Raya ke 2...
Pagi-pagi in law dah sampai kat rumah Opah. Punya ler punctual. Kelam kabut kami laki bini siapkan anak2 dan kemas beg sikit.Kami naik satu kereta, jimat & murah tapi tak leh bawak barang banyak. Al-maklumlah MPV bukan bole masuk barang banyak kalau dah naik 7 orang. Nasib baik Batrisyia kecik lagi, kalau tak jenuh gak lak 8 org berhimpit. Haziq & Hazim belakang sekali dgn atuknya. Mama & MIL kat tengah dengan Batrisyia. Co pilot si PakSu & Mr K @ hubby jadi pilotnya.
Dengan muka ala2 manis+masam adik2 kesayangan ku terpaksa merelakan kakaknya beraya dgn mertua lak. Takpe la, sok2 dorang dah kawin baru la dorang paham. Mak cool jer. Dia lebih tahu & paham. Berdebar sebenarnya Mama nak nak gi Kedah ni. Kotnya Batrisyia meragam sepanjang jalan macam mana....huiiiii mintak jauhkan lah.....
Alhamdulillah perjalanan kami lancar & bebudak tak banyak hal kecuali twin bosan giler sebab Mama tak charge DVD player. Sori ler boys..Mama tersilap button semalam....hehheheh
Sampai di Kedah kami terus beraya di kampung FIL di Megat Dewa & bermalam di Darulaman Suite. Segan nak bermalam kat rumah tu sebab ramai sangat. Dah ler jarang2 balik..heheh
Wuihhh dalam keadaan yg penat dapat bilik best hilang tension oo. Very the nice! 5 bintang kat Darulaman Suite.! Sesape yg rasa nak cari tempat bermalam kat area sekitar tu saya cadangkan tempat ni sebab memang puas hati. Biliknya ala2 apartment so ada ruang tv & pantry siap microwave. Not so mahal & restaurant/cafe dia pun served nice foods with good price. (Pomot sket!..iklan ini adalah percuma..tidak ditaja oleh sesiapa..)
Lepas makan kat restaurant kat situ, kami balik bilik & terus pengsan. Penat wehhhh.Kesian kat Mr K. Dia jer duk drive sana sini. So sure dia super penat dari kami.
Soknya, kami beraya lagi sampai Perlis tuh. Hujung Malaysia Batrisyia & abang2 dah sampai. Sempat singgah Padang Besaq cuci mata. Oooooo ni la Padang Besaq. Baru cheq tau. Dulu pi sekali dengan roomy sebab dia org Perlis tapi masa tu tak tau apa sebab tak reti shopping2 barang kat tmpt camni tapi sekarang putih mata...Semua cantek....tapi tak ler murah sangat barang2nye. Maybe sebab ramai org kot. Depa pakat2 naik harga. Dah sampai takkan tak ambik ape kan. So Haziq & Hazim dapat ler sorang selai baju BEN 10 (lagi!) dan bantal peluk BEN10. Malam tidoq jangan jadi BEN10 dah....dengan Mama jadi alien kang. Kami laki bini beli pouch bag sorang satu & Mama borong kacang gajus 2-3 bungkus....For Batrisyia Abah present topi glamer satu..Jadilah dah jauh2 datang kan.
Batrisyia & topi barunya....
Pilih punya pilih langsung tak beli....hampeh...
Malamnya selepas pekena laksa yg tak braper sedap kami balik Darulaman Suite. Mandikan anak2 then turun makan balik sebab tadi tak puas makan. Kali ni kami turun berempat (myself,hubby, batrisyia & adik ipar-paksu). Twin dah syok main toys baru from atuknya. Sambil makan & tengok raya movie KL DRIFT. Pas tu naik atas terus tido. Sok nak balik KL pulak.
0 nak komen..:
Post a Comment