Tuesday, December 4, 2012

"Mama ada tak baju buah-buahan?"

Tukang tulis... Syida@Mrs K at 1:13 PM


Olla!
Lama tak update blog. As I said cuti sekolah agak mengikat ruang waktu santai saya esp on blogging. Mana nak kejar masa untuk kerja rumah, bisnes and anak2 serta suami. Kalau suami cuti saya percaya ibu2 macam saya lagi sibuk. hahahaa.

Actually hasil kerastangan di atas ialah minggu akhir sebelum cuti sekolah. One evening after fetch twin from sekolah agama suddenly they said "Ala lupa nak cakap Mama esok ada Hari Kanak-kanak kat sekolah. Cikgu cakap siapa ada baju buah boleh pakai untuk persembahan"
Gulp!...Mana la pernah beli baju buah sejak2 dah besar panjang ni (huhuhu macam dah belasan umur pulak). When Mama said "Takpe la. Tak payah join la. Mana ada baju buah. Lagipun dah petang ni. Mana sempat nak pergi Tesco ke Giant ke Jusco ke. Kang Abah bising pulak pergi last minit"
But as usual seeing their sad faces made my heart ache. So lepas dinner malam tu. Punggah cari white t-shirt and godek segala alatan yang sesuai buat baju rambutan & nenas.
Dan within 1 setengah jam, Alhamdulillah terhasil la baju2 tu. 2 beradik sama2 bantu mana yang patut. Si Hazim sampai tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Si Haziq pula sibuk nak design topi bagai. Wehhh...tak sempat sayang oi.

Dan bila balik sekolah....Haziq dengan happynya bagitau dia dapat No 2 pertandingan fesyen di sekolah. Dan Hazim no 4! Erk...la pertandingan fesyen ker.....kata persembahan...Alahai anak2. Patut la nak topi, aksessori bagai. ;)

p/s: Sejujurnya memang sangat penat hari tu. Mengantuk sangat. Tapi tak sampai hati nak hampakan permintaan dorang. Alhamdulillah, senyuman mereka & kegembiraan mereka adalah balasan yang tak ternilai. Benda2 kecil macam ni kita tak sedar tapi inilah pengubat duka lara.


2 nak komen..:

CeqGu said...

salam syida.....1st time singgah sini sebab tertarik tengok tajuk entry ni.kreatif la.dapat idea utk buat aktiviti dengan student utk tahun depan. rambutan dengan nenas tu pakai apa? kain jugak ke?sudi2 lah jenguk blog anis plak ye....i follow u ;)

Syida@Mrs K said...

Salam CeqGu...
Thanks. nnt saya jenguk blog anis k. Rambutan tu kami draw and color guna crayon jer. then outline guna marker untuk cloth tu. the bulu2 rambutan tu kami gam guna glue gun jer. gunting benang bulu (wool)pendek2.hahaha...memang cepat giler sebab dah ngantuk time tu. as for nenas kami pakai felt. line guna marker then wrap guna kain ada gold lining. pastu guna glue gun. takde jahit2.tak sempat...hahaha...but we enjoyed it together ;)

 

Mama vs Dunia Baru Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting