Tuesday, November 20, 2012

mission accomplished!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 3:22 PM 6 nak komen..
Alhamdulillah...berjaya juga mengemas bilik toys anak2 dgn bantuan 3 beardik nih. Perjanjian baru dibuat untuk mengelakkan bilik kembali macam haunted house. Gila penat. Dah ada yang rosak tapi budak2 ni tak bagi buang. Semuanya nak simpan. Alih2 senyap2 Mama masuk beg plastik hitam. Kalau tidak padat sendat jawabnya.

Banyak juga barang2 toys anak2 masa umur bawah 3 tahun nih. Dah macam kedai toys pulak. Banyak juga Mama dan Abah dah melabur...hahaha..toys yang ini Mama simpan baik2 dan kemas2. Mana la tau kot nak tambah sorang dua lagi kan. Boleh la adik2 main sok. Kalau tak Mama buat garage sale je. Dapat juga hasilnya :)

Since anak Mama twin, so ada la barang baby yg 2 set. So, bebila rajin nak upload photo stroller, walker, carseat,baby carrier for sale.....ihiks! rasa2 ada ke yg nak. Elok lagi tau. bersih gitu.

Hari ni mood nak gosok baju lak. 2 beradik ni mulai semalam dah dikerah sehari baca 1 buku cerita Bahasa Malaysia dan 1 buku cerita Bahasa Inggeris. Then sehari dorang belajar 2 peribahasa & simpulan bahasa baru. Ini projek cuti sekolah dorang. Memanjang main dan tengok tv mana boleh jadi kan.




Box Siap ada label ok....


tisya tengah pilih toys macam kat kedai... :)
P/s...seronok juga cuti sekolah....suka tengok anak2 depan mata....yg pening time berebut la....

Monday, November 19, 2012

Today mission: kemas bilik toys

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:46 PM 0 nak komen..
Diam tak diam dah setengah bulan November dah. Tak lama lagi masuk Disember. Cepat sungguh masa berlalu kan. Bila anak2 cuti ini macam2 kena plan untuk mengisi masa dorang Kalau tak, mengadap tv dan main je la jawabnya. Anak2 bising nak main tablet dorang. Memang dah janji cuti sekolah boleh main tapi masalahnya...Mama lupa la pulak kat mana Mama sorok!...huhuhu...dah berminggu cari tapi still no idea. Aduyaiii...

So hari ni....bagi mengubat duka lara anak2, Mama plan nak kemas bilik toys dorang yang berbulan tak dibuka. Dah macam Haunted House!. Gila sepah sebab last time masa Mama buka dulu 3 beradik ni kemain sepah lagi. So Mama telah melancarkan hukuman tak boleh masuk bilik toys sehingga diberitahu kelak. So main je la apa2 mainan yang ada diluar bilik toys. So jap lagi nak mengadap aktiviti berfaedah ini selepas makan tengah hari. Nak kumpul energy banyak2 sebelum headache and heart ache jap lagi.

Tak sampai hati nak upload gambar bilik toys yang disaster itu. Seram sejuk pulak kang..

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:53 PM 1 nak komen..
Selamat menyambut tahun baru!
Salam Maal Hijrah dari blog duniabarumama.

Banyak nak cerita tapi sering kesuntukkan masa. Maklumlah anak2 mula cuti sekolah. Tak menang tangan jadinya.... but Alhamdulillah, I felt blessed. 

Semoga di tahun baru ini kita sentiasa dilindungi dan amalan kita diberkati.

Semoga seluruh umat Islam sentiasa dilindungi, agama kita dipelihara dan bangsa kita menjadi satu malah negara kita lebih aman dan damai. Amin. :)

Saturday, November 3, 2012

My own testimoni of Premium Beautiful

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:17 PM 0 nak komen..
Salam...
Today saya nak share my own testimoni of Premium Beautiful corset. Yelah, benda macam ni orang nak proof kan. Mesti nak tahu jalan ke tidak bila dah beli. Tapi pokok pangkalnya kena la rajin. Kalau setakat minum minuman untuk kuruskan badan tu tapi tak exercise serba sedikit, takkan senang2 boleh kurus. Kalau setakat beli treadmill mahal2 tapi tak gunakan takkan senang2 dah slim kan. Everything kena rajin.

Hasil pemakaian PB corset selama 8-10 jam sehari, Alhamdulillah saya berpuas hati dgn apa yang ada sekarang. Badan lebih sihat, cergas dan sakit pinggang berkurangan sangat. Pakai baju tak la nampak gelebeh sana sini. Keyakinan pun semakin bertambah. Malah boleh rasa kesihatan dalaman semakin baik terutama hal2 keperempuanan. Of course ambil masa sebab selama ni saya tak exercise. Sebulan ada la sekali jogging round padang kat rumah. Nak diet lebih2 pun payah sebab sebagai ibu sepenuh masa di rumah mesti la kena masak. Kalau dah masak, kena rasa. Kalau dah suap anak, saya pun nganga juga..huhuhu. So, jangan expect hari ni pakai, esok dah slim terus. Minggu ni pakai 3 hari jer, minggu depan dah harap body dah slim gile. Biar la realistik. :)

Okey, terpulang kepada penilaian masing2. Kalau suka boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut. Tawaran potongan RM100 untuk pembelian cash sepanjang November. Stock limited so kalau suka jangan tunggu lama-lama. Call me ok.

SYIDA  012-9793698


DULU
sila tengok betul2..mujur Mr Hubby tak pernah complaint :)


SEKARANG
Alhamdulillah, baju 3 tahun lepas boleh pakai balik. :)

Friday, November 2, 2012

Mama nak citer business pulak!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:27 AM 0 nak komen..
Actually dah lama Mama start business ni. Pasal tu la tenggelam timbul update blog nih. (Nak kena seimbangkan masa dgn anak2, business, kerja2 rumah dan of course Mr Hubby.) Baru la ni nak kongsi dengan kawan2 kat sini. To Ladies and Mommies especially Corset ni memang sangat bagus dan berbaloi untuk dipakai. Bagus untuk dalaman wanita dan tentunya luaran. Orang kata, biar cantik dalam dulu nanti kat luar pun automatik cantik. Ahaks! Tapi betul Mama sendiri dah try dan Alhamdulillah percubaan dan pelaburan yang berbaloi dan no regrets at all.

Badan rasa lebih sihat dan cergas. Banyak baju2 lama yang masih elok dapat Mama pakai balik sebab berjaya shed few kilos. Kalau turun berat badan jer tapi badan nampak gelebeh sana sini mesti tak syok. Tapi dengan corset ni selain turunkan berat badan, ianya MEMBENTUK semula badan kita. Badan nampak lebih kemas dan firm. Bagi wanita yang dah melahirkan anak masalah payudara la, peha, perut dan strech marks merupakan perkara biasa. Dengan Corset ni ianya bagai menyelesaikan semua permasalahan itu. Tapi awas, wanita yang belum kahwin pun ada masalah payudara kendur tau sebab gaya hidup, pemakanan dan pemilihan pakaian dalam yang salah.

Ala citer banyak2 tapi kalau tak try sendiri susah nak percaya kan. Corset apa Mama jual ni?...Corset Premium Beautiful! Haaaa...jangan takut jumpa saya... bukan saya paksa joint Hai-O pun. Itu hak anda. Dah try kalau tak suka pun no harm done. No paksaan! Saya pun pantang kalau orang paksa2 saya...hahaha

Orite dear, lain kali Mama kongsi lagi keistimewaan PB dan barangan kesihatan lain ok. Nak try? Just Call me at 012-9793698

Monday, October 29, 2012

Salam Aidiladha..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:42 PM 0 nak komen..
Salam Aidiladha dari kami sekeluarga. Moga kebahagian dan keamanan milik kita selamanya. Moga pengorbanan kita dirahmati dan diberkati Illahi. Amin...

LOL,

Wednesday, October 24, 2012

Silly Me...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:25 AM 2 nak komen..
One fine day...

Haziq & Hazim: (muka sedey semacam bila serah exams result)
Mama: wow...very good but sayang, u can score better boys. Do better next time ok. Nanti Mama belanja ice   
           cream.
Q&M: Mama marah ker?
Mama: Tak tapi mama rs sayang sebab both of u can score higher marks. Yet u made silly mistakes. Tak paham
         atau tak tahu?
Q&M: Haziq tersilap tanda.
Hazim salah baca.
Mama: Orite. Dah jadi nak buat macam mana. Next time check your work. Dont do silly mistakes.....sayang


           markah. Well done. Malam nnt tunjuk abah okay.
Q&M: (muka sentap...air mata mula menitik)
Mama: Larrrr....mama tak marah pun nangis...kang marah baru tau. Dah lah. Ok la tu. Mama cuma cakap check 


           your work and dont do silly mistakes.
Q&M: (sambil nangis....) Mama cakap kami silly. Tak baik cakap macam tu. Tau la salah tapi sampai hati kata kita 

          orang silly....waaa

Mama: (owh...salah faham rupanya...) aduyaiiiii.....

moral of the story....sila berhati-hati bila bercakap dgn anak2 yer kawan2....






 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting