Wednesday, February 15, 2012

Tq to Dr Roliza

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:33 PM
Dah lebih sebulan twin batuk2. Kejap baik pastu jadi lagi. Kadang2 Mama & Abah stress dan sedih. Dah macam2 cara kami buat agar anak2 sihat. Ada masanya Mama menangis sebab sangat geram dengan batuk ni.

We make an appointment with doctor again. Dr Roliza from DEMC. Doktor ni memang doktor masa Tisya baby. She also featured dalam majalah PA & MA last month dan monthly jawab soalan/surat2 dari parents mengenai anak-anak dalam majalah tu. Bila jumpa di lagi last Saturday, masuk2 jer dia dah recognize Haziq. Terus di sapa " Batuk sampai mata bengkak2?" Bila check chest Haziq she said dia masih banyak flame. Dia recommend warded sebab boleh dia monitor closely. Dr nak Haziq maintain ambil neb every 4 hours selama dua hari. Apalagi kering darah Mama dengar masuk wad nih. Hubby & I dont agree. The other alternative is kami sewa alat tu untuk 2 hari and maintain bagi Haziq neb every 4 hours. By Monday we must come for follow ups. If Haziq still coughing dan paru-paru ada wheezing sound we need to allow him to be warded. Dr nak make sure Haziq betul2 sihat. Haziq nampak sihat macam biasa cuma bila time batuk tu yang teruk. Kadang2 tak boleh berhenti. Kesian dia. So far tak pernah la dia tercungap-cungap tapi merah padam muka ada la.

Alhamdulillah after 2 day of continous extra attention on him termasuk lah bangun tengah malam untuk bagi neb, now he is fine. Dah takde kahak lagi dan dah tak batuk. But Dr said itu adalah simptom nak kena asma. So kena extra care sebab Haziq tak tahan habuk or kotor. His fruits take pun dah kena pilih2. Kesian dia. His fav fruit macam grapes & strawberry dah kena control.

Being a parent perkara yang paling saya risau ialah kesihatan anak-anak. Tak tenang rasanya bila mereka tak sihat. Perempuan memang cepat melatah hal2 macam ni kan. Sebab tu Allah bagi kita lelaki sebagai suami sebab secara logiknya suami lebih stabil emosinya dan lebih cool dalam hal2 macam ni. Saya juga rasa insaf kerana lebih ramai ibu-ibu yang perlu kuat semangatnya demi anak2 yang mengidap pelbagai penyakit berbahaya atau OKU. Saya baru anak2 tak sihat macam ni dah susah hati sampai nanges2. Syukur pada Allah swt kerana memakbulkan doa saya suami isteri. 

2 nak komen..:

syiela said...

Kesian Haziq.. moga cepat sembuh

kita sebagai ibu ni mmg teremosi sikit bila melibatkan kesihatan anak2.

emma dangdut said...

:'( get well soon haziq!!

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting