Thursday, April 7, 2011

Game Night : Glass Challenge

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:49 AM


Semalam kami officially declare Rabu malam sebagai "Game Night". Sebenarnya dah lama my children request tapi Mama & hubby tercari-cari the right day. Kena cari malam yang cerita boring n plan dinner yg simple supaya boleh makan cepat & relax. So pakat dengan Mr Hubby, Rabu wajib balik awal sikit supaya dapat mandi, sembahyang & dinner supaya boleh join "game night". Boys kena tidur by 10pm sebab nak skolah. Just nice timing utk CSI: NY. Through out the game no tv allowed. Little Tisya pun join sekali. Tapi dia main game dia laaa. Kami main game Glass Challenge. Permainan ni macam Jengga tapi guna gelas plastik nih. Really fun. Nampak macam simple tapi ia menguji pemikiran kreatif anak2 supaya pandai imbangkan gelas supaya tak jatuh. Another thing we have a great laugh & quarrel :) semua nak menang. Pandai gak boys tarik gelas tu tak jatuh. Did not realized that until last nite, that they actually quite patience & cautious especially since they really want to win something.

Semalam juga masa ambil boys balik sekolah riuh dalam kereta bercerita pasal prasekolah nak buat hari sukan. Seronok sangat!. Sampai si kecik Tisya pun sibuk nak cerita juga. Pening Mama. Suara Abby Nofanascoba Sinar FM pun tenggelam :) Budak2 kan suka kalau dapat bebas berlari. Tambah kalau ada kawan lagi lah diaorang teruja. :D

Baliknya lepas makan, mandi, kami belajar sikit mengenai Tubuh saya atau My body. Twin belajar benda ni last year tapi tak perlu mengeja. Now Mama start suruh boys eja dan tulis. Sebab nak bagi lebih menarik Mama pun dengan gagahnya (sekali lagi) melukis gambar budak lelaki pakai baju Ben 10 dengan jayanya. Hehehe..okeylah bukan nak masuk galeri kan...hehehe... (To Cik Uteh..jangan gelak my drawing okeh....I cannot lawan u lah of course!)
Tisya pun belajar sekali! She really likes it and said " Mama, ni Ben10"...heheh

Alhamdulillah, twin dah getting better mengeja & membaca dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris masih slow lagi. Takpe, slow & steady kan boys. Thanks to cikgu sekolah dorang juga sebab mengajar mereka dengan baik :) Tisya pun dah start belajar ABC & 123. Nanti saya upload pics/video dia lak.

Ok..nak masak. Kang nak jemput twin balik sekolah. Tisya tengah layan Barney!...

p/s always new things to learn everyday. Family ties warm your heart...

0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting