang Langkawi, mesti dorang proud sebab ada org dah jatuh cinta berkali-kali di Langkawi...hehehe

7 tahun yg lepas (hehehe) Mr Hubby bawa saya honeymoon di Rebak Marina Langkawi sebagai hadiah perkahwinan kami. Sangat-sangat teruja sebab itulah 1st time kami bercuti bersama tambah baru kawen. Sampai sekarang saya dan Mr Hubby sangat menghargai saat2 itu. So nasihat saya kepada readers yg plan nak kawen tu, ada kan peruntukkan berbulan madu sebab saat2 sukar suami isteri akan jadi manis bila kita kenang saat2 bersama yg tersayang. Jadi yg kelat akan jadi manis bila kita kenang saat kita baru2 kawen dan kita akan mula mengingati kenapa kita memilih lelaki/perempuan ini sebagai pasangan hidup. Ala tak mampu nak gi overseas dalam Malaysia pun ok. Kita pun kaya dengan keindahan alam kan...

Kami kembali ke Langkawi semasa Haziq & Hazim berumur 2 tahun. Seronok dua beradik ni tambah dapat naik bot & macam2 pengalaman dorang sepanjang perjalanan ke sana, di Langkawi & balik dr sana. Sampai sekarang pun dorang masih ingat & selalu suruh saya bercerita semula. Itulah percutian keluarga kami paling seronok & memorable. Tapi kami datang lagi ke Langkawi disertai dengan my lil' angel Batrisyia. Jadi inilah merupakan percutian keluarga kami paling seronok setakat ini selepas Beijing tahun lepas.

Kami ke Langkawi dgn MAS pd 12 oct 2010 dan duk kat Sri Kijang BNM, Pantai Cherating. Alhamdulillah 3 beradik tak banyak hal. Tisya berkepit dengan abah dia most of the time except nursing. Kesian tengok Mr Hubby tapi dia cool jer. Kalau ada pun Tisya buat hal dia oky jer. Relax jer layan anak. Mama jer yg garang sket...heheh. Twin pun tak banyak kerenah sepanjg di sana kecuali riuh sangat mulut main. Masing2 ader camera so sibuk la nak buat movie and ambik gambar. This trip kami byk relax and tak rushing ke sana sini. Kami gi Bird Park, Underwaterworld & Cable car (acara wajib Mr Hubby...tak tau la kenapa dia berkenan sgt naik benda ni...Mama layan ajer la walaupun rasa cam nak nangis kena naik benda ni. Tak bole tunjuk muka sgt sebab takut twin gelabah so muka maintain ajer la..)

Malam kami cari makan kat restoran2 sekitar Pantai Cherating which is very convenience sebab Sri Kijang kat area tu. Lepas makan jalan2 area shop lots situ yg happening walaupun dah dekat tengah malam. Bukan senang Mama & Abah nak bawak anak2 merayap malam2.

Mr Hubby & mama sangat la berkenan Langkawi tu sebab rasa sempoi jer life sana. Kalau la banyak duit mau ajer kami buat rumah kat sana cam Arwah Yasmin Ahmad buat kat parents dia. Buka la kedai makan ke kedai runcit ker kedai jual chocolate ker (best nih!), apa2 ajelah. Tak mewah pun takpe tapi hati damai. Wehhh berangan jauh dah Mama. Tapi, tak salah berangan sikit2, mana tau jadi kenyataan kan.Amin...

Bila la nak pegi Langkawi lagi?....kena kumpul duit nih....hehehe

Monday, November 1, 2010

CONCERT DAY HAZIQ & HAZIM

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:51 AM 2 nak komen.. Links to this post
Haziq & Hazim sudah selesai dengan JMC2 dorang last September. Starting October they will start with 3rd Book (JMC3). Mama was so proud of you two. Walau ada masanya boys macam give up sebab notes makin susah tapi dorang belajar juga. Bukan senang sebenarnya tambah dengan usia yg baru 5 tahun dorang kena use both hands to play. Honestly it really not easy. Kadang2 kesian tengok dorang stretch their little fingers to reach the notes tapi kena selalu advise and support supaya they always think positive.

They love & adore their Ms Grace. Tapi sayangnya JMC3 Ms Grace tak lagi ajar dorang. New teacher will continue. But Haziq & Hazim okey je sebab kata dorang, belajar aje la nak buat macam mana kalau dah Ms Grace tak boleh. Huihhh terkesima jap mama sebab ingatkan dorang sedey and tak nak belajar musik lagi. Kata Haziq, mmg la sedey tapi nak buat macam mana. Kata Hazim pula, mmg la suka Ms Grace ajar tapi takkan nak nangis2...amboi2...

Jom layan gambar....
Boys & teacher Grace

pose before concert

with classmate. They are the only boys..heheh

Die hard fan abang2..Lil Tisya

Graduation time

Time to dance and sing





Snap shots at Naili's

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:31 AM 2 nak komen.. Links to this post
posing sebelum makanan sampai
as usual..daddy's girl
my love
Lil sis, mom & myself.
Cik Uteh, thanks yer!

ops..baru terperasan...tak ambik gambar dgn along lah...aisyhhh...gambar posing reramai pun takder dalam camera ku inih..waaaa along kasi email gambar tu ok.tq..

Apa cerita?

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:52 AM 2 nak komen.. Links to this post
Lama betul tak blogging. Kalau rumah dah sure berabuk bersawang...so pagi2 buta ni saya nak bersihkan rumah ni.hehehe

Since last blogging cerita masa bulan puasa. My Hazim tak sihat. Alhamdulillah sebelum raya semua sihat. Kalau tak, tak raya la. Tahun ni r
aya belah hubby dulu baru saya. Dah 7 tahun kahwin ni tak la syahdu melampau sangat. Kalau dulu first time raya dengan mertua meleleh gak la air mata teringat adik beradik ku yang riuh itu dan mak abah. Tapi sekarang cool sikit maybe sebab
dah ada anak2 kot. So tak sempat nak sy
ahdu syahdan. Raya tahun ni kami merayap sungguh tambah En Hubby yg terchenta sangat sporting ( i love u bebeh!). Merata dia sanggup bawa asal tahu tempat nak pergi. Dari Klang ke Semenyih, ke Ipoh malah ke Kuala Kangsar pun dia relax jer. Thank you dear sebab sangat sporting yer.
ops pose manja sikit...ini hasil tangan anak lelaki saya yg baru pandai pegang camera :)

Satu lagi memory indah kami sekeluarga masa raya, kami makan ramai2 kat Naili's. Walaupun makanannya tak la hebat sangat tapi tempat tu mmg best. Hapenning! Sampai nak borak pun kena jerit..hehehe. But we have a good family time tambah orang belanja kan
...Thanks Uteh!! Moga murah Rezki!. Tahun depan kongsi dgn Ku yer belanja kami..hehehe


Tahun ni juga my younger sister Cik Uteh ni last raya sebagai anak dara. Tahun depan dah Mrs...hehehe Welcome to the club!! Dah tak lama dah nak naik pelamin...to my dear sister..."Amacam dah ready?.... Tido cepat nanti ada eye bag!"

And I know my youngest sister akan baca entry ini dan dgn tersengih-sengih bangga sebab tinggal dia anak dara terakhir Mohd Sham yg blom kawen. So kira saham tinggi la. Tak kisah la janji abihkan study dulu ok :)

Selepas Raya saya ada 2 event yang paling saya tunggu2. Yang pertama 2nd concert my boys sebab dorang dah abih 2nd semester Junior Music Course dan percutian kami sekeluarga ke Langkawi. Wuhoooo....

next entry ok.


Sunday, August 29, 2010

Good morning Sunday....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 7:22 AM 2 nak komen.. Links to this post
hero story kali ini...muka kesian sebab kena pakai mask.(heheh kita kena jadi masyarakat yg prihatin)

ops..jangan tertipu. muka cam comey jer tapi time ni dia dah borink. dah nak mengamuk sebab kena tunggu lama.heheh

Saya sangat suka lepas sahur. Lepas solat boleh la buat keje2 rumah ke, mengadap blog ke, balas email ke tak pun membaca. Hehehe sangat tenang.

Semalam kami ke DEMC Shah Alam. (Cantik sangat tempat baru dorang ni. Service pun best. Rasa nak beranak lagi jer sebab nak rasa tempat baru hehehe...nota untuk suamiku:....nak tambah?..bole tapi kena ambik Bibik balik ok...hehehe...tak larat teman...hehehe)Hazim batuk & selsema dan Tisya nak kena jap untuk 18 bulan punya. Tak semena-mena Hazim tetiba je batuk teruk. Nak kata makan asikrim, tak jugak sebab dorang memang tak boleh makan selalu aiskrim. Minum air sejuk pun tidak. Punya la jaga jangan batuk lagi, jadi jugak. Nak buat macam mana kan. Bukan dia mintak. Kata doktor mungkin allergi. Aisey so jap lagi kena la mengemas satu rumah buang habuk dan pantau makan minum Hazim sebab nak tahu punca dia tetiba batuk & selsema nih. Si tecik Tisya pula maintain je kena cucuk. Tapi bila malam nak tido baru panas. Alhamdulillah malam tadi panas dia tak naik. So kami tidur la berlima dalam satu bilik sebab ada org sakit nak kena pantau tengah malam.hehehe ...

Hari Ahad ni tak dapat la kami merayap sebab Hazim tak sihat. Ingat nak balik rumah mak tapi dah anak tak sihat malas nak hangkut dia sana sini. Kesian pun ade.


p/s mak....nanti angah buka puasa dengan mak ek. Mak jangan sedey ok. Angah janji balik nanti ok I love u....hehehe (nota ini buat mak saya ye sebab saya tahu dia akan baca blog saya dan nak tahu cerita cucu-cucunya. We love u mak!!)

budak ensem nih pun dah borink sebab twin dia tak sihat so geng main dia takde. main masak2 je lah dgn Tisya ek..

haaa dok diam kang ayam tu gigit kang....

ehhh..borak ke?...dengan saper tu?....

sebab borink Tisya mengambil pilihan yang paling tepat sekali iaitu Tido. dan tempat yg paling dia suka kat Abah dia...heheh Selamat la abg ku sayang malam nanti sakit tangan.heheh


Thursday, August 26, 2010

Saya Anak Malaysia

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:45 AM 0 nak komen.. Links to this post

Tak sampai seminggu lagi kita akan meraikan Hari Kemerdekaan kita yang ke 53 tahun. Tetapi sayangnya rakyat Malaysia makin berpecah belah. Saya ulang rakyat Malaysia ye. Bukan orang Melayu sahaja. Satu ketika dulu saya masih ingat betapa kita sesama menghargai satu sama lain. Di sekolah kita berkawan dengan semua orang tak kira bangsa. Saya sendiri punya momen manis berkawan dengan berbilang bangsa. Malah setelah saya meletakkan jawatan saya masih berhubung dengan staf saya yang berbangsa Cina yang saya akui saya sayang dia macam adik sendiri. Anak-anak saya juga suka pada dia. Selalu bertanya bila Kakak Alice nak datang. Kami boleh berbual berjam lamanya bercerita tentang hal masing-masing. Pelat Bahasa Malaysianya tidak jadi penghalang. Satu masa dulu saya punya rakan India di sekolah. Bukan satu atau dua tapi ramai sebab masa tu kami tak pernah dikenalkan dengan perkataan Rasis. Tapi ironinya saya punya masalah dengan rakan Melayu. Mungkin faktor usia yang mentah saya mudah melatah jika fahaman dan pendirian saya diganggu. Itu cerita usia mentah.

Tapi jujurnya saya sayang Malaysia. Saya bangga Malaysia punya berbilang kaum. Saya juga sentiasa mengajar anak-anak untuk berkawan dengan semua orang tak kira bangsa. Pilih kawan yang baik agar kita jadi baik. Kalau boleh merosakkan hindarilah secepat mungkin. Tapi mesti berkawan dengan semua bangsa sebab kita orang Malaysia.

Satu ketika dulu saya seorang ahli Pandu Puteri yang setia. Saya masih pegang dan ingat serba sedikit prinsip-prinsip seorang Pandu Puteri. Masih ingat antara ajarannya; kita tak boleh biarkan Bendera Malaysia kena hujan, Bendera Malaysia jatuh ke tanah. Bendera Malaysia dipermainkan. Bising mulut saya mengingatkan anak-anak buah bila mereka tidak mematuhi perkara yang mudah ini. Memang saya membebel panjang. Saya anggap kalau kita permainkan bendera kita samalah dengan tidak sayang dan menghargai negara sendiri. Masa tu kami masih usia mentah jadi tak ramai ambil pusing. Katanya saya cerewet. Tak kisahlah....

Tapi bila saya lihat di Utusan Malaysia dua tiga hari ini, semakin saya rasa tercabar, tercalar dan sangat marah. Melampau sungguh. Biadap. Bukan pertama kali benda macam ni berlaku. Dah berkali. Malaysia masih boleh bertahan dan bertenang lagi tambahan ini bulan puasa. Memang bukan semua rakyat negara itu begitu tapi yang segelintir ini perlu pihak sana "sekolah"kan. Ini sangat melampau. Saya bukan tak suka negara itu. Malah saya sangat sayang seorang dari rakyat negara itu. Bibik saya, Sukaenah Sanaji. Sangat sayang macam saudara sendiri. Saya selalu berdoa dimurahkan rezeki agar saya dapat mengambilnya kembali bekerja dengan saya. Biar dia tua dengan saya. Saya tak kisah. Budinya pada saya Allah sahaja dapat membalasnya.

Saya tak suka bergaduh dan saya tak benci semua rakyat negara itu. Tapi saya sayang Malaysia. Saya tak sanggup lihat mereka melakukannya lagi hingga nak letak gambar kebiadapan itu dalam blog saya pun saya tak sanggup. Mereka harus sedar rakyat mereka mencari rezeki di negara ini bukan sedikit, hendak diharapkan negara sendiri, sekitar landasan keretapi pun mereka terpaksa tinggal. Jadi jangan la terlalu sombong. Orang Malaysia juga harus bersatu. Bukan satu kaum tapi semua. Tidak kira bangsa. Kalau kita boleh boikot Israel yang zalim kenapa tidak negara itu. Kita tak perlu berperang. Cukuplah sekadar menunjukkan kita tak mudah dipermainkan dan kita punya maruah. Saya sangat tercabar & tercalar tapi minta maaf sekiranya saya salah...kenapa orang atasan tiada yang lantang bersuara. Setiap hari hal yang sama diperdebatkan. Tapi imej dan maruah kita tak ramai bersuara. Saya rasa kita patut fokus bila ada orang luar bersikap biadab terhadap kita. Tak kira bangsa harus bersatu. Tak perlu berperang tapi mesti lantang menyatakan pada mereka kita Malaysia bukan mudah diperbodohkan.

Minta maaf jika catatan kali ini mengguris. Tersilap kata Tersalah bahasa, mohon maaf. Saya cuma rakyat biasa yang cintakan Malaysia. Cinta saya Bukan Cinta Biasa....

Selamat Hari Merdeka semua...Bersatu kita teguh bercerai kita roboh...

Polis Indonesia perketat kawalan gerakan usir rakyat Malaysia

JAKARTA 25 Ogos - Semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis berikutan terdapat maklumat Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atau Sweeping Malaysian hari ini.

Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sini, sejak pukul 9.30 pagi.

Selain itu, polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga.

Petronas turut mengarahkan kakitangannya supaya pulang awal iaitu pada pukul 1 petang setelah menerima ancaman tersebut.

Polis memberitahu demonstrasi itu akan dilakukan oleh Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam Bendera.

Seorang pegawai polis yang berkawal di kediaman duta besar turut mengingatkan wartawan supaya berhati-hati kerana ada maklumat menyebut kumpulan itu nekad untuk menahan rakyat Malaysia.

Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta telah dinasihatkan tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat untuk mengelakkan daripada tindakan 'sweeping' oleh anggota Bendera.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar mengingatkan pelajar supaya keluar rumah dalam berkumpulan dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam oleh mana-mana pihak.

"Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro. ia dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan 'sweeping' rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang ini, iaitu had waktu dibenarkan oleh polis untuk mengadakan demonstrasi, hanya satu demonstrasi kecil dilakukan kira-kira 15 minit di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.

Daripada maklumat polis, dijangka satu demonstrasi besar-besaran membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan akan diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia esok yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Utusan Malaysia difahamkan demonstrasi itu akan disertai ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan 'duit raya' kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Petang Isnin lalu, 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan membawa bersama lima bungkus najis manusia kerana membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Salah seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis itu masuk ke dalam pintu pagar kedutaan besar, manakala yang lainnya meletakkan kotoran itu ke atas bendera Malaysia di jalan dan memijaknya. - UTUSAN

A new gadget for boys & myself!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:08 AM 1 nak komen.. Links to this post
Last weekend my boys dapat gadjet baru dari Mama sebab berjaya habiskan Buka Baca No 6. Sebab buku ni agak mencabar kat dorang sebagai galakkan Mama present this thing. They really want to be a saintis (Amin..). So at least benda camni bole la bagi dorang aspiration sikit...heheh. They were so overjoy bila buka jer wrapping. And start doing their eksperimen berdua. Little girl bole tolong pegang bekas2 eksperimen je la sebab abang2 tengah sibuk cipta ubat baru...hehehe
Alhamdulillah twin dah bole la baca sikit2. Bila kita ajar dorang ni kena banyak sabar & tak bole lama2. Kalau dorang cam susah nak baca atau eja je looked deep into their eyes, kita boleh nampak bertapa susahnya bagi dia. Mula2 tu Mama terlupa dan a bit stress sikit ajar twin tapi bila dah baca banyak buku parenting then I realized I have to put myself into their shoes. Baca sangat mudah bagi kita tapi satu tekanan bagi dorang.
Pergi kelas Music pun macam tu. They enjoy it very much tapi bila diperkenal keynote baru dengan kena guna dua tiga jari sekali dan follow melodi, sebenarnya sangat susah. Tapi from they eyes and frowning faces I can see they tried really hard. What I can do is encourage them with rubbing their shoulders & back and said aspiring words. Itulah bagusnya program Yamaha Junior Music Class. Ibubapa kena datang sekali belajar dengan anak2 dan dari situ ibubapa dapat tengok sendiri belajar music tak mudah. Tapi bila dah pandai should be ok. If u expect too high from them it really hurts them actually. So just encourage them and said they can do it with lots of practise.
Being a stay at home mom I able to spend some time reading about lots of thing. Previously I have been so busy with office works & house matters beside attending my children & husband. I have always love to read but been so busy I dont get the chance. Now with the full support from husband, I been supplied lots of good books (this makes me love him evenmore! heheh). At the moment I love reading parenting books. I want to have a better view in raising children and learning from expert. From reading I have realized my mistakes and try to be a better person the next day. At some situation when I cant control my anger with children madness I will just grab a parenting book, nursing my lil girl and read! Then I will get to my senses and forgive the boys. Eventually with physiology treatment, actually our children do feels guilty but they dont know how to express it. What u can do is PRAY to Allah for patience,talk to children in a good tone and firm & take a deep breath. But I do get mad certain times but manageable...heheh

So this is my new gadget. A mini reading light. It really useful especially night time when I need to nurse my baby girl and I can read at the same time. Therefore I wont disturb her. Happy Thursday people!..


Saturday, August 21, 2010

Cerita seminggu...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:28 AM 2 nak komen.. Links to this post

Penat jugaklah minggu nih... dengan keje2 rumah,dengan anak2, tapi biasa la semua tu kan.Hari Rabu Mr Hubby yang ensem bawak kami pergi shopping raya. Tempat paling best utk beli baju budak2 bagi saya SOGO la. banyak choice...giler dibuatnya.
Nasib baik la mama dah tak keje lagi kalau tak berdarah la kad kredit mama kena toreh. Tambah baju budak2 pompuan. Tersangatlah seronoknya. Banyak juga la pilihan hati mama kena reject dgn Mr Hubby sebab unreasonably pricey kata dia. Ops!...kena berjimat sedikit, yelah anak dah 3. Kang nak hantar belajar itu ini short cash pulak kan. So...mama sadly kata ok....
Twin puasa juga hari sampai kul 3. Suruh buaka puasa awal2 tak nak. Lepas beli baju2 dorang 3 beradik baru la kami bagi dorang makan nasi Ayam. Lepak2 jap kat Food court & time utk Mama & Abah pulak. Tapi unfortunately 3 beradik dah tak boley duduk diam. Dah letih kot. So Mama & Abah malas nak stress2 shopping so kami pun beli juadah utk buka puasa & balik. Best jalan tak jammed so sempat sampai rumah before Azan Maghrib. Malam tu lepas terawih terasa letih giler...so kami pun tido awal. Nasib baik tak terbabas Sahur..hehehe

Thursday- Hari Craft day twin. Kali ni mama dgn bermurah hati buat 2 projek utk dorang. Projek pertama "Haziq & Hazim Puasa Rewards". Sebab dua beradik ni sangat rajin berpuasa so Mama upah 50sen sehari. (walaupun puasa separuh hari) Tak nak ajar bagi duit banyak2. Kang jadi demanding...hehehe Lagipun dorang cakap Allah bagi point juga tapi tak nampak. (Alhamdulillah-tak sia2 tazkirah subuh mama hikhikhik)
Simple dimple tapi dorang suka sebab dapat buat sendiri tabung duit tu.

Next projek, Family Pictures. Sebab minggu ni mama ajar berkaitan Family so art pun pasal family juga. Apa2 pun apa yang penting twin enjoy & tak sabar nak tunjuk kat Abah their artworks.

Hari ini hari Sabtu. Mr Hubby hantar keta kesayangan saya gi service. Tak tau la pukul berapa habih. So nak buat apa yer????....ha nak cari resipi biskut raya!....okeh...bye.








 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting