Monday, May 7, 2012

Bisik-Bisik Gelora by Fauziah Shari

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:00 AM
Lama tak buat entry book of the month. Banyak juga novel n buku2 ilmiah yang Mama baca tapi semenjak dua menjak ni asyik sibuk dengan suami, anak2, keje rumah and biz. Tu yang terkejar2 sana sini.

This time nak share novel Bisik2 Gelora hasil tulisan Fauziah Ashari. I love her writings soooo much!. Menarik, lain dari yang lain dan diselitkan serba sedikit info tentang hal2 dunia, hadis dan ayat2 Al-Quran. Beside her, Mama suka juga dgn Meen Zulaikha, Norhayati Berahim, Damya Hanna dll. Young and new writers pun ok cuma kekadang ceritanya lebih kepada fantasi..

Bisik2 Gelora ni buat air mata mengalir2 jer..hahaha...gile emos..tapi seriously cara penulisan FA buat kita rasa berada di tempat tu menyaksikan pelbagai tragedi yang terpaksa diharungi oleh watak utama.

Sinopsis Bisik-bisik Gelora:
Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Memula jalan cerita rasa marah sangat pada Jad sebab tergamak buat seorg perempuan (Umi) rasa aib. Tapi ada cerita sebaliknya yang tak dijangka mampu di zahirkan dengan sangat bijak oleh FA. Kenapa Jad dan Ummi kena Kawen? Kenapa Jad layan Ummi macam tu? Kenapa Jad zalim dengan Kif? Kenapa Ummi sanggup melayan Jad ?....

Sila la baca yer kawan2. Mari kita support penulis Malaysia sebab kalau rakyat Malaysia sendiri tak support siapa lagi kan....Selamat Membaca kawan2....

terbitan: Karangkraf
Harga: RM25.90
FB: bisik bisik gelora (FAUZIAH ASHARI)




0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting