Tuesday, September 29, 2009

Cerita yang terlewat...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:19 AM
Lama tul tak tengok blog....2 minggu before raya,saya dah kelam kabut dengan kerja rumah & persiapan raya. Raya ni excitednya over sikit sebab tahun ni raya belah saya dulu ditambah pulak dah ada baby girl. Dah terbayang keriuhan kami melaram dan bersiap di pagi raya tambahan pula kami 4 bradik pompuan so suasana gamat tu sangatlah biasa.

Berkemas rumah, mengelap lah, itu lah inilah memeriah kan sambutan raya kami sekeluarga. Tahun ni dapat langsir raya dari hubby. Seronok macam dapat bonus raya..hehehe Yelah kami cuma ada 1 set langsir je sejak pindah rumah nih sampai MIL pun penah tegur "Syida ada langsir ni je yer...'hehehe

Ops ni bukan SpiderMan or CicakMan tapi he is MY MAN...Mr K in action. tolong pasang langsir raya for Mama.

Tak ler grand sangat tapi sebab hubby belikan saya rasa blessed sangat. Tambah kami sama2 pilih kain langsir tu. Anak2 pun xcited mengemas sana sini. Dorang pun ada idea dekorasi sendiri sampai pening mama menyusun barang dalam rumah. Itupun dorang ajak cat rumah! Amboi baru 4 tahun dah pandai demand ek. Tak payah Mama cakap. Tak kuasa Mama nak mengemas cat pulak.

Thank you Abah! Nanti Mama buatkan Sirap bandung utk berbuka ok.. :P

Last week before raya saya sibuk mengemas kain baju & buat kuih raya. Dah bertahun tak buat biskut raya sendiri, dah jadi housewife ni saya nak buat mana yang dah lama saya tinggalkan. Dulu sebelum tukar tittle, saya, Mak & adik beradik buat kuih beramai-ramai. Mak akan bertugas menyediakan & menyukat bahan, Along bahagian terap (tiap2 tahun tu memang part dia..), ema bahagian hiasan, saya & uteh bahagian jaga biskut jangan hangus & griskan penutup periuk & dulang pembakar. Sesekali Mak akan memantau anak2 daranya yg kekadang terlelap kat dapur.. Kes2 hangus tu memang biasa so kami la kena makan kalau tak mak mesti bising sebab rugi butter!heheh Selalunya kami buat lepas berbuka puasa sampai pagi sambil pasang lagu raya. Bab2 melecur ker, tertido kat dapur ke dah jadi sebahagian dari citer kenangan buat kuih raya. Sampai hari ini saya rindukan saat2 itu.


Posing jap sementara tunggu biskut masak!!


Sekarang saya buat biskut raya pun demi anak2. Tak banyak tapi membuatnya dengan anak2 dan melihat mereka happy yg buat saya teruja. Haziq & Hazim sibuk tolong taruk tepung, telur, chocolate rice etc. Tu dia..selambak chocolate rice sampai tak nampak biskut. Kata dorang baru cantik & sedap. Emmm sukahati korang ler..janji boley makan. Bila dah last tu Mama bagi chance dorang terap & hias biskut sendiri. Tak sempat nak snap pic dah abih dorang 2 bradik makan. Seronok sangat! Dalam sibuk buat biskut tu my little girl pun sibuk gak. Macam2 hal, kejap-kejap bawah meja la, nak main plug la, nak panjat tangga la, aduhaiiii...letih wooo! Mama lari tak cukup tanah untuk Tisya. Mintak2 kurus ler cepat..Lepas dah siap biskut seronok tengok twin sibuk kira biskut. Happy tul dorang dapat tolong. Saya nak mereka merasa kemeriahan menyambut raya macam orang dulu walaupun saya tak reti buat kuih tradisional. Tapi yang penting Haziq & Hazim rasa kemeriahan & keindahan menyambut & bersiap untuk hari raya macam saya rasa masa kecik dulu. Agaknya inilah yang Mak saya rasa dulu ek. :P

Buah hati Mama & Abah!



"Seronok nye nak raya" kata twin..."Bahagianya" detik hati saya...Alhamdulillah...

3 nak komen..:

emma mohd sham said...

the blue team :P
blue??
hahah

emma mohd sham said...

bbq di dapuuur..aduyai!

emma mohd sham said...

langsir baru wooo.. :P

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting