Sunday, August 29, 2010

Good morning Sunday....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 7:22 AM 2 nak komen.. Links to this post
hero story kali ini...muka kesian sebab kena pakai mask.(heheh kita kena jadi masyarakat yg prihatin)

ops..jangan tertipu. muka cam comey jer tapi time ni dia dah borink. dah nak mengamuk sebab kena tunggu lama.heheh

Saya sangat suka lepas sahur. Lepas solat boleh la buat keje2 rumah ke, mengadap blog ke, balas email ke tak pun membaca. Hehehe sangat tenang.

Semalam kami ke DEMC Shah Alam. (Cantik sangat tempat baru dorang ni. Service pun best. Rasa nak beranak lagi jer sebab nak rasa tempat baru hehehe...nota untuk suamiku:....nak tambah?..bole tapi kena ambik Bibik balik ok...hehehe...tak larat teman...hehehe)Hazim batuk & selsema dan Tisya nak kena jap untuk 18 bulan punya. Tak semena-mena Hazim tetiba je batuk teruk. Nak kata makan asikrim, tak jugak sebab dorang memang tak boleh makan selalu aiskrim. Minum air sejuk pun tidak. Punya la jaga jangan batuk lagi, jadi jugak. Nak buat macam mana kan. Bukan dia mintak. Kata doktor mungkin allergi. Aisey so jap lagi kena la mengemas satu rumah buang habuk dan pantau makan minum Hazim sebab nak tahu punca dia tetiba batuk & selsema nih. Si tecik Tisya pula maintain je kena cucuk. Tapi bila malam nak tido baru panas. Alhamdulillah malam tadi panas dia tak naik. So kami tidur la berlima dalam satu bilik sebab ada org sakit nak kena pantau tengah malam.hehehe ...

Hari Ahad ni tak dapat la kami merayap sebab Hazim tak sihat. Ingat nak balik rumah mak tapi dah anak tak sihat malas nak hangkut dia sana sini. Kesian pun ade.


p/s mak....nanti angah buka puasa dengan mak ek. Mak jangan sedey ok. Angah janji balik nanti ok I love u....hehehe (nota ini buat mak saya ye sebab saya tahu dia akan baca blog saya dan nak tahu cerita cucu-cucunya. We love u mak!!)

budak ensem nih pun dah borink sebab twin dia tak sihat so geng main dia takde. main masak2 je lah dgn Tisya ek..

haaa dok diam kang ayam tu gigit kang....

ehhh..borak ke?...dengan saper tu?....

sebab borink Tisya mengambil pilihan yang paling tepat sekali iaitu Tido. dan tempat yg paling dia suka kat Abah dia...heheh Selamat la abg ku sayang malam nanti sakit tangan.heheh


Thursday, August 26, 2010

Saya Anak Malaysia

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:45 AM 0 nak komen.. Links to this post

Tak sampai seminggu lagi kita akan meraikan Hari Kemerdekaan kita yang ke 53 tahun. Tetapi sayangnya rakyat Malaysia makin berpecah belah. Saya ulang rakyat Malaysia ye. Bukan orang Melayu sahaja. Satu ketika dulu saya masih ingat betapa kita sesama menghargai satu sama lain. Di sekolah kita berkawan dengan semua orang tak kira bangsa. Saya sendiri punya momen manis berkawan dengan berbilang bangsa. Malah setelah saya meletakkan jawatan saya masih berhubung dengan staf saya yang berbangsa Cina yang saya akui saya sayang dia macam adik sendiri. Anak-anak saya juga suka pada dia. Selalu bertanya bila Kakak Alice nak datang. Kami boleh berbual berjam lamanya bercerita tentang hal masing-masing. Pelat Bahasa Malaysianya tidak jadi penghalang. Satu masa dulu saya punya rakan India di sekolah. Bukan satu atau dua tapi ramai sebab masa tu kami tak pernah dikenalkan dengan perkataan Rasis. Tapi ironinya saya punya masalah dengan rakan Melayu. Mungkin faktor usia yang mentah saya mudah melatah jika fahaman dan pendirian saya diganggu. Itu cerita usia mentah.

Tapi jujurnya saya sayang Malaysia. Saya bangga Malaysia punya berbilang kaum. Saya juga sentiasa mengajar anak-anak untuk berkawan dengan semua orang tak kira bangsa. Pilih kawan yang baik agar kita jadi baik. Kalau boleh merosakkan hindarilah secepat mungkin. Tapi mesti berkawan dengan semua bangsa sebab kita orang Malaysia.

Satu ketika dulu saya seorang ahli Pandu Puteri yang setia. Saya masih pegang dan ingat serba sedikit prinsip-prinsip seorang Pandu Puteri. Masih ingat antara ajarannya; kita tak boleh biarkan Bendera Malaysia kena hujan, Bendera Malaysia jatuh ke tanah. Bendera Malaysia dipermainkan. Bising mulut saya mengingatkan anak-anak buah bila mereka tidak mematuhi perkara yang mudah ini. Memang saya membebel panjang. Saya anggap kalau kita permainkan bendera kita samalah dengan tidak sayang dan menghargai negara sendiri. Masa tu kami masih usia mentah jadi tak ramai ambil pusing. Katanya saya cerewet. Tak kisahlah....

Tapi bila saya lihat di Utusan Malaysia dua tiga hari ini, semakin saya rasa tercabar, tercalar dan sangat marah. Melampau sungguh. Biadap. Bukan pertama kali benda macam ni berlaku. Dah berkali. Malaysia masih boleh bertahan dan bertenang lagi tambahan ini bulan puasa. Memang bukan semua rakyat negara itu begitu tapi yang segelintir ini perlu pihak sana "sekolah"kan. Ini sangat melampau. Saya bukan tak suka negara itu. Malah saya sangat sayang seorang dari rakyat negara itu. Bibik saya, Sukaenah Sanaji. Sangat sayang macam saudara sendiri. Saya selalu berdoa dimurahkan rezeki agar saya dapat mengambilnya kembali bekerja dengan saya. Biar dia tua dengan saya. Saya tak kisah. Budinya pada saya Allah sahaja dapat membalasnya.

Saya tak suka bergaduh dan saya tak benci semua rakyat negara itu. Tapi saya sayang Malaysia. Saya tak sanggup lihat mereka melakukannya lagi hingga nak letak gambar kebiadapan itu dalam blog saya pun saya tak sanggup. Mereka harus sedar rakyat mereka mencari rezeki di negara ini bukan sedikit, hendak diharapkan negara sendiri, sekitar landasan keretapi pun mereka terpaksa tinggal. Jadi jangan la terlalu sombong. Orang Malaysia juga harus bersatu. Bukan satu kaum tapi semua. Tidak kira bangsa. Kalau kita boleh boikot Israel yang zalim kenapa tidak negara itu. Kita tak perlu berperang. Cukuplah sekadar menunjukkan kita tak mudah dipermainkan dan kita punya maruah. Saya sangat tercabar & tercalar tapi minta maaf sekiranya saya salah...kenapa orang atasan tiada yang lantang bersuara. Setiap hari hal yang sama diperdebatkan. Tapi imej dan maruah kita tak ramai bersuara. Saya rasa kita patut fokus bila ada orang luar bersikap biadab terhadap kita. Tak kira bangsa harus bersatu. Tak perlu berperang tapi mesti lantang menyatakan pada mereka kita Malaysia bukan mudah diperbodohkan.

Minta maaf jika catatan kali ini mengguris. Tersilap kata Tersalah bahasa, mohon maaf. Saya cuma rakyat biasa yang cintakan Malaysia. Cinta saya Bukan Cinta Biasa....

Selamat Hari Merdeka semua...Bersatu kita teguh bercerai kita roboh...

Polis Indonesia perketat kawalan gerakan usir rakyat Malaysia

JAKARTA 25 Ogos - Semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis berikutan terdapat maklumat Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) akan melancarkan gerakan mengusir rakyat Malaysia atau Sweeping Malaysian hari ini.

Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di sini, sejak pukul 9.30 pagi.

Selain itu, polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga.

Petronas turut mengarahkan kakitangannya supaya pulang awal iaitu pada pukul 1 petang setelah menerima ancaman tersebut.

Polis memberitahu demonstrasi itu akan dilakukan oleh Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam Bendera.

Seorang pegawai polis yang berkawal di kediaman duta besar turut mengingatkan wartawan supaya berhati-hati kerana ada maklumat menyebut kumpulan itu nekad untuk menahan rakyat Malaysia.

Berikutan itu, semua pelajar Malaysia di Jakarta telah dinasihatkan tidak melalui kawasan Jalan Diponegoro, Menteng, Jakarta Pusat untuk mengelakkan daripada tindakan 'sweeping' oleh anggota Bendera.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar mengingatkan pelajar supaya keluar rumah dalam berkumpulan dan segera menghubungi beliau atau pemimpin pelajar jika diancam oleh mana-mana pihak.

"Saya minta seluruh mahasiswa Malaysia agar menghindari kawasan Menteng, khususnya Jalan Diponegoro. ia dikenal pasti antara kawasan yang akan dilakukan 'sweeping' rakyat Malaysia oleh kumpulan Bendera," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang ini, iaitu had waktu dibenarkan oleh polis untuk mengadakan demonstrasi, hanya satu demonstrasi kecil dilakukan kira-kira 15 minit di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.

Daripada maklumat polis, dijangka satu demonstrasi besar-besaran membabitkan pelbagai badan bukan kerajaan akan diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia esok yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Utusan Malaysia difahamkan demonstrasi itu akan disertai ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan 'duit raya' kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Petang Isnin lalu, 37 anggota Bendera berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan membawa bersama lima bungkus najis manusia kerana membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Salah seorang daripada mereka sempat melempar bungkusan najis itu masuk ke dalam pintu pagar kedutaan besar, manakala yang lainnya meletakkan kotoran itu ke atas bendera Malaysia di jalan dan memijaknya. - UTUSAN

A new gadget for boys & myself!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:08 AM 1 nak komen.. Links to this post
Last weekend my boys dapat gadjet baru dari Mama sebab berjaya habiskan Buka Baca No 6. Sebab buku ni agak mencabar kat dorang sebagai galakkan Mama present this thing. They really want to be a saintis (Amin..). So at least benda camni bole la bagi dorang aspiration sikit...heheh. They were so overjoy bila buka jer wrapping. And start doing their eksperimen berdua. Little girl bole tolong pegang bekas2 eksperimen je la sebab abang2 tengah sibuk cipta ubat baru...hehehe
Alhamdulillah twin dah bole la baca sikit2. Bila kita ajar dorang ni kena banyak sabar & tak bole lama2. Kalau dorang cam susah nak baca atau eja je looked deep into their eyes, kita boleh nampak bertapa susahnya bagi dia. Mula2 tu Mama terlupa dan a bit stress sikit ajar twin tapi bila dah baca banyak buku parenting then I realized I have to put myself into their shoes. Baca sangat mudah bagi kita tapi satu tekanan bagi dorang.
Pergi kelas Music pun macam tu. They enjoy it very much tapi bila diperkenal keynote baru dengan kena guna dua tiga jari sekali dan follow melodi, sebenarnya sangat susah. Tapi from they eyes and frowning faces I can see they tried really hard. What I can do is encourage them with rubbing their shoulders & back and said aspiring words. Itulah bagusnya program Yamaha Junior Music Class. Ibubapa kena datang sekali belajar dengan anak2 dan dari situ ibubapa dapat tengok sendiri belajar music tak mudah. Tapi bila dah pandai should be ok. If u expect too high from them it really hurts them actually. So just encourage them and said they can do it with lots of practise.
Being a stay at home mom I able to spend some time reading about lots of thing. Previously I have been so busy with office works & house matters beside attending my children & husband. I have always love to read but been so busy I dont get the chance. Now with the full support from husband, I been supplied lots of good books (this makes me love him evenmore! heheh). At the moment I love reading parenting books. I want to have a better view in raising children and learning from expert. From reading I have realized my mistakes and try to be a better person the next day. At some situation when I cant control my anger with children madness I will just grab a parenting book, nursing my lil girl and read! Then I will get to my senses and forgive the boys. Eventually with physiology treatment, actually our children do feels guilty but they dont know how to express it. What u can do is PRAY to Allah for patience,talk to children in a good tone and firm & take a deep breath. But I do get mad certain times but manageable...heheh

So this is my new gadget. A mini reading light. It really useful especially night time when I need to nurse my baby girl and I can read at the same time. Therefore I wont disturb her. Happy Thursday people!..


Saturday, August 21, 2010

Cerita seminggu...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:28 AM 2 nak komen.. Links to this post

Penat jugaklah minggu nih... dengan keje2 rumah,dengan anak2, tapi biasa la semua tu kan.Hari Rabu Mr Hubby yang ensem bawak kami pergi shopping raya. Tempat paling best utk beli baju budak2 bagi saya SOGO la. banyak choice...giler dibuatnya.
Nasib baik la mama dah tak keje lagi kalau tak berdarah la kad kredit mama kena toreh. Tambah baju budak2 pompuan. Tersangatlah seronoknya. Banyak juga la pilihan hati mama kena reject dgn Mr Hubby sebab unreasonably pricey kata dia. Ops!...kena berjimat sedikit, yelah anak dah 3. Kang nak hantar belajar itu ini short cash pulak kan. So...mama sadly kata ok....
Twin puasa juga hari sampai kul 3. Suruh buaka puasa awal2 tak nak. Lepas beli baju2 dorang 3 beradik baru la kami bagi dorang makan nasi Ayam. Lepak2 jap kat Food court & time utk Mama & Abah pulak. Tapi unfortunately 3 beradik dah tak boley duduk diam. Dah letih kot. So Mama & Abah malas nak stress2 shopping so kami pun beli juadah utk buka puasa & balik. Best jalan tak jammed so sempat sampai rumah before Azan Maghrib. Malam tu lepas terawih terasa letih giler...so kami pun tido awal. Nasib baik tak terbabas Sahur..hehehe

Thursday- Hari Craft day twin. Kali ni mama dgn bermurah hati buat 2 projek utk dorang. Projek pertama "Haziq & Hazim Puasa Rewards". Sebab dua beradik ni sangat rajin berpuasa so Mama upah 50sen sehari. (walaupun puasa separuh hari) Tak nak ajar bagi duit banyak2. Kang jadi demanding...hehehe Lagipun dorang cakap Allah bagi point juga tapi tak nampak. (Alhamdulillah-tak sia2 tazkirah subuh mama hikhikhik)
Simple dimple tapi dorang suka sebab dapat buat sendiri tabung duit tu.

Next projek, Family Pictures. Sebab minggu ni mama ajar berkaitan Family so art pun pasal family juga. Apa2 pun apa yang penting twin enjoy & tak sabar nak tunjuk kat Abah their artworks.

Hari ini hari Sabtu. Mr Hubby hantar keta kesayangan saya gi service. Tak tau la pukul berapa habih. So nak buat apa yer????....ha nak cari resipi biskut raya!....okeh...bye.








Friday, August 13, 2010

Thursday-Craft my day...WE built a birdie house..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:55 PM 2 nak komen.. Links to this post






Mama dah mengantuk nih. Nak bangun sahur jap lagi. Layan citer Volcano kat TV3 malam Sabtu ni best gak. Si Hazim dan Mr Hubby dah pengsan dah. Tinggal Si Tisya & Haziq dok sibuk tengok apa yang mama dok mengarut depan Laptop ni. Nak recap event last Thursday. Kami buat bird house. Seronok melayan 2 beradik. Tisya syok pegang brush macam tengah kaler. Pastu mengamuk sebab bird house dia takde. Sian budak tecik nih. Next time yer baby.

Bird house beli dah siap. Murah jer. All you have to do just ceraikan bahagian2 yang dah dipotong siap2 dan kalau rajin kaler la. Haziq & Hazim seronok nak colorful bird house. Selesai kaler kami pasang house tu ikut instruction and wallah!...inilah project kami minggu ni...We built birdie house....

Kos bird house RM 2.90
Kos alatan melukis RM 5.00
Wajah ceria dan senyuman kepuasan anak2...Priceless... heheheh

Happy weekend people!

Thursday, August 12, 2010

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:08 AM 3 nak komen.. Links to this post






Salam Ramadhan,
Semalam twin first time puasa. Seronok sangat dapat bangun sahur dan berpuasa. Bangun kul 5 pagi dan tak tido sampai kul 10 pagi. Lepas mandi trus tido sebab dah penat main sepanjang awal pagi. Haziq berjaya tahan sampai pukul 2petang. Lepas apat makan & minum terus segar dan active cam baru isi minyak. Hazim asalnya nak tunggu sampai buka puasa tapi Mama kesian tengok dia menahan lapar dahaga Mama suruh juga buka puasa. Hazim buka puasa pukul 5 petang.Takpelah baru 5 tahun. Yang penting dorang cuba belajar puasa. Lepas solat subuh dorang mintak bercerita pasal puasa. Nasib baik Mama dah ready baca info awal2 lagi..hehehe bukan apa ilmu dah berkarat kenalah polished kan. Tak nak la nampak cam blank jer depan anak. Kena la bersedia..heheh

Selamat berpuasa semua..!

Wednesday, August 11, 2010

ALHAMDULILLAH...RAMADHAN MUNCUL LAGI...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:46 AM 2 nak komen.. Links to this post
SALAM RAMADHAN SEMUA...MOHON MAAF ATAS SEGALA SILAP & SALAH.. SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA. SEMOGA KITA LEBIH SABAR DAN KUAT DALAM SEGALA DUGAAN..


TO MAK & ABAH, MAK MERTUA & PAK MERTUA, SUAMI,ADIK BERADIK, IPAR SERTA KAWAN2 YANG MENGENALI SAYA, SAYA MOHON MAAF ATAS SEGALA SILAP & SALAH. TAK LUPA JUGA KEPADA PELANGGAN2 THEPINKY-SHOP.BLOGSPOT. MAAFKAN SAYA..

SELAMAT BERPUASA DAN JANGAN TAK BANGUN SAHUR!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, August 9, 2010

Haziq & Hazim 1st ever competition!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:53 AM 0 nak komen.. Links to this post
Last Saturday will always be one of my sweetest memories in motherhood :) Haziq & Hazim first time masuk competition. Twin join Pertandingan Membuat Barangan Kitar Semula (Recycle Item Making Contest). Itulah juga pertama kali mama tengok twin nervous. Walaupun dorang tak tau nak express and explain what is that feeling tapi when I asked "are u two ok? how do u feels?" They said "rasa macam something dalam badan..tak tahu nak cakap" hehehe.... looking to their eyes & faces Mama dah tahu. The feeling was so special & expressionless for me as this is first time I ever saw they were nervous. Even masa 1st Music Class Concert pun they were relax. To Haziq & Hazim thank you for giving me this ever special feeling.... (emo sket..heheh)

7 July 2010 Klang Parade.
Pertandingan ni takde categori umur. Asalkan bawah 12tahun dah boleh masuk. So of course takkan projek budak umur 5 tahun yg comey2 ni bole compete dgn yg budak besar kan. Ada 12 org aje yg join this competition and we were the only Malays. Yang lain semua cina. Start at 2 and ends at 3.15pm. Senang sebab semua dorang bole buat kat rumah, Cuma bawa situ & being judged. Personally I'm very proud to my boys because they do it 90% themselves as I have to help with gunting & pisau. They are very excited too. Bagusnya bawa dorang join benda macam ni sebab twin boleh jadi berani dan exposed pada benda baru. Hadiah yg ditawarkan best juga sebab ada throphy beside cash & hamper. Yelah budak2 paling dorang suka benda yg boleh dorang rasa proud to show. However, Haziq & Hazim did not win. Cuma dapat hadiah saguhati. Mr Hubby dan mama selalu ingatkan twin kita bukan join untuk menang aje. Kita juga belajar benda baru & lihat perkara baru. Tapi setiap apa yg kita buat mestilah yg terbaik. We can see the frustration from their faces but we want them to learn to fall. And most importantly how to stand up after the fall.

I learnt something new too...how gratefully I am for being a mommy....Alhamdulillah..

My love

the heroes

Hazim's spaceship

Haziq's rocket

the duo

hakim tengah belek Haziq punya. (see they were worried)
dag dig dug......

Yeeha!! Tisya dapat her very 1st doll..

Hazim dapat 1st ever game from Abah!

Haruslah sorang satu....kang kelam kabut Mama kalo bergaduh..





Friday, August 6, 2010

Khamis-Craft day-Spaceship & Rocket!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:39 AM 2 nak komen.. Links to this post

Hari ni penat melayan twin dengan art & craft dorang. Sorang nak spaceship, sorang nak roket.. Hari Khamis dah set hari Art & Craft. So everyweek mama pening nak ajar craft terbaru. Mujur la ada google! Dapat gak idea nak mengajar 2 beradik yg super duper active ini. Nanti senang2 saya upload projek2 dorang yang dah melambak sampai tak tahu mana nak letak...

Kebetulan dorang nak masuk pertandingan barangan terbuang aka recycle contest Sabtu ni kat Klang Parade. So that's why this time berkobar sket 2 beradik nih. Tak menang tangan melayan. Si budak tecik pun tension sebab Mama sibuk dengan abang2 sampai benjol dahi langgar meja..Aduyaiii..bising la Abah balik nanti mama kata. Dan that's the first thing Abah tegur bila masuk jer rumah dan muka Abah pun start ler masam..hehehe little darling dia benjol...ooo takpe...takpe..marah Mama yer...

Projek dorang blum siap 100% sebab Mama kena masuk dapur utk masak dinner. Sok kena sambung la jawabnya. So esok saya update gambar.

Sunday, August 1, 2010

Budak tecik dah baik demam, Abang2 pulak demam!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:01 AM 3 nak komen.. Links to this post

Jangan tak tau muka cam ayu gitew tapi biler meragam horror!!..dah 2 malam budak tecik saya nih meragam sakan. Puncanya?,,,nak tumbuh 2 batang gigi geraham. Tisya demam dari hr Selasa(27 July 2010)dan alhamdulillah hari Sabtu dia dah ok. Malam hari Rabu dan Khamis umpama malam yg sgt mencabar jiwa dan raga saya sebagai ibu. Meragam tahap gaban Mama cam nak meroyan. Susu sikit, tido, jerit..itu la kejenya. Siang tak nak makan sgt wlpn peberet dia. Jenuh la Mama cari idea kasi dia nak makan. Kadang2 rasa cam tak kuat dan tak layak jadi mak sebab tak bole tahan dgn dugaan anak2. Lagi satu habit Mama cepat ngelabah sket kalau anak2 tak sihat. Sampai tak leh tido.
Dan tengah malam cam ni Mama tak tido lagi sebab twin pulak demam. Siap meracau-racau okeh. Ubat punggung pun dah bagi sebab panas sgt badan dua bradik nih, Tadi baru jer nagis2 sebab risau. Ni tak leh tido sebab dok berjaga takut tetiba tempreature naik. Mr Hubby tak tau nih saya berjaga kalau tak mesti dia paksa tido. Ya Allah kasihanni lah anak2 ku. Jauhkan la dari segala penyakit yg membahayakan anak2 ku. Amin.

Kisah2 yang tak terupdate-Pusat Sains Negara

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:05 AM 3 nak komen.. Links to this post
My Idols! I want to take Minnie & Mickey Home!!
Mr Hubby setia mengendong Lil Angel yg tido dgn sedapnya!
with twin artwork--bangga weyy

Haziq buat apa tu sayang?

Hazim: I LOVE SPRINKLES!!
My boys cant wait to start!!

My lil' heroes!

Kisah ni berlaku pada 17 Apr 2010...hehehe...lama dah tapi masih segar dalam ingatan saya sebab my children really enjoy it! Twin suka sangat bila Mr Hubby announce nak bawa gi PSN. Pepagi dah bangun dengan senangnya & kami having breakfast kat Mc' D (the hotcakes are yummy!!) Kebetulan Astro buat function kat sana and ada Children month. Macam2 aktiviti ada & it is really worth it!!
The boys want to try almost everything & keep asking questions sampai saya & hubby pening mencari jawapan. Mujurla ada tulis few facts there so we just have to explain. But honestly I wish pihak tertentu should improvise the place. Usaha yg diwujudkan mmg sgt bagus tapi to keep the place up to date maybe challenging tapi sayang kalau usaha murni tu tak diteruskan. Tempat dah ada, sepatutnya diperhebatkan isi dalamnya supaya terjaga,terkini dan menjadi tempat mainan anak2 untuk explore science stuff. Science sepatutnya menjadi satu permainan yang menyeronokkan untuk kanak2 dan tak tertakuk di tempat lama. Saya pernah melawat Science center Sony Erricson di Beijing. Tempatnya cantik & semua alatan boleh digunakan utk kanank2 belajar explore. Ada la dua tiga benda yg advance sikit tapi Pusat Sains Negara kita pun ok juga. Setiap hari ada aje budak2 sekolah datang buat rombongan dan mereka bermain alatan sains ni macam playground jer. Kanak2 digalakkan mencuba dan belajar dari pemerhatian. Mungkin sekolah kita patut buat benda yg sama atau on weekend parents sendiri bole hantar anak2 gi sana gathering to learn science. Tapi saya tetap bangga dgn usaha baik Malaysia utk buat PSN ni tapi macam saya cakap tadi ia perlu dijaga & diperbaharui serba sedikit isi dalamnya. Tak perlu dua tiga tempat sains berasingan. Kumpul semua satu tempat supaya lebih baik dan senang dikawal. Wehhh cam ahli politik la.. Tapi itu yg saya nampak. Saya tak punya banyak duit utk sering melancong tapi kali pertama melawat ke tempat asing hati saya sangat terusik & cinta pada Malaysia makin mendalam. Kalau la ada dikalangan menteri kita pergi melawat negara luar cara org biasa mungkin mereka akan nampak perspektif dan angle berbeza serta peluang lebih besar serta baik utk rakyat & negara..heheheh...Mr Hubby kata saya banyak pikir la..hehehe
ok la letih la pulak bercerita..jom layan gambar ceria anak2 saya di PSN sambil jumpa abg Zoey (Hikayat Putra Shazlan) dan dorang decorate their own cookies that day. One of my favorite time in life!! Alhamdulillah!!
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting