Sunday, March 25, 2012

Mari makan di Hannoon Al Arab

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:52 PM
acara wajib pagi sabtu n ahad...BOBOIBOY

tengok...4 beranak layan habis BOBOIBOY

after class music kami layan restoran arab kat Setia Alam

Lamb Mendhy...besar gila lamb...gila puas. kami makan seketul ni  5 beranak dah kenyang. Sip tapau balik lagi seketul...hihihi

En Suami yg sangat suka hati tapi dia kata kat KL nyer still no 1


Pagi Ahad dah terkejar-kejar bersiap gi kelas music twin. Lepas BoBoiBoy tu dah siap2 nak keluar. Sampai kelas mcm biasa. Boys agak slow sikit hari ni maybe sebab semalam dah puas enjoy birthday party dorang kan. Still terbayang-bayang kemeriahan semalam kata dorang...hihih...macam-macam. TQ to Ms Tan sebab bagi hadiah lagi kat budak2 ni. So very nice of her sebab ingat birthday twin

Next kami gi makan kat restoran arab kat Setia Alam. Not bad cuma daging lamb a bit dry and humus nyer terlebih garam. But its quite affordable tau. Sesiapa yang area berdekatan teringin nak makan masakan arab cuisine sila la google map tak pun GPS ker cari lokasi. Price? ok lah...2 lamb mendhy, 1 nasi tambah, humus and 1 big teapot of arabian tea only RM 58++....kira ok la dari yang biasa kami makan. daging dia bagi gila besar. Kami makan seketul jer. lagi seketul bawa balik. Bila2 masak nasi beriani boleh buat lauk.hihihih

En Suami dengan baik hati bawa kami ke Shah Alam. Sempena Hari Air ada la jual pokok2 bunga,buah-buahan & sayur. Rambang mata bila En Suami offer nak taja pokok kan. So dengan senyum lebar hari tu mama shopping pokok2 la pulak. Alhamdulillah rezeki lebih sikit boleh la dapat yang berkenaan. 

Haziq Hazim & Tisya standard la. Lepas makan dah bising ajak balik. Nak main toys katanya...leceh tul..ambik balik kang...huhuhu

4 nak komen..:

emma dangdut said...

nasik arab ni ketagih la,,nsib mak control ni kalu tak mau ari2 p bedal makan 2 3 jam sbb nasik banyak..

emma dangdut said...

boboi.episod baru ke?same je ari2 -.- asyik menang je deme :P

Syida@Mrs K said...

Hello acu..dah nama kartun and dah nama tajuk citer pun boboiboy mesti la hero kena menang....huhuhu...

tapi hadramawth jugak yg best (minta maaf la kat tauke restoran sebab salah eja nama kedai dia :P)

emma dangdut said...

boyfie tysha,,boboboi,,ngah bwk la g tgk teater upin ipin sure dorang suka,, :D

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting