Friday, November 25, 2011

Children school break activities.

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:27 AM
getting ready for water games

score board
shooting games
siapa habis shoot semua di kira pemenang
selepas games tiup tepung :P
on your mark.....get set....
Final result!....yang kalah kena jirus degan air....which they love the most!
Game night day....Snake & Ladders

Game night for Tisya.....matching puzzle
Explore day: Lets bug hunt.....set ditaja Enchek Suami yang baik hati...sila cari di MPH yer kalau suka... RM36++

Science project 2: Mari tanam Sunflower!
Science projects minggu ini:
* Ants house
*Worm house (gigih Mama korek tanah...walau geli ku gagahi jua..)
*Caterpillar house (sangat senang nak cari sebab caterpillars ni suka makan pokok limau saya...grrr)


Isnin: Fun Day!
Selasa: Movie Day!
Rabu: Game night day!
Khamis: Explore day!
Jumaat: Art & Craft Day!

Yuhooo....cuti sekolah datang lagi. Dan anak-anak akan berlingkar la kat ruang tv. Musim cuti sekolah ni saya letih sikit. Kerja jadi berganda. Kejap nak masak, kejap nak mandikan anak2, kejap nak gosok baju, kejap nak jemur baju, kejap nak basuh baju, kejap nak kemas rumah, kejap nak lerai 3 beradik ni bergaduh, kejap nak cari barang/toys anak2 yang hilang, kejap nak lap air/makanan tumpah.... bla--bla--bla (senarai kerja seorang surirumah tak pernah habis okeh)... Cuti sekolah ni kerja extra sikit sebab saya nak kena buat study plan untuk twin supaya tak la rugi sangat masa terbuang. Lagi satu dorang ni kalau banyak sangat main jadi mengarut. Start le bergaduh. Ada je tak puas hati. Org ni kata org ni....grrr..tegak rambut jadinya.

So kat atas tu our daily schedules. Fun Day untuk aktiviti luar dan dalam rumah yang fun of course! Movie Day hari dorang tengok dvd pilihan (dvd yang sesuai of course!), Game night day tu aktiviti wajib sekeluarga. Mr Hubby dikerah utk balik cepat setiap hari Rabu supaya dapat main board games bersama kami...(huhuhu..mama guna kuasa wifey utk ini), Explore day hari sains. Kena plan sains aktiviti samada luar atau dalam rumah. Dan utk Art & Crafts day seperti biasa, apa2 saje berkaitan kerja2 seni ni.

huuuuu...penat tau. Tapi tak boleh nak mengeluh. Dah tanggungjawab kita kan. Lagipun aktiviti2 ini dibuat dan dirancang agar twin belajar behave. Dorang tau kalau dorang buat hal automatik aktiviti ini akan dibatalkan. Lagi satu semua aktiviti ini di buat selepas selesai seisi belajar dorang.

Sedikit risau sebab twin masih belum menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Bahasa Malaysia ok, Matematik ok cuma selalu careless, Sains adalah subjek kegemaran dorang so tak ada masalah. So cuti sekolah ni saya berazam untuk memperbaiki pemahaman boys untuk subjek Bahasa Inggeris. Subjek lain pun ajar jugak tetapi Bahasa Inggeris kena drill lebih sikit.

Sejujurnya sangat penat sebab banyak benda nak buat dan banyak bercakap. Kering air liur. Tu belum nak jawab 1001 pertanyaan dari 3 beradik. Si kecik Tisya pun tak mengalah. Dia pun akan sibuk belajar jugak menyebabkan kadang-kadang Mama pening lalat.

Apa pun Mama doakan yang terbaik untuk anak2. Semoga apa yang diusahakan berjaya. Amin.

Jom layan gambar seminggu aktiviti kami.

p/s...zzzzzzzz........(*ponat!)


0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting