Friday, September 28, 2012

Hantaran kahwin

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:50 AM
Mama suka sangat tengok hantaran kahwin. Dulu masa merisik, bertunang dan kahwin semua buat sendiri. Rasa puas dan seronok. Masa tu bukan hantaran jer Mama buat, bunga telur, bilik pengantin dan siap panjat awning depan rumah nak gantung sendiri skirting dan bunga untuk buat arch depan rumah....hahaha...masa tu buat malam2. Sehari sebelum hari akad. Jenuh suruh adik2 Mama yang kaki gelak dan kecoh tu pegang tangga. Nak gelak nak gantung, nak pegang tangga lagi. Buat kemain cepat dan kelam kabut sebab takut jiran nampak. Malu la, bakal pengantin memanjat!. Tapi alih2 Makcik Rose dan Pakcik Rais depan rumah keluar ambik angin malam!. Apa lagi kena laung la...."Siapa yang panjat tu?....Syida ker?...Ya Allah...pengantin turun! Kang Jatuh kahwin kat hospital pulak!"... Nak jadi citer makcik sebelah rumah pun keluar nak ambil angin juga...huih riuh!....Ahaks! Sampai hari ni Mama ingat. Malu tau. Hari kahwin topik tu jadi isu. Mr Hubby tahu terus dia marah. Huhuhu...kadang2 kenangan macam ni really warms your heart kan...

Lepas kahwin ada la ambik upah sikit2 buat hantaran. Ala tolong kawan2. Hati pun seronok.

Kalau ada kawan2 nak Mama buatkan, boleh jer. Just email me or ring me up ok. 012-9793698.

Then kita bincang design, budget, macam mana nak pick up dll.

Ni contoh hantaran Mama buat. Tak sehebat SSF tapi ihklas dari hati dengan upah yang minima..ihiks!







0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting