Friday, October 9, 2009

Raya Yang Terindah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:09 AM
Raya dah braper syawal dah tapi keseronokkan & keriuhan Hari Raya Aidilfitri masih terbayang-bayang. Nikmatnya berhari raya kan...

Tahun ni giliran saya dulu. Teruja nak beraya lebih sikit tahun ni sebab ahli keluarga dah bertambah. Rasanya bukan saya jer yang rasa macam ni, hubby pun macam tu. Haziq & Hazim semakin banyak keletahnya tanda mereka makin cerdik & dah besar. Batrisyia pun tak nak kalah, baru nak menjangkau 7 bulan di Aidilfitri ni dia pun nak tunjuk keheroinnya..makin lasak.

Petang sebelum hari raya kami bertolak balik ke Ipoh. Penatnya packing barang! Barang anak2, Abah & diri sendiri. Berpeluh Mama weh!!! Ni baru anak 3, org lain anak 6 macam mana ler agaknya. Disebabkan ke excited nan yang melampau penat pun takde hal. Mama sengih jer walau peluh menitik2. Hubby pula ceria sebab dia suka drive long distance dengan MPV barunya. Apa nak buat Mama kena berkongsi kasih dengan keta...ish..ish..ish. Rasanya banyak org lelaki memang macam gini kot. Bini no 2 bila masuk bab kereta. Sukahati abah lar janji kita balik kampung beraya..!!

Kami tiba dah lepas buka pose. Kami berbuka dalam keta kat R&R Tapah. Seronok tengok family2 lain siap berpiknik kat tepi jalan. Meriah rasanya. Ini la nikmatnya Aidilfitri. Sepanjang perjalanan Twin & Batrisyia alhamdulillah okey. Cuma bila DVD player abah dah abih bateri mula la twin boring. Dok tanya "bila nak sampai?" "dah nak sampai ke?" "jauh lagi ke?"...Letih Mama menenangkan satu2. Abah pun dengan penuh kebapaan begitu sabar melayan soalan2 anak2nya...Mama buat2 tido bila dah letih menjawab! hehehe taktik kotor tul! Asalnya frust gak sampai lewat. Ingat sempat la berbuka dengan family tapi apa kan daya hujan & kenderaan yg sungguh ler banyak telah membantutkan harapan ku. Tapi bila "teman" jejak je rumah opah teman (ops! masuk kampung kena tukar ler sikit), semangat raye teman mula ler berkobar. Dengan pelita keliling rumah, bunyi mercun, budak2 kat kampung riuh sana sini & takbir raya bergema...weh! teman hilang sedih2 ni. Nak raya....jangan pikir banyak2.

Mak teman punya ler semangat tunggu cucu-cucu sampai. Tak sempat parking keta adik bongsu teman dah terjah keta ambik bebudak dulu. hehehe punya la tak sabau. Terus meriah dengan gelak tawa & cerita kami.

Pagi-pagi Raya Opah dah sibuk panaskan juadah raya. Mama tak menang tangan siapkan anak2 & suami. Nak cepat siap kena la bangun awal kang berebut nak pakai toilet. Beratur weh!. Mama tak dapat gi sembahyang raya sebab Batrisyia kecik sangat nak bawak Masjid. Kang ganggu jemaah lain kata Mr hubby. Opah lak sakit kaki. Adik2 masing ada yang baru kebah demam & off day. Kesian Mak takde kawan. Aleh2 yang pompuan semua tak gi sembahyang. Haziq, Hazim, Hubby & my Abah jer yg gi. Hazim siap tertido lagi kat masjid..heheh

Dulu masa masing2 single mingle semua tak nak kalah bergaya tambah kami 4 beradik pompuan. Berebut nak pakai iron la, nak pakai cermin la, sekarang anak2 je yg jadi keutamaan. Tambah Mama punya cutting dah lari. Takpe sabau2, tahun depan Mama pakai kebaya balik. Tahun ni tak bole takut seram lak org menengoknye...heheh

Sampai jer cousin yang lain lagi ler meriah. Anak Mak Long pun 3 pompuan. Lagi ler glamer. Kak Yong,Nurul & Baby masing2 dah macam artis gitew. Meriah sungguh lar dengan sora masing2 & pose maut di pagi raya.

Huihhhh...tu baru cerita pagi raya. Lom lagi petang raya & malam raya.

Agenda seterusnya kami gi Malim Nawar utk ziarah kubur arwah tuk & opah serta adik beradik opah yg lain. Lepas tu ke rumah Tuk Alang. Balik ke Ipoh semula sekejap & ke Kuala Kangsar ke rumah adik beradik mak. Mak seronok sangat dapat jumpa adik beradik dia. Ke mana je Mak nak gi Mr Hubby tolong drivekan. Yelah kesian kat mak bukan selalu dapat jumpa kan. Makcik & Pakcik2 belah mak mostly happening! Ceria sungguh. Sesekali berjumpa terasa meriahnya bertukar cerita. Dah lewat malam kami sampai di Ipoh. Mujur anak2 ok especially Batrisyia. Waaaaa esok turn Hubby lak coz kebetulan in law nak balik Kedah. Huuuuuu sedih nak tinggal family. Rasa singkat sangat beraya dengan family sendiri tapi inilah perkahwinan kan. Kita kena la bertolak ansur & berkongsi....nak buek cam no...kalau tak nak jangan la kawen yer dak... :P

0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting