Thursday, March 31, 2011

Comey sangat kan....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:47 PM 0 nak komen..
Syok layan video nih...


remind me the old days...

(eh eh..dah tua kah aku..hhuhuhuh)

(p/s...ema! don't u dare smile or write anything in comment!..I know what are u thinking...hehehe)

Monday, March 28, 2011

Art Project of the week!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 5:47 PM 2 nak komen..






Hari ni Mama lapang sikit...baju nak gosok dah abih...huhuh..so lepas mengajar 2 beradik nih reading, kami buat art & craft pulak. Apa lagi seronok betul Haziq & Hazim...

Benda ini Mr Hubby beli dah lama. Saje simpan tunggu dorang pandai sikit utk buat sendiri. Senang, takde guna paku2. Cuma warnakan blok kayu tu, tunggu kering dan camtumkan...dan main. Rumah pun tak ler sepah. Paling sesuai buat kat dapur. Nak mengelap pun senang. Sebaik saje Little angel kami tidur, terus project dimulakan...

Both of them adored this kind of activity. Kalau kita duduk sebelah layan dorang lagi dorang suka sebab mereka rasa kita appreciate dan teruja dengan kebolehan mereka. In fact personally Mama rasa making art & craft melatih Haziq & Hazim mengikut arahan dan aturan, menghargai barang sendiri & memberi daya kreativiti pada mereka.

Kalau pergi Mid Valley, Mama suka pergi the Art Friend kat Gardens tu. Macam2 ada. Dijual dalam complete set utk pelbagai kraf. Ada guna blok kayu lah, foam, beads, felt, cotton etc. So bila ada masa terluang boleh la kita buat dengan anak2.

Next week nak buat apa yek boys?....

Thursday, March 24, 2011

Happy Birthday Boys!!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:36 PM 1 nak komen..
bodyguard Tisya!
ni mama punya..Tq Abah!
ni Tisya punya..
ni birthday boys punya..Mama nak jugaklah!
Do u have the nerf?...don't mess around with us...


Happy Birthday my dearest boys. Hari ini genap 6 tahun anak kembar saya....hehehe happy semacam Mama. Standard la Mama cepat emo sikit bab2 ni..huhuhu....Memori mengandung, melahirkan dan hari2 selama 6 tahun ini rasa cepat sangat berlalu. Dah besar anak-anak Mama. Syahdu lebih la pulak....kihkih..

Cerita hari ini...Pagi, Mama sibuk2 siap dan wake up call Lil' Tisya. Ambik roti canai and hantar prasekolah sebab twin nak sambut dengan kawan-kawan pula. Kek dah hantar semalam kat sekolah sebab fridge tak muat...heheh. Sampai sekolah I helped out with preparing meals and decorations. Seronok pula....Mama memang suka aktiviti2 mendekorasi nih. Simple jer sebab tak cukup masa. Salah Mama juga sebab salah budget time.

The boys were so happy to celebrate it with their friends & teachers. Mama pun happy sebab dapat get to know their friends too. They were talking about the event the whole day!. Sangat teruja...heheheh

Then at 2.30pm Abah took day off and bawa kami ke Empire, Subang to celebrate their birthday. So sweet la Mr Hubby. Sibuk macam mana pun he tried to spend time for today. TQ Dear!

We ate at Belanga. As for the gifts, since only Abah jer yg hutang hadiah, so dia bawa the birthday boys & lil' girl ke Toys R Us!. The boys choose NERF set (i like...), Tisya pun dapat juga...DORA set & Mama dapat book. Mr Hubby offer suruh ambil NERF lagi satu supaya dapat main dengan boys nanti tapi cam kesian pulak kat Mr Hubby...tu pun dah berapa. Takpe next time ok.

Alhamdulillah....Syukur di kurniakan anak2 yg sihat, baik & bijak. Semoga Haziq & Hazim membesar menjadi anak2 yg soleh dan berjaya. Pandai dan sihat rohani & jasmani...Amin

I love you tooo boys...Happy Birthday!



Wednesday, March 23, 2011

Birthday Party Twin & Tisya

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:17 AM 0 nak komen..
12 mac 2011

Start je cuti sekolah kami adakan birthday 3 beradik ni sekaligus. Asalnya rancang nak panggil kawan2 dorang, our friends dan relatives tapi last minit Haziq request only family,teachers and jiran jer. No friends from school sebab malu. Aiseyyy...kami punyalah tempah kek besar utk charter lots of guest. Tapi to respect his birthday Mama & Abah agreed. Hazim tak kisah sangat katanya. Lil' Tisya the lesser the better kot sebab dia lagi la malu. So we proceed with the party. So their birthday sok kami bawa kek & goodies la kot ke sekolah. Bagi seronok anak2.

We start at 3pm. Close families, jiran,teachers & my friends only. Simple. But my boys enjoy it sebab ada cousin katanya. Tisya pun tak la malu sangat dan melekat kat Mama ajer.

The gifts are tremendously... Terima Kasih sangat2. Haziq, Hazim & Tisya murah rezeki sebab ramai yang sayang. Dengan toys, bear, baju, bicycle etc. Thank you so much. Tak terbalas rasanya.

To my dearest sisters, thanks for coming and helping. To mak thanks for the clothes and foods. To my in laws, thank you for helping too.

Most of all Thank you Allah for this precious life. Alhamdulillah.

Hot Air Balloon Fiesta, Putrajaya

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:58 AM 0 nak komen..
Aktiviti cuti sekolah....

18 Mac 2011,
Mr Hubby yg baik hati bawa kami sekeluarga ke Putrajaya sempena Hot Air Balloon Fiesta. Pergi hari org keje best sikit sebab tak la crowded sangat. Tambah bawak 3 beradik nih. Sah-sah yg kecik tu meragam kan. So pagi-pagi kami bangun dan bersiap. Breakfast ala kadar sebab takut lambat. Hari sebelum nya jenuh la Mama goggle cari info berkenaan Hot Air Balloon dan cara ia berfungsi sebab nak story the mory kat twin bagi dorang paham dan tambahkan excited dorang nak pergi kan. Wehhhh banyak soalan. Nasib baik ada internet. (thanks to our leaders before for this MSC)Nampak terror sikit Mama sebab dapat jawab soalan anak2 yg sgt lah banyak dan mencabar itew..

Ok citer balik pasal Hot Air Balloon, memang best. Tambah tempat kat Putrajaya tu best. Macam2 ade. Best utk lepak2 dgn family. Kami tak naik pun benda tu sebab Tisya tak lepas had tinggi. Ambik gambar jer pastu jalan2 cari makan sebab tak breakfast proper. Tetiba ada plak servis cruise kat situ and Cik Hubby yg penyayang pun membelanja la kami. Yg best lagi sebab dapat 50% diskaun. Walaupun perjalanan sgt singkat tapi tour guide tu beri a very good information berkaitan building2 kat Putrajaya tu. Ok la, at least belajar benda baru kan. Cantik tempat tu rupanya...eheheh..

Lepas tu kami makan2 then membeli belah sebab banyak booths. Tudung banyak weiii..Nasib baik takde mesin ATM berdekatan, kalau tak hancussss

Balik tu Cik Hubby kena gi Friday prayers so kami duk dalam keta then kami merayap lak ke Subang Parade makan Piza. Seronok tengok anak2 happy kan. Their smiles are priceless.

Sebelum hantar dorang masuk bilik tidur, twin salam Abah sambil cakap " TQ Abah sebab cuti dan bawa kami tengok Hot Air Balloon, naik boat,makan piza and beli macam2. Sayang Abah...." terkedu Mama sebab that's comes from their heart. Tak payah ajar2 dah.

Abah senyum.....walaupun penat dukung Tisya kan.....i love u too


 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting