Friday, October 9, 2009

Raya Yang Terindah-Finale

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:57 AM
Raya ke 5...



Semalam kami tiba kat rumah Mak dah kol 12.30am. Kesian Mr K.Letak je kepala trus hanyut. Mama lak punyalah susah nak tido. Asal alih tempat je memang gini. Dah dok terkelip-kelip mata teringat zaman kecik2 & muda remaja kat rumah ni...hihihi Cepat masa berlalu. Korang pernah tak syahdu feeling biler teringat zaman tu. Yelah tambah bila dah berkahwin tentu tak tinggal dengan mak abah kan. So jarang2 ler balik. Bila balik rumah Mak je, teringat kami 4 beradik bergaduh bersama, bersorak tengok Juara Lagu bersama, tengok hindustan sama2, lepak2 depan tv sampai kena marah dengan mak, bercerita hal masing2...heheh seronok weh. Tu la masa kita di zaman tu kita tak reti nak appreciate tapi bila dah besar, dah kawin & dah ada anak, sesekali baru kita rasa indah sangat time tu. Huuu syahdu la pulak!



Hari ni rasa sangat ler maleh nak beraya. Tambah si Batrisyia melekat dengan Abahnye. Mungkin semalam tak puas hati tak dapat mekap kat Abah sebab hubby driving the whole day. So kami tak ke mana. Lepak reramai dengan adik beradik. Sambung citer raya & citer kelakar masing. Mrs Along takde sebab dia dah kena kerja. So short satu kepala. Memula nak makan KFC ke, Pizza ke ramai2 tp Mak insist nak masak. So makan kat ghumah je. Kami cuma gi ziarah kubur Nenek & balik. Tapi ngeri ler sikit sebab mak nampak ular. Nak baca doa pun tak tenang tambah Haziq & Hazim ikut skali.



Dah malam kami kena balik sebab Mr K kena keje. Tapi nampak cam dah nak tak sihat je. Badan dah penat kot. Mak tapaukan lauk pauk & biskut raya (terbalik kot...patut anak yg kasi kuih raya...:D) Sebelum balik sempat ler kami adik beradik posing. Cucu2 pun pose sekali. Tukang tangkap gambarnya org2 lelaki. Hehehe...Sampai kat ghumah dah kol 10. Simpan lauk & trus tido.



Happy & bersyukur sangat dapat merasai lagi hari Lebaran. Indahnya berkeluarga. Dulu masa sibuk bekerja tak sempat nak pikir sangat hal2 ni. Tapi bila dah hilang satu benda yg berat & beban dalam diri, kita punya peluang untuk lebih sensitif pada perkara lain. Dapat melihat dunia dalam perspektif yg berbeza. Mama nak besarkan anak2 dan tanamkan sifat menghargai satu sama lain. Nilai sebuah kekeluargaan & kasih sayang sesama ahli keluarga. Appreciate each other existance & appreciate Allah gifts to you. Mama belajar benda baru lagi....Alhamdulillah. Hope dapat jumpa Hari Raya Aidilfitri lagi...

1 nak komen..:

emma mohd sham said...

muka emma beminyaaak!!!euuuw :P

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting