Friday, January 7, 2011

Mama vs Dunia Baru Haziq dan Hazim

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:00 AM
my heroes

ready for school

terasa kosong sangat bila twin dah skolah....tinggal kami berdua....huhuhu
ini favourite spot dorang main kereta ke, robot ke etc..

Setia menemani kami setiap hari...
favorite spot kami berempat.... :(
kosong sangat utk Mama & Tisya sampai kol 12pm....

Dunia baru my boys sekarang ialah PraSekolah. Alhamdulillah mereka dah pun mula bersekolah di Prasekolah SKBSA. Masa dapat sms inform keputusan samada mereka dapat atau tidak sudah dikeluarkan daripada pihak sekolah Mr Hubby dan mama excited nak tahu. Macam nak dapat result masuk U la pulak. Kita yang emo lebih. Terus kami ke sekolah nak ambil result walaupun tahu dorang bole pos. Bila dapat tahu Haziq dan Hazim diterima kami syukur dan gembira sangat sebab segala perancangan kami berjalan lancar. Kebetulan hari tu Mr Hubby cuti sebab nak bawa tengok Motorshow. Lepas tu terus beli kasut stokin sekolah untuk dua beradik. Standard la...Mama tengok kasut sekolah pun syahdu sebab rasa anak dah besar. Ish cepat betul masa berlalu.

Kami dah mendaftar dari Sabtu 1 Januari 2011. Hari yang tepat untuk memulakan tahun baru. My boys dah kena training bangun pagi sejak hari Jumaat. Tak la masalah sangat sebab dorang pun excited nak mula bersekolah. Mereka bertuah dilahirkan kembar. Sekurang-kurangnya tak la mereka rasa takut sangat sebab ada each other.

Macam-macam Mama rasa. Happy, sedih, terharu, risau..macam2. Mungkin tak bersedia nak lepaskan dorang sendiri. Yelah selama 2 tahun bergelar surirumahtangga masa Mama banyak dengan mereka. Rumah terasa sunyi tanpa mereka. Seawal pukul 8 pagi terdengar suara salah seorang tak pun dua-dua sekali "Mama nak turun......(sebab dorang kat tingkat atas)Good Morning Mama... Assalammualaikum..."disertai dengan peluk cium. Itulah rutin kami. Lepak bersama depan tv tengok Timmy Time, Pheneas & Ferb, Ben10...

So sekarang, jam 7.30pagi Abah & twin dah keluar. Tik tok tik tok masa berlalu...pukul 11.30pg mesti Mama dan Tisya tak sabar keluar rumah nak jemput twin. Tisya pun dah 2,3 hari moody sebab dia rasa lonely kot. Kalau tak, sebaik dia bangun, abang2 dah sibuk greets and peluk cium dia. Memula dulu memang dia rimas tapi lama2 dia dah tak kisah. Kalau abang2 buat tak tahu dia yang pergi big hugs abang2 dia....

Ingat nak tulis pasal pengalaman twin di sekolah..ni dah jadi catatan peribadi sendiri la pulak...
Mama ni..emo lebih...huhuhu

0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting