18 Mac 2011,
Mr Hubby yg baik hati bawa kami sekeluarga ke Putrajaya sempena Hot Air Balloon Fiesta. Pergi hari org keje best sikit sebab tak la crowded sangat. Tambah bawak 3 beradik nih. Sah-sah yg kecik tu meragam kan. So pagi-pagi kami bangun dan bersiap. Breakfast ala kadar sebab takut lambat. Hari sebelum nya jenuh la Mama goggle cari info berkenaan Hot Air Balloon dan cara ia berfungsi sebab nak story the mory kat twin bagi dorang paham dan tambahkan excited dorang nak pergi kan. Wehhhh banyak soalan. Nasib baik ada internet. (thanks to our leaders before for this MSC)Nampak terror sikit Mama sebab dapat jawab soalan anak2 yg sgt lah banyak dan mencabar itew..
Ok citer balik pasal Hot Air Balloon, memang best. Tambah tempat kat Putrajaya tu best. Macam2 ade. Best utk lepak2 dgn family. Kami tak naik pun benda tu sebab Tisya tak lepas had tinggi. Ambik gambar jer pastu jalan2 cari makan sebab tak breakfast proper. Tetiba ada plak servis cruise kat situ and Cik Hubby yg penyayang pun membelanja la kami. Yg best lagi sebab dapat 50% diskaun. Walaupun perjalanan sgt singkat tapi tour guide tu beri a very good information berkaitan building2 kat Putrajaya tu. Ok la, at least belajar benda baru kan. Cantik tempat tu rupanya...eheheh..
Lepas tu kami makan2 then membeli belah sebab banyak booths. Tudung banyak weiii..Nasib baik takde mesin ATM berdekatan, kalau tak hancussss
Balik tu Cik Hubby kena gi Friday prayers so kami duk dalam keta then kami merayap lak ke Subang Parade makan Piza. Seronok tengok anak2 happy kan. Their smiles are priceless.
Sebelum hantar dorang masuk bilik tidur, twin salam Abah sambil cakap " TQ Abah sebab cuti dan bawa kami tengok Hot Air Balloon, naik boat,makan piza and beli macam2. Sayang Abah...." terkedu Mama sebab that's comes from their heart. Tak payah ajar2 dah.
Abah senyum.....walaupun penat dukung Tisya kan.....i love u too
0 nak komen..:
Post a Comment