Thursday, November 17, 2011

Yey...esok graduation day!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:00 AM

Ok..hari yang ditunggu akan tiba. Huhuhu terlebih excited macam konvo universiti je yer. hahaha..suka hati Mama lah yer kawan2. (*ops!)

Twin pun syok sebab dapat naik stage katanya. Lepas tu cikgu dorang dah bagitau akan ada hadiah esok. ofkos Haziq & Hazim bersemangat untuk esok.

Seronok2 gak yer boys...jangan lompat atas stage!

Lagi satu nak share, masa ambik boys balik sekolah tetiba pembantu cikgu (bukan cikgu yer) inform encik suami akan diberi penghormatan sampaikan sijil pada kanak-kanak prasekolah sebab dia pengerusi utk Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk Prasekolah. Cikgu tak sempat inform earlier sebab sibuk (*errrr...toing...toing?....) ok saya tahu kami bukan VIP yang berpengaruh dan kaya raya cam datuk datin tapi wahai cikgu jangan la begitu......biar la beradat. Just a simple letter would be nice. Tak respect saya takpe saya tak kisah tapi saya sangat sensitif kalau tak respek suami saya. Kecik hati sikit tapi maleh nak pikir sangat. Saya tak bagitau encik suami right away sebab nak tunggu dia balik aje nanti.

Jam 7.30pm Encik Suami dapat SMS dari cikgu tapi address pada saya. Dia kata lupa nak jemput atau tak sempat nak jemput. esok dorang nak suami saya bagi sijil dan nak bagi hadiah at the end of function. Pastu jemput kami makan afterwards. owh....terguris di situ. Takpelah. Nak buat macam mana kan.

Tapi sesungguhnya saya rasa sepatutnya apa saja dilakukan perlu dirancang dengan baik terutamanya melibatkan org luar. Management sangat penting yer. Baru nampak kredibiliti kita. Ok saya pun bukan baik sangat. Oleh itu saya berdiam lagi baik. Tak payah panjang cerita.

p/s...segala yang dilakukan kerana Allah swt...ingat itu CikPuan Syida.....

0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting