Friday, January 27, 2012

Batuk oh batuk..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:46 AM
Dah sebulan okeh...dah sebulan bersabar dengan batuk ni. Ni entry nak meroyan so harap jangan ambik ati. My boys dah batuk dekat sebulan dan hari ni baru si kecik Tisya pulak dah setat batuk sama. Strong lil girl. Hampir sebulan baru dia kena batuk dari kami. Start with Haziq & Mr Hubby. Masuk minggu ke2 baru si Hazim batuk. Masuk minggu ke 3 Mama pulak batuk. All the way Haziq & Mr Hubby tak sihat2. Kadang2 naik fedup sebab masalah batuk tak setel2.

Dah 3 kali jumpa doktor. Ubat dah bertukar2 dah. Madu campur limau pun dah try. Air zam2 pun sama. Belum telan kicap masin jer macam abah saya suggest. Bila tengok anak2 batuk sampai muntah2 saya rasa hati ni pedih macam dihiris2. Mr hubby asalnya cool ajer pun dah tunjuk tanda2 sedih. Dia tak mudah nak sedey2 nih. Tapi bila dah nak habes Januari anak2 masih tak ok kami jadi susah hati. Kekadang tu tak sengaja termarah la boys sebab kami tension dengar dorang batuk. Bukan sebab bising tapi susah hati. Kesian dorang asyik kena makan ubat tak sedap. Saya pun kesian jugak tau sebab asyik lap muntah. Kain lap dah banyak kena buang sebab dah tak larat nak bilas.

Setiap kali dorang batuk tak berenti jadi susah hati sangat. Kalau boleh nak korek dalam mulut dorang dan tunjal2 cekik2 kuman batuk nih...finally last monday jumpa doc kat DEMC. Dia suggest jumpa pakar. Tapi dari check up dia tunjukkan chest/lungs boys ok. Tak banyak kahak. In effect dorang macam biasa jer cuma batuk. Adakalanya tak berenti. Minum la air banyak mana tapi stil terbatuk2. Yang buat dorang lega kalau muntah. Baru la diam sikit.Apapun memang kami nak check jugak dengan pakar. Biar puas hati. Duit boleh cari kan...kerja teruk2 pun bukan untuk org lain.

Paling susah hati kalau emak ku ker bapa ku ker...mother in law ker father in law ker tepon time dorang batuk2. Sah2 la orang2 tua ni susah hati kan. ujung2 mesti Mama kena jawab kenapa tak sihat2. Dan Mama cam sentap sikit sebab rasa cam tak baguih jaga anak walaupun sebenarnya dorang takde niat camtu. Tapi standard la...mama kan cepat emo...Ni hal anak beb...Ibu mana tak emo kalau perihal kesihatan anak. Kalau kena gigit nyamuk pun kita rasa cam nak gigit nyamuk tu balik ini kan demam batuk segala bagai.

Okeylah..letih type ni sambil jaga dua beradik nih. Tisya takde hal sangat sebab dalam tido dia kurang batuk. Kami laki bini pun dah ok. Cuma boys jer yang kung-kang-kung-kang batuk masa tido. Waaaaa tension lah...

2 nak komen..:

Aliaah Abdullah said...

SYIDA! haha, kita serupa, punya anak yang bijak berbicara sampai mencabar minda...ahahah...

emma dangdut said...

cer tgk cara tradisional ni pulak ngah.. :'( dah la haziq tu putih melepak batuk2 sure merah muka dia :(

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting