Hari ni kali kedua buat Cornflakes Madu sebab sebelum ni dah buat tapi nampak macam sikit sangat so Mama takut tak cukup. Tiga beradik ni kalau sekali makan bukan cukup 5 biji sorang ambik dah dekat 10bj!
Twin sangat excited nak buat kuih raya. Baru ada raya spirit katanya...huhuhu...Alhamdulillah...itulah yang saya selalu ajar agar menghargai Hari Raya sebagaimana kita sangat hargai bulan Ramadhan. Saya nak mereka selalu rasa excited untuk Hari Raya agar mereka merasa zaman saya dulu. Walau tak dapat main bunga api dan mercun macam dulu at least masih rasa kemeriahannya.
Mama saje test twin ingat lagi tak cara buat Cornflakes Madu tu, lepas siap bancuhan Mama letak depan dorang dengan kertas cupcakes, sudu kecil dan dulang pembakar." Nah, buat dulu, Mama nak potong ceri untuk letak atas Cornflakes Madu ni nanti.."
Really impressed and felt proud sebab tiga-tiga terus ambik sudu dan dulang pembakar sorang satu dan mula bekerja. Even si tecik Tisya pun buat. Selamba jer tanpa ajar2 lagi....huhuhu...again..Alhamdulillah...
Since twin 5 years old Mama dah buat aktiviti baking and cooking with them so mereka sangat enjoy dan terbiasa. Bila twin 6 tahun Tisya pun dah pandai ke dapur sekali sebab tengok abang2 buat aktiviti Bake with Mama. Jadi sekarang anak teruna saya dah terbiasa, tak kekok tolong buat kuih...hahaha...sok2 Mama nak jual kuih la pulak...kuih raya teruna dara...hahahah
Perhaps mommies yang lain boleh cuba aktiviti ni...memang penat memula tu sebab tepung, butter, telur sepah2 kat dapur tapi ini dapat meningkatkan keyakinan, kerjasama dan kemahiran dorang. Bukan nak suruh jadi chef pun tapi at least mereka terbiasa membantu....bertuahlah bakal isteri twin...kuikuikuikui....
Habis jer bancuhan semua, pandai pulak twin kemas dan letak semuanya dalam singki, kuih susun elok2 dalam balang dan dok check oven untuk make sure tak hangit. Ihiks...tersentuh aiii...
Tahun ni sempat buat 2 jenis jer, Cornflakes Madu dan biskut teddies. Yang lain beli la jawabnya. But we had a good time. It's priceless.
Cornflakes Madu Teruna Dara Saya
150gm butter
100gm gula castor
5 sudu besar honey
250gm Kellog's Cornflakes
Sedikit esen vanilla
Ceri untuk hiasan
Kertas cupcakes
Butter, gula dan honey dimasak sekali atas api yang sederhana. Masukkan esen vanilla. Setelah semuanya cair, masukkan ke dalam mangkuk besar berisi cornflakes yang telah diramas sedikit. Gaul rata. Masukkan ke dalam kertas cupcakes dan hias dengan ceri. Mudah kan?..
p/s...rupa tak penting..yang penting ianya dibuat dengan kasih sayang...so don't push them too hard kalau mereka gagal buat dengan cantik...:P
0 nak komen..:
Post a Comment