Thursday, February 2, 2012

Haziq & tulisan di meja..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:42 AM
Okey hari ni ada cerita baru pasal Haziq..Semalam dua beradik ni bercerita pasal apa yang jadi di sekolah ketika kami dinner. Dalam dok suap2 makan tu tetiba Haziq bercerita

Haziq: Mama...tadi kan Haziq nampak ada satu meja tu ada tulis nama Haziq.
Mama: Haaa...Haziq conteng meja ke? Meja siapa?
Haziq: Bukan meja Haziq. Meja kawan Haziq. Bukan Haziq yang tulis la Mama.
Mama: Meja tu kat kelas Haziq? Meja siapa?
Haziq: A'ah..kat kelas Haziq. Meja kawan pompuan.
Mama:....erk!....(En Suami dah nak tersembur makan nasi. Sambil sengih2 kat Mama sebab tau Mama punya
           reaction)
Mama: siapa nama kawan Haziq tu?
Haziq: Tah..Haziq panggil weiii jer.
Hazim: A'ah..Hazim pun panggil dia weiiiii
Abah: Abah kenal tak? Cantik tak? (ayat standard setiap kali isu berkaitan berlaku)
Mama: Haa..sok pegi padam. Dah makan. (dengan muka yg tahan nak gelak)
Haziq & Hazim: Ala...bukan kitaorang buat. Lagipun tu meja dia.
Abah: Kenapa dia tulis nama Haziq?...Dia takut lupa nama Haziq ke?
Mama: Abahhhhhh......kang tido bawah sorang2 yer.....Sok beli nasi bungkus...baru tau.

Sekian.

p/s...Haziq dah ada admirer?...owh.....anak mama dah besar....grrrrr...

5 nak komen..:

syiela said...

hehehehe.. budak tu takut nanti eja silap tu...

tu baru kecik besar nanti ha jenuh la mama

Mrs K@Syida said...

hi syiela...
bila Haziq citer tu dah nak tergelak tapi jeles tu dah sah2 ada...huhuhu

emma dangdut said...

dekat meja??wow!!mula dekat meja nnt kat papan itam!wow!! :D (kasi angah takut) hahahaha

Mrs K@Syida said...

ema dear..sekarang papan putih yer...guna white board marker shj...huhuhu...

emma dangdut said...

white board pki marker permenant punya..wow!!

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting