Monday, October 29, 2012

Salam Aidiladha..

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 4:42 PM 0 nak komen..
Salam Aidiladha dari kami sekeluarga. Moga kebahagian dan keamanan milik kita selamanya. Moga pengorbanan kita dirahmati dan diberkati Illahi. Amin...

LOL,

Wednesday, October 24, 2012

Silly Me...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 9:25 AM 2 nak komen..
One fine day...

Haziq & Hazim: (muka sedey semacam bila serah exams result)
Mama: wow...very good but sayang, u can score better boys. Do better next time ok. Nanti Mama belanja ice   
           cream.
Q&M: Mama marah ker?
Mama: Tak tapi mama rs sayang sebab both of u can score higher marks. Yet u made silly mistakes. Tak paham
         atau tak tahu?
Q&M: Haziq tersilap tanda.
Hazim salah baca.
Mama: Orite. Dah jadi nak buat macam mana. Next time check your work. Dont do silly mistakes.....sayang


           markah. Well done. Malam nnt tunjuk abah okay.
Q&M: (muka sentap...air mata mula menitik)
Mama: Larrrr....mama tak marah pun nangis...kang marah baru tau. Dah lah. Ok la tu. Mama cuma cakap check 


           your work and dont do silly mistakes.
Q&M: (sambil nangis....) Mama cakap kami silly. Tak baik cakap macam tu. Tau la salah tapi sampai hati kata kita 

          orang silly....waaa

Mama: (owh...salah faham rupanya...) aduyaiiiii.....

moral of the story....sila berhati-hati bila bercakap dgn anak2 yer kawan2....






Tuesday, October 23, 2012

When it comes to exams results....

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 12:25 PM 0 nak komen..
Being a parent of growing up twin I have to be smart and tactical....hahaha macam coach bola pula. Sedaya upaya menjadi ibu yang adil dan saksama. Tak nak lah berat sebelah kan kang ada yang tersentap. Not very healthy fore their well being.

For SK, twin tak ada ujian/exam because dorang under program KSSR bur for sekolah agama dorang still exams macam biasa. Last 2 weeks they had their final exams. Alhamdulillah, they are doing fine. Their hard works paid. To me, as long as they understand what they learnt should be fine with me. Of course if they achieved lower than 80%, I need to "siasat" why. Bukan apa mungkin ada topik yang dorang tak faham atau dorang tak concentrate in class or while ulangkaji.




Walaupun Mama & Abah tak compare result dorang berdua, yet twin sendiri compete with each other to get better results.Natural habits kan among adik beradik. At least mereka tetapkan each other as bench marks.
But yang jadi problem bila ada yang tidak puas hati keputusan peperiksaan itu. Who out do who....ada yang tak boleh terima kekalahan beating each other. Persaingan agak sengit apabila different by 3 points only! As for Mama & Abah as long they got 80% and above dah memadai sebab bagi kami probabaly ada jawapan yang mereka betul2 tak tahu atau silly mistakes. Tapi lower than 80% means we need to check what happened. Samada mereka tak faham, kurang tumpuan masa belajar atau banyak main.
Yang top mesti dipuji sebab itu usaha keras dia. Tapi yang no 2 bukan tak bagus cuma ada 1 subject dia terkehel sikit so itu punca dia tak dapat out do the other one yet he still got good grades. Tapi kalau dah sampai menangis2 tu yang jenuh. Kalau sok si Tisya ni pun dah sekolah mau haru biru setiap kali dapat result.
Who out do who?.....ada leeeeeee........  :D

Tuesday, October 16, 2012

Budak Maut Dihempap TV...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 8:44 AM 0 nak komen..
Sedey sangat baca news semalam. Terbayang kesakitan yang ditanggung si kecil waktu tu. Kita yang besar ni pun kalau pet lock jatuh atas kaki pun sure meraung inikan sikecil yang dihempap tv.

Halif Hariz Khalil baru berusia 2 tahun dihempap tv berukuran 29 inci jenis lama tu (CRT). Masa tu Halif Hariz sedang bermain di dalam bilik di rumahnya dengan abang2nya. Ibubapanya juga berada dalam bilik tersebut. Halif Hariz menarik laci rak televisyen menyebabkan tv tersebut menghempapnya.

Kesiannya...malang tak berbau kan. Benda nak jadi. Teringat satu kejadian dulu yang hampir sama. Kanak-kanak cina berumur lebih kurang Halif Hariz kot maut dihempap tv juga. Si kecil yang suka menonton tv/vcd nyanyian kanak-kanak dihempap tv kerana dipercayai tertarik wayar tv tersebut. Mungkin si kecil ni tengah excited menari sambil tengok vcd tu kot. God...so tragik.

Tak payah nak pin point siapa salah. Selalunya kesalahan di letakkan di bahu si ibubapa. Semua ibubapa mahukan anak2nya sihat dan selamat kan kecuali yang jenis buang anak tu. Yet as parents sama2 lah kita berusaha mengelakkan kemalangan seperti ini berlaku. Check balik2 apa2 peralatan di rumah yang mungkin membahayakan si kecil mahu pun yang dah remaja. Malah mungkin sikap sambil lewa kita dalam sebilangan aspek.

To family of Halif Hariz, semoga tabah dan kuat dalam ujian ini..

p/s...adakah jualan tv lcd akan semakin laris lepas ni......

Saturday, October 13, 2012

When Mama turn green?

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 11:26 PM 2 nak komen..
Lately twin ada sajer arguement nya sampai Mama naik fening. Ni baru 7 tahun dah hingar bingar jadinya. Macam mana la agaknya bila makin besar. But selalunya apa yang dorang argue tak la benda besar tapi kecohnya sampai Mama boleh jadi hijau la. Ada masanya beria-ria bertekak at the end lepas 15 minit elok je bergurau senda balik, berpeluk sakan. Kalau melampau sampai terjerit-jerit Mama akan interfere tapi kalau masih mild lagi Mama buat tak dengar je. Biar dorang settle sendiri. Tapi nak tahu apa yang dorang selalu gaduhkan?......Turn siapa mandi dulu!? Turn siapa practice music dulu? Turn siapa jawab telefon?! Toys salah letak dan siapa kena minta maaf dulu?!!!

Oh my...inilah karma....seingat Mama, inilah yang biasa Mama adik beradik gaduhkan. Dan my mum akan jerit balik kat kami..."Pasal mandi pun nak gaduh! Siapa dulu pun tetap kena mandi kan!!"...Yes...I used the same dialog Mak. And the same scenario happened to me now...hahaha

Being a mommy of twin I have to remember whose turn next untuk pelbagai perkara especially siapa punya turn mandi dulu kali ni? Ada masanya tersilap...so jadi bigger arguement...so I need to join the Tomoi round except kami tak guna kaki tangan. Just high pitch of volume!

So bila terbaca entry from http://coretanuda.blogspot.com/2012/10/anak-kembar-pun-bergaduh-dan-berebut.html it makes me smile. Sebab memang ada juga orang bertanya perkara yang sama...Do your boys fight/argue?....Yes they did as other single born child. Because arguement boleh mengembangkan kreativiti minda mereka dan boost their self defense system. Tapi kena la pantau kan. Kalau dah start guna harsh words or physically encountered parents kenalah step in sebagai PBB atau Pendamai!

So everytime the boys argue lagi Mama try to motivate myself untuk jadi positive dan bertenang. "Sabar Mama...Sabar Mama....."

But ada kalanya...saya insan yang lemah...I will turn "green" and scream like Tarzan! So don't mess with me Boys!! hahahaha


Tisya...selamatkan diri if you think you are not guilty! muahahaha

Wednesday, October 10, 2012

Sunway Lagoon

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:14 AM 0 nak komen..
Last Saturday we went to Sunway Lagoon. Almost 2 years tak jejak sini. Still macam dulu cuma harga tiket masuk dah naik sikit. Harga makanan tak payah cakap la. Sila pejam mata dan beli belah saja yer. Kalau tidak tak lalu makan, mandi pun tak basah..ahaks!

Of course anak2 super duper excited la kan. Seronok sangat! Alhamdulillah. Kerja keras pun untuk mereka kan..so apa salahnya belanja lebih sikit asalkan tak keterlaluan.

Seeing how my boys played rasa mereka dah besar dah. Kalau dulu nak cuba apa pun nak berteman. Sekarang ni dah makin berani. Dok turun naik slide budak2 tu. Main pun dah pandai main berdua. Mama & Mr Hubby hanya perhati dari jauh sambil layan Tisya. Sedikit kepuasan terasa sebab berbaloi berhenti kerja dulu demi suami dan anak2 apabila tengok anak2 membesar dengan baik di depan mata. Kemewahan wang ringgit mungkin bukan milik kami tapi Alhamdulillah kami mewah dalam keamanan dalam hati dan jiwa. Cheers!








Thursday, October 4, 2012

Yay! twin 1st medal...

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 2:10 PM 3 nak komen..
Taaadaaaa....ni la medal boys yang dorang tak sempat ambil masa hari sukan hari tu sebab nak gi kelas muzik kan. konfius? sila check entry sebelum ni okay.

Sebelum ni dapat yang macam trophy tu masa pra sekolah. kali dapat yang medal pula so boys excited la sikit kan. Terasa cam budak besar katanya.

Both Mama N Mr Hubby were proud of them bukan sebab menang tapi sebab try their very best and teamwork on that day...that's what matter the most!

Yet Mama nak share something else besides story pasal medal ni. Mungkin mommies out there boleh jadikan rujukan jika berhadapan dgn situasi yang sama satu hari nanti. I am not a child expert just being me; a mommy. That's what I know the most.

Masa ambil gambar ni, tetiba Haziq said " ala...Haziq punya bukan gold...no 3 aje...malu la.."
At that point of time Mama realized Haziq ada konflik dalam hati. So Mama asked "why? why do feel that way?"
Haziq: "Yela Haziq tak no 1 macam Hazim...."
Mama: "So you are not proud of winning?....tak happy sebab berjaya dapat no 3?"
Haziq: "No 3 je bukan the top"
Mama: "No 1 atau 3 bukan hal yang utama. yang penting Haziq dah try your very best dan bermain sebagai satu pasukan. Mama tak nampak Haziq atau kawan2 Haziq marahkan budak2 yang jatuh tadi. In fact Mama saw all of you support each other."
Haziq: " But we still lost.."
Hazim: "Setiap kali practice mesti group Haziq menang. Kami pun tak sangka kami menang sebenarnya"
Mama: "Rezeki kita Allah yang tentukan. Hari ni menang mungkin esok kalah. Tapi apa yang penting setiap apa yang kita lakukan buat yang terbaik. You must always be proud of yourselves. Bangga dengan kemampuan diri okay"
Haziq: "Hope lain kali Haziq dapat gold juga.....(still sad)"
Hazim: " Haziq boleh share dgn Hazim...no problem"
Mama: "To Mama, both of you won and strong enough"






Mama tak mungkin dapat healed hati Haziq 100% sebab he has to learn to accept fact of life tapi at least Mama nak dia tahu apa yang penting in life. Susahkan...kalau boleh kita sebagai ibubapa nak anak2 rasa happy selalu tapi setiap perkara ada batasnya. Sampai certain situation children have to deal it themselves, barulah mereka membesar dengan baik, seimbang rohani dan jasmani. Mohon pada Allah swt agar segala yang kita lakukan untuk mereka diberkati,dirahmati dan dipermudahkan...Amin....
 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting