Thursday, May 10, 2012

Budak perempuan itu & Haziq..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:15 AM

Pagi ni masa sibuk2 siapkan twin ke sekolah Haziq buka citer...

Haziq: Mamaaaaaa......semalam kat sekolah agama ada budak perempuan sepak bontot Haziq...
Mama:..ErK!!?/?...bukan bontot...punggung sayang...Kenapa dia buat macam tu?
Haziq: Entah lah....masa tu dah habis rehat...tengah jalan nak balik kelas...
Hazim: Haaaaa....kenapa tak cakap Hazim?. Siapa?
Mama: Kenapa Hazim tak tahu? Hazim kat mana?
Haziq: Hazim depan Haziq. Haziq selalu suruh Hazim depan Haziq supaya Haziq boleh jaga Hazim dari belakang.... (owhhhhh sweet....)
Hazim: Budak yang mana? (dgn nada marah dan tak puas hati)
Haziq: Haziq terus marah dia semalam. Pastu dia senyum jer. Kenapa ada orang kalau kena marah dia senyum jer...tak tunjuk rasa dia salah pun?
Hazim: Owh...budak tu...Hazim tahu saper. Dia memang macam tu. Kalau buat salah, dia senyum jer. Takpe nanti Hazim marah dia hari ni..
Mama: (sengih jap)....Haziq jangan pegi sepak dia pula. Haziq marah jer supaya dia tahu Haziq tak suka orang buat Haziq macam tu. Kata kat dia Allah bagi kaki bukan untuk sepak orang sesuka hati. Kadang2 orang memang sengaja buat begitu bagi kita marah. Bagi kita buat benda yang sama supaya dia rasa kita dan dia adalah sama. Bila kita tak buat perkara yang dia harap kita buat, dia akan rasa segan/marah dan dia tahu apa dia buat tu salah. Show u dont like to be treated like that but dont kick back. 
Haziq: Pelik la budak perempuan tu kan...dia tak malu ker?
Mama: Dia suka Haziq kot? :)
Haziq & Hazim: Hish!...tak hingin budak pompuan macam tu....

hahaha....soalan terakhir tu sekadar mengurangkan ketegangan si Haziq. Hai la si budak perempuan.....kalau suka jangan la main sepak2 anak aunty. Kompem kena reject!... Anak2 aunty ni banyak pantang larangnya nak oii....Tak bole busuk, tak bole comot2, tak bole makan mulut buka, tak bole makan bunyi2....hahaha....kecik2 dah pandai protokol....

p/s...dapat dari sape yek?

0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting