Sunday, October 11, 2009

Haziq & Hazim Join Class Music..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:55 PM 1 nak komen..
Heheheh dah besar anak2 teruna Mama...Actually hari ni 2nd day twin join Junior Music Course kat Yamaha. Tapi JMC ni programnya parent kena follow. Sepatutnya 1 child 1 parent tapi memandangkan takde sape nak jaga Batrisyia, Mama sorang jer kena gi. Mr K dengan rela hati menjaga little girl. Mama memang cari program yg involve parents sebab Mama nak tau apa yg dorang ajar jadi kami bole praktis kat rumah. Another thing Mama bole tahu their own progress in class.

Oklah nampaknya twin seems enjoying the class. First time belajar berkawan....tapi twin boring sket sebab takde budak lelaki. Semua pompuan jer. Pastu 7 org dalam class tu semua Cina kecuali kami. Bagus jugak at least twin will try to communicate in English. Dulu mama takde peluang cam gini therefore I want them to learn. Furthermore music can motivate their mind & creativity. Mana tau dah pandai sok bole main piano cam Abah pulak.

Alhamdulillah Batrisyia tak banyak hal tinggal ngan Abah. Siap gi lepak2 kat Bee's Cafe lagi okeh!. Memang Abah lulus cemerlang lah jaga Batrisyia. (Nasib baik class 1 jam jer..)

To Daddies & Mummies out there, kalau rasa teringin nak lebih tau pasal program ni gi la Yamaha Music School dan tanya mengenai JMC. Specially for children 4 to 6 years old dan program ni untuk 2 tahun (maksudnya Mama kena ikut twin gi class for 2 years.... ><...

Since last week dah dok menyanyi dgn twin kat rumah dan at this moment pun music tu dok terngiang ngiang kat telinga Mama... ME RE DO RE ME ME ME....jangan bercakap dalan tido dah... Tapi syok gak Mama pun dah pandai cari DO RE ME kat keyboard tau. Mama belajar benda baru dengan xcitednyer!! (Next time turn Batrisyia nak suruh Mr K pulak bawak..heheh)

Saturday, October 10, 2009

Tersentap...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:25 AM 2 nak komen..
Dah lebih 24jam pun hal tu berlalu tapi rasanya makin berbisa. Nak cakap ke tak..nak cakap ke tak...ish cakaplah... maka terluahlah segala yg bersarang di hati pada Mr K. Hubby selalu jadi pendengar yg setia. Masa keje bank dulu almost everyday Mr K setia mendengar keluhan mama. Bukan tu aje siap airmata & sedu sedan ler. Dan setiap kali selepas sesi luahan hati mesti mama lega sangat. TQ abah..

Apa yang menyentap mama?..."OOO u dah full housewife ke...eiii bestnya dapat lepak..." EXCUSE ME....ingat housewife ni keje nye lepak je kat ghumah je. Punya la panas hati masa tu. Kalau simbah air pun sure takde pape time tu. Ye..mama sensitif, tapi ini hak mama.

Kalau tak tahu jangan buat2 tahu. Terkilan bila pikir ada orang ingat surirumah ni best duk rumah, bole lepak-lepak tengok tv,tengok vcd dan tah apa2 lagi.

Tolonglah....being a housewife bukan hanya tengok anak2, masak, lipat kain etc. Selain menyelesaikan hal rumah yg tak pernah sudah, tanggungjawab utama pada anak2. Mama homeschooled Haziq & Hazim. Both of them ada daily schedule what they will learn everyday. Mama monitor closely their progress to ensure they understand & enjoy learning. At the same time taking care of little baby is not easy ok. Tambah Batrisyia dah makin galak merangkak & sesekali memanjat, You have to be with her most of the time. Lepas masak for children (bukan setakat goreng telur jer okeh..), you have to feed them. Agak2 berapa lama diperlukan untuk menyuap 3 mulut? Itu tak termasuk fussy eater. Kadang2 dekat sejam menyuap Batrisyia tau. Sambil suap sambil ajar spelling la, drawing lah. Anak2 tido dapatla mama gosok baju dengan tenang. Setiap masa ada jer benda kena buat. Tengok tv memang ada tapi sangat ler terbatas. Ia akan beri contoh tak baik pada anak2 pulak. Ingat semua citer elok sangat ker tengok dgn anak2...dah la tv kita ni makin banyak citer sinetron yg tah apa2.

Keje rumah jangan cakap la. Lepas satu,satu. Mama tak la mengeluh tapi tercabar bila ada org simply said best jadi surirumah ni sebab dapat lepak2. sorry babe!. Mama tak tau pada org lain tapi this is me. Apa yg menyeronokkan tentang being a housewife ni ialah peluang membesarkan anak2 sendiri & melihat keletah mereka setiap hari. But it is not easy. Ada ketikanya mama pun gagal mengawal emosi bila berdepan dgn masalah anak2. Tapi mama ada Mr K yg selalu menjadi pendengar & pembimbing.

Mama belajar lagi bukan mudah menerima perspektif manusia apabila kita menukar cara hidup kita. Bukan mudah memujuk hati apabila terguris dengan kata2 yg mama tak suka dengar. "Biarlah...mama tau apa yang betul kan. Buat apa nak fikir sangat apa org nak kata.." setiap kali itulah nasihat Mr K. Simple & Tepat. "Ok" kata mama tapi hati masih tersentap. O_O

Friday, October 9, 2009

Raya Yang Terindah-Finale

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:57 AM 1 nak komen..
Raya ke 5...



Semalam kami tiba kat rumah Mak dah kol 12.30am. Kesian Mr K.Letak je kepala trus hanyut. Mama lak punyalah susah nak tido. Asal alih tempat je memang gini. Dah dok terkelip-kelip mata teringat zaman kecik2 & muda remaja kat rumah ni...hihihi Cepat masa berlalu. Korang pernah tak syahdu feeling biler teringat zaman tu. Yelah tambah bila dah berkahwin tentu tak tinggal dengan mak abah kan. So jarang2 ler balik. Bila balik rumah Mak je, teringat kami 4 beradik bergaduh bersama, bersorak tengok Juara Lagu bersama, tengok hindustan sama2, lepak2 depan tv sampai kena marah dengan mak, bercerita hal masing2...heheh seronok weh. Tu la masa kita di zaman tu kita tak reti nak appreciate tapi bila dah besar, dah kawin & dah ada anak, sesekali baru kita rasa indah sangat time tu. Huuu syahdu la pulak!



Hari ni rasa sangat ler maleh nak beraya. Tambah si Batrisyia melekat dengan Abahnye. Mungkin semalam tak puas hati tak dapat mekap kat Abah sebab hubby driving the whole day. So kami tak ke mana. Lepak reramai dengan adik beradik. Sambung citer raya & citer kelakar masing. Mrs Along takde sebab dia dah kena kerja. So short satu kepala. Memula nak makan KFC ke, Pizza ke ramai2 tp Mak insist nak masak. So makan kat ghumah je. Kami cuma gi ziarah kubur Nenek & balik. Tapi ngeri ler sikit sebab mak nampak ular. Nak baca doa pun tak tenang tambah Haziq & Hazim ikut skali.



Dah malam kami kena balik sebab Mr K kena keje. Tapi nampak cam dah nak tak sihat je. Badan dah penat kot. Mak tapaukan lauk pauk & biskut raya (terbalik kot...patut anak yg kasi kuih raya...:D) Sebelum balik sempat ler kami adik beradik posing. Cucu2 pun pose sekali. Tukang tangkap gambarnya org2 lelaki. Hehehe...Sampai kat ghumah dah kol 10. Simpan lauk & trus tido.



Happy & bersyukur sangat dapat merasai lagi hari Lebaran. Indahnya berkeluarga. Dulu masa sibuk bekerja tak sempat nak pikir sangat hal2 ni. Tapi bila dah hilang satu benda yg berat & beban dalam diri, kita punya peluang untuk lebih sensitif pada perkara lain. Dapat melihat dunia dalam perspektif yg berbeza. Mama nak besarkan anak2 dan tanamkan sifat menghargai satu sama lain. Nilai sebuah kekeluargaan & kasih sayang sesama ahli keluarga. Appreciate each other existance & appreciate Allah gifts to you. Mama belajar benda baru lagi....Alhamdulillah. Hope dapat jumpa Hari Raya Aidilfitri lagi...

Raya yang terindah Chapter3

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:19 AM 1 nak komen..
Raya ke 4....

Huiihhhh meriah raya teman weh!!!...Cerita raya dah cam telenovela..

Pepagi kami dah berkemas nak balik KL tapi kena singgah kat rumah Opah sat ambik kereta mertua. Lepas check out kami terus ke Pekan Rabu. Shopping barang makan lagi. Ok la jugak sebab Mama takde beli sebikut raya ke kerepek raya ker lagi tahun nih. Tak syok gak org datang tak hidang makanan yg bertemakan hari raya ye tak. Takkan nak hidang biskut raya 3 jenis tu je. (ala yg mama & twin sibuk2 ari tu..) Macam2 jenis ader. Yang syoknya banyak kuih tradisional. Ambik ler 2-3 jenis. Mama & MIL shopping dengan pantasnya sebab takde parking. So tak ler terbabas sangat budget. Pandangan pun dapat dihadkan sikit..hehehe

Sebelum kluaq dari negeri Kedah ni tak sah kalo tak pekena Nasi Kandar Haji Ramli kat Kota Sarang Semut. Huiii! Berbaloi-baloi. Tak caya pi rasa sendiri. Terubat ler letih berjalan jauh bila dapat makan nasi kandar nih. o_O Kepada adikku Cik Uteh...sok2 kalo dah kawin dengan org Gurun tu ajak la pi makan Nasi Kandaq ni ya. Tolong tapaukan tuk angah sekali. huhuhu
Jalan punya la banyak kereta. Letih Mr K drive. Yang paling tension tang nak lepas terowong...rugi masa kat situ jer...


Dah dekat sampai Ipoh baru Batrisyia meragam. Dah rimas. Sampai rumah Opah, mandikan 3 beradik tu dulu dan kami pun bertolak balik KL. Singgah jap kat Old Town kat Gunung Rapat for dinner. Settle je semua kami gerak utk balik ke KL. Sambung raya kat Selayang!... ><
Mr K @ Hubby masih maintain lagi walaupun tersangat la penatnyer..
BIG TQ to Nenek & Atuk because banyak membantu kami menguruskan Twin
At least tak ler Mama & Abah pening/penat sangat.TQ MAK, TQ ABAH. :p
My little sweet pie kepenatan. Dapat ler Mama makan dengan tenang.

Raya Yang Terindah Chapter2

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:10 AM 0 nak komen..
Raya ke 2...

Pagi-pagi in law dah sampai kat rumah Opah. Punya ler punctual. Kelam kabut kami laki bini siapkan anak2 dan kemas beg sikit.Kami naik satu kereta, jimat & murah tapi tak leh bawak barang banyak. Al-maklumlah MPV bukan bole masuk barang banyak kalau dah naik 7 orang. Nasib baik Batrisyia kecik lagi, kalau tak jenuh gak lak 8 org berhimpit. Haziq & Hazim belakang sekali dgn atuknya. Mama & MIL kat tengah dengan Batrisyia. Co pilot si PakSu & Mr K @ hubby jadi pilotnya.

Dengan muka ala2 manis+masam adik2 kesayangan ku terpaksa merelakan kakaknya beraya dgn mertua lak. Takpe la, sok2 dorang dah kawin baru la dorang paham. Mak cool jer. Dia lebih tahu & paham. Berdebar sebenarnya Mama nak nak gi Kedah ni. Kotnya Batrisyia meragam sepanjang jalan macam mana....huiiiii mintak jauhkan lah.....

Alhamdulillah perjalanan kami lancar & bebudak tak banyak hal kecuali twin bosan giler sebab Mama tak charge DVD player. Sori ler boys..Mama tersilap button semalam....hehheheh
Sampai di Kedah kami terus beraya di kampung FIL di Megat Dewa & bermalam di Darulaman Suite. Segan nak bermalam kat rumah tu sebab ramai sangat. Dah ler jarang2 balik..heheh

Wuihhh dalam keadaan yg penat dapat bilik best hilang tension oo. Very the nice! 5 bintang kat Darulaman Suite.! Sesape yg rasa nak cari tempat bermalam kat area sekitar tu saya cadangkan tempat ni sebab memang puas hati. Biliknya ala2 apartment so ada ruang tv & pantry siap microwave. Not so mahal & restaurant/cafe dia pun served nice foods with good price. (Pomot sket!..iklan ini adalah percuma..tidak ditaja oleh sesiapa..)
Lepas makan kat restaurant kat situ, kami balik bilik & terus pengsan. Penat wehhhh.Kesian kat Mr K. Dia jer duk drive sana sini. So sure dia super penat dari kami.
Soknya, kami beraya lagi sampai Perlis tuh. Hujung Malaysia Batrisyia & abang2 dah sampai. Sempat singgah Padang Besaq cuci mata. Oooooo ni la Padang Besaq. Baru cheq tau. Dulu pi sekali dengan roomy sebab dia org Perlis tapi masa tu tak tau apa sebab tak reti shopping2 barang kat tmpt camni tapi sekarang putih mata...Semua cantek....tapi tak ler murah sangat barang2nye. Maybe sebab ramai org kot. Depa pakat2 naik harga. Dah sampai takkan tak ambik ape kan. So Haziq & Hazim dapat ler sorang selai baju BEN 10 (lagi!) dan bantal peluk BEN10. Malam tidoq jangan jadi BEN10 dah....dengan Mama jadi alien kang. Kami laki bini beli pouch bag sorang satu & Mama borong kacang gajus 2-3 bungkus....For Batrisyia Abah present topi glamer satu..Jadilah dah jauh2 datang kan.

Batrisyia & topi barunya....

Pilih punya pilih langsung tak beli....hampeh...

Malamnya selepas pekena laksa yg tak braper sedap kami balik Darulaman Suite. Mandikan anak2 then turun makan balik sebab tadi tak puas makan. Kali ni kami turun berempat (myself,hubby, batrisyia & adik ipar-paksu). Twin dah syok main toys baru from atuknya. Sambil makan & tengok raya movie KL DRIFT. Pas tu naik atas terus tido. Sok nak balik KL pulak.

Raya Yang Terindah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:09 AM 0 nak komen..
Raya dah braper syawal dah tapi keseronokkan & keriuhan Hari Raya Aidilfitri masih terbayang-bayang. Nikmatnya berhari raya kan...

Tahun ni giliran saya dulu. Teruja nak beraya lebih sikit tahun ni sebab ahli keluarga dah bertambah. Rasanya bukan saya jer yang rasa macam ni, hubby pun macam tu. Haziq & Hazim semakin banyak keletahnya tanda mereka makin cerdik & dah besar. Batrisyia pun tak nak kalah, baru nak menjangkau 7 bulan di Aidilfitri ni dia pun nak tunjuk keheroinnya..makin lasak.

Petang sebelum hari raya kami bertolak balik ke Ipoh. Penatnya packing barang! Barang anak2, Abah & diri sendiri. Berpeluh Mama weh!!! Ni baru anak 3, org lain anak 6 macam mana ler agaknya. Disebabkan ke excited nan yang melampau penat pun takde hal. Mama sengih jer walau peluh menitik2. Hubby pula ceria sebab dia suka drive long distance dengan MPV barunya. Apa nak buat Mama kena berkongsi kasih dengan keta...ish..ish..ish. Rasanya banyak org lelaki memang macam gini kot. Bini no 2 bila masuk bab kereta. Sukahati abah lar janji kita balik kampung beraya..!!

Kami tiba dah lepas buka pose. Kami berbuka dalam keta kat R&R Tapah. Seronok tengok family2 lain siap berpiknik kat tepi jalan. Meriah rasanya. Ini la nikmatnya Aidilfitri. Sepanjang perjalanan Twin & Batrisyia alhamdulillah okey. Cuma bila DVD player abah dah abih bateri mula la twin boring. Dok tanya "bila nak sampai?" "dah nak sampai ke?" "jauh lagi ke?"...Letih Mama menenangkan satu2. Abah pun dengan penuh kebapaan begitu sabar melayan soalan2 anak2nya...Mama buat2 tido bila dah letih menjawab! hehehe taktik kotor tul! Asalnya frust gak sampai lewat. Ingat sempat la berbuka dengan family tapi apa kan daya hujan & kenderaan yg sungguh ler banyak telah membantutkan harapan ku. Tapi bila "teman" jejak je rumah opah teman (ops! masuk kampung kena tukar ler sikit), semangat raye teman mula ler berkobar. Dengan pelita keliling rumah, bunyi mercun, budak2 kat kampung riuh sana sini & takbir raya bergema...weh! teman hilang sedih2 ni. Nak raya....jangan pikir banyak2.

Mak teman punya ler semangat tunggu cucu-cucu sampai. Tak sempat parking keta adik bongsu teman dah terjah keta ambik bebudak dulu. hehehe punya la tak sabau. Terus meriah dengan gelak tawa & cerita kami.

Pagi-pagi Raya Opah dah sibuk panaskan juadah raya. Mama tak menang tangan siapkan anak2 & suami. Nak cepat siap kena la bangun awal kang berebut nak pakai toilet. Beratur weh!. Mama tak dapat gi sembahyang raya sebab Batrisyia kecik sangat nak bawak Masjid. Kang ganggu jemaah lain kata Mr hubby. Opah lak sakit kaki. Adik2 masing ada yang baru kebah demam & off day. Kesian Mak takde kawan. Aleh2 yang pompuan semua tak gi sembahyang. Haziq, Hazim, Hubby & my Abah jer yg gi. Hazim siap tertido lagi kat masjid..heheh

Dulu masa masing2 single mingle semua tak nak kalah bergaya tambah kami 4 beradik pompuan. Berebut nak pakai iron la, nak pakai cermin la, sekarang anak2 je yg jadi keutamaan. Tambah Mama punya cutting dah lari. Takpe sabau2, tahun depan Mama pakai kebaya balik. Tahun ni tak bole takut seram lak org menengoknye...heheh

Sampai jer cousin yang lain lagi ler meriah. Anak Mak Long pun 3 pompuan. Lagi ler glamer. Kak Yong,Nurul & Baby masing2 dah macam artis gitew. Meriah sungguh lar dengan sora masing2 & pose maut di pagi raya.

Huihhhh...tu baru cerita pagi raya. Lom lagi petang raya & malam raya.

Agenda seterusnya kami gi Malim Nawar utk ziarah kubur arwah tuk & opah serta adik beradik opah yg lain. Lepas tu ke rumah Tuk Alang. Balik ke Ipoh semula sekejap & ke Kuala Kangsar ke rumah adik beradik mak. Mak seronok sangat dapat jumpa adik beradik dia. Ke mana je Mak nak gi Mr Hubby tolong drivekan. Yelah kesian kat mak bukan selalu dapat jumpa kan. Makcik & Pakcik2 belah mak mostly happening! Ceria sungguh. Sesekali berjumpa terasa meriahnya bertukar cerita. Dah lewat malam kami sampai di Ipoh. Mujur anak2 ok especially Batrisyia. Waaaaa esok turn Hubby lak coz kebetulan in law nak balik Kedah. Huuuuuu sedih nak tinggal family. Rasa singkat sangat beraya dengan family sendiri tapi inilah perkahwinan kan. Kita kena la bertolak ansur & berkongsi....nak buek cam no...kalau tak nak jangan la kawen yer dak... :P
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting