Friday, December 31, 2010

Percutian Singkat Port Dickson

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:09 PM
anak dara saya!

sesi soal jawab...

Legend..

owhhh..anak dara siapa itu sedang bertelefon....

big smiles ladies...

my precious

dalam bilik ada pool...i like!

splish!!

splash!!

fun time!

Mr Hubby bawa kami sekeluarga ke PD pd 29 Dec 2010. Kami bermalam di The Legend International Water Homes. Mama tak kisah ke mana pun asalkan kami berlima. Walaupun semalam tapi puas sebab dapat spend time bersama. Good quality family time. Malamnya kami tak keluar dinner kat luar pun. Room service ajer sebab excited nak tengok Final Suzuki Cup. Mama yang tak berapa reti tengok bola ni berkobar semangat sebab Malaysia mampu ke final. Bangga tengok Malaysia bertarung habis-habisan untuk bergelar juara. Mungkin bola tak penting bagi sesetengah orang tapi kalau pandang dari sudut lain, kita tak sedar ia menyatukan kita sesama bangsa. Tak kisah lah kalau ada org kondem kenapa sampai bagi cuti sebab Malaysia menang bola tapi rasanya org yang banyak bunyik ni pun cuti jugak sebab dah dapat cuti kan. Masa 1st final game ari tu, kami ada di Jusco jam 7.30pm. Jusco lengang...Jalanraya pun macam tu. Semangat SeMalaysia nampak ketara...semua satu hati menyokong pasukan Malaysia. Doa Mama semoga Malaysia terus bersatu dan hidup harmoni sesama kaum. Ini penting untuk masa depan ank cucu kita juga satu hari nanti.

Balik pada kisah cuti, to Mr Hubby...thank you so much for the trip. Saat terindah adalah bila kita semua bersama. Balik dari PD kami ke Muzium Alam Semulajadi di Putrajaya. Walau tak banyak exhibit lagi tapi sekurang-kurangnya anak-anak dapat belajar sesuatu yang baru tentang pengawetan binatang dan kebetulan ada pameran batu-batuan pelik. Boys totally excited terutamanya ada patung angkasawan dan meteroid. Jenuh jugak la Mama explain tentang batu tu. But it is worth it. Knowledge has no boundaries. Tiket masuk tersangat lah murah..RM2 je utk dewasa. Most important we have a really good time.


0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting