Monday, April 16, 2012

Haziq & batuk...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:36 PM
Saya sangat benci batuk. Kalau batuk tu orang saya nak tunjal2 kepala dia, cekik dia,wrestling dia sampai lunyai.....Grrrrrrr...geram sangat!

Tetiba jer Haziq batuk. Dah la hari Rabu lepas masa Hari Pertabalan Agong tu dia tetiba kena Eye Infection. Dua hari kena MC. Pastu, baik jer sakit mata hari Jumaat tu, tetiba....kong-kang-kong-kang...batuk pula.

Mama memang elergic anak2 kena batuk. Tambah twin ni. Dorang sangat senang berjangkit dengan kuman ini. Ini disahkan oleh pakar pediatrik sendiri sebab masa dorang lahir tu saiz badan agak kecik. Walau tak masuk incubator cuma diletakkan bawah warmer macam utk suntan tu tapi probably paru2 mereka tak cukup kuat. So, walaupun dorang sihat walafiat masa lahir tapi risiko lain pula iaitu mudah dijangkiti kuman batuk. Apapun Mama & Mr Hubby bersyukur sebab tak ada komplikasi lain. Cuma kena monitor tiap kali batuk sebab nak elakkan kena Asthma pula.

Dua hari cuti di rumah melayan batuk si Haziq. Honestly Mama so very tired. Penat susah hati....penat nak bergaduh dgn Haziq setiap kali nak bagi makan ubat.....penat juga nak lap muntah. Ok saya bukan mengeluh atau menyesali takdir yer. Cuma nak lepaskan apa terbuku di hati. Mr Hubby memang tolong tapi bab2 ni dia tak berapa arif sikit. Sah2 kalau dia lap muntah mesti berjam-jam takut2 ada yang tertinggal sebab dia sangat teliti orangnya. Bagi makan ubat pun tak boleh sebab dia garang dan tak sabo sikit. Kang ujung2 budak tu muntah lagi sebab takutkan abahnya...hihihi....

Bila teringat last time jumpa pakar pediatrik Dr Roliza, ngeri pikir ubat2 dan saranan doktor suh duk hospital. So Hari Sabtu pepagi lepas breakfast terus gi klinik dekat rumah jer ambik neb dan ubat. Alhamdulillah dah kurang sangat2 hari ni dan dia pun dah ke sekolah pun. Ni jap lagi nak kena fetch dorang balik sekolah.









Gambar2 ni semua masa dorang kena batuk teruk dulu sampai doktor recommend duk hospital. Sebagai kenangan utk Mama beringat. Setiap kali tengok gambar ni jadi sedih. Kesian kat dorang kena makan ubat yang banyak....kesian pada diri sendiri juga sebab kena lap muntah....waaaaaa


Being a mom susah kan kawan2?....emosi dan brain dan hati kena kuat. Ada jer menduga. Mengalir juga air mata saya bila Haziq batuk ari tu. Asyik bertanya pada diri sendiri...apa salah saya anak2 asyik tak sihat. Sangat2 down....Biar la saya tak sihat dari anak2 dan suami yang sakit. Saya redha sebab tak larat menanggung rasa susah hati tu. Semoga anak2 dan suami sentiasa sihat walafiat selepas ini.....Amin...

4 nak komen..:

syiela said...

bila anak sakit kita yg risau sangatkan... anak sakit teruk kita pun emosi teruk...

kekadang tu mengeluh jugak keletihan tapi nak tak nak mmg kita kena buat...

being a mom mmg kena super kuat.. super segala galanya..

moga Haziq cepat sembuh...

Kembar syiela pun asyik tersumbat hidung, batuk dan macam... nak2 si Haziq.. sampaikan dah tak tau nak berubat apa.. sebabnya dorang baru 6mths :(

mamapp said...

dulu syafi pn every time batuk terus kena semput. alhamdulillah dh semakin besar ni ada kkurang sket.. kesian kan tgk diorg ni

LYAfrina said...

banyak sgt ubat y kena ambik..kesiankan kalo batuk btrusan macam ni. apa2 pon moga cpt2 smbuh..kt y bsr kalo kna batuk pon x tahan..smpai smput n xleh tdo

emma dangdut said...

kasi debik mr batuk tu.wachaaaaa!!!

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting