Tuesday, September 29, 2009

Cerita yang terlewat...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:19 AM 3 nak komen..
Lama tul tak tengok blog....2 minggu before raya,saya dah kelam kabut dengan kerja rumah & persiapan raya. Raya ni excitednya over sikit sebab tahun ni raya belah saya dulu ditambah pulak dah ada baby girl. Dah terbayang keriuhan kami melaram dan bersiap di pagi raya tambahan pula kami 4 bradik pompuan so suasana gamat tu sangatlah biasa.

Berkemas rumah, mengelap lah, itu lah inilah memeriah kan sambutan raya kami sekeluarga. Tahun ni dapat langsir raya dari hubby. Seronok macam dapat bonus raya..hehehe Yelah kami cuma ada 1 set langsir je sejak pindah rumah nih sampai MIL pun penah tegur "Syida ada langsir ni je yer...'hehehe

Ops ni bukan SpiderMan or CicakMan tapi he is MY MAN...Mr K in action. tolong pasang langsir raya for Mama.

Tak ler grand sangat tapi sebab hubby belikan saya rasa blessed sangat. Tambah kami sama2 pilih kain langsir tu. Anak2 pun xcited mengemas sana sini. Dorang pun ada idea dekorasi sendiri sampai pening mama menyusun barang dalam rumah. Itupun dorang ajak cat rumah! Amboi baru 4 tahun dah pandai demand ek. Tak payah Mama cakap. Tak kuasa Mama nak mengemas cat pulak.

Thank you Abah! Nanti Mama buatkan Sirap bandung utk berbuka ok.. :P

Last week before raya saya sibuk mengemas kain baju & buat kuih raya. Dah bertahun tak buat biskut raya sendiri, dah jadi housewife ni saya nak buat mana yang dah lama saya tinggalkan. Dulu sebelum tukar tittle, saya, Mak & adik beradik buat kuih beramai-ramai. Mak akan bertugas menyediakan & menyukat bahan, Along bahagian terap (tiap2 tahun tu memang part dia..), ema bahagian hiasan, saya & uteh bahagian jaga biskut jangan hangus & griskan penutup periuk & dulang pembakar. Sesekali Mak akan memantau anak2 daranya yg kekadang terlelap kat dapur.. Kes2 hangus tu memang biasa so kami la kena makan kalau tak mak mesti bising sebab rugi butter!heheh Selalunya kami buat lepas berbuka puasa sampai pagi sambil pasang lagu raya. Bab2 melecur ker, tertido kat dapur ke dah jadi sebahagian dari citer kenangan buat kuih raya. Sampai hari ini saya rindukan saat2 itu.


Posing jap sementara tunggu biskut masak!!


Sekarang saya buat biskut raya pun demi anak2. Tak banyak tapi membuatnya dengan anak2 dan melihat mereka happy yg buat saya teruja. Haziq & Hazim sibuk tolong taruk tepung, telur, chocolate rice etc. Tu dia..selambak chocolate rice sampai tak nampak biskut. Kata dorang baru cantik & sedap. Emmm sukahati korang ler..janji boley makan. Bila dah last tu Mama bagi chance dorang terap & hias biskut sendiri. Tak sempat nak snap pic dah abih dorang 2 bradik makan. Seronok sangat! Dalam sibuk buat biskut tu my little girl pun sibuk gak. Macam2 hal, kejap-kejap bawah meja la, nak main plug la, nak panjat tangga la, aduhaiiii...letih wooo! Mama lari tak cukup tanah untuk Tisya. Mintak2 kurus ler cepat..Lepas dah siap biskut seronok tengok twin sibuk kira biskut. Happy tul dorang dapat tolong. Saya nak mereka merasa kemeriahan menyambut raya macam orang dulu walaupun saya tak reti buat kuih tradisional. Tapi yang penting Haziq & Hazim rasa kemeriahan & keindahan menyambut & bersiap untuk hari raya macam saya rasa masa kecik dulu. Agaknya inilah yang Mak saya rasa dulu ek. :P

Buah hati Mama & Abah!



"Seronok nye nak raya" kata twin..."Bahagianya" detik hati saya...Alhamdulillah...

Salam Aidilfitri...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:14 AM 1 nak komen..
ItalicSelamat Hari Raya Aidilfitri dari kami Sekeluarga
Mr K, Mrs K, Haziq, Hazim & Batrisyia.
Semoga Aidilfitri ini lebih beerti & meriah bersama insan2 tersayang..
MAAF ZAHIR & BATIN

Sunday, September 6, 2009

My best moments of Berbuka Puasa

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:21 AM 3 nak komen..
Hari ni Mr K ajak berbuka posa dengan my family pulak. Seronok sangat. Before pergi dah terbayang keriuhan kami 4 bradik bila berjumpa tambah kami semua pompuan.

Seperti yang dijangka memang meriah...berlawan-lawan nak cakap. Masing2 nak story morry. Dah berbuka lagi ler meriah tambah time tu dah dapat Air. Penuh meja wehhh...Punya la banyak lauk Mak masak sampai tak tau nak ambik yg mana dulu. Tang kuih plak pun camtu. Tapi Alhamdulillah semua boleh dikatakan abis. Tak membazir. Time balik kami pakat2 tapau lauk Mak buat Sahur. Tak ler membazir...hehehe.

This is what I love about family. The noisy, the laughter, the stories makes us feel closer. Seronok bertukar cerita dan mengusik. I hope this will never last till death do us part. I've learnt the values of family & I hope my family will always be happy & strong.

Sopping Raya

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:25 AM 2 nak komen..
Heheh syok topik ni..tambah banyak sale time2 gini. Meriah tul kat TV, paper, radio ek..Semua berebut-rebut jemput kita datang "rumah"dia...hehehe.

Tahun ni kami tak la berbelanja mewah sangat tapi tahun ini pasti lebih meriah dengan kehadiran our little girl. Seronok giler beli baju budak perempuan ni tau...sampai pening2 memilih baju. Kalau ikut nafsu sure apa yg dipegang semua nak beli tambah keseronokkan shopping tu dikongsi bersama Mr K deary & my twin boys. Jangan tak tau abang2 Batrisyia tu pun excited memilih baju untuk adik dorang. Kind of touch & proud gak sebab abang2 Batrisyia really care about their little sister. TQ boys...therefore Mama pick both choices...>_<>

Tahun ni tema kami di pagi raya Blue. Ikutkan nak ler kaler merah ker, pink ker atau kaler yag pastel ker tapi kat kedai tu limited plak choices yg ader. Kami pula jenis tak kisah sangat so since tu yg paling menarik tertarik maka kami pun pakat2 try. So geng boys dah settle kena cari for Mama & Tisya. Alhamdulillah jumpa yg sesuai. So takde pening2. Kowtim!

Ramainya org wehhh..Risau teman nengokkkan. Tapi demi baju BEN10 kami redahi jua untuk Haziq & Hazim. A day before Merdeka kami gatal gi SOGO. Ingat cuti panjang ni mungkin org balik kampung so tak ramai ler konon2. Huih...rameeenye! Apa lagi melihat kesesakkan di tingkat baju kanak2 tu trus Mama pakaikan mask kat Abah, Twins & Tisya. Takut teman...banyak kuman sekarang ni weh..langkah keselamatan. Tapi yg baguih nyer mask ni tak yah pakai lipstick. Jimat.

Haziq & Hazim dapat ler baju BEN10 sorang 2 pasang siap dengan sandal lagi. Anak2 teruna ku ini sudah pandai bergaya, siap mintak izin nak beli sunglasses okehhh..siap pilih frame kaler merah lagi. Baju tido pun nak jugak tapi Transformers pulak, Sungguh la korang telah mencekik abah korang..huhuu Tisya dapat gak siap handbag lagi abah belikan.

As for Tisya sangat ler good girl. Tak banyak hal, senyum & tido jer kerja dia. Tak kira la ramai org ker, bising ker dia boley plak tido dgn lenanya kat carrier (yg macam kangaroo pouch tuh). Abah ler jenuh mengendong sana sini. Tapi kalau kat ghumah punya la payah nak suruh tido. Kalau tido pun paling lama 30 minit. Kalau dpt sejam dah macam bonus kat Mama. So lain kali patut kah Mama merayap membawa anak2 ku ke shopping complex dengan alasan Tisya tak nak tido? Ataupun itu satu alasan yg sangat tak logik?..hehehehe (kang card kena tarik balik baru tau...huhuhu)

Tapi one thing I realized, keceriaan Aidilfitri dah tergambar apabila melihat wajah anak2 gembira mendapat baju raya. Melihat jauh ke dlm mata sikecil cukup membahagiakan & satu saat yg tiada gantinya. Memang kemeriahan Hari Raya bukanlah dr apa yg kita pakai & beli tapi kepenatan bekerja mencari rezki terbalas apabila mata pencarian itu digunakan utk membahagiakan anak2. Agaknya sebab tu Mr K senyum ajer sepanjang shopping days kami. To hubby tq so much..WE love you.

Dan saat itu saya sangat merindui zaman kanak2 saya sendiri. Terbayang wajah Abah & Mak membeli kelengkapan Aidilfitri. Inilah rupanya perasaan yg sangat indah yg Mak & Abah rasai semasa menyediakan keperluan kami 4 beradik. Terima Kasih Mak..Abah.
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting