Tak tahu nak cakap apa...nak xpress apa lagi...since 1 Muharram setiap hari mengikuti perkembangan Gaza dan berdoa mereka dilindungi. Dalam menjalani kehidupan seharian kita yang aman damai kita adakala terlupa mensyukuri nikmat yg kita ada. Kita tak pernah susah berperang, kita tak pernah dengar bunyi bedilan. Berlaku tanah runtuh pun kita dah seram.
Apa lah perasan anak2 kecil ni mendengar bunyi2 yang menakutkan itu. Bagaimana mereka menerima kesakitan itu? Sedangkan kita tercucuk jarum pun dah terjerit sakit. Ya Allah, lindungi saudara2 kami di sana.
Alhamdulillah, kali ini satu dunia bersatu menyuarakan bantahan. Ini bukan sahaja suara orang Islam malah bukan Islam mengutuk keganasan ini. Ini hak kemanusiaan. Dunia ini bukan milik kita sahaja. Kita kena kongsi. Kena hormati sempadan masing2.
Bukan Islam pun sama2 menghulur bantuan untuk orang2 Palestine. Ini hal kemanusiaan. Bukan agama sahaja. Tiada agama yg mahu umatnya berlaku jahat. Cuma manusia yang memilih jalan hidup begitu.
Kita sebagai ibu, tengok anak kena gigit semut ke nyamuk ke bukan main marah lagi. Kalau boleh setiap nyamuk dan semut kita jumpa rasa nak picit2, lenyek2 sebab geram anak kita sakit dibuatnya.
Alhamdulillah, hari ini telah ada positif feedback. Semoga Gaza selamat dan aman. Tapi sampai bila?. Sama-samalah kita berdoa Gaza dihormati dan tidak dicerobohi lagi. Ya Allah, Lindungi saudara2 kami di sana.
Semoga dunia kembali aman. Semoga Orang Islam BERSATU dan menjaga keamanan dan agama Islam. Semoga Malaysia sentiasa aman, dilindungi dan bersatu sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Semoga segala kekusutan segera selesai. Amin :)
Oh Allah.....
0 nak komen..:
Post a Comment