Wednesday, January 18, 2012

unexpected call

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:56 AM
Semalam..dalam kesibukkan menjaga anak2 yang tak sihat dan buat keje rumahtangga I received 2 phone call. 1 phone call came from my deary school's bestfriend informing one of our ex school mate died of motor accident!. Ya Allah. Walau kami tak begitu rapat but he is a very nice man. Once pernah syok kat my bestfriend. Siap berebut dengan boyfriend bestfriend saya lagi. Nampak comel sangat bila ingat masa tu. This guy name ADLI. Having a very cute baby face with cute mischievous smile. Innalillah...Semoga Allah melindunginya dan menempatkan dia dikalangan orang yang dikasihiNya.

2nd phone call from one of my boys's mommy friend. At first tak la terkejut sangat. Sejujurnya kadang2 saya mengelak untuk berbual panjang dengannya setiap kali kami bertemu ketika menjemput anak2 balik sekolah. My first 2 short conversation tak begitu menarik and I know I cant be close with her kerana cara dan prinsip kami berbeza. Cara Mrs X dan pemikirannya saya tak boleh nak join sangat. Dan Mrs X selalu cuba buat saya ikut cara dia dengan mengatakan cara saya salah. Owh...saya tak selesa. Next Mrs X suka bercakap besar sedikit dan bercerita hal2 yang agak peribadi contohnya hal kewangan keluarga. Kami tak rapat langsung jadi tak sesuai bercerita tentang ini. Dan saya rasa sebagai isteri, tak perlulah kita berkongsi akan hal ini dengan orang lain. Tak pasal2 jatuh dosa kan.

Tapi phone call semalam menyedarkan saya akan sesuatu. Sesuatu yang saya tak nampak sebelum ini. Sesuatu yang buat saya sedar kenapa dia begitu. Sesuatu yang buat saya insaf juga.

Mrs X memilih untuk bercakap dengan saya berkenaan masalahnya dengan anak lelakinya yang baru berusia 8 tahun. Dia kata dia rasa give up dengan anaknya. Rasa dah terlewat mendidik anaknya menjadi anak yang baik dan rasa terkilan dengan kehadirannya.OWH.....sedih jika anaknya mendengar keluhan si ibu. Air mata saya berkolam di hujung mata yang tak berapa bulat ini. Sayu saya tengok anak2 sendiri di depan mata.

Saya bukan ibu yang perfect jauh sekali ibu mithali. Tapi saya cuma nak jadi ibu yang terbaik, bijak, cantik, mesra dan kelakar untuk anak2 saya. Ada kala saya lemah juga dengan bisikan hati yang marah.

My dear friend Mrs X. Jangan begitu. Kalau ibu dah give up, bagaimana anaknya. 8 tahun usia yang sangat kecik....masih terlalu jauh perjalanan si kecik. Masih banyak yang perlu dilakukan.

Yang mengejutkan saya Mrs X kata setiap kali selepas marah anak lelakinya dia selalu teringat saya. Saya konfius jap. Dia kata saya lembut, mesra dengan anak2 saya. Saya panggil mereka sayang dan openly peluk mereka in public. Owh..saya tak berlakon. Itu saya rasa terapi terbaik untuk anak2 selepas balik dari sekolah. Semoga penat lelah mereka terubat dengan pelukkan saya. Semoga mereka kuat untuk memulakan hari2 mereka dengan hanya pelukkan dari ibubapa. Panggil sayang?...saya nak mereka tahu saya sayangkan mereka. Saya akan support their ups and downs sentiasa supaya mereka tahu saya bersedia mendengar apa saja mereka nak luahkan. Lembut?....hihihi...takkan nak marah dorang tanpa sebab kan....kesian budak tu. Kang dorang tak nak balik camno?.....

Ibu-ibu...nak jaga anak2 senang kan tapi didik yang susah. Saya sesak nafas kadang2 memikirkan anak2. Tapi always..always..at the end of the day...bahu suami yang saya cari. Tempat saya curahkan suka duka saya. Hubby tak romantik. Walau mata dia sibuk tengok PSP, tangan tekan button PSP tapi dia mendengar...hihih...bang PSP tu saya yang present yer....hahaha

Mrs X kata dia jeles dengan saya.

So saya sedar. Kenapa dia begitu sebelum ini. Kadang2 manusia tak memperolehi apa yang kita ada jadi mereka menunjuk2 apa yang mereka ada. Bercerita yang hebat2 dan cuba mengubah kita mengikut mereka. Berkat sabar dan berfikir secara waras saya sedar Allah telah menunjukkan saya perkara sebenar. Tak ke naya kalau saya alih2 terus marah2 masa memula kenal dia dulu hanya kerana dia sibuk bercerita tentang kehebatan suami dan keluarganya.

Perkara sama yang my boys hadapi dengan satu dua kawan di sekolah. Budak2 ni kata boys sombong dan berlagak. Bila balik sekolah boys tanya berlagak tu apa mama? Bila dorang ceritakan apa yang berlaku saya hanya bagi sokongan agar mereka jadi diri mereka. Mereka boleh pilih nak kawan dengan sesiapa asalkan jangan dengan budak jahat sudah. Kebetulan bila berbual dengan guru mereka satu hari guru mereka yang buka cerita yang haziq & hazim ada geng sendiri. Jadi mereka rapat sesama mereka. Jadi jika mereka kurang bergaul dengan selain kawan mereka, budak2 lain kata mereka ni geng berlagak. Mereka nak jadi sebahagian dari geng 7 sekawan ini. Owh...begitu ceritanya.

Mr Hubby juga kadang2 mengalami dilema politik ofis. Biasalah kan, mana2 pun ada. Kerana sikapnya yang keras hati dan tegas menjadikan dia kurang disukai. Tapi sebaliknya dikalangan bosses. Mungkin kerana dia outspoken dari segi kerja dan berpegang pada prinsip dia tidak mudah diubah. Kerana itulah ada rakan sepejabat tak suka padanya hanya kerana bosses selalu rujuk pada dia. Itulah sikap Mr Hubby yang saya kenal sejak zaman belajar lagi. Dia memang tak berapa disukai oleh kawan2 kelas kami sebab dia serius. Sampai ada orang tanya saya, kenapa la kau kapel dengan orang tua ni. Umur muda pemikiran macam orang tua...saya kata saya suka. Saya suka yang macam orang tua tapi nampak muda..hahaha

Entahlah......readers...kita tak boleh nak buat semua orang suka kita. Kita juga tak  boleh nak suka semua orang kan. Terpulang lah pada diri sendiri.

Looking back to past.....I learnt that life is precious. Buat apa pun kena ikhlas. Buat apa pun kena enjoy dan jangan pressure. Ikhlas sayang diri sendiri, ikhlas sayang suami, ikhlas sayang anak2, ikhlas sayang ibubapa, mertua,adik beradik dan kawan2. Kita mesti enjoy apa kita buat termasuk gosok baju berbakul2....sekian saya nak enjoy baca buku & gosok baju sekarang...bubai

2 nak komen..:

emma dangdut said...

pergh gila panjang,,ni makan dua ari nk baca ni :P nak peluk jugak ngn ketiak masam balik keje muahahah!!!

Syida@Mrs K said...

eeeyewwwww..gi mandi...

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting