Friday, August 3, 2012

Kemahuan vs kemampuan

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:00 AM
ahah...topik yang biasa menjelma di otak memasing kan bila dah dekat raya. Itu nak, ini nak, semua pun cantik, semua pun suka tapiiii......mampu ke?...takkan nak caras kad kredit pulek kejenye kan. Tak pun tak kan nak perabih bonus raya semata nak bergaya.

Once upon a time, yes saya akui, gagal menahan nafsu walaupun berpuasa bagai nak rak. Selang sehari berulang alik ke KLCC, Ampang Park, Sogo & Jalan TAR. (owhhh...heaven..) Panas terik, rehat 1 jam tu saya gigih melangkah bersama semangat berkobar-kobar bersama rakan seperjuangan yang mempunyai kegemaran yang sama..(how I really miss u Mar...:P)...mula2...sibuk survey,aim sana, aim sini, balik buat list, kira budget. Tolak, tambah,bahagi,kali...aisey...negatif....Nak jugak tak kira...nasib baik hanya Sogo & KLCC je accept credit card. Kalau Bazaar kat Jln TAR tu terima kad kredit dah parah jawabnya. Masa tu takde tudung Fareeda, Haja or Pearl Haya. Takde baju Rizalman or Jovian kat Tesco or First Lady. Alhamdulillah, kalau tak saya masih berhutang kad kredit la jawabnya...huhuhu

Bila dah ada anak, excited lebih la lagi. Baju anak dan bapa nak cari yang sepadan. Branded atau tidak bukan masalah yang penting suka. Kadang2 tu saje bawa beg keje besar sebab senang nak sumbat 2/3 helai baju supaya Encik Suami tak nampak...huhuhu....kalau bawa beg plastik mesti kena soal siasat kan...hahah...

Seronok memang la seronok tapi yang tak seronok bila nak bayar hutang. Dah pinjam kena la bayarkan. Waktu tu sorok bil kredit kad, takut Encik Suami tengok...huhuhu...

Apapun kehidupan sekarang rasanya lebh mencabar. Terlalu banyak pilihan yang buat kita gigit jari. Kuih raya pun dah mahal kan. Apapun kena ukur baju di badan sendiri. Jangan menyesal kemudian hari. Belanja ikut kemampuan bukan ikut kemahuan. Mungkin sebab saya tak bekerja makan gaji lagi membuatkan saya lebih berhati-hati dalam berbelanja. Kesian juga tengok suami balik kerja penat mencari rezeki. Terasa insaf sikit. Kalau dulu lebih dari 3 pasang mesti ada untuk bergaya tapi sekarang at least ada.

Tapi still....tudung Fareeda itew.....baju Jovian @ Zalora itu bermain-main di mata....haishhh!

ehhh..tertampal pulak baju idaman...hihihi
Jovian@First Lady&Zalora
owhhhh....

0 nak komen..:

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting