Thursday, May 10, 2012

Kes Mak Pukul Anak 10 Bulan...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:14 AM
Kawan2 dah tengok video Mak Pukul Anak 10 bulan tu?....Tadi pagi2 sambil update blog dan uruskan my online biz dengar HotFM. Ramai yang tak puas hati pasal video tu. Baik lelaki mahupun perempuan menangis waktu call HotFM. Ada sorang lelaki ni lepas tengok terus buat police report dan cakap kalau dia jumpa perempuan tu, dia nak perempuan tu pukul dia macam mana dia pukul anak dia yang umur 10 bulan tu. Dia nak perempuan tu lepaskan marah pada dia.(*sob..sob..sob)...

Mommies menjaga anak2 memang bukan mudah kan... Mendidik dan menjaga adalah 2 perkara yang berbeza. Dalam melayan kerenah anak2 being a mom or dad kita kadangkala mudah terlebih emosi...Dengan kepenatan seharian dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan kita sering terlupa mereka ada hati dan perasaan. Kasihan anak2 tu. Kalau rasa tak sanggup pikul tanggungjawab menjadi ibubapa pergi jumpa doc utk pakai perancang kehamilan!

Mama pun bukannya langsung tak marah langsung dengan anak2. Marah juga. Tapi setiap kali Mama dah nak terlebih emos Mama cepat2 naik tingkat atas, masuk bilik jap bagi cool down. Istighfar banyak2, ambil wuduk dan nangis dulu. Pastu pegi cari My beloved Dolce Gusto...minum dulu! Then mengadap pihak tertuduh...hahaha....Tangan hanya digunakan jika perlakuan tersaaaaaangat melampau! Saya ulang tersangat melampau!

Tapi setiap kali hal2 macam ni berlaku (menggunakan tangan), malam2 saya mesti nangis dengan En Hubby...menyesal sebab tak kuat lawan emosi. Esok saya terangkan pada dorang perlakuan dorang adalah sangat salah dan Mama sangat sedih. Saya minta maaf sebab terpaksa menngunakan tangan.

Sebagai manusia kita tak sempurna tapi tak salah memperbaiki diri selalu kan. Ingat-meningati tu tandanya sayang. Sharing is Caring. Honestly saya cuma sanggup lihat video itu beberapa saat di berita Buletin Utama.  Tak sanggup nak tengok kesakitan si kecil.

P/s...Semoga Allah sentiasa menguatkan kesabaran dan keimanan kita dalam apa jua hal setiap masa...Amin..

budak kecik yang selalu test kesabaran Mama especially bab sepah menyepah...

Budak lelaki dua orang ni yang bikin rumah hingar bingar...

lelaki ini selalu menjadi mangsa air mata, air hidung Mama...ihiks!

Mi amor....

(apa tu mi amor?...klik)

0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting