Thursday, April 26, 2012

Hazim & Zachery..hari yang buruk untuk Hazim!

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 10:16 AM
Ok title simple jer hari ni sebab 2 ni la pelakon utama kes semalam...Tapi tak tau la ejaan Zachery tu betul ke tak. Tapi nama ni la yang hangat kat dlam keta sampai rumah dari tengahari ke malam...Tapi...canggih nama si Zachery ni. Dah ala2 omputih kan...hahaha..takpe la. Hak parents memasing. Nama anak sendiri pun panjang berjela sampai tuk dorang tergeliat lidah.kikikik....Tapi kalau Zachery ni further studies kat oversea one day nanti tak la susah prof2 dia yang mat salih tu nak sebut kan.....hihihi..

Ok kisah nya gini. Macam biasa Mama & Tisya dok la kat depan pagar sekolah kebangsaan twin dengan setianya setiap tengahari menunggu anak2@abang2 terchenta....Nampak jer muka Mama apa lagi kecoh la si Haziq report..."Mama-Mama...Hazim nangis tadi kat sekolah!".....si Hazim pun dengan muka stress sambung..." Ish..Haziq ni. Biar la Hazim cakap...ni kan masalah Hazim..."
Ok anak2 sila la jangan nak berebut..dah ler paneh" giler ni...tambah banyak keta. Sila masuk keta dulu pastu buat laporan yer....ahaks!

Masuk jer keta, hingar-bingar la dalam keta. Alkisahnya, kawan kelas boys ni yang agak terkenal dengan aktif dan tegag" diberi nama Zachery telah bermain tembak2 bersama rakan 2 seperjuangan nyer. Tak le sapa yang start dulu. Kejadian bermula sebaik habis rehat, sebaik masuk kelas. Dalam kekalutan dan keriuhan tersebut menurut anak2 Mama dorang tak campur sebab dorang tak berapa rapat dgn Zachery. Lagi satu si Zachery and friends main tembak2 tu dengan menggunakan pensel yer!...Pensel uolllsss....seram mak!

Nak jadi citer, si Zachery nak aim kawan dia tetiba terkena la si Hazim. OMG!...ok relax-relax...Mama cool down sendiri sambil belek2 mata Hazim....Hazim inform yang dia tak sempat tutup mata tapi Alhamdulillah bahagian pensel yang terkena mata tu ialah punggung atau hujung pensel yang tak tajam. But Stilllllll...ngeri I! Apalagi menjerit la si Hazim sebab jadi victim dalam peperangan tersebut. Si Haziq yang tak tau hujung pangkal sebab sibuk bercakap dgn kawan dia terkujat lantas memeluk adiknya dan mengecheck Hazim dgn serius...(ahaks...gila drama....Mama boleh imagine sebab kalau kat rumah gitu la lagaknya)

Haziq terus menyerang dan menyiasat siapa punya angkara dengan jeritan yang sangat nyaring...(menurut Hazim la)..."Siapa yang buat adik saya?..cakap!..."..huihhhh....semangat bangga Mama sebab pandai gak dia marah...hahaha....Hazim claim dia memang nampak Zachery yang buat. Si Zachery tak mengaku. Kawan2 yang lain kata Zachery...entah la...Mama takde kat situ kan. 

Drama sebabak tersebut berlaku sangat pantas. Ada la 5 minit sebab Cikgu BM dorang masuk sebaik selepas itu. Cikgu pun suspen gak (kata cikgu)..check2 takde luka cuma sangat merah dan Hazim menangis. Cikgu suruh gi bilik rawatan utk rehat dia tak nak. Mungkin sebab kena gi sorang kot. So si Hazim dengan bijaknya telah menggunakan handkerchief dia sambil dibasahkan dengan air kosong dari bekal dia dan tekap di mata bagi mata sejuk katanya...alahai...pandai anak Mama.

Mujur uolllss....sangat bersyukur sebab takde luka2 or lebam atau apa2 pun. Cikgu hantar msg inform dan Mama call cikgu juga sebab nak tahu hujung pangkal story selain dengar dari boys side. Yelah mana tau kot2 anak2 Mama yang naughty kan. Tak boleh la nak pikir anak2 kita baik je. Kat sekolah mungkin lain so untuk lebih adil perlu investigate. So malam tadi ada la meeting keluarga. Haziq & Hazim insist kami datang sekolah dan nasihatkan si Zachery tu.

Jenuh Mama & Abah explain. "Kita tak boleh sesuka hati marah anak orang sebab Mama Abah sendiri tak suka orang marah anak Mama Abah sesuka hati. Kalau kita nak marah dia, parents dia pun kena ada. Lagipun kecederaaan Hazim tak serius walau perlakuan tu sangat salah. Kita patut bersyukur dan tak gaduh2kan hal ni. Lagipun Mama Abah percaya pihak cikgu dan sekolah akan bagitau ibubapa dia dan ibubapa dia mesti la akan nasihatkan dia. Haziq & Hazim kena alert apa yang berlaku di sekeliling. Kalau rasa apa kawan2 buat bahaya, tegur dengan baik. Kalau mereka tak nak dengar, jauhkan diri. Mama Abah selalu pesan, makin Haziq Hazim besar bermacam jenis budak dan perangai orang Haziq Hazim akan jumpa. So you two have to learn to decide what kind of people you should be friends with."
Haziq& Hazim.." Tapi kalau ibubapa dia tak boleh nak nasihat dia utk jadi baik, Mama Abah kena la tolong. Lagipun apa dia buat salah besar"...hahaha...dorang tak puas hati sebenarnya. Tapi setelah dipujuk berkali-kali baru dorang paham. Aduyaiiii...letih sangat mengexplain lah...

However, Mama Abah tak salah kan guru seratus peratus. Kesian juga. Benda2 cam gini di luar kawal. But I believe didikan tentang perlakuan menghormati orang lain dan membezakan apa yang bahaya dan tidak ketika bermain semestinya bermula dari rumah. Pengetahuan tentang aspek2 ini seharusnya diterapkan dari kecil supaya dorang belajar menghormati orang lain.Jadi bila dah bersekolah mereka paham tindak tanduk mereka perlu sentiasa terkawal agar tidak menyusahkan orang lain. Pendidikan begini mestilah berterusan sebab budak2 tak boleh terima arahan dgn sekali cakap jer. Bila kita selalu ulang2 lama2 melekat dalam otak mereka.

Alhamdulillah pihak cikgu sangat mengambil berat dan bijak mengatur langkah sepatutnya tanpa membabitkan ibubapa kedua belah pihak. Yelah ini tentang mata. Nasib baik tak injured. Kalau terkena bahagian yang tajam tu tak tau la nak cakap macam mana.

Before that waktu rehat, ada budak2 main2 golek2 botol air atas meja. Si Twin ni tak bawa duit belanja. Mama bekalkan hari2. Nak jadi citer si Hazim tengah makan bekal dia.Tetiba, botol air budak yang dok golek2 kan tu terlanggar tupperware si Hazim, maka berterabur. Dah ler dia baru jer jamah. Terpaksa di kongsi dengan Haziq dan makan pisang jer yang Mama bekalkan. Bila dia marah, budak tu buat tak tau jer sambil gelak2. Nak buat macam mana kan. Takkan nak bertumbuk lak...hahaha..gila malu Mama Abah gi sekolah sebab kes anak bertumbuk!. Boys tak pandai benda macam ni so setakat marah jer lah. (Kalau my dad baca n3 ni sah2 dia bengkek"...dia gangster kat sekolah dulu. Pantang silap mesti dia 
debik...Bila tang cucu semua tak reti nak bergaduh...hahaha...relax arr Abah!)

So before tidur si Hazim cakap...."Hari ini adalah hari yang buruk untuk Hazim..."...ahhaha...macam dalam Disney Channel yang telah dialih bahasa tak pun dalam buku cerita dorang...hihih..macam2 dorang nih.

Ok nak sambung gosok baju......jap lagi kena masak before ambik boys...tah aper la citer dorang hari ni. Hope semuanya ok...Tq for reading my n3...hihih

p/s...dulu selalu baca kat newspaper kisah hal budak2 di sekolah..sekarang mengadap kes anak2 sendiri...cepatnya masa berlalu....hihihi...dah tua Mama ni...



3 nak komen..:

emma dangdut said...

sakit pulak ati kita ni baca,,huhai!!kembang kempis idung yg sedia ada besau :P

emma dangdut said...

proud of haziq!anak sulong kena jaga adik adik :D

Syida@Mrs K said...

tapi susah hati juga..kot2 boleh sampai kena hospitalized tak ke naya...tak pasal kang muka angah masuk paper..."Mak budak amuk pasal anak ceder.."..haaa glamer sudah

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting