Friday, January 7, 2011

Mama vs Dunia Baru Haziq dan Hazim

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:00 AM 0 nak komen..
my heroes

ready for school

terasa kosong sangat bila twin dah skolah....tinggal kami berdua....huhuhu
ini favourite spot dorang main kereta ke, robot ke etc..

Setia menemani kami setiap hari...
favorite spot kami berempat.... :(
kosong sangat utk Mama & Tisya sampai kol 12pm....

Dunia baru my boys sekarang ialah PraSekolah. Alhamdulillah mereka dah pun mula bersekolah di Prasekolah SKBSA. Masa dapat sms inform keputusan samada mereka dapat atau tidak sudah dikeluarkan daripada pihak sekolah Mr Hubby dan mama excited nak tahu. Macam nak dapat result masuk U la pulak. Kita yang emo lebih. Terus kami ke sekolah nak ambil result walaupun tahu dorang bole pos. Bila dapat tahu Haziq dan Hazim diterima kami syukur dan gembira sangat sebab segala perancangan kami berjalan lancar. Kebetulan hari tu Mr Hubby cuti sebab nak bawa tengok Motorshow. Lepas tu terus beli kasut stokin sekolah untuk dua beradik. Standard la...Mama tengok kasut sekolah pun syahdu sebab rasa anak dah besar. Ish cepat betul masa berlalu.

Kami dah mendaftar dari Sabtu 1 Januari 2011. Hari yang tepat untuk memulakan tahun baru. My boys dah kena training bangun pagi sejak hari Jumaat. Tak la masalah sangat sebab dorang pun excited nak mula bersekolah. Mereka bertuah dilahirkan kembar. Sekurang-kurangnya tak la mereka rasa takut sangat sebab ada each other.

Macam-macam Mama rasa. Happy, sedih, terharu, risau..macam2. Mungkin tak bersedia nak lepaskan dorang sendiri. Yelah selama 2 tahun bergelar surirumahtangga masa Mama banyak dengan mereka. Rumah terasa sunyi tanpa mereka. Seawal pukul 8 pagi terdengar suara salah seorang tak pun dua-dua sekali "Mama nak turun......(sebab dorang kat tingkat atas)Good Morning Mama... Assalammualaikum..."disertai dengan peluk cium. Itulah rutin kami. Lepak bersama depan tv tengok Timmy Time, Pheneas & Ferb, Ben10...

So sekarang, jam 7.30pagi Abah & twin dah keluar. Tik tok tik tok masa berlalu...pukul 11.30pg mesti Mama dan Tisya tak sabar keluar rumah nak jemput twin. Tisya pun dah 2,3 hari moody sebab dia rasa lonely kot. Kalau tak, sebaik dia bangun, abang2 dah sibuk greets and peluk cium dia. Memula dulu memang dia rimas tapi lama2 dia dah tak kisah. Kalau abang2 buat tak tahu dia yang pergi big hugs abang2 dia....

Ingat nak tulis pasal pengalaman twin di sekolah..ni dah jadi catatan peribadi sendiri la pulak...
Mama ni..emo lebih...huhuhu

Wednesday, January 5, 2011

Twin & Pra Sekolah...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:41 PM 0 nak komen..



SEdey..gembira..macam-macam rasa... Dah besar 2 beradik ni. Insyallah bulan Mac mereka dah masuk 6 tahun.. Cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam melahirkan 2 beradik nih. Pasti pagi saya terasa sunyi tanpa suara, keletah dan ragam mereka. Tisya semestinya juga terasa kekosongan itu sebab setiap pagi dia dipeluk cium oleh abang-abangnya. Kemestian Haziq dan Hazim setiap kali Tisya bangun pagi sampai Tisya pun dah tak heran atau marah sebab dia tahu kalau dia marah pun abang-abangnya tetap buat yang sama juga.

1 Januari 2011, Sabtu merupakan hari pendaftaran untuk PraSekolah twin. The right day to start a new journey. Of course Mr Hubby and I anxiously excited for this. We were so anticipated for their education program and want the best for them too. Twin pun macam tu. Bersemangat dan tak takut pun. Mungkin sebab mereka tahu mereka berdua, jadi tak ada masalah untuk rasa terpinggir atau lonely. Alhamdulillah....


Friday, December 31, 2010

Percutian Singkat Port Dickson

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:09 PM 0 nak komen..
anak dara saya!

sesi soal jawab...

Legend..

owhhh..anak dara siapa itu sedang bertelefon....

big smiles ladies...

my precious

dalam bilik ada pool...i like!

splish!!

splash!!

fun time!

Mr Hubby bawa kami sekeluarga ke PD pd 29 Dec 2010. Kami bermalam di The Legend International Water Homes. Mama tak kisah ke mana pun asalkan kami berlima. Walaupun semalam tapi puas sebab dapat spend time bersama. Good quality family time. Malamnya kami tak keluar dinner kat luar pun. Room service ajer sebab excited nak tengok Final Suzuki Cup. Mama yang tak berapa reti tengok bola ni berkobar semangat sebab Malaysia mampu ke final. Bangga tengok Malaysia bertarung habis-habisan untuk bergelar juara. Mungkin bola tak penting bagi sesetengah orang tapi kalau pandang dari sudut lain, kita tak sedar ia menyatukan kita sesama bangsa. Tak kisah lah kalau ada org kondem kenapa sampai bagi cuti sebab Malaysia menang bola tapi rasanya org yang banyak bunyik ni pun cuti jugak sebab dah dapat cuti kan. Masa 1st final game ari tu, kami ada di Jusco jam 7.30pm. Jusco lengang...Jalanraya pun macam tu. Semangat SeMalaysia nampak ketara...semua satu hati menyokong pasukan Malaysia. Doa Mama semoga Malaysia terus bersatu dan hidup harmoni sesama kaum. Ini penting untuk masa depan ank cucu kita juga satu hari nanti.

Balik pada kisah cuti, to Mr Hubby...thank you so much for the trip. Saat terindah adalah bila kita semua bersama. Balik dari PD kami ke Muzium Alam Semulajadi di Putrajaya. Walau tak banyak exhibit lagi tapi sekurang-kurangnya anak-anak dapat belajar sesuatu yang baru tentang pengawetan binatang dan kebetulan ada pameran batu-batuan pelik. Boys totally excited terutamanya ada patung angkasawan dan meteroid. Jenuh jugak la Mama explain tentang batu tu. But it is worth it. Knowledge has no boundaries. Tiket masuk tersangat lah murah..RM2 je utk dewasa. Most important we have a really good time.


Monday, December 13, 2010

Salam Tahun Baru

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:50 AM 0 nak komen..
Salam Maal Hijrah..

Banyak sangat yang berlaku sejak 2 menjak ni. Jadi sangat malas nak berblogging. Setiap kali nak type something, bila terkenang pelbagai perkara...sudahnya tak jadi tulis. Alhamdulillah, Allah is so generous to my family...Kehidupan kami sekeluarga bahagia walau tak semewah mana. Kasih sayang dan perhatian yg tak pernah putus menjadi asas kami. Saya berdoa agar Allah sentiasa bersama kami agar kami tak leka dalam kehidupan.

Banyak juga perkara yg berlaku membuka mata kami. Membuka minda kami. Membuka hati kami. Allah Maha Besar. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Allah juga Maha Penyayang. Allah juga Maha Pengampun.

Salam Maal Hijrah.

Saturday, November 27, 2010

HUJAN JUMAAT

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:17 AM 0 nak komen..
Tisya: Mama ujan....
Mama: Takpe, esok mungkin hari cerah...

Hari ini cuaca mendung tiba-tiba. Banyak pula saya membasuh hari ni. Sah2 lah tak kering.
Punya la happy pagi2 tadi tengok langit cerah. So apalagi saya dah plan "it's laundry day!" Sambil2 tunggu machine settle cuci baju2, seronok melayan kraftangan saya nih. (hehehe anak2 sibuk tengok movie kat disney channel, selamat la sikit) Suka buat benda ni. Suka sangat. Cita2 nak ada karier berkaitan benda ni biler anak2 dah besar sikit. Mana tau boley kaya raya dengan buat benda ni jer....hehehe... Dah beberapa hari mengadap benda ni sebab suka sangat. Sambil teringat masa sibuk buat benda2 ni untuk diri sendiri dulu.


Tapi apa yang kita plan tak semestinya menjadi kan...tiba-tiba hujan..sah2 lah baju tak kering... Takpelah mungkin ada baiknya hujan hari ini dari hujan esok. Mana tau kan...
Allah lebih tahu.



Hujan turun lebat..
Hujan turun dari tengahari ke petang...
Kadang-kadang berhenti kejap kemudian hujan lagi..

Hujan dah reda tapi hari tetap mendung.
Tak nampak macam matahari nak bersinar terang macam pagi tadi..
Guruh masih berbunyi
walau hari dah tak hujan.
Kemudian hujan turun perlahan tak mengalah

Kenapa?
Siapalah kita nak persoal kerja Allah
Siapalah kita nak marah2
Ada hikmah walaupun hari ini hujan lebat

Biarlah hari ini hujan esok lusa mungkin langit akan terang.

p/s...sabarlah..

Tq dear...

Friday, November 19, 2010

sALAM aIDILaDHA...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:16 PM 2 nak komen..
Hari Raya KOrban kali ni beraya dengan my family first. As usual memang meriah. Seronok berkumpul adik beradik tambah Cik Uteh dah nak kawen. Topik utama semestinya hal kawen dia. Lagi sebulan jer...dah dekat sangat. Risau dan kesian pun ader. Macam2 nak kena buat especially bab nak kemas rumah. Apa yang penting..kerjasama!..hehehe

Tambah meriah raya kami bila mak sedara and family datang dari Ipoh. Riuh rendah rumah mak. kecoh!. Tapi memang seronok sesekali berkumpul.

To Mr Hubby...I love u lah... sebab dengan sabar tolong tengok-tengokkan lil girl. Mama sibuk masak n borak. TQ ye dear. This weekend turn abang pulak yer. Kita balik kg...kampung raja uda...klang..eheheh

Salam AidilAdha buat keluarga terchenta, Kawan2 & seantero dunia..hehehe

Monday, November 15, 2010

Kisah Hujung Minggu

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:50 AM 2 nak komen..
Sabtu-13/11/10
Gi tempah baju untuk wedding my younger sister this December. Baju lace gitu..Dah bakal pengantin siap beli kain and hajat sangat kakak2 pakai, layan je lah. Ishh..ni yang stress ni. Start la gatal nak cari kasut la, handbag la, ishh...mengade nak
berbelanja. Asal tengok jer berkenan. Mau muflis dibuatnya. Tapi orang guna cash ok..takde credit card2. Tu yang menung tunggu next allowance tu..hehehe. Selesai tempah baju trus gi DEMC Shah Alam.

My boys dah batuk dekat 3 minggu. Entah apa tak kena kerap pulak batuk sekarang ni. Nak kata sebab makan ice cream ke, minum air sejuk ke tak pulak sebab dorang memang jarang dapat makan benda2 macam tu. Being a mom, setiap kali anak sakit terasa frust and geram sangat pada kuman yang menyerang anak2. Mana tidaknya, kita dah buat sebaik mungkin tapi sakit jugak. So hari ni kami ke DEMC Shah Alam. Mr Hubby dah malas nak ke klinik biasa yang kami pergi sebab chargesnya dah makin mahal (re
ally mahal okey!) dah macam standard specialist!. So baik kami pergi DEMC je lagi puas hati. At least consultation and pricing of medicine listed in receipt. Tak la main agak2 jer. Tak nak burukkan sesiapa, kalau dah tak suka cari je tempat yg kita rasa suka ye tak....hehehe

Lepas settle hal sakit2 kami gi Subang Parade. Standard la Mr Hubby. Tiap2 minggu kalau boleh nak merayap bawak kami berjalan. So takde la alasan Mama nak bawa kereta merayap sendiri masa Mr Hubby keje. Aishhhh....

Ahad-14/11/10

Class music twin start lambat sket sebab takde letrik. So tak l
a kelam kabut pagi2 Ahad nih. Kami breakfast kat Bee's 5 beranak pastu ke kelas. Mr Hubby and lil angel gi jalan2 kat Jusco. (Sangat comey 2 beranak nih...) Habih class kami ke Jusco. Memula cam nak jalan2 n beli barang dapur. Tapi dah Jusco buat member's sale haruslah tergoda kan. Dapat la Tisya 3 pasang baju tak pasal2 n aba
ng2nya sorang sepasang siap toys. Sangat suke dress Mr Hubby belikan utk Tisya. Boleh la pakai wedding Ateh nanti kan...hehehe
Balik, lepak2 pastu masak dinner. Malam ni simple jer. Mr Hubby kalau dapat lauk ni dia tak nak sayur2. Satu main dish dah cukup dengan nasi putih. Ketam masak cili.... Opsss..kali ni tersedap la pulak masak. hehehe sebab taruh madu sket. So rasa dia different dari yang biasa masak. Mr Hubby makan sampai licin...huhuhu macam ni se
mangat sket Mama nak masak. Untuk twin sup ayam dah ok tambah dorang batuk. Lil girl ok jer tapi yang letih makan suka merayap. Aishhh...paling la Mama tak berkenan...

Nak masak apa esok?.....ish..ni yg borink nih....hari2 pikir menu... . :P

tada.....
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting