Monday, August 20, 2012

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:29 AM 0 nak komen..
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT
HATI-HATI DI JALANRAYA

baju ditaja sepenuhnya oleh Mak Mertua tersayang...TQ Mak...sayang Mak...huhuhu....


Friday, August 17, 2012

CORNFLAKES MADU ANAK TERUNA DARA SAYA

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:30 PM 0 nak komen..
Hari ni kali kedua buat Cornflakes Madu sebab sebelum ni dah buat tapi nampak macam sikit sangat so Mama takut tak cukup. Tiga beradik ni kalau sekali makan bukan cukup 5 biji sorang ambik dah dekat 10bj!
Twin sangat excited nak buat kuih raya. Baru ada raya spirit katanya...huhuhu...Alhamdulillah...itulah yang saya selalu ajar agar menghargai Hari Raya sebagaimana kita sangat hargai bulan Ramadhan. Saya nak mereka selalu rasa excited untuk Hari Raya agar mereka merasa zaman saya dulu. Walau tak dapat main bunga api dan mercun macam dulu at least masih rasa kemeriahannya.
Mama saje test twin ingat lagi tak cara buat Cornflakes Madu tu, lepas siap bancuhan Mama letak depan dorang dengan kertas cupcakes, sudu kecil dan dulang pembakar." Nah, buat dulu, Mama nak potong ceri untuk letak atas Cornflakes Madu ni nanti.."
Really impressed and felt proud sebab tiga-tiga terus ambik sudu dan dulang pembakar sorang satu dan mula  bekerja. Even si tecik Tisya pun buat. Selamba jer tanpa ajar2 lagi....huhuhu...again..Alhamdulillah...
Since twin 5 years old Mama dah buat aktiviti baking and cooking with them so mereka sangat enjoy dan terbiasa. Bila twin 6 tahun Tisya pun dah pandai ke dapur sekali sebab tengok abang2 buat aktiviti Bake with Mama. Jadi sekarang anak teruna saya dah terbiasa, tak kekok tolong buat kuih...hahaha...sok2 Mama nak jual kuih la pulak...kuih raya teruna dara...hahahah
Perhaps mommies yang lain boleh cuba aktiviti ni...memang penat memula tu sebab tepung, butter, telur sepah2 kat dapur tapi ini dapat meningkatkan keyakinan, kerjasama dan kemahiran dorang. Bukan nak suruh jadi chef pun tapi at least mereka terbiasa membantu....bertuahlah bakal isteri twin...kuikuikuikui....
Habis jer bancuhan semua, pandai pulak twin kemas dan letak semuanya dalam singki, kuih susun elok2 dalam balang dan dok check oven untuk make sure tak hangit. Ihiks...tersentuh aiii...
Tahun ni sempat buat 2 jenis jer, Cornflakes Madu dan biskut teddies. Yang lain beli la jawabnya. But we had a good time. It's priceless.

Cornflakes Madu Teruna Dara Saya
150gm butter
100gm gula castor
5 sudu besar honey
250gm Kellog's Cornflakes
Sedikit esen vanilla
Ceri untuk hiasan 
Kertas cupcakes

Butter, gula dan honey dimasak sekali atas api yang sederhana. Masukkan esen vanilla. Setelah semuanya cair, masukkan ke dalam mangkuk besar berisi cornflakes yang telah diramas sedikit. Gaul rata. Masukkan ke dalam kertas cupcakes dan hias dengan ceri. Mudah kan?..

p/s...rupa tak penting..yang penting ianya dibuat dengan kasih sayang...so don't push them too hard kalau mereka gagal buat dengan cantik...:P






Tuesday, August 14, 2012

Bila Mama dah kelam kabut

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:00 AM 0 nak komen..
Pagi Senin Mama terkelam kabut sebab salah budget time. So bila menyiapkan twin agak kelam kabut sikit. Bila Mr Hubby dan boys dah keluar rumah baru lah lega dan dapat tarik napas panjang2. Sukses! Hope twin tak lambat la. Tapi itu kata Mama, rupa2nya....




SPOT THE MISTAKES??....

Ahaks!....salah baju la....si Haziq pakai baju Hazim...si Hazim pakai baju Haziq! Mama dah konfius..Pepagi boleh silap lak baju dua beradik nih...huhuhuhu......dorang terperasan masa waktu rehat kat sekolah..hahaha...then sebab selalunya kawan2 pun tak cam dorang Haziq or Hazim so twin tak kisah. Tapi bila mereka practice nasyid untuk persembahan, Ustazah Hidayah (one of their favourite teacher) terperasan sebab Ustazah dorang ni recognize dorang based on their watches. Sorang pakai Ben10 light blue sorang dark blue. Huhuhu...masa tu Hazim kata jenuh dorang try cover sebab malu katanya.huhuhu...sorry la sayang...Mama tak sengaja. But it's cute too...ni baru kembar 2...kalau kembar 3(cam mama kembar 3's blog).....kembar 4 ker...kembar 5 ker...lagi haru Mama ni...hihihi...

sekian untuk gelak pagi selasa yang damai dan tak kelam kabut...(learnt from mistakes...ihiks!)

Monday, August 13, 2012

Iklan Raya terbaik..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:50 AM 3 nak komen..



Readers dah tengok iklan ni...
Sedih sangat.
Sesuatu yang lain dari yang lain. Menyedarkan kita kasih itu tanpa sempadan.

Semoga Allah melindungi semua anak2 yatim kita...Anak2 istimewa yang begitu kental jiwanya.

Wednesday, August 8, 2012

School Bully

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:26 AM 2 nak komen..
Just finished helping my youngest sister with her assignments. One of her assignments is about school bully. Helping her with her vocabulary and grammar usage. Add up few pointer to make it more interesting. (So, Emma...you better study hard and smart ok...I will support you all the way..)

Tapi bukan tu yang saya nak citer. Bila dah buat assignment about school bully, saya pun google2 la kat internet. Rupanya latest info or studies memang tak banyak. Ada satu kajian menyeluruh mengenai statistik kes buli di sekolah pun dibuat pada tahun 2008. Dah far behind and tak relevan lagi. Perhaps ada lagi tapi tak dikongsi di internet. Hopefully adik2 kat universiti or college tu boleh share good info and anything related to their tesis or assignment online. Maybe you could share it here Education Research Paper.
Kajian or assignment tu mungkin boleh menjadi rujukan dan panduan pada individu yang lain. Tak rugi kan.

Another shocking info is tahun lepas sahaja 307 kes telah dilaporkan dan seramai 432 remaja telah ditangkap. Oh my.....tahun ini setakat yang Mama baca, statistik menurun tetapi masih di tahap yang tak membanggakan. Helping my sister with her assignment sedikit sebanyak mengajar saya tentang buli di sekolah. Kenapa budak2 ni membuli dan kenapa kebanyakkan mangsa berdiam diri sehinggalah berlaku kecederaan? Tahu tak banyak kes berlaku dalam kawasan sekolah. Malah budak2 ni pandai pakat2 panggil geng pukul kawan sekolah. My Goodness...

What happened to our youngster? Dah tak ada nilai respect antara satu sama lain? Kenapa perselisihan faham perlu diselesaikan dengan kekasaran dan kebiadapan? Mana nilai2 masyarakat bertamadun yang menjadi pegangan? Tak boleh ke duduk bincang baik2? Tak boleh ke tak memeningkan ibubapa?

Malah yang tak best lagi remaja perempuan pun dah pandai bertumbuk, berlawan dan  memaki hamun sesama rakan mereka. Astagfirulllah.....kalau dulu orang perempuan cakap kuat2 in public pun org dah pandang semacam ini kan sampai bertumbuk. Ingat lagi video you tube yang hangat diperkatakan dulu? (tahun lepas rasanya.)

Yang paling menakutkan jika mangsa tu cedera hingga cacat kekal atau lebih mengharukan jika melibatkan kematian. Nyawa takde ganti sayang oiii....Dah mati anak orang takkan nak minta maaf dan nangis2 menyesal sajer. Takkan mak bapa budak tu nak pukul awak sampai mati juga. Bukan hak kita menamatkan nyawa orang lain. Kuasa tu milik mutlak Allah swt. Sudahnya, mak bapa si mati juga meratapi kehilangan anak yang dikasihi.

Semalam jemput twin balik sekolah, riuh dorang bercerita hal kawan sekelas. Al maklumlah, ada macam2 jenis budak. Ada yang nakal...nakal sangat. Ada yang leceh....nanges saje kejenye. Two of twin classmate named Zachery & saper tah dok kacau and sakat twin semalam. Still remember this boy? Klik Just because twin ada gunting dan tak nak pinjamkan pada dorang, 2 gangster kecik ni pakat2 kata twin bodoh la, pekak la dan siap ambil gunting org lain dan acah2 nak gunting rambut, baju dan cucuk twin. As per twin stories, at first dorang buat tak tahu jer sebab malas nak layan. Lagi dorang tak layan, lagi la panas budak 2 orang tu. Bila dah takde respon, 2 org gangster Kg Pening Lalat ni tak puas hati dan start acah2 guna gunting pulak. Bila ada kawan yang defend twin, dorang siap cakap "Kau apa hal?...Jangan nak sibuk!" Wow.....Mama seram gak sebab babitkan gunting nih. Aduyai.......tertoreh anak auntie nak oiii siap la awak yerrrrr.....

Bila tanya kenapa twin tak bagi pinjam, twin said gunting tu barang dorang dan dorang ada hak untuk decide nak bagi atau tidak. Lagipun twin kata dorang dah macam pembantu Zachery sebab almost all his stationeries dia pinjam kawan2. Bila tanya kenapa tak bawa sendiri punya si Zachery boleh cakap parents dia tak provide.

Saya tak rasa parents dia tak provide tapi mungkin asyik hilang sahaja or Zachery tak jaga barang sebab tu parents dia malas nak layan. Tapi effect dia pada anak2 orang lain. I dont mind the boys pinjamkan barang2 dorang as long as they got it back. Furthermore betul juga kata twin, barang tu barang dorang. So dorang ada hak untuk buat keputusan.Darn...pandainyer...huhuhu

But Zachery can be very aggressive sometimes. Ia bukan sahaja membahayakan kanak2 lain malah dia sendiri. Tanda2 sikap pembuli dah nampak dan kena cepat2 bendung dan guide dia. Anak2 kecil ni senang nak bentuk. Kalau dah makin besar agak sukar sebab kelakuan tu dah sebati dalam diri.

Respect....itu main important life subject.Respect others tak kira bangsa, agama, pangkat dan usia. Kawal diri dalam apa jua permasalahan dan seimbangkan kekuatan rohani dan jasmani. Selesaikan pertelingkahan secara bertamadun.

p/s...takutkan......hari2 berdoa anak2 selamat dunia akhirat, sihat walafiat dan berjaya tak kira di mana pun dorang berada.

 
Don't mess with us...Our Mama as fierce as Lion!



Tuesday, August 7, 2012

Congrats to DL Chong Wei!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:27 AM 0 nak komen..
Congrats to him. Proud of him walaupun silver medal. He prove that he is uniquely Malaysian Hero. Personally, Mama cried bila DLCW kalah. Cried bukan sebab dia tak bawa balik pingat emas, tapi cry sebab kagum dengan semangat dia. Mama percaya masa siaran langsung tu satu Malaysia berkumpul depan tv memberi sokongan terhadap usaha beliau. Nyata Lin Dan nampak gugup dengan DLCW. Sebab tu dia happy sakan sebab menang kerana dia tahu dia nyaris menangis dikalahkan DLCW.

Silver or Gold doesn't matter anymore sebab kita nampak usaha keras DLCW. Even budak2 pun boleh nilai kan. Bila tengok kat Buletin Utam, berbilang bangsa sambut DLCW di airport rasa bangga sangat dengan rakyat Malaysia. Bangga bergelar anak Malaysia sebab kita satu hati support DLCW.

Apa pun semoga DLCW terus sukses dan semangatnya di contohi oleh semua. Semangat untuk menang demi Malaysia. Hopefully juga lebih ramai anak muda dapat dibentuk menjadi pemain2 terbaik. Taklah patah riuk DLCW tanggung tanggungjawab tu sorang2.

Syabas DLCW...Syabas Malaysia.


Friday, August 3, 2012

Kemahuan vs kemampuan

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:00 AM 0 nak komen..
ahah...topik yang biasa menjelma di otak memasing kan bila dah dekat raya. Itu nak, ini nak, semua pun cantik, semua pun suka tapiiii......mampu ke?...takkan nak caras kad kredit pulek kejenye kan. Tak pun tak kan nak perabih bonus raya semata nak bergaya.

Once upon a time, yes saya akui, gagal menahan nafsu walaupun berpuasa bagai nak rak. Selang sehari berulang alik ke KLCC, Ampang Park, Sogo & Jalan TAR. (owhhh...heaven..) Panas terik, rehat 1 jam tu saya gigih melangkah bersama semangat berkobar-kobar bersama rakan seperjuangan yang mempunyai kegemaran yang sama..(how I really miss u Mar...:P)...mula2...sibuk survey,aim sana, aim sini, balik buat list, kira budget. Tolak, tambah,bahagi,kali...aisey...negatif....Nak jugak tak kira...nasib baik hanya Sogo & KLCC je accept credit card. Kalau Bazaar kat Jln TAR tu terima kad kredit dah parah jawabnya. Masa tu takde tudung Fareeda, Haja or Pearl Haya. Takde baju Rizalman or Jovian kat Tesco or First Lady. Alhamdulillah, kalau tak saya masih berhutang kad kredit la jawabnya...huhuhu

Bila dah ada anak, excited lebih la lagi. Baju anak dan bapa nak cari yang sepadan. Branded atau tidak bukan masalah yang penting suka. Kadang2 tu saje bawa beg keje besar sebab senang nak sumbat 2/3 helai baju supaya Encik Suami tak nampak...huhuhu....kalau bawa beg plastik mesti kena soal siasat kan...hahah...

Seronok memang la seronok tapi yang tak seronok bila nak bayar hutang. Dah pinjam kena la bayarkan. Waktu tu sorok bil kredit kad, takut Encik Suami tengok...huhuhu...

Apapun kehidupan sekarang rasanya lebh mencabar. Terlalu banyak pilihan yang buat kita gigit jari. Kuih raya pun dah mahal kan. Apapun kena ukur baju di badan sendiri. Jangan menyesal kemudian hari. Belanja ikut kemampuan bukan ikut kemahuan. Mungkin sebab saya tak bekerja makan gaji lagi membuatkan saya lebih berhati-hati dalam berbelanja. Kesian juga tengok suami balik kerja penat mencari rezeki. Terasa insaf sikit. Kalau dulu lebih dari 3 pasang mesti ada untuk bergaya tapi sekarang at least ada.

Tapi still....tudung Fareeda itew.....baju Jovian @ Zalora itu bermain-main di mata....haishhh!

ehhh..tertampal pulak baju idaman...hihihi
Jovian@First Lady&Zalora
owhhhh....

Thursday, August 2, 2012

Mood: Sad :(

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 5:22 PM 2 nak komen..
Been awhile not blogging. Sad mood for the whole week.Thinking this and that. Anak2 kembali demam2 dan batuk. Going to school on and off. Why ohhhh why.....

  kool fever dan ubat-ubatan menjadi teman selain muntah dan kerenah anak2 yang tak nak makan ubat. Ada masanya rasa dah jadi tarzan bila masa makan ubat sebab walau air hidung dah meleleh-leleh, batuk tak berhenti tapi masih refuse makan ubat. Dear me...

Lena sepanjang malam sebaik kepala menyentuh bantal yang empuk dan tilam Vono yg ohsem. Nasib baik Mr Hubby sentiasa tersedar setiap kali alarm clock menjerit-jerit suruh bangun sahur...adehhhh ruginya puasa tahun ni. Tak sempat nak bangun tengah malam utk beribadat.....entah jumpa ramadhan tahun depan atau tidak.huhuhu

Di saat-saat ini saya sangat rindukan dia....ya bibik saya yang terbaekkkk...Bibik naper la laki bibik kawen lagi.Kalau tak mesti bibik masih kerja dgn saya...waaaa....I need your help......

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting