Monday, April 18, 2011

Meet our new members in the house..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:12 AM 3 nak komen.. Links to this post





Ops...bukan..bukan..saya belum ada baby baru lagi. Relax arr dulu. Si little girl pun baru 2 tahun okeh. Berat badan pun ala-ala segan nak turun. Turun sikit...pastu naik balik....oh tidak....

Okey nak citer, semalam, Ahad 17 April 2011, tercipta satu sejarah baru dalam keluarga kami. Si kecik Tisya tak semena-mena telah "pow" Abahnya dengan mintak beli rabbit. Kalau rabbit jer okey lagi, tapi kalau dah kena beli set sangkar, pellet,hay,bekas air, bekas makan,vitamin & bedding dia tu aper citer kan...Huhhhuhhuh..dan Abah pun dengan rela hati membelikan la untuk anak daranya nan seorang itu. Kesian lak Mama tengok Abah, Mama pun hulur la jugak. Mahal wooo.

Tapi kenapa kami beli gak?....Rabbit tu cam ada connection jer dengan Tisya. Serious!..tak tipu. Very the very jinak tau. Siap gesel2 cam kucing tu. Bila pet store seller tu bagi Tisya keluarkan utk main, rabbit tu siap main kejar2 dengan Tisya. Pandai lak Tisya gi gesel kat Abah dia minta rabbit. Mama bukan la tak suka pet tapi memikirkan ruang nak letak cam berat hati. Tapi bila tengok Tisya berani dan berkenan dengan rabbit tu cam kesian lak. Arnab ni pun ikut je mana Tisya pergi.

Jadi petang semalam kami pun main rabbit la. Kami beli dua ekor sebab takkan takde kawan kan. Dua-dua betina. Senang. Takde next generation. Dan honestly it is quite fun. The boys baru nak berani pegang rabbit. Tisya tak payah cakap la. Main kejar2 dengan bunny dia lagi. Arnab2 ni pun suka main. So bermulalah aktiviti kami yang baru....Mr Hubby pun enjoy. Well, the money spent worth it. It's fun time with family matters :)

Tapi tetiba teringat kat bibik. Dulu masa twin umur cam Tisya, Mr Hubby pernah present arnab 2 ekor kat Mama sempena Hari Ibu, tapi dah mati sebab dorang sakit.. Cuma kami ada Kura2 je yang Mama hadiah kat Abah for Father's Day. Dulu ada 4 sekarang tinggal 3 je. Sekor dah lari. Kura2 tu dah besar dari tapak tangan sekarang. Bibik Sukaenah dulu sangat la rajin tolong cuci sangkar arnab & kura-kura bila Mama & Abah sibuk kerja. So binatang2 ni sangat manja dgn dia. Kalau bibik ada mesti dia tumpang seronok sebab dia pun suka pet ni. We miss u bibik...

To our bunnies...welcome home...nama blum ader. Tisya kata Rabbit la...

Friday, April 15, 2011

Fun Day: Baking Time

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 5:14 PM 0 nak komen.. Links to this post

Cake utk cikgu :)

mom's fav bakers

Wheeee...penat tul semalam melayan 3 beradik inih....sampai je rumah lepas balik dari skolah, masing2 dah lapar. Tak suka bubur nasi yang skolah bagi. So tak makan sangat. So Mama kesian, buat la cucur ikan bilis. Huihhhh habih. Pastu suap 3 beradik nasi pulak. Rehat jap, mandi then belajar time.

Habis music practice etc, Mama dah promise fun day activity for them. Bila cakap Mama nak baking today....apalagi seronok sangat la deme. Si kecik Tisya pun paham nak buat cake..

So semalam kami 4 beranak buat kek vanilla dengan aising sekali! Wheeeee....itulah pertama kali Mama buat aising okeh. Itupun jenuh google cari resepi. Thanks to Myresipi.com sebab bagi rujukan yg terbaek!

They were having fun yesterday. Bagi buat sendiri sambil Mama pantau apa yang patut. Dah hasilnya...MARVELOUS!....sedap!. Tak sangka tangan2 kecik nih pandai buat cake. Kek cantik bersarang okeh. Dah lama tak makan kek panas2. Yummilicious...

They also make one small cake & decorate it for their teacher Pn Zalina. Another cake utk bawa sekolah dan makan waktu rehat nanti. As for the small muffin we ate at home. Tisya pun pandai decorate. Sampai aising abih kena kat rambut. Sambil decorate sambil jilat sikit masuk mulut!

After clean up they we soooo happy and saying thanks yous banyak kali sebab bagi dorang buat kek and it is really fun. Touching Mama sebab rasa sangat dihargai walau kena mop & kemas dapur sebab melekit..hehehe. Well we have a good time. That is priceless....

Mama learnt small things can bring great joy to young minds....when we will have our next baking guys...and gal....?

Monday, April 11, 2011

"Jangan la marah kami Mama..."

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 7:12 PM 2 nak komen.. Links to this post
subjek pagi Ahad yg hening..
Handerchief yang sangat misteri...
Apa sengih2..Mama marah nih...

Ni lagi sorang....
Tisya kena nyanyi lagu tuk Mama
"Mama....mama cool....."



Ahad 10 April 2011

Haaa.......ni kisah pagi Ahad.

Adegan berlaku di halaman rumah kami. Kol 11 pagi. Mama dok sibuk2 jemur baju cepat2 sebab nak kuar kol 12tengahari utk class music twin.

Dalam dok sibuk2 tu...tetiba TING!...ishhh "handkerchief sape lak ni? tak pernah tengok pun..." Jeng-jeng-jeng......Mama start la suspen....

Mama: "Boys...come here..." Dan dua beradik pun dtg mengadap dgn muka blur.
Mama: "Ni handkerchief saper nih?...."
Haziq & Hazim: "Tah tak tahu?"
Mama: "Aik...takkan Mama tak tahu handkerchief anak2 Mama. Cuba ingat sape punya?"
Haziq: " Ooooo Aleya Sofea kot?"
Mama: Biar betul!...apsal handkerchief budak pompuan kat anak teruna Mama nih..start la
jeles...
"Apsal bawa balik org punya?"
Hazim: "Aleya Sofea suruh Haziq simpan kot?"
Haziq: " Mana Haziq tau. Mungkin dia masukkan dalam poket masa Haziq tak sedar kot?"
Mama: "Haaa...takkan Haziq tak sedar org masuk something dalam poket Haziq?..."
Haziq: "Ala..dia memang manja sikit dengan Haziq & Hazim. Selalu minta tolong kitaorg."
Mama: Dengan muka jeles....."Ishhh naper nak manja2 dengan u two....dia takde adik beradik ke?..."
Dan Mr Hubby pun kluar dgn senyuman yg sangat meng annoyingkan....dia tau Mama dah jeles.....
Haziq: "Dia takde adik beradik lelaki. Pompuan jer."
Hazim: "Mama marah ke?"
Mama: maunyer tak..ishhhh nak tukar skolah la camni.....cakap dalam hati la....(Mama tak jawab tapi buat muka mencebik yg sangat ler lawa)
Haziq & Hazim: " Jangan la marah kami Mama....Monday kami pulangkan ye"
Mama: "You better be..."
Abah: "Aleya Sofea tu yang mana? Lawa tak macam Alesha Tom2 Bak ke, Miasara the Zoo series ke...Abah nak tengoklah.."
Mama: "Sudah!...jangan nak sengaja.....Sok tukar skolah budak laki2 je.."
Abah: " Ala relax arrr...."
dan Mr Hubby berlalu sambil tersengih-sengih...Ish.....

So uols....salahkah Mama...salahkah Mama jeles?....salahkah....
Paranoid la saya ni...

p/s morale of the story...jangan bagi Mama jemur baju masa rushing2. Kang Mama meroyan bukan2....

Hazim sakit mata la pulak...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 7:00 PM 0 nak komen.. Links to this post
dah kena MC hari ni sebab sakit mata.
Pakai spek NERF ni sebab takut dia pegang mata..
huhuhu glamer...
tak cukup korum sebab Haziq gi skolah.

Ubat sikit jer sebab doc kata tak teruk sangat :)
Best arr Doc K.C Tay (Setia Alam)....medication & consultationnya murah.
Tapi ubat jalan...TQ Doc!

Aiseyman.....si Hazim sakit mata la pulak.....ish-ish-ish-...

Cepat baik yer sayang. Tak nak ponteng skolah esok yer...

Haziq kena gi skolah jugak sebab dia tak sakit. Tapi kesian pulak sebab dorang dah biasa berdua. Gi toilet pun masuk dua orang sebab sorang tukang jaga pintu, sorang buang air. Pastu tukar giliran. Budak prasekolah tak boleh kunci pintu toilet sebab takut terkunci kat dalam. So hari ni cikgu kesian tengok dia cikgu suruh sorang kawan temankan dia..hehehe..kesian anak Mama...

Bila ambik dia balik skolah, happy sangat dapat jumpa twin dia. Hazim pun excited sebab dia kata rindu kat Haziq. Boring main sorang2. Tisya bangun lambat...hehehe alahai anak Mama...

Inilah pertama kali dorang terpisah.... dari kul 8 pagi sampai kol 12 tengahari. Lama tu... :)




Pagi yang indah dgn family breakfast box

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 6:47 PM 0 nak komen.. Links to this post
hehehe..pose kat box
halo...saturday......gud morning!
yummilicious!!
senyuman kepuasan
ishhh suka sangat..

Sabtu 5th April 2010..

Banyak syiok!
Mr Hubby belikan breakfast pagi tu. Sepatutnya nak hantar anak2 gi skolah pastu nak makan breakfast di luar tapi tetiba si Hazim sakit mata la pulak...sedey...dah la batuk pun blom reda. tetiba sakit mata la pulak. So kansel la nak hantar ke sekolah. Si Haziq pun terbabit sekali tak gi sebab kami nak doctor check dia jugak. of course Mama sangatlah susah hati sebab takut yg lain berjangkit. Kalau si tecik Tisya kena lagi la payah...

Tetiba En Hubby yg ensem mengoffer diri utk beli breakfast...weeeeee.....tak yah buat nasi goreng...hahaha

Dan...sangat la sayang bila dia belikan Mc Donald lak. Huhuhu mama berkenan sangat hotcakes dia. Bukan tak reti buat tapi bila buat sendiri feelingnyer lain la...(heheh...nak org masakkan...tak nak masak sendiri..)

I love u bebeh!..dan pagi itu sangat indah dgn makanan yg meriah.....

Thursday, April 7, 2011

Game Night : Glass Challenge

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:49 AM 0 nak komen.. Links to this post


Semalam kami officially declare Rabu malam sebagai "Game Night". Sebenarnya dah lama my children request tapi Mama & hubby tercari-cari the right day. Kena cari malam yang cerita boring n plan dinner yg simple supaya boleh makan cepat & relax. So pakat dengan Mr Hubby, Rabu wajib balik awal sikit supaya dapat mandi, sembahyang & dinner supaya boleh join "game night". Boys kena tidur by 10pm sebab nak skolah. Just nice timing utk CSI: NY. Through out the game no tv allowed. Little Tisya pun join sekali. Tapi dia main game dia laaa. Kami main game Glass Challenge. Permainan ni macam Jengga tapi guna gelas plastik nih. Really fun. Nampak macam simple tapi ia menguji pemikiran kreatif anak2 supaya pandai imbangkan gelas supaya tak jatuh. Another thing we have a great laugh & quarrel :) semua nak menang. Pandai gak boys tarik gelas tu tak jatuh. Did not realized that until last nite, that they actually quite patience & cautious especially since they really want to win something.

Semalam juga masa ambil boys balik sekolah riuh dalam kereta bercerita pasal prasekolah nak buat hari sukan. Seronok sangat!. Sampai si kecik Tisya pun sibuk nak cerita juga. Pening Mama. Suara Abby Nofanascoba Sinar FM pun tenggelam :) Budak2 kan suka kalau dapat bebas berlari. Tambah kalau ada kawan lagi lah diaorang teruja. :D

Baliknya lepas makan, mandi, kami belajar sikit mengenai Tubuh saya atau My body. Twin belajar benda ni last year tapi tak perlu mengeja. Now Mama start suruh boys eja dan tulis. Sebab nak bagi lebih menarik Mama pun dengan gagahnya (sekali lagi) melukis gambar budak lelaki pakai baju Ben 10 dengan jayanya. Hehehe..okeylah bukan nak masuk galeri kan...hehehe... (To Cik Uteh..jangan gelak my drawing okeh....I cannot lawan u lah of course!)
Tisya pun belajar sekali! She really likes it and said " Mama, ni Ben10"...heheh

Alhamdulillah, twin dah getting better mengeja & membaca dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris masih slow lagi. Takpe, slow & steady kan boys. Thanks to cikgu sekolah dorang juga sebab mengajar mereka dengan baik :) Tisya pun dah start belajar ABC & 123. Nanti saya upload pics/video dia lak.

Ok..nak masak. Kang nak jemput twin balik sekolah. Tisya tengah layan Barney!...

p/s always new things to learn everyday. Family ties warm your heart...

Wednesday, April 6, 2011

Twin dah belajar Multiplication...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:08 AM 0 nak komen.. Links to this post


Seingat saya la kan, saya mula belajar darab/kali ni masa umur 8 tahun kot. Itu pun jenuh menghafal sampai kena rotan. Sangat la tak suka masa tu. Menangis bagai sebab susah sangat rasanya. Pastu start la mogok sebab kena rotan. Ishh ish..ish..

Tapi sekarang Haziq & Hazim baru 6 tahun saya dah ajar pelan2 sebab nak bagi exposure. Saya start ajar last Monday. Selalu remind diri jangan push dorang atau buat dorang rasa stress atau benci maths. Kesian.... Mama tak nak guna rotan ker, herdik2 ke sebab biar dorang belajar smoothly. Lagipun Maths suppose to be fun kan..

So dengan gagahnya (sebab buat memalam buta) saya prepare teaching aids yg simple dgn guna barang recycle utk mudahkan dorang belajar. Alhamdulillah, dorang dah belajar sampai sifir 2. Slow tapi at least dorang paham konsepnya. Thanks to Mr Hubby sebab belikan buku ni. Kalau Mr Hubby tak support susah juga sebab banyak teaching aids & materials Mr Hubby dgn murah hati bayarkan...hehehe I love u dear!..

Mama belajar benda baru.....sifir/darab ni sangat susah utk budak2..so jangan pressure dorang. Make it fun!


Friday, April 1, 2011

Book of the month

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:53 AM 2 nak komen.. Links to this post

Dah masuk bulan April dah...Cepat betul masa berlalu. Tu peringatan utk diri sendiri tu supaya memperbanyakkan amalan & perbetulkan diri sendiri yang dah makin "dewasa" ini.

Sejak resign saya punya lebih banyak masa untuk membaca. Salah satu hobi yang paling saya suka. Dulu masa budak2 sekolah, saya suka baca novel. Standard la budak sekolah kan. Sambil baca sambil berangan. Kadang2 saya akan baca sampai habis dalam sehari sebab nak tahu endingnya secepat mungkin. Lepas tu mak marah sebab tak tolong masak ker kemas rumah ker. Terperap je dalam bilik. Nak beli banyak2 buku takde duit so baca la buku tu banyak2 kali. Bila lepas SPM, dah pandai sewa buku kat CM (Central Market). Kalau satu buku RM12, bila pulangkan dapat balik RM10, sewa yang lain pulak. Seronok sangat. Kalau banyak duit sok saya nak bukak bisnes cam gini lah. Hehehehe...

Masa kerja dulu nak baca satu buku sebulan sampai habis pun jenuh. Macam2 benda nak buat. Bila letak kepala kat bantal jer terus lena. Harap baca surat khabar & majalah PA & MA dan Wanita...hehehe...itu pun hubby sponsor tiap2 bulan....Majalah lain dia tak bagi. Takut rosak minda katanya...hehehe iyolah...

Bila pregnant terus jadi rajin gila nak baca. Kadang2 sanggup tahan ngantuk asal dapat baca. Pastu nak pergi kerja, dalam kereta confirmed tidur. Kesian Mr Hubby drive sorang2 :)

Sekarang dah 2 tahun lebih saya bergelar surirumah tangga sepenuh masa. Banyak buku Mr Hubby dah belikan. Setiap bulan kadang sampai 2 ke 3 buku. Dari buku masak, business, exercise :),self improvement ke parenting dll. Thank you to my dear sebab tahu kegemaran saya. Dari bukulah banyak yang saya belajar terutamanya parenting. Bukan apa zaman makin berubah, saya nak cuba jadi Ibu terbaik utk anak2 saya. Ini salah satu cara kita berusaha kan. Doa saya setiap hari semoga Allah menjadikan saya Mama yang terbaik utk anak2 saya, Mama yg sabar, Mama yang bijak, Mama yang menghiburkan dan Mama yg cantik macam Rozita Che Wan.......eh... eh.. silap2....tetiba jer ingat Cik Rozita itew...(lari tajuk..sori-sori) :)

So buku untuk bulan April yelah "Smart Parents Brighter Kids" oleh Zaid Mohamad, terbitan Truewealth Publishing. Kat belakangnya ia tulis...
"Here is a book that addresses parental issues based on proven strategies. It is written by one parent to another, featuring the day to day matters that parents will instantly connect to. This book is timely released masterpiece, a well balanced formula amidst our search to be a human-parent. It has revisited many basic but salient points of parenting, among others, the long forgotten substances - "to love & be loved" "

Okey kalau saya rajin saya taip sinopsisnya ya.

Selamat Membaca kawan-kawan......

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting