Friday, May 18, 2012

Hazim & Avinesh...sekali lagi hari yang tak best utk Hazim

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:17 AM
Semalam masuk jer kereta the boys berebut nak citer what happen at school. Bertenang yer anak2..Mama cannot drive like this. Dah cam reban ayam. Tisya pun sibuk nak cakap jugak...Fening aiii.

Hazim informed hari ini sekali lagi sorang budak kelas dia main baling pensel dan kena tang dahi dia pulak. Owh! Sekali lagi attack kawasan muka yer kengkawan. Seram Mama dengar. Kang kena mata kang..mana Mama nak beli mata baru. Takde nyer jual kat watson tuh...Aduyai....
pic..credit google*


Last time dgn si Zachery (Ha...ni kisah sebelum nih..sila klik kalau nak tau), ni dgn si Avinesh lak. Ya Allah! Honestly saya sangat marah sebab kang kena mata kang how to explain?..you tell me...So tarik napas dalam2 dan dengar satu2 cerita bersiri versi lompat2 dari hazim ke haziq dgn nada yang hampir habis nafas...:)

Kisahnya...waktu BI cikgu takde. Cikgu BI ada emergency (biasa la kan...dah nama emergency mmg tak bole elak la), so bebudak ni berpesta la sehingga cikgu ganti datang. Tak semena-mena ada pensel flying topek kena dahi si Hazim. Investigate punya investigate si Avinesh ni punya kerja. He sengaja baling pensel tu dgn harapan orang tu baling balik pada dia to start a new game (or a fight?..hish!)

Memula twin kata si A tak mengaku tapi bila dah ada org nampak dan kena pressure barulah pihak tertuduh ngaku. When Hazim tell the relief teacher, she said "Ala ni balas membalas la nih" Hazim a bit hurt sebab katanya tujuan dia bagi tahu sebab dia rasa apa Avinesh buat tu bahaya pada dia dan org lain dan dia adalah victim bukan pihak yg terbabit. (ihiks..) Tapi alih2 dia lak kena.

Ok..please dont lompat konklusi yer. Saya tak salahkan cikgu BI sebab dia emergency leave, saya tak salahkan cikgu ganti sebab tak back in Hazim. Mungkin ketika situasi tu, cikgu relief tu terlupa bahawasanya sesuatu perkara yang berlaku harus disiasat sebelum put judgement. Manusia mudah lupa (mama lagi la...lupa nak beli perencah sup semalam walaupun dah plan nak buat sup for dinner..see?). Takpe I dont angry with the cikgu. :)

But being a mom apa lagi yang memenuhi pikiran kita kalau bukan hal ehwal anak2. Keselamatan anak2 ketika tidak berada di depan mata. Kemajuan anak2 dan etc.

So I sms the class teacher to tell her the story and hope she could advise the children and first and foremost, let the parents know. Alhamdulillah the teacher knows about it and has dealt with it.Ok saya bukan nak besarkan hal or cari gaduh...NO..No..No...saya cintakan keamanan yer. Tapi takkan cikgu jer dok nak ingatkan anak2 kita kan. Tanggungjawab ni besar pada ibubapa. Early learning start from HOME. Mungkin kalau kat rumah dah biasa main baling pensel ala2 nak main tikam2 kat funfair tu, alamatnya kat skolah dia pun try out la jugek. Lagi satu si Avinesh tu buat cenggitu supaya ada partner nak lawan verbal quarell kot. Boleh gitew?..Entah la...

Dan satu lagi si Avinesh ni anak cikgu PJ boys!..Adusss....conflict pulak twin kang. Satu lagi confession nak buat, every morning bila nak siap gi skolah, bila tahu ada PJ mesti dorang cam tak nak pergi skolah. Kalau dulu kita, hari yang ada PJ la dok syok sangat. Terlompat excited. Tak sabar nak main. Kalau hujan hari tu sedey sgt smp marah2 hujan kan. Tapi bebudak ni dah la PJ dua kali seminggu, dari rumah tak payah pakai uniform sekolah, pakai baju PJ jer satu hari so tak leceh kena gi tukar; tapi dorang tak minat sebab tak suka si Avinesh. Bila "daddy Avinesh" mengajar, games selalu ikut si Avinesh and Avinesh selalu potong barisan bila main games. Dan selalu juga dorang kena denda tak PJ sebab Avinesh buat hal. Owh...boleh cenggitu?

Sabar je la nak oii...Takkan ai nak hasut dorang anti cikgu tu kan. Huishhh tu bukan la contoh yg baik tuk anak2. So what Mama told them.....just have fun and ignored the boy. Be happy with your friends and always respect the teacher whether you like them or not. Respect is a must.
pic..credit google*


p/s Kami bukan perfect family. Kami bukan role model tapi kami mahu yang terbaik utk anak2 dan anak2 seimbang segala segi. Sahsiah & Rohani. Agama & Dunia. Haziq, Hazim & Tisya juga bukanlah anak2 yang perfectly mannered all the time but so far they have been good. Moga anak2 sentiasa berjaya dan selamat dari bencana. Amin.:)


0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting